LPPB – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 24 Jan 2026 20:53:56 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png LPPB – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 LPPB bina 29,443 rumah kos rendah seluruh Sabah https://sabahmedia.com/2026/01/25/lppb-bina-29443-rumah-kos-rendah-seluruh-sabah/ https://sabahmedia.com/2026/01/25/lppb-bina-29443-rumah-kos-rendah-seluruh-sabah/#respond Sat, 24 Jan 2026 20:53:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=90353
Read Time:2 Minute, 46 Second

KOTA KINABALU: Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) berjaya membina sebanyak 29,443 unit Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) di seluruh Sabah sepanjang hampir enam dekad penubuhannya, sekali gus membuktikan peranan strategik agensi itu dalam merealisasikan agenda perumahan rakyat negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, selain pembinaan perumahan awam kos rendah, LPPB turut memainkan peranan penting dalam pembangunan Rumah Mampu Milik (RMM) serta projek-projek komersial yang membantu kerajaan negeri merapatkan jurang sosio-ekonomi antara penduduk bandar dan luar bandar secara lebih tersusun dan menyeluruh.

Beliau memuji usaha berterusan LPPB yang konsisten melaksanakan projek perumahan di seluruh Sabah, selaras dengan visi kerajaan negeri untuk memastikan pembangunan yang inklusif, seimbang dan berimpak tinggi kepada rakyat.

“Kerajaan Negeri amat menghargai peranan dan sumbangan besar LPPB sebagai sebuah agensi utama kerajaan dalam sektor pembangunan perumahan dan bandar,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun Ke-59 LPPB di Grand Ballroom, The Magellan Sutera Resort, di sini, pada Sabtu.

Beliau berkata, pencapaian berkenaan mencerminkan kematangan LPPB yang kini melangkah ke usia 59 tahun, selain keupayaannya untuk terus kekal relevan, berdaya saing dan berkesan dalam mendepani cabaran pembangunan perumahan semasa.

“Yang paling penting, kita perlu memastikan LPPB bukan sahaja bertahan, malah terus berkembang dan menyumbang secara signifikan kepada kesejahteraan rakyat Sabah,” katanya

Menurutnya, seiring matlamat Belanjawan Negeri Sabah 2026 yang memberi penekanan kepada pemacuan pembangunan demi kesejahteraan rakyat, kerajaan negeri melalui Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah terus memberi perhatian serius terhadap penyediaan perumahan awam, termasuk perumahan kos rendah dan rumah mampu milik di seluruh negeri.

Hajiji berkata, bagi tujuan itu, kerajaan negeri melalui LPPB akan meneruskan pelaksanaan beberapa inisiatif utama, antaranya pembangunan Perumahan Awam Kos Rendah di Sukau, Melalap, Beluran dan Pitas.

Selain itu, katanya, pelaksanaan projek Rumah Mampu Milik (RMM) yang sedang dan akan dibangunkan melibatkan 2,358 unit di lokasi strategik seperti Daerah Sandakan, Papar dan Kota Kinabalu turut menjadi keutamaan.

Selain sektor perumahan, Hajiji berkata salah satu mandat penting LPPB ialah merancang dan membangunkan pekan-pekan baharu bagi merangsang pertumbuhan ekonomi setempat serta memperkukuh pembangunan luar bandar.

Katanya, pada masa ini, LPPB diperuntukkan untuk membangunkan sembilan pekan baharu yang telah dikenal pasti, iaitu di Tongod, Paginatan, Merotai, Sungai Melayu Sebatik, Sukau, Melalap, Ulu Dusun, Beluran dan Penangah.

“Saya berharap pembangunan pekan-pekan baharu ini dapat dilaksanakan secara terancang, mampan dan inklusif, selaras dengan keperluan rakyat serta potensi ekonomi setempat,” katanya.

Hajiji juga dimaklumkan LPPB kini sedang melaksanakan satu projek usahasama. dengan sebuah syarikat swasta yang melibatkan pemindahan penempatan setinggan ke tapak penempatan semula secara lebih tersusun.

Beliau percaya usaha itu mampu membantu kerajaan negeri menangani isu penempatan setinggan secara lebih berkesan, sekali gus meningkatkan kualiti kehidupan rakyat yang terlibat.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Menteri menegaskan komitmen kerajaan negeri untuk membina lebih banyak rumah mampu milik, termasuk melalui pelbagai program seperti Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) serta pembinaan perumahan kos rendah oleh LPPB.

Katanya, bagi tahun ini, kerajaan negeri akan menambah bilangan kuota Rumah Mesra SMJ daripada 40 unit kepada 50 unit bagi setiap Dewan Undangan Negeri (DUN).

Menurutnya, penambahan 10 unit Rumah Mesra SMJ itu dikhaskan kepada golongan berumur 40 tahun dan ke bawah, telah berumah tangga serta tidak memiliki rumah, sebagai usaha membantu generasi muda memiliki kediaman sendiri.

“Usaha ini penting bagi memenuhi keperluan rakyat termasuk di kawasan luar bandar serta meningkatkan taraf hidup penduduk Sabah,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/25/lppb-bina-29443-rumah-kos-rendah-seluruh-sabah/feed/ 0 90353
LPPB komited tangani teguran audit, tingkat prestasi agensi https://sabahmedia.com/2025/02/08/lppb-komited-tangani-teguran-audit-tingkat-prestasi-agensi/ https://sabahmedia.com/2025/02/08/lppb-komited-tangani-teguran-audit-tingkat-prestasi-agensi/#respond Sat, 08 Feb 2025 02:54:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=68219
Read Time:1 Minute, 12 Second

KOTA KINABALU: Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB), Datuk Masiung Banah, mengarahkan tadbir urus agensi itu supaya mengambil tindakan tuntas untuk menyelesaikan teguran Jabatan Audit Negara Malaysia (JANM).

Tegasnya, tindakan serius wajar diambil segera bagi menambah baik isu teguran yang diberikan.

” Saya mengingatkan pengurusan eksekutif LPPB supaya perkara itu tidak berulang dan menjadi barah dalam pentadbiran, ” katanya.

Masiung ditemui selepas merasmikan majlis Amanat Pengerusi dan Sambutan Tahun Baru Cina LPPB di Dewan Hakka, semalam.

Awal bulan lalu LPPB mendapat teguran audit berhubung pengurusan aktiviti utama tahun 2024 yang kurang memuaskan ekoran kelewatan projek berkaitan kerjasama pihak ketiga.

” Saya menggesa agensi berkaitan terutama melibatkan elektrik dan tali air mempercepatkan kelulusan untuk penyambungan ke kawasan projek perumahan yang telah siap dibina, ” katanya.

Masiung menegaskan tadbir urus agensi hartanah itu bukan sahaja menyelesaikan teguran audit, tetapi memastikan semua projek perumahan dapat dilaksanakan mengikut jadual.

Wakil Rakyat Kuamut itu juga memberitahu ketika beliau mula menyertai LPPB pada tahun 2000, prestasi kewangan agensi itu agak merundum.

Namun beliau telah membuat pembaharuan tiga tahun kemudian sehingga LPPB memperolehi sumber keuntungan yang statik bagi membolehkan warga LPPB mendapat bonus tahunan.

Justeru, Masiung meminta semua pegawai dan kakitangan LPPB mengekalkan hubungan kerja berpasukan bagi memastikan badan kerajaan itu mengekalkan prestasi kewangan memberangsangkan menerusi aktiviti utamanya.

Setiausaha Tetap Kementerian Kerja Raya, Datuk Ridhwan Riger Linus, Pengurus Besar LPPB, Datuk Rosemary Ahping dan Timbalan Pengerusi LPPB, Datuk Jamaliah Antalip turut hadir menyertai lebih 300 warga LPPB di majlis itu.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/08/lppb-komited-tangani-teguran-audit-tingkat-prestasi-agensi/feed/ 0 68219
LPPB, Cepat Hebat Sdn Bhd meterai Perjanjian Usahasama Cadangan Pembangunan Kg Air, Semporna https://sabahmedia.com/2024/06/13/lppb-cepat-hebat-sdn-bhd-meterai-perjanjian-usahasama-cadangan-pembangunan-kg-air-semporna/ https://sabahmedia.com/2024/06/13/lppb-cepat-hebat-sdn-bhd-meterai-perjanjian-usahasama-cadangan-pembangunan-kg-air-semporna/#respond Thu, 13 Jun 2024 08:25:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=55934
Read Time:1 Minute, 56 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri komited memajukan pembangunan di daerah Semporna dengan termeterainya Perjanjian Usahasama antara Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) dengan Cepat Hebat Sdn Bhd (Cadangan pembangunan atas tanah LPPB Kampung Air, Semporna) di sini, hari ini.

Projek pembangunan yang menelan kos keseluruhan sejumlah RM478 juta itu melibatkan tanah seluas 21 ekar termasuk pembinaan suite komersial 564 unit, lot kedai 101 unit dan hotel 544 bilik.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan (KKTP), Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam berkata perjanjian usahasama tersebut adalah sangat bagus untuk pembangunan memajukan kawasan Semporna.

“Perjanjian ini akan membangunkan kawasan di Semporna, saya fikir ini adalah perkembangan yang sangat bagus yang mana kita akan memajukan Semporna dengan pembinaan dua buah hotel iaitu sebuah bertaraf 3 bintang dan dua buah bertaraf 4 bintang serta ruang pejabat dan hypermarket.

“Ini merupakan pembaharuan peningkatan pembangunan di dalam pekan Semporna,” katanya pada sidang media selepas menyaksikan majlis perjanjian tersebut.

Dr Joachim berkata, projek pembangunan ini adalah bertepatan dengan keperluan di daerah itu kerana Semporna merupakan salah satu destinasi menarik tumpuan pelancong.

“Seperti yang kita lihat, Semporna adalah salah satu destinasi menarik iaitu tumpuan pelancong yang paling ramai, jadi usaha kerajaan ini adalah untuk memberikan sesuatu keperluan yang diimpikan oleh pelancong dengan adanya kemudahan hotel yang terbaik di Semporna,” katanya.

Menurut Dr Joachim, projek tersebut akan memakan masa selama lima tahun untuk disiapkan namun beberapa perkara harus dipertimbangkan sebelum memulakan projek berkenaan.

“Proses untuk pembinaan sudah tersedia namun berapa lama proses memulakan projek mungkin mengambil masa kerana kawasan yang dikenal pasti buat masa ini dipenuhi dengan rumah-rumah setinggan dan kita perlu mencari satu tempat untuk rumah setinggan ini.

“Kita akan mencari semua penghuni tempatan di tapak projek tersebut dan kita akan mencari tapak baharu kepada mereka iaitu di lokasi perkampungan ataupun sebuah penempatan yang sewajarnya untuk mereka.

“Bancian awal dan rekod tidak rasmi setakat ini menunjukkan ada seramai 200 lebih penduduk tempatan yang berdokumen di Kg Air berkenaan.

“Penduduk tersebut akan dipindahkan ke Kampung Tagayan iaitu tapak penempatan semula setinggan dan cadangan tapak ialah seluas 44 ekar. Cadangan penempatan ini adalah untuk 500 lot,” jelas beliau.

Menandatangi Perjanjian Cadangan Usahasama Pembangunan komersial di atas tanah dan kampung air di Semporna, LPPB diwakili Datuk Masiung Banah dan Rosemary Ahping manakala Cepat Hebat Sdn Bhd diwakili Wilson Chon dan Goh Thian Teck.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/13/lppb-cepat-hebat-sdn-bhd-meterai-perjanjian-usahasama-cadangan-pembangunan-kg-air-semporna/feed/ 0 55934
LPPB mahu penduduk setinggan segera dipindahkan https://sabahmedia.com/2023/04/14/lppb-mahu-penduduk-setinggan-segera-dipindahkan/ https://sabahmedia.com/2023/04/14/lppb-mahu-penduduk-setinggan-segera-dipindahkan/#respond Fri, 14 Apr 2023 03:52:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=32728
Read Time:1 Minute, 55 Second

KUNAK: Cadangan memindah lebih 2,500 penduduk setinggan yang menduduki tanah Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) di Kampung Bagiang dan Kunak Jaya di sini belum menemui jalan penyelesaian.

Sebaliknya, perbincangan antara LPPB dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak Norazlinah Arif menjurus kepada alternatif baharu, menyediakan dua lokasi pemindahan di Kampung Hampilan dan pesisir Sungai Kunak Jaya jika penduduk setinggan itu dipindahkan.

Pihak LPPB mahukan penghuni setinggan segera dipindahkan bagi membolehkan dua tapak perkampungan setinggan berkenaan dapat dikomersialkan.

Satu pihak lagi melibatkan, Wakil Rakyat Kunak, mahukan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor campur tangan bagi menyelesaikan isu tersebut.

Mesyuarat di Pejabat Urusetia Kunak Rabu lalu melibatkan LPPB, diketuai Pengerusinya, Datuk Masiung Banah dan Pengurus Besar, Rosemary Ahping bersama Norazlinah yang turut dihadiri Pegawai Daerah, Awang Mohd Yusoff, namun belum mencapai sebarang kata sepakat.

Mesyuarat itu turut dihadiri wakil Jabatan Tanah dan Ukur daerah, Jabatan Perhutanan dan Pihak Berkuasa Tempatan sebelum mengadakan lawatan di tapak pemindahan baharu yang dicadangkan.

Masiung memberi jaminan, LPPB bersedia memberi kerjasama sepenuhnya jika para penghuni setinggan dipindahkan di dua lokasi baharu yang dicadangkan, iaitu Kampung Hampilan dan pesisir Sungai Kunak Jaya.

” Kita menyedari akan wujud pelbagai kontroversi dalam usaha memindahkan penduduk setinggan. Namun saya berharap ada solusi holistik boleh dicapai menerusi perbincangan, ” jelasnya.

Sementara itu, Norazlinah yang ditemui di tapak cadangan pemindahan baharu setinggan itu, mahukan LPPB mendirikan rumah flat terlebih dahulu di kawasan lain, bagi menempatkan semula penduduk setinggan jika mereka dipindahkan.

Wakil Rakyat Kunak itu menuntut supaya kerajaan negeri mengekalkan status Kampung Bagiang dan Kunak Jaya sebagai rezab kampung.

” Saya akan berjumpa dengan Ketua Menteri dalam masa terdekat bagi menyelesaikan isu ini. Saya akan mengemukakan cadangan supaya kerajaan menyediakan kawasan baharu untuk LPPB sebagai alternatif menggantikan dua perkampungan setinggan itu terus dikekalkan, ” jelasnya.

Norazlinah heran, bagaimana LPPB memperolehi geran di tapak perkampungan tradisi itu pada tahun 1990 di Kampung Kunak Jaya dan 1998 di Bagiang sedangkan penduduk telah memohon tapak perkempungan itu sejak awal 1970.

” Saya dilahirkan dan dibesarkan di Kampung Bagiang, saya tahu usaha nenek moyang kami memohon tapak perkampungan itu dan menatap lebih awal berbanding LPPB yang hanya mendapat hak milik tanah pada awal 90an.

Norazlinah mendakwa, pada masa kini terdapat 400 buah rumah di Kampung Bagiang dan lebih 100 rumah di Kunak Jaya telah didirikan di mana 90 peratus penduduknya adalah rakyat tempatan.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/04/14/lppb-mahu-penduduk-setinggan-segera-dipindahkan/feed/ 0 32728
LPPB terima 41,135 permohonan rumah kos rendah di Sabah tempoh 5 tahun https://sabahmedia.com/2023/03/31/lppb-terima-41135-permohonan-rumah-kos-rendah-di-sabah-tempoh-5-tahun/ https://sabahmedia.com/2023/03/31/lppb-terima-41135-permohonan-rumah-kos-rendah-di-sabah-tempoh-5-tahun/#respond Fri, 31 Mar 2023 04:21:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=31837
Read Time:1 Minute, 13 Second

SOOK: Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) menerima 41,135 permohonan untuk mendapatkan rumah kos rendah di Sabah dalam tempoh lima tahun berakhir Mac tahun ini.

Pengerusi LPPB, Datuk Masiung Banah berkata, statistik itu terlalu tinggi berbanding bilangan rumah yang telah dan sedang dilaksanakan oleh pihaknya.

” Kita kini sedang menyasarkan untuk memenuhi keperluan sekurang-kurangnya 30 peratus daripada jumlah permohonan yang diterima, ” katanya selepas menyempurnakan cabutan undi 32 lot rumah kos rendah di Sook, pagi semalam.

Bagaimanapun, katanya ia adalah bergantung pada jumlah peruntukan yang disalurkan daripada kerajaan negeri dan Persekutuan.

Masiung berkata, pihaknya kini sedang merangka garis panduan termasuk membentuk Jawatankuasa Strategik dan Pelaburan (JSP) bagi mengurangkan jumlah permintaan rumah kos rendah di Sabah.

Ketika berucap pada majlis cabutan undi rumah kos rendah di Sook, beliau berkata LPPB bersedia membantu memberi khidmat nasihat kepada penerima rumah yang sukar mendapat pinjaman bank.

Menurut Masiung yang juga Wakil Rakyat Kuamut, setiap pemohon rumah kos rendah akan ditapis mengikut kelayakan.

Hanya mereka yang mempunyi pendapatan keluarga di bawah RM3,000 sahaja yang layak memohon rumah kos rendah dan dijual serendah harga RM47 ribu seunit.

“ Di luar sana ramai bertanya, kenapa rumah kos rendah tidak dibina di sekitar bandar. Ini kerana harga kos tanah yang tinggi di bandar tidak mampu menampung nilai harga rumah yang cukup murah,” jelasnya.

Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejatheraan, Datuk Flovia Ng, Pengurus Besar LPPB, Rosmery Ahping dan Penolong Pegawai Daerah Sook, Jeffry Japar turut hadir menyaksikan majlis cabutan undi tersebut.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/03/31/lppb-terima-41135-permohonan-rumah-kos-rendah-di-sabah-tempoh-5-tahun/feed/ 0 31837
Penduduk Mahu LPPB Cari Jalan Penyelesaian, Sedia Penempatan Baharu https://sabahmedia.com/2022/01/25/penduduk-mahu-lppb-cari-jalan-penyelesaian-sedia-penempatan-baharu/ https://sabahmedia.com/2022/01/25/penduduk-mahu-lppb-cari-jalan-penyelesaian-sedia-penempatan-baharu/#respond Tue, 25 Jan 2022 05:16:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11524
Read Time:1 Minute, 45 Second

KOTA KINABALU : Penduduk Rumah Pangsa Tanjung Aru disini mahu Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) mencari jalan penyelesaian bagi menyediakan tempat tinggal baru selepas mereka diberi notis pindah pada Mei tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Rumah Pangsa Tanjung Aru Dewi Yana Awang berkata, sehinga kini penduduk terbabit masih belum menerima sebarang maklumat lanjut bagi lokasi penempatan baharu penduduk.

“Penghuni sebulat suara bersetuju untuk berpindah tetapi dengan syarat-syarat tertentu. Kami mahu pihak LPPB memindahkan kami (penduduk) ke sebuah penempatan yang sesuai, selamat selain dekat dengan prasarana termasuk kemudahan.

“Kami tahu Rumah Pangsa Tanjung Aru ini adalah milik LPPB dan mereka mempunyai kuasa untuk meminta penduduk berpindah atas faktor keselamatan memandangkan infrastruktur bangunan perumahan ini telah mengalami banyak kerosakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyertai satu demonstrasi aman di sini semalam.

Demonstarasi aman itu disertai lebih 300 penduduk bagi meminta pihak LPPB mengadakan dialog bersama penghuni Rumah Pangsa Tanjung Aru bagi menjelaskan nasib lebih 1,000 penghuni kalangan rakyat tempatan yang tinggal di kawasan perumahan ini.

Dewi berkata, demonstarasi yang dianjurkan itu bertepatan dengan acara LPPB yang menyaksikan penghuni-penghuni Rumah Pangsa Tanjung Aru berpindah keluar dan turut dihadiri Pengerusi LPPB, Datuk Masiung Banah dan Ahli-Ahli Lembaga Pengarah LPPB yang diadakan semalam.

“Hari ini, mereka tidak dapat elak dari penghuni. Kami (Jawatakuasa Bertindak) dan penghuni sudah penat menunggu kehadiran pegawai atau kakitangan LPPB datang bertemu dengan kami dan penduduk bagi berdialog menyelesaikan permasalahan ini.

“Sejak notis itu dilekat pada bulan Mei tahun lalu, mereka (LPPB) terus berdiam dan tidak pernah muncul untuk berdailog bersama penghuni di sini.

“Kami hanya mahu pihak LPPB mendengar keluhan hati para penghuni dan memberikan sedikit rasa ehsan kepada penghuni yang rata-ratanya dalam kalangan B40,” katanya.

Dalam pada itu, Dewi turut memohon jasa baik Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan Kerajaan Sabah untuk membela nasib para penghuni di Rumah Pangsa Tanjung Aru ini.

“Kami bukan pendatang, kami bukan degil, kami memang sedia berpindah. Tapi berilah kami rumah dan penempatan yang sesuai, baik, punya kemudahan dan selesa,” katanya.

Untuk rekod, Rumah Pangsa Tanjung telah dibina sekitar tahun 70-an semasa era pemerintahan Kerajaan USNO.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/25/penduduk-mahu-lppb-cari-jalan-penyelesaian-sedia-penempatan-baharu/feed/ 0 11524