lpp – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 20 Jun 2024 07:04:25 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png lpp – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 PPN Sabah dakwa LPP Sabah berdepan kes salah laku https://sabahmedia.com/2024/06/20/ppn-sabah-dakwa-lpp-sabah-berdepan-kes-salah-laku/ https://sabahmedia.com/2024/06/20/ppn-sabah-dakwa-lpp-sabah-berdepan-kes-salah-laku/#respond Thu, 20 Jun 2024 07:04:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=56281
Read Time:2 Minute, 21 Second

KOTA KINABALU: Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Sabah mendakwa pengurusan tertinggi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Sabah berdepan beberapa kes salah laku yang perlu disiasat dan diambil tindakan oleh pihak berkuasa kerajaan.

Pengerusinya, Datuk Mohd Nazri Abdullah bersama semua Ahli Jemaah Pengarah (AJP) PPN, mendakwa antara yang perlu disiasat ialah kes menutup penyelewengan pegawai Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kalabakan berhubung kehilangan wang PPK berkenaan.

Dakwanya, siasatan juga perlu dilakukan terhadap kes pelanggaran tatakelola dan peraturan mengenai pembelian pusat timbang sawit oleh PPK Tawau pada awal tahun ini serta kes melindungi perbuatan salah laku pegawai bawahan LPP.

“Dalam kes pertama, pengurusan tertinggi LPP Sabah dikatakan telah mengarahkan untuk menutup kes penyelewengan pegawainya di PPK Kalabakan berhubung kehilangan wang PPK itu sebanyak RM 320,251.79.

“Kes kedua pula berkaitan pembelian pusat timbang sawit berharga RM300,000 oleh PPK Tawau yang dibuat tanpa kelulusan dan melanggar Peraturan-Peraturan Pertubuhan Peladang 1983 perkara 55(a).

“Dalam kes ketiga, pengurusan tertinggi LPP melindungi salah laku pegawainya yang melakukan pelbagai kesalahan yang menjejaskan PPN Sabah dari segi pelaksanaan tatakelola pentadbiran dan kewangan yang baik.

“PPN Sabah telah melaporkan kepada Pengarah, Ketua Cawangan Kewangan dan Pentadbiran, Ketua Unit Penyeliaan dan Penguatkuasaan LPP Sabah atas setiap kesalahan dan pelanggaran peraturan oleh pegawai terbabit, tetapi tiada sebarang tindakan diambil, malah pegawai itu dilindungi daripada sebarang tindakan lanjut bukan saja oleh pengurusan tertinggi di Sabah, tetapi oleh Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan LPP Malaysia dengan menukarkan pegawai tersebut walaupun telah banyak membuat “tahi” di sini,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat AJP PPN Sabah di pejabat pertubuhan itu, di sini, semalam.

Mohd Nazri berkata, pemimpin PPN Sabah sudah mengemukakan surat aduan rasmi kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dengan di tandatangan oleh semua AJP PPN terdiri daripada Datuk Mohd Nazri Abdullah, Datuk Ng Loi Tect, Tan Sri Wences Angang, Datuk Dr George Sangkin,.Datuk Faimin Kamin, Datuk Supardianshah Suyuti, Abdul Rahim Oting, Benny Franklin Harthemen, Sylvia Belinggi, Abu Bakar Gapar dan Lawrence P Saibon, berhubung salah laku dan pelanggaran tatakelola perkhidmatan awam yang didakwa dilakukan pengurusan tertinggi LPP Sabah.

Katanya, aduan itu selaras dengan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perhimpunan bulanan bersama Penjawat Awam Jabatan Perdana Menteri pada 11 Jun lalu yang mahu tindakan diambil terhadap ketua jabatan, ketua unit yang melindungi kesalahan pegawai bawahannya.

“Salinan aduan rasmi ini juga kami panjangkan kepada Perdana Menteri, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, Ketua Pengarah LPP, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya.

Beliau menegaskan tindakan sewajarnya perlu diambil terhadap pengurusan tertinggi LPP Sabah kerana melanggar tatakelola penjawat awam dan tidak amanah dalam menjalankan fungsinya di Sabah.

“Beberapa tindakan mereka mencerminkan sikap sangat tidak berintegriti sebagai penjawat awam dan telah mencemarkan serta menjejaskan imej kerajaan yang harus diberi perhatian segera dan diambil tindakan oleh kerajaan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/20/ppn-sabah-dakwa-lpp-sabah-berdepan-kes-salah-laku/feed/ 0 56281
Peranan LPP Penting Pastikan Pergerakan PP Berjalan Lancar & Diperkasa https://sabahmedia.com/2021/09/21/peranan-lpp-penting-pastikan-pergerakan-pp-berjalan-lancar-diperkasa/ https://sabahmedia.com/2021/09/21/peranan-lpp-penting-pastikan-pergerakan-pp-berjalan-lancar-diperkasa/#respond Tue, 21 Sep 2021 03:25:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6674
Read Time:3 Minute, 27 Second

KUALA LUMPUR : Peranan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) sebagai Pendaftar penting bagi memastikan pergerakan Pertubuhan Peladang (PP) di semua peringkat berjalan baik dan diperkasa agar telus, berintegriti dan profesional.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, penyemakan semula keseluruhan perundangan LPP dan PP juga perlu disegerakan bagi membolehkan pindaan-pindaan sesuai mengikut kehendak semasa dapat dilaksanakan.

“Tadbir urus baik akan dijadikan asas dan panduan utama agar kepentingan peladang dan pesawah sentiasa dijaga.

“Saya sememangnya sentiasa mengikut prestasi PP dari semasa ke semasa dan berharap, model perniagaan projek-projek berjaya di PP mestilah diteruskan malah perlu direplikasikan di lain-lain PP yang berpotensi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat Pengerusi Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) yang baharu Dato’ Zambri Yaakob di pejabatnya disini semalam.

Hadir sama Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I Datuk Seri Ahmad Hamzah; Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Dato’ Azulita Salim dan Pengurus Besar NAFAS Abu Sujak Sahuji.

Dr. Ronald juga menyeru semua pihak berkepentingan termasuk pengurusan tertinggi LPP mahupun NAFAS untuk terus berganding bahu bersama-sama dengan keluarga peladang untuk membangunkan semua PP supaya terus berjaya dan maju agar peladang akan terus mendapat manfaat.

Dalam sesi pertemuan tersebut, Dr. Ronald telah merakamkan ucapan tahniah kepada Zambri atas pelantikan sebagai Pengerusi NAFAS berkuatkuasa pada 13 September  baru-baru ini.

“Saya yakin dan percaya, berbekalkan pengalaman beliau yang amat luas khususnya dalam hal ehwal pertubuhan peladang, beliau akan dapat memberikan sumbangan yang terbaik untuk meningkatkan lagi prestasi NAFAS ke arah yang lebih cemerlang,” katanya.

Zambri telah menjadi ahli peladang yang aktif di Pertubuhan Peladang Kawasan Pulau Tawar seawal tahun 1985.

Sepanjang tempoh sebagai Ahli, beliau diberi kepercayaan untuk menjadi Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah PPK Pulau Tawar sejak tahun 1996 sehingga kini.

Beliau turut memegang jawatan Pengerusi AJP Pertubuhan Peladang Negeri Pahang (PASFA) mulai 21 Mei 2020 di mana sehingga kini PASFA telah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dalam aktiviti ekonomi dan sosial yang memanfaatkan ahli peladang di Negeri Pahang.

Pelantikan Zambri sebagai Pengerusi NAFAS telah dibuat selaras dengan Peraturan 35(6) Peraturan-Peraturan Pertubuhan Peladang (Pindaan) 2021 yang mana beliau telah dipilih melalui undian majoriti dalam kalangan Ahli-Ahli Jemaah Pengarah.

Mesyuarat secara maya yang dipengerusikan oleh Pendaftar Pertubuhan Peladang pada 13 September 2021, yang dihadiri oleh 11 orang Ahli Jemaah Pengarah NAFAS, telah secara sebulat suara bersetuju memilih Zambri sebagai Pengerusi AJP NAFAS yang baharu melalui pengudian sulit yang dijalankan secara atas talian.

Pelantikan ini turut membuktikan kuasa memilih Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah telah dikembalikan semula kepada kepimpinan peladang sendiri dan pemilihan telah dibuat secara demokrasi.

Ini adalah berikutan pindaan peraturan yang dilaksanakan Kerajaan bagi memastikan hak memilih dikembalikan kepada ahli peladang sendiri sepertimana Peraturan yang terdahulu sebelum dipinda pada tahun 2019.

Melalui pindaan ini juga, semua Ahli Jemaah Pengarah di semua peringkat hanya layak memegang jawatan untuk 3 penggal sahaja dan kemudian perlu rehat selama 1 penggal sebelum layak dipilih semula. Ini adalah antara penambahbaikan yang telah dilaksanakan bagi memastikan tadbir urus baik di semua peringkat.

Pemilihan Ahli Jemaah Pengarah di semua peringkat Pertubuhan Peladang yang akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat akan menggunapakai Peraturan-Peraturan Pertubuhan Peladang (Pindaan) 2020 yang telah mula berkuatkuasa pada 1 Januari 2021.

Pemilihan kepimpinan di semua peringkat pergerakan peladang melalui Mesyuarat Agung kini sedang berjalan dengan baik berasaskan pindaan baru ini.

Dalam kesempatan yang sama, Dr. Ronald turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada mantan Pengerusi NAFAS, Dr. Anis Mahmud di atas sumbangan dan komitmen sepanjang tempoh beliau berkhidmat di NAFAS.

Dalam kunjung hormat ini, beberapa perkara lain turut dibincang antaranya peranan NAFAS yang perlu terus diperkasakan menjadi sebuah institusi yang menerajui pengerakan PP sebagai badan perniagaan yang berdaya maju sekaligus membina pergerakan PP yang kompeten dan berdaya saing di setiap peringkat.

Dalam hal ini, tranformasi struktur perniagaan yang efektif, teratur dan terancang dengan mempelbagaikan perniagaan NAFAS adalah penting bagi mewujudkan model perniagaan yang lebih lestari bagi memberi pulangan lebih baik kepada golongan sasar. Ini juga selaras dengan aspirasi Kerajaan untuk membangunkan PP yang ‘self-reliant’ atau mampu berdiri sendiri.

LPP dan PP akan terus memainkan peranan masing-masing dengan cemerlang ke arah memberdayakan dan memperkasakan warga tani seterusnya merancakkan usaha untuk memajukan sektor agromakanan negara.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/21/peranan-lpp-penting-pastikan-pergerakan-pp-berjalan-lancar-diperkasa/feed/ 0 6674
1,080 Bakul Makanan Disumbangkan Kepada Petugas Barisan Hadapan Menerusi Program MAFI Prihatin https://sabahmedia.com/2021/06/19/1080-bakul-makanan-disumbangkan-kepada-petugas-barisan-hadapan-menerusi-program-mafi-prihatin/ https://sabahmedia.com/2021/06/19/1080-bakul-makanan-disumbangkan-kepada-petugas-barisan-hadapan-menerusi-program-mafi-prihatin/#respond Sat, 19 Jun 2021 07:49:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=1564
Read Time:1 Minute, 31 Second

BELURAN : Sebanyak 1,080 bakul makanan disumbangkan kepada petugas barisan hadapan serta sukarelawan yang bertugas di daerah ini melalui program sumbangan MAFI Prihatin.

Sumbangan menerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) itu adalah sebagai penghargaan kepada petugas barisan hadapan Negara terhadap pengorbannan dan usaha berterusan mengekang penularan wabak COVID-19.

Penyerahan sumbangan itu disampaikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee di Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Beluran disini.

Sumbangan keperluan makanan asas diserahkan kepada Ketua Polis Daerah Beluran Superitenden Kassim Muda dan Penolong Pegawai Kesihatan Daerah Beluran Dr. Nursaini Binti Nion.

Agihan bakul makanan itu akan diserahkan kepada anggota pasukan keselamatan dan petugas kesihatan dalam Parlimen Beluran.

Dr Ronald menyerahkan sumbangan MAFI Prihatin kepada Penolong Pegawai Kesihatan Daerah Beluran Dr. Nursaini Binti Nion

Pemberian sumbangan ini juga antara lain bertujuan untuk mengukuhkan hubungan antara pemimpin dan masyarakat khususnya dengan petugas barisan hadapan negara yang tidak pernah jemu menjalankan tugas demi memastikan keselamatan rakyat dan negara terus terjaga sepanjang masa.

Keprihatinan Menteri MAFI bersama pihak LPP turun ke lapangan adalah sebagai tanda sokongan moral kepada para petugas barisan hadapan negara, sepanjang usaha mereka bertungkus-lumus memutuskan rantaian COVID-19 sejak pelaksanaan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu hingga sekarang.

Dalam pada itu, Dr Ronald sempat meninjau projek ternakan ikan dilaksanakan oleh PPK Beluran dan melepaskan benih ikan baulu sejumlah 8,000 ekor.

Pelaksanaan projek bernilai RM150,000 ini adalah antara inisiatif dibawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) bagi meringankan beban barisan hadapan sektor pertanian dan industri makanan khususnya petani, nelayan dan penternak yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Turut hadir, Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Labuk Samad Jambri, Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) Abu Sujak Sahuji, Timbalan Pengarah LPP Sabah Abd Razak Said dan Pengurus Besar PPK Beluran Sumarang Chunbung.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/19/1080-bakul-makanan-disumbangkan-kepada-petugas-barisan-hadapan-menerusi-program-mafi-prihatin/feed/ 0 1564