lpkp – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 08 Apr 2022 09:21:49 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png lpkp – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 LPKP Setuju Naikkan Kadar Tambang Khas Bas Ekspress Sepanjang Musim Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2022 https://sabahmedia.com/2022/04/08/lpkp-setuju-naikkan-kadar-tambang-khas-bas-ekspress-sepanjang-musim-perayaan-hari-raya-aidilfitri-2022/ https://sabahmedia.com/2022/04/08/lpkp-setuju-naikkan-kadar-tambang-khas-bas-ekspress-sepanjang-musim-perayaan-hari-raya-aidilfitri-2022/#respond Fri, 08 Apr 2022 08:45:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=14060
Read Time:1 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU: Selaras dengan keputusan Jemaah Menteri yang meluluskan kenaikan kadar tambang 10% daripada kadar tambang asal perkhidmatan Bas Ekspres, Mesyuarat Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah bersetuju untuk menaikkan kadar tambang khas sebanyak 14.3 sen (RM0.143) bagi setiap kilometer sepanjang tempoh dari 29 April 2022 hingga 8 Mei 2022 berbanding 13 sen bagi setiap kilometer sebelumnya.

Pengerusi LPKP Sabah, Dato’ Chin Kim Hiung berkata, LPKP Sabah juga mengambil maklum akan keperluan bas tambahan bagi menampung keperluan pengguna di sepanjang musim perayaan Aidilfitri yang dijangka akan meningkat disebabkan oleh kelonggaran SOP COVID-19 oleh kerajaan.

“Mesyuarat Lembaga LPKP Sabah juga bersetuju untuk membuka permohonan Lesen Perubahan Sementara (LPS) Sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2022 bagi mana-mana syarikat pengendali Bas Ekpres yang layak untuk memohon bagi menampung keperluan ini,” katanya semasa mempengerusikan mesyuarat LPKP di sini , hari ini.

Tarikh permohonan LPS akan dibuka bermula 11 hingga 22 April 2022 dan borang boleh didapati di Ibu Pejabat LPKP Sabah, Kota Kinabau, LPKP Sabah Cawangan Tawau dan LPKP Sabah Cawangan Sandakan manakala tempoh sah laku LPS yang telah diluluskan adalah dari 29 April 2022 hingga 8 Mei 2022.

“Saya percaya keputusan ini akan mendapat pelbagai maklum balas dari pihak yang terkesan. Namun demikian saya percaya keputusan ini adalah keputusan menang-menang bagi memastikan kebajikan semua pihak terjaga selaras dengan konsep Keluarga Malaysia.

“Saya juga berharap agar semua pihak yang terlibat akan terus menjaga dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan agar kita semua dapat membendung penularan COVID-19,” tambahnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/08/lpkp-setuju-naikkan-kadar-tambang-khas-bas-ekspress-sepanjang-musim-perayaan-hari-raya-aidilfitri-2022/feed/ 0 14060
LPKP Terima Sumbangan Bakul Makanan Dari 5 Buah Syarikat Swasta https://sabahmedia.com/2021/09/07/lpkp-terima-sumbangan-bakul-makanan-dari-5-buah-syarikat-swasta/ https://sabahmedia.com/2021/09/07/lpkp-terima-sumbangan-bakul-makanan-dari-5-buah-syarikat-swasta/#respond Tue, 07 Sep 2021 08:53:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5977
Read Time:48 Second

KOTA KINABALU: Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah menerima sejumlah 300 bungkus beras dan 1500 bungkus mee segera hasil sumbangan lima buah syarikat swasta di sekitar daerah Sandakan hari ini.

Majlis penyampaian sumbangan telah diadakan di pejabat Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah, Cawangan Sandakan pagi tadi.

Menurut Pengerusi LPKP Sabah, Dato’ Chin Kim Hiung, sumbangan yang diterima itu akan disampaikan kepada pemandu bas mini daerah Sandakan menerusi Program Penyampaian Bakul Makanan yang akan diadakan dalam masa terdekat.

“Bagi pihak LPKP Sabah saya ingin mengucapkan terima kasih di atas sumbangan syarikat terbabit iaitu Gordon Anchi Bersaudara, Kontraktor Berjaya, Budaya Potensi Transport Sdn Bhd, Kontraktor Tanah Hartamas serta Man Seng Enterprise.”

“Adalah diharapkan agar lebih banyak syarikat swasta atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan memberikan sumbangan bagi membantu golongan yang terkesan akibat pandemik COVID-19 yang melanda negara kita,” katanya.

Turut hadir, Pengarah LPKP Sabah, Norsiah Patah, Ketua Penolong Pengarah LPKP Sabah, Arfian Julian serta Penolong Pengarah Kanan LPKP Sabah, Noraziah Aslan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/07/lpkp-terima-sumbangan-bakul-makanan-dari-5-buah-syarikat-swasta/feed/ 0 5977
LPKP Salur Bantuan On-off RM500 PEMERKASA Plus Fasa 2 Kepada Pemandu Pengangkutan Awam Sabah & Labuan https://sabahmedia.com/2021/09/06/lpkp-salur-bantuan-on-off-rm500-pemerkasa-plus-fasa-2-kepada-pemandu-pengangkutan-awam-sabah-labuan/ https://sabahmedia.com/2021/09/06/lpkp-salur-bantuan-on-off-rm500-pemerkasa-plus-fasa-2-kepada-pemandu-pengangkutan-awam-sabah-labuan/#respond Mon, 06 Sep 2021 05:39:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5895
Read Time:1 Minute, 19 Second

KOTA KINABALU: Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah mengumumkan Bantuan one-off sebanyak RM500 di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat Dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA Plus) Fasa 2 kepada 325 orang pemandu pengangkutan awam di Sabah dan Labuan akan mula disalurkan Selasa ini (7 September 2021) melibatkan RM162 ribu peruntukan.

Pengerusi LPKP Dato’ Chin Kim Hiung berkata, bayaran bantuan PEMERKASA Plus Fasa 2 ini merupakan lanjutan daripada pembayaran PEMERKASA Plus Fasa 1 kepada 6496 orang pemandu pengangkutan awam di Sabah dan Labuan yang telah disalurkan bermula 27 Julai 2021 melibatkan RM3.2 juta peruntukan.

“Bagi pembayaran PEMERKASA Plus Fasa 2, seramai 198 orang adalah pemandu teksi dan kereta sewa (RM99,000 peruntukan), 79 orang pemandu E-Hailing (RM39,500 peruntukan), 40 orang pemandu bas sekolah (RM20,000 peruntukan), serta 8 orang pemandu bas pelancong (RM4,000 peruntukan).

“Selepas pembayaran PEMERKASA Plus Fasa 2 ini selesai, bermakna jumlah keseluruhan yang diperuntukan oleh kerajaan bagi menjaga kebajikan seramai 6821 orang pemandu pengangkutan awam di Sabah dan Labuan adalah sebanyak RM3.4 juta,” kata Chin dalam satu kenyataan medianya hari ini.

Katanya, jumlah peruntukan yang besar ini menunjukkan kerajaan tidak pernah mengabaikan nasib pemandu pengangkutan awam di Sabah dan Labuan yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19 yang melanda negara kita.

Beliau juga mengharapkan agar bantuan daripada kerajaan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban pemandu yang terlibat sepanjang tempoh pandemik ini.

“Suka juga diingatkan agar semua pemandu pengangkutan awam di Sabah sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan agar kita sama-sama dapat mengekang penularan pandemik COVID-19 di negara ini,” ujarnya lagi.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/06/lpkp-salur-bantuan-on-off-rm500-pemerkasa-plus-fasa-2-kepada-pemandu-pengangkutan-awam-sabah-labuan/feed/ 0 5895
3,908 Pemandu E-Hailing Terima Bantuan ‘One-Off’ Isnin Depan https://sabahmedia.com/2021/08/14/3908-pemandu-e-hailing-terima-bantuan-one-off-isnin-depan/ https://sabahmedia.com/2021/08/14/3908-pemandu-e-hailing-terima-bantuan-one-off-isnin-depan/#respond Sat, 14 Aug 2021 09:27:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4614
Read Time:1 Minute, 24 Second

KOTA KINABALU : Seramai 3,908 orang pemandu e-hailing Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan akan menerima bantuan one-off sebanyak RM500 yang akan mula disalurkan 16 Ogos ini.

Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah Datuk Chin Kim Hiung berkata, bantuan di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat Dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA Plus) Fasa Satu itu melibatkan peruntukan sebanyak RM1.95 juta.

“Bayaran bantuan PEMERKASA Plus Fasa Satu ini merupakan lanjutan daripada pembayaran kepada 2588 orang pemandu teksi dan kereta sewa, bas sekolah serta bas pelancong yang telah disalurkan bermula 27 Julai lalu melibatkan peruntukan sebanyak RM1.29 juta.

“Sehingga rayuan ditutup pada 9 Ogos lalu, 2021, LPKP Sabah menerima 4627 senarai nama pemandu e-hailing daripada syarikat pengendali e-hailing (EHO) untuk saringan penerima bantuan PEMERKASA Plus iaitu seramai 4461 orang pemandu GRAB, 54 orang pemandu Maxim dan 112 orang pemandu MyCar,” katanya.

Chin berkata, daripada jumlah 4627 senarai pemandu e-hailing yang diterima, hanya 3908 orang yang layak menerima bantuan selepas memenuhi kritera yang ditetapkan.

Katanya, semakan senarai pemandu e-hailing yang layak menerima bantuan PEMERKASA Plus boleh dibuat melalui pautan http://www.lpkpsabah.gov.my/pemerkasa.

“Selaku Pengerusi LPKP Sabah, sekali lagi saya ingin menekankan bahawa kerajaan sentiasa prihatin terhadap nasib pemandu pengangkutan awam di Sabah.

“Jumlah keseluruhan sebanyak RM3.24 juta yang diperuntukkan menerusi PEMERKASA Plus kepada golongan ini menunjukkan kerajaan tidak pernah mengabaikan mereka,” katanya.

Katanya, adalah diharapkan agar bantuan daripada kerajaan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban pemandu yang terlibat sepanjang tempoh pandemik ini.

Tambahnya, pihaknya juga diingatkan agar semua pemandu pengangkutan awam di Sabah sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan agar kita sama-sama dapat mengekang penularan pandemik COVID-19 di negara ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/14/3908-pemandu-e-hailing-terima-bantuan-one-off-isnin-depan/feed/ 0 4614
LPKP Seru Semua Pemandu Kenderaan Awam Daftar dan Terima Suntikan Vaksin COVID-19 https://sabahmedia.com/2021/06/24/lpkp-seru-semua-pemandu-kenderaan-awam-daftar-dan-terima-suntikan-vaksin-covid-19/ https://sabahmedia.com/2021/06/24/lpkp-seru-semua-pemandu-kenderaan-awam-daftar-dan-terima-suntikan-vaksin-covid-19/#respond Thu, 24 Jun 2021 07:52:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=1855
Read Time:1 Minute, 31 Second

KOTA KINABALU : Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah sedang mengumpul data maklumat semua pemandu teksi, kereta sewa, bas termasuk bas persiaran serta e-hailing di Sabah bagi membantu mereka mendapat suntikan vaksin COVID-19 menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Sehubungan itu, Pengerusi LPKP Sabah, Dato’ Chin Kim Hiung mahu agar semua kumpulan pemandu yang terlibat ini mengambil peluang dengan mengisi borang di Facebook Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Sabah sebelum atau pada 10 Julai 2021.

“Senarai nama yang diperolehi ini akan dihantar kepada Kementerian Pengangkutan Malaysia dan dimajukan kepada kementerian berkaitan bagi tujuan penyelarasan pendaftaran dan seterusnya mendapat suntikan vaksin COVID-19.

“Kerajaan mengiktiraf mereka ini sebagai kumpulan barisan hadapan yang turut memainkan peranan penting terutama dalam sektor pengangkutan.

Oleh itu, dengan melengkapkan dua dos suntikan maka adalah lebih mudah bagi mereka untuk beroperasi sepenuhnya semasa negara menghadapi pandemik COVID-19.

“Sebagai contohnya, apabila kerajaan Brunei Darussalam mewajibkan semua pemandu pengangkutan yang melalui sempadan negara itu untuk pergi atau balik ke Sarawak, banyak pemandu yang terjejas kerana kebanyakan mereka ini masih belum mendapat suntikan COVID-19,” kata Chin.

Selain itu, Chin berkata pendaftaran suntikan vaksin COVID-19 dalam kalangan kumpulan pemandu ini diharap dapat membantu kerajaan mencapai sasaran jumlah suntikan kepada rakyat Malaysia menerusi Program Imunisasi Kebangsaan COVID-19 (PICK) dan Pelan Pemulihan Negara seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini.

“Adalah menjadi hasrat kerajaan untuk mencapai sekurang-kurangnya 60 peratus rakyat negara ini melengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19 menjelang November tahun ini bagi mencapai fasa keempat Pelan Pemulihan Negara dan seterusnya melaksanakan imuniti kelompok.

“Oleh itu, adalah menjadi peranan kita semua, termasuk kumpulan barisan hadapan pemandu ini untuk sama-sama menjayakan Pelan Pemulihan Negara bagi membebaskan negara ini dari COVID-19 dan akhirnya kita semua dapat menjalankan aktiviti ekonomi yang sangat terjejas akibat pandemik ini,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/24/lpkp-seru-semua-pemandu-kenderaan-awam-daftar-dan-terima-suntikan-vaksin-covid-19/feed/ 0 1855
Maklumat Tidak Tepat Punca GKP Tidak Dapat Disalurkan -LPKP https://sabahmedia.com/2021/06/16/maklumat-tidak-tepat-punca-gkp-tidak-dapat-disalurkan-lpkp/ https://sabahmedia.com/2021/06/16/maklumat-tidak-tepat-punca-gkp-tidak-dapat-disalurkan-lpkp/#respond Wed, 16 Jun 2021 03:21:06 +0000 https://sabahmedia.com/?p=1344
Read Time:1 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU : Penyaluran bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) kepada 204 pemandu teksi dan kereta sewa di Sabah tidak dapat dilaksanakan kerana maklumat yang diberikan oleh mereka tidak tepat.

Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah Datuk Chin Kim Hiung berkata, pihaknya telah memproses penyaluran bayaran bantuan GKP sebanyak RM 1,000 ke 1,910 akaun pemohon yang layak.

“Walaubagaimanapun terdapat 204 akaun yang tidak dapat dikreditkan pihak bank disebabkan butiran yang dikemukakan oleh mereka tidak tepat.

“Selain itu, transaksi juga tidak dapat dilaksanakan kerana nombor akaun tidak dijumpai, nombor akaun telah ditutup, nama bank pemilik akaun dan nombor Mykad yang diberikan tidak sama dengan nombor Mykad pemilik akaun bank,”katanya.

Chin berkata, pemandu teksi dan kereta sewa yang layak namun masih belum menerima bantuan tersebut boleh menyemak e-mel mereka atau senarai nama yang dilampirkan di laman Facebook rasmi LPKP Sabah

Katanya,mereka yang tersenarai dimohon untuk mengemukakan semula maklumat dan melampirkan dokumen sokongan bagi tujuan pelaksanaan pembayaran bantuan ke e-mel [email protected].

“Dokumen berkenaan adalah seperti lampiran Mykad, lampiran penyata bank yang menunjukkan nama bank, pemilik akaun dan nombor akaun yang jelas.

“Pemohon-pemohon dianggap tidak berminat untuk menerima bantuan ini sekiranya LPKP Sabah tidak menerima sebarang maklum balas pada 22 Jun 2021 (Selasa) jam 10.00 pagi dan sebarang rayuan selepas itu tidak akan diterima,”katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/16/maklumat-tidak-tepat-punca-gkp-tidak-dapat-disalurkan-lpkp/feed/ 0 1344