LRA air sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 10 Aug 2023 13:36:19 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png LRA air sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 DUN Sabah : Gangguan bekalan air utara KK dijangka berkurang selepas LRA Telibong II Fasa II siap https://sabahmedia.com/2023/08/10/dun-sabah-gangguan-bekalan-air-utara-kk-dijangka-berkurang-selepas-lra-telibong-ii-fasa-ii-siap/ https://sabahmedia.com/2023/08/10/dun-sabah-gangguan-bekalan-air-utara-kk-dijangka-berkurang-selepas-lra-telibong-ii-fasa-ii-siap/#respond Thu, 10 Aug 2023 13:36:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=39845
Read Time:1 Minute, 38 Second

Kota Kinabalu : Masalah gangguan bekalan air yang sering kali berlaku di negeri ini khususnya di kawasan utara Kota Kinabalu dijangka berkurangan apabila projek naik taraf Loji Rawatan Air (LRA) Telibong II Fasa II siap sepenuhnya.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, ia termasuklah pemasangan paip-paip baru ke kawasan terlibat untuk penyelesaian sepenuhnya.

Katanya, masalah yang berlaku adalah disebabkan oleh kadar permintaan air terawat semasa di kawasan terlibat adalah sebanyak 221 Juta Liter Sehari (JLH) yang telah melebihi kapasiti rekabentuk sedia ada iaitu sebanyak 171 JLH.

Menurutnya, kekurangan bekalan ke kawasan berkenaan adalah sebanyak 50 JLH ataupun 29.2 peratus.

“Projek yang dalam fasa pembinaan dan dalam proses penyiapan iaitu pembinaan projek naiktaraf LRA Telibong II Fasa II yang dijangkakan akan siap pada awal September ini akan dapat membekalkan tambahan air terawat sebanyak 20 peratys ataupun tambahan sebanyak 16 JLH untuk menampung keperluan bekalan air di kawasan UITM, SSM, ILP, IKM, UMS, Hospital Likas dan kawasan sekitar.

“Tambahan 16 JLH ini yang akan di salurkan ke dalam sistem bekalan air sedia ada akan dapat mengurangkan masalah gangguan bekalan air di kawasan terbabit sehinggalah Projek Telibong II fasa II siap sepenuhnya termasuk pemasangan paip-paip baru ke kawasan ini untuk penyelesaian sepenuhnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Darrel Leiking (Warisan-Moyog) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.

Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya berkata, sumber bekalan air yang membekalkan air ke kawasan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) adalah melalui Loji Rawatan Air Telibong II Fasa I.

Katanya, Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) melalui Jabatan Air Daerah Kota Kinabalu mengambil maklum terhadap gangguan bekalan air di kawasan tersebut dan telah mengambil tindakan serta merta dengan melaksanakan pengawalan injap sluis untuk memastikan bekalan air sama rata dan meningkatkan tekanan air ke kawasan yang terlibat khasnya HWKKS.

“Buat masa ini, masalah gangguan bekalan air di Hospital wanita dan Kanak-Kanak Sabah telah dapat diatasi,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2023/08/10/dun-sabah-gangguan-bekalan-air-utara-kk-dijangka-berkurang-selepas-lra-telibong-ii-fasa-ii-siap/feed/ 0 39845
LRA bersepadu (Solar-IoT) Fasa 1 siap dibina https://sabahmedia.com/2023/07/29/lra-bersepadu-solar-iot-fasa-1-siap-dibina/ https://sabahmedia.com/2023/07/29/lra-bersepadu-solar-iot-fasa-1-siap-dibina/#respond Sat, 29 Jul 2023 08:38:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=39182
Read Time:1 Minute, 32 Second

Pitas :   Pembinaan Mikro Loji Rawatan Air (LRA) Bersepadu (Solar-IoT) Kampung Lok Dangkaan di sini bagi Fasa Pertama yang dilaksanakan sejak Mac lalu berjaya disiapkan semalam. 

Pengerusi Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS), Datuk Dr. Omar Raisul As-Salam Syah Sulaiman Omar berkata, fasa pertama itu melibatkan dua unit struktur mikro loji.

Katanya, ia melibatkan dua unit kolam dan pondok konkrit yang bakal menempatkan unit rawatan air serta komponen panel suria. 

“Mikro Loji Rawatan Air Kg Lok Dangkaan telah siap sepenuhnya bagi kerja-kerja fasa pertama yang melibatkan pembinaan kolam takungan air. Sepanjang Fasa 1, penilaian teknikal bagi tujuan pembinaan sebuah loji mikro rawatan air secara bersepadu telah dijalankan. 

“Penilaian ini merangkumi penilaian geologi dan sekitaran, penilaian hidrologi dan sumber air, penilaian kualiti dan cara rawatan air, dan penilaian kejuruteraan dan cadangan struktur mikro loji. 

“Dua unit struktur bagi mikro loji juga telah berjaya disiapkan iaitu dua kolam sebagai sumber utama air dan sebuah pondok konkrit yang akan menempatkan unit rawatan air dan komponen bekalan tenaga elektrik menggunakan suria,” katanya.

Mengulas mengenai baki tiga fasa lagi, Omar Raisul memaklumkan projek tersebut dijadualkan siap dan mula beroperasi menjelang Oktober tahun depan.

“Projek ini bakal menghasilkan pengeluaran 30,000 liter air sehari dan akan memberi manfaat kepada penduduk sekitar,” jelas beliau.

Menurutnya, projek bernilai RM289,714 itu merupakan kerjasama pihaknya dengan Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui saluran dana Agensi Pelaksanaan Ekonomi dan Koordinasai Strategik Nasional (LAKSANA) dan Yayasan Nur Jauhar (YNJ).

Beliau berkata demikian kepada media selepas melancarkan Pembinaan Mikro Loji Rawatan Air Bersepadu (Solar-IoT) Kg Lok Dangkaan, Pitas di Kg. Lok Dangkaan Pitas.

Acara tersebut bersempena dengan Kembara Rahmah 2023 yang disertai rombongan Agensi LAKSANA, Fakulti Sains dan Sumber Alam, UMS dan Pejabat Daerah Pitas.

Pada majlis berkenan, Omar Raisul turut menyampaikan bantuan kewangan kepada 54 Ketua Isi Keluarga (KIR) di kampung terbabit.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/07/29/lra-bersepadu-solar-iot-fasa-1-siap-dibina/feed/ 0 39182