luar bandar – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 18 Apr 2024 05:37:13 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png luar bandar – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 RM450,000 peruntukan laksana projek pembangunan asas luar bandar – Masiung https://sabahmedia.com/2024/04/18/rm450000-peruntukan-laksana-projek-pembangunan-asas-luar-bandar-masiung/ https://sabahmedia.com/2024/04/18/rm450000-peruntukan-laksana-projek-pembangunan-asas-luar-bandar-masiung/#respond Thu, 18 Apr 2024 05:37:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=52714
Read Time:1 Minute, 3 Second

TONGOD: Empat kampung di Mukim Karamuak di sini memperolehi peruntukan RM450,000 untuk melaksanakan projek pembangunan asas luar bandar.

Wakil Rakyat Kuamut, Datuk Masiung Banah mengumumkan peruntukan itu semasa merasmikan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Dewan Kuala Karamuak, kelmarin.

Menurutnya, jumlah itu diagihkan menerusi peruntukan Dewan Undangan Negeri bagi membaikpulih tiga dewan masyarakat.

“Antaranya Dewan Kampung Kuala Karamuak dan Tenaga Baru masing-masing diperuntukkan RM150 ribu, manakala RM100 ribu lagi digunakan bagi menyelenggara dewan terbuka Kampung Karamuak Dalam.

“Selebihnya, RM50 ribu digunakan membina tandas awam dan pondok Team Aki Karamuak bagi mengawal kumpulan gajah liar di kawasan itu,” jelasnya.

Terdahulu, Jawatankuasa Bencana Alam Negeri turut meluluskan peruntukanRM800,000 untuk membekalkan tangki air kepada penduduk terjejas bekalan air di seluruh daerah Tongod termasuk perkampungan dalam Mukim Karamuak.

Menurut Masiung, setiap kampung yang terjajas kemarau akan memperolehi 10 buah tangki yang diletakkan pada satu tempat membolehkan penduduk mengambil air yang dibekalkan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS).

Masiung yang juga Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) turut memaklumkan bahawa kesemua projek-projek asas luar bandar berkenaan akan dilaksanakan bermula awal bulan Mei depan.

Lebih 300 penduduk dari pelbagai kaum dan agama di mukim itu hadir memeriahkan Majlis Aidilfitri berkenaan yang dianjurkan bersama Pergerakan Wanita, Pemuda dan Beliawanis Gagasan Rakyat Bahagian Kuamut.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/04/18/rm450000-peruntukan-laksana-projek-pembangunan-asas-luar-bandar-masiung/feed/ 0 52714
500 pelajar luar bandar terima manfaat Program Jelajah Pendidikan https://sabahmedia.com/2024/03/30/500-pelajar-luar-bandar-terima-manfaat-program-jelajah-pendidikan/ https://sabahmedia.com/2024/03/30/500-pelajar-luar-bandar-terima-manfaat-program-jelajah-pendidikan/#respond Sat, 30 Mar 2024 04:10:46 +0000 https://sabahmedia.com/?p=51885
Read Time:1 Minute, 36 Second

KOTA BELUD: Seramai 500 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Narinang di sini menerima manfaat daripada pelaksanaan Program Jelajah Pendidikan bagi mendapatkan maklumat dan panduan dalam merancang kerjaya selepas tamat persekolahan.

Ketua Daerah Kota Belud, Roslan Duraman berkata program tersebut turut meliputi temuduga secara terbuka yang bertujuan untuk menggalakkan pelajar luar bandar melanjutkan pendidikan ke menara gading.

“Matlamat program ini adalah bagi mendedahkan kepada pelajar terutama
lepasan tingkatan lima dan enam, peluang melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang diiktiraf oleh kerajaan serta melahirkan modal insan
berpendidikan tinggi dan jaminan pekerjaan selepas tamat pengajian.

“Saya percaya ini sangat penting bukan sahaja kepada pelajar tetapi juga kepada ibubapa, program seperti ini untuk memudahkan rakyat di kawasan Kadamaian.

“Malah, program ini turut membantu dan membimbing golongan lepasan SPM yang tidak mempunyai kredit yang cukup untuk
memohon program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET),” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Jelajah Pendidikan : Satu Rumah Satu Graduan di SMK Narinang, Kota Belud.

Roslan yang juga Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat)
Bahagian Kadamaian turut mengucapkan tahniah kepada dua pelajar lepasan Sijil SPM 2022 dari sekolah ini yang diberi tawaran melanjutkan pelajaran peringkat Diploma di Cosmopoint College dan universiti UNIRAZAK.

“Ini satu permulaan yang baik untuk sekolah ini merintis peluang-peluang melanjutkan pelajaran pada masa akan datang,” katanya.

Sementara itu, Pengetua SMK Narinang, Soo Yong Huat menyifatkan program tersebut cukup bermakna khususnya pelajar luar bandar yang dapat bersemuka dengan pihak Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan IPTS.

Katanya, pelajar tingkatan lima yang diberi
peluang menyertai program ini turut mendapat pengetahuan berguna untuk
mereka merancang arah melanjutkan perajaran selepas menduduki peperiksaan SPM.

“Justeru, pelaksanaan Program Jelajah Pendidikan telah memberikan semangat
baharu kepada pelajar golongan kurang berkemampuan (B40) dalam meneruskan perjuangan untuk melanjutkan pelajaran menimba ilmu sekali gus mengubah nasib mereka,” tambah beliau.

Antara IPTS yang hadir ke SMK Narinang sempena program itu ialah Metropolitan Universiti College (KLMUC) dan Cosmopoint College.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/30/500-pelajar-luar-bandar-terima-manfaat-program-jelajah-pendidikan/feed/ 0 51885
Program Rumah SMJ perkasa keluarga luar bandar https://sabahmedia.com/2024/03/21/program-rumah-smj-perkasa-penduduk-luar-bandar/ https://sabahmedia.com/2024/03/21/program-rumah-smj-perkasa-penduduk-luar-bandar/#respond Thu, 21 Mar 2024 08:45:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=51393
Read Time:2 Minute, 17 Second

KIULU: Ramai keluarga miskin di kawasan luar bandar Sabah melihat inisiatif Sabah Maju Jaya (SMJ) sebagai penyelamat dari situasi sukar, walaupun ada sesetengah pihak yang mempersendakan slogan Jata Sabah tersebut.

Di Kiulu sahaja, lebih 40 keluarga telah pun mengalami impak transformatif daripada program rumah SMJ yang diterajui oleh kerajaan GRS-PH Plus sejak dua tahun lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai berkata, seramai 20 keluarga di kawasan beliau bakal mendapat manfaat daripada inisiatif tersebut pada tahun ini.

Beliau yang juga Ketua Penerangan GRS berkata kesan inisiatif itu turut dirasai di seluruh Sabah kerana setiap DUN diperuntukkan 20 buah rumah SMJ.

“Impak SMJ merupakan ‘game changer’ (pengubah keadaan) dan tidak harus diperkecilkan.

“Sebelum kerajaan GRS-PH Plus, kawasan DUN Kiulu hanya diperuntukkan antara empat hingga lima buah rumah bantuan untuk golongan miskin tegar setiap tahun,” katanya.

Baru-baru ini, Joniston menyerahkan kunci rumah SMJ kepada penerima dari beberapa kampung di sini.

Beliau turut meluahkan rasa kecewa terhadap ejekan dilontarkan oleh pihak pembangkang yang mengambil kesempatan untuk menjadikan usaha SMJ sebagai perbatuan politik tanpa mengambil kira kesan sebenar terhadap kehidupan rakyat Sabah.

Menyentuh tentang perubahan besar yang dibawa oleh kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, Joniston sekali lagi menekankan pertambahan peruntukan yang diberikan kepada ADUN di mana RM3 juta diperuntukkan di bawah pentadbiran GRS-PH Plus berbanding RM1.5 juta di bawah kerajaan terdahulu.

“Peningkatan dana ini membolehkan kita menangani keperluan mendesak rakyat luar bandar secara berkesan.

“Ia menunjukkan komitmen kerajaan negeri untuk memastikan bantuan penting sampai kepada mereka yang memerlukannya serta memastikan wakil rakyat bertanggungjawab menguruskan dana mereka secara berkesan,” kata Joniston.

Dalam majlis penyerahan kunci rumah SMJ, penerima Waitin Banggang dari Kampung Ranau-Ranau berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana memberikan bantuan rumah dan kestabilan yang diperlukan kepada beliau.

Joniston menyerahkan kunci rumah SMJ kepada Stella Lonsiun dari Kampung Logkou Lama.

“Selepas bertahun-tahun memohon dan gagal dalam percubaan mendapatkan bantuan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), akhirnya memiliki rumah SMJ amatlah bermakna kepada keluarga saya,” katanya.

Stella Lonsiun dari Kampung Logkou Lama, yang telah dua tahun menantikan kelulusan rumah SMJ, berkata dia pada mulanya tidak tahu cara mendapatkan bantuan rumah.

“Terima kasih kepada sokongan dan bimbingan yang diberikan oleh ADUN kami dan pemimpin akar umbi, saya mempunyai pemahaman yang lebih mendalam tentang kepentingan usaha SMJ.

“Bantuan ini sangat diperlukan dan saya benar-benar bersyukur,”katanya.

Robert Kampadong dari Kampung Logub turut memuji kerajaan negeri dan menggambarkan komitmen SMJ sebagai telus dalam memperkasa kehidupan penduduk luar bandar.

Joniston (dua kanan) menyerahkan kunci ruma SMJ kepada Robert Kampadong dari Kampung Logub.

“Bagi saya, inisiatif SMJ ini melambangkan keprihatinan kerajaan terhadap kesejahteraan rakyat dan saya berharap bantuan rumah ini diteruskan agar mereka yang masih menunggu kelulusan dapat merasai impak yang sama seperti keluarga saya,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/21/program-rumah-smj-perkasa-penduduk-luar-bandar/feed/ 0 51393
PPIB, UMS pupuk budaya pertanian komersial kalangan komuniti luar bandar dalam penanaman ‘bawing’ https://sabahmedia.com/2023/12/23/ppib-ums-pupuk-budaya-pertanian-komersial-kalangan-komuniti-luar-bandar-dalam-penanaman-bawing/ https://sabahmedia.com/2023/12/23/ppib-ums-pupuk-budaya-pertanian-komersial-kalangan-komuniti-luar-bandar-dalam-penanaman-bawing/#respond Sat, 23 Dec 2023 14:14:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=47048
Read Time:3 Minute, 49 Second

KOTA BELUD: Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), Universiti Malaysia Sabah (UMS) memupuk budaya pertanian komersial dalam kalangan komuniti luar bandar khususnya tentang penanaman herba lokal ‘bawing’.

Justeru PPIB, UMS telah berjaya menganjurkan satu program Go Glocal and Spread your Wings with Bawing:
Projek Pembangunan Modul, Pembinaan Nurseri serta Pemindahan Ilmu Penanaman Bawing dalam kalangan Komuniti di Kota Belud.

Program ini telah dilaksanakan secara berperingkat bermula bulan Mac sehingga Disember 2023 di tapak Nurseri Bawing yang juga merupakan Makmal Hidupan UMS (UMS Living Lab) bertempat di Kampung Taun Gusi 2, Kota Belud.

Program ini juga dilaksanakan dengan kerjasama Persatuan Usahawan Wanita (PUW), Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Kota Belud di bawah pimpinan Natalia Hassan (Pengerusi) dan Syarikat Arked Print di bawah teraju usahawan tempatan, Tentera Gulang (Pengarah Urusan).

Duduk dari kiri: PM Dr Halina Sendera Mohd Yakin (Ketua Projek/Penyelidik), Natalia Hassan (Pengerusi Persatuan Usahawan Wanita IKS Kota Belud), Tentera Gulang (Pengarah Urusan Arked Print) dan Ts Dr Januarius Gobilik (Timbalan Ketua Projek) Berdiri ketiga dari kiri: Dr Abdul Hair Beddu Asis (Ahli Projek/Pensyarah PPIB) Berdiri ketiga dari kanan: Dr Noorafini Kassim (Ahli Projek/Pensyarah PPIB).

Kira-kira 20 orang komuniti terdiri daripada PUW, IKS menyertai program berkenaan.

Penganjur merakamkan gambar kenangan bersama peserta program.

Menurut Prof. Madya Dr Halina Sendera Mohd Yakin dari PPIB, UMS selaku Ketua Projek merangkap Ketua Kumpulan Penyelidikan Berhubung Pembudayaan Pertanian Komersial, matlamat program ini adalah untuk memupuk budaya pertanian komersial dalam kalangan komuniti luar bandar khususnya tentang penanaman bawing.

Dr Halina dengan banner rekaannya sendiri.

Selain itu, katanya, ia juga dapat mempromosi herba lokal seperti bawing yang mempunyai pelbagai manfaat dari sudut gastronomi, kecantikan, kesihatan, kelestarian alam.sekitar, kesejahteraan serta kerohanian.

“Projek berkenaan adalah hasil daripada dua geran universiti yang berkaitan dan berkesinambungan, iaitu Dana Strategik dan Dana Living Lab.

“Hasil daripada penyelidikan berkenaan telah melahirkan tiga modul berkaitan penanaman, inovasi dan pemasaran serta beberapa prototaip berasaskan herba ‘bawing’.

“Program ini menjadi platform kepada penyelidik untuk mengembangkan projek berinovatif di samping memperkukuhkan hubungan antara UMS dengan entiti luar termasuklah badan kerajaan, industri dan komuniti tempatan,”katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Dr Halina berkata, pelaksanaan projek ini disifatkan sebagai perintis kepada penyelidikan lanjutan di samping bertindak sebagai sumber bekalan untuk projek inovasi dan pengkomersilan produk berasaskan herba tempatan serta aktiviti bersama komuniti pada masa hadapan.

“Pada tahun ini, hanya program pemindahan ilmu berhubung penanaman bawing berjaya dilaksanakan.

“Pada masa hadapan program lanjutan berhubung pemasaran dan inovasi bawing akan turut dilaksanakan,” ujarnya.

Sementara itu, kesan dan maklumbalas daripada penganjur dan komuniti mendapati hasil daripada program pemindahan ilmu, di penghujung program pada 21 Disember 2023, semua peserta berjaya menghasilkan sistem fertigasi pananaman bawing.

Pengerusi PUW, Natalia berkata, program tersebut membantu usahawan wanita di Kota Belud memanfaatkan peluang perniagaan yang terbuka di depan mata dan memacu ekonomi perindustrian di daerah Kota Belud di samping memartabatkan semula sektor pertanian negara.

Manakala Tentera turut bersetuju bahawa program tersebut memberi manfaat kepada masyarakat amnya terutama penduduk di Kota Belud.

“Saya berharap masyarakat Kota Belud dapat berfikiran jauh di luar kotak minda serta memanfaatkan tanaman yang tumbuh di persekitaran kehidupan masyarakat setempat kerana ia mampu menjana sumber ekonomi dan menjadi tarikan sektor pelancongan,” katanya.

Wakil Komuniti Kota Belud yang merupakan pekebun dan pengusaha gerai, Maimunah Abdul Karim serta kakitangan kerajaan, Suzianah Jiffar menyifatkan pembinaan nurseri bawing sebagai satu usaha murni untuk membantu komuniti meningkatkan ekonomi keluarga dengan menjual hasil tanaman bawing kepada pihak berkenaan di samping memanfaatkan masa terluang serta tanah terbiar dengan aktiviti berfaedah seperti bercucuk tanam.

Dalam pada itu, Dr Halina berkata, dengan moto ‘Go Glocal and Spread your Wings with Bawing, beliau mengesyorkan agar masyarakat dapat mempelbagaikan hasil tanaman dan menggunakan produk lokal.

Beliau yakin herba lokal bawing dapat pergi jauh di persada global sekiranya diusahakan bersungguh-sungguh oleh penyelidik universiti dan mendapat sokongan daripada komuniti lokal dan pemegang taruh berkenaan.

“Hal ini penting bagi membuka mata dan minda serta menyiap siagakan masyarakat terhadap landskap ekologi dunia dan ekonomi negara yang semakin mencabar.

“Inisiatif berkenaan dilihat signifikan dalam usaha merubah status quo serta menggembleng tenaga membantu Malaysia meningkatkan produktiviti dan seterusnya merealisaikan agenda Sabah Maju Jaya terutamanya dalam sektor pertanian, pelancongan dan perindustrian seiring dengan moto UMS sebagai peneraju ke arah masyarakat berinovatif (‘leading towards innovative societies’),” tambah Dr Halina.

Fasilitator/Penceramah/Pensyarah dari UMS terdiri daripada Prof Madya Dr Halina Sendera Mohd Yakin, Ts Dr Januarius Gobilik, Dr Abdul Hair Beddu Asis, dan Dr Noorafini Kassim.

Program turut mendapat sokongan padu daripada seluruh warga UMS terutama Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor, Dekan PPIB, Pusat Kelestarian Libatsama Masyarakat (PKLM), Pengarah Pusat Pengurusan Eco-Campus dan Pusat Pengurusan Penyelidikan, UMS.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/12/23/ppib-ums-pupuk-budaya-pertanian-komersial-kalangan-komuniti-luar-bandar-dalam-penanaman-bawing/feed/ 0 47048