LRA telibong 2 – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 31 Oct 2024 05:41:40 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png LRA telibong 2 – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Projek penambahan kapasiti LRA Telibong II dijangka siap Nov 2024 https://sabahmedia.com/2024/10/31/projek-penambahan-kapasiti-lra-telibong-ii-dijangka-siap-nov-2024/ https://sabahmedia.com/2024/10/31/projek-penambahan-kapasiti-lra-telibong-ii-dijangka-siap-nov-2024/#respond Thu, 31 Oct 2024 05:41:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=63111
Read Time:1 Minute, 37 Second

Kuala Lumpur: Sebuah projek penambahan Kapasiti Loji Rawatan Air (LRA) Telibong II dari 80 juta liter sehari (JLH) ke 160JLH bernilai RM429.2 juta kini sedang dalam pembinaan di daerah Tuaran.

Menurut Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA), ia merupakan sebuah projek yang turut merangkumi penambahan kapasiti saluran paip utama dan tangki simpanan.

“Kemajuan fizikal terkini di tapak projek ialah 99.68%. Projek ini dijangka siap pada November 2024.

“Walau bagaimanapun, terdapat permohonan Notis Perubahan (NOC) untuk kelulusan peluasan skop, objektif, output dan outcome projek dengan pelarasan kos yang dikemukakan kepada Kementerian Ekonomi pada 17 September 2024,” ujar PETRA.

Kementerian itu menyatakan demikian dalam satu jawapan bertulis terhadap Soalan Lisan Datuk Seri Wilfred Tangau pada Persidangan Parlimen Dewan Rakyat di sini.

Dalam soalannya, Madius meminta PETRA menyatakan status terkini peruntukan RM300 juta dana yang diumumkan Perdana Menteri pada tahun 2023 untuk menyelesaikan masalah bekalan air di Sabah.

“Apakah projek-projek yang telah, sedang atau dalam perancangan untuk dilaksanakan di Sabah khususnya di daerah Tuaran,” katanya.

Menurut PETRA, Jemaah Menteri pada 27 September 2023 telah meluluskan sebanyak RM300 juta secara pinjaman untuk menyelesaikan isu bekalan air di Sabah.

“Projek yang dibina daripada dana tersebut merangkumi Projek Mengurangkan Kadar Kehilangan Air Tak Terhasil bagi tujuan penggantian, naik taraf paip, pam penggalak dan tangki simpanan air di daerah Kota Kinabalu.

“Dana itu turut membiayai Projek Penggantian Pam Penggalak,  Pembinaan Rumah Pam Penggalak, Penggantian Pam Air Mentah dan Terawat Bagi Muka Sauk dan LRA Di Daerah Papar, Keningau dan Lahad Datu.

“Ia juga bagi melaksanakan penggantian Alat Janakuasa di LRA Merotai, Tawau dan Beaufort 1. Surat Setuju Terima (SST) bagi ketiga-tiga projek ini dijangka dikeluarkan pada Januari 2025,” jelas PETRA.

Kementerian itu turut memaklumkan, sebuah lagi projek adalah Menaik Taraf LRA  Kasigui Bagi Bekalan Air Daerah Putatan dan Menaik Taraf Muka Sauk di LRA Beaufort 2 Termasuk Kerja Kerja Berkaitan.

“Bagi projek ini, jangkaan SST dikeluarkan adalah pada Oktober 2024,” ujar PETRA. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/31/projek-penambahan-kapasiti-lra-telibong-ii-dijangka-siap-nov-2024/feed/ 0 63111
Bekalan air di utara KK bertambah baik apabila kerja pemasangan paip di LRA Telibong 2 Fasa 2 siap https://sabahmedia.com/2024/01/18/bekalan-air-di-utara-kk-bertambah-baik-apabila-kerja-pemasangan-paip-di-lra-telibong-2-fasa-2-siap/ https://sabahmedia.com/2024/01/18/bekalan-air-di-utara-kk-bertambah-baik-apabila-kerja-pemasangan-paip-di-lra-telibong-2-fasa-2-siap/#respond Thu, 18 Jan 2024 13:36:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=48161
Read Time:1 Minute, 2 Second

Tuaran : Bekalan air di kawasan Tuaran, utara Kota Kinabalu dan pusat bandar raya akan bertambah baik apabila kerja-kerja pemasangan dan penyambungan paip di Loji Rawatan Air (LRA) Telibong II Fasa II di sini siap dilaksanakan sebelum hujung bulan ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, tambahan isipadu air ke sistem agihan bekalan air sedia ada boleh mencapai ke 130 juta liter sehari (JLH) apabila kerja-kerja berkenaan siap dilaksanakan.

“Hari ini, saya bersama pihak kementerian telah mengadakan lawatan tapak ke Telibong untuk meninjau status kerja pemasangan dan penyambungan paip dan juga melihat sendiri operasi LRA Telibong II Fasa II yang telah siap pada awal Disember lalu.

“Saya difahamkan kerja penyambungan paip akan siap sebelum hujung Januari ini. Apabila siap kelak, tambahan isipadu air ke sistem agihan bekalan air sedia ada boleh mencapai ke 130 JLH (baru dan lama),” katanya dalam hantaran di Facebooknya di sini hari ini.

Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya berkata, kesan dari jumlah yang dicapai juga akan dapat dirasai di daerah Putatan menerusi penyelarasan agihan air yang akan dilakukan kelak.

“Selain itu, kami juga berbincang tentang pilihan untuk jajaran paip seterusnya bagi mengoptimakan pengeluaran isipadu air terawat selaras dengan kapasiti rekabentuk loji-loji di Telibong iaitu 180JLH,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/18/bekalan-air-di-utara-kk-bertambah-baik-apabila-kerja-pemasangan-paip-di-lra-telibong-2-fasa-2-siap/feed/ 0 48161