luar bandar – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 15 Jul 2025 04:06:43 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png luar bandar – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Joniston galak perniagaan teroka pelancongan luar bandar https://sabahmedia.com/2025/07/15/joniston-galak-perniagaan-teroka-pelancongan-luar-bandar/ https://sabahmedia.com/2025/07/15/joniston-galak-perniagaan-teroka-pelancongan-luar-bandar/#respond Tue, 15 Jul 2025 04:06:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=77341
Read Time:59 Second

KOTA KINABALU: Pemimpin perniagaan digesa meneroka peluang pelancongan di kawasan luar bandar bagi melengkapkan perkembangan pesat industri pelancongan di pusat bandar.

Menurut Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Joniston Bangkuai, pelancongan luar bandar kini menjadi fokus utama Sabah dan menyimpan potensi belum diterokai bagi sektor swasta.

Beliau berkata, produk seperti homestay komuniti, ekopelancongan dan agro-pelancongan mampu membawa nilai ekonomi tinggi kepada penduduk desa.

Joniston, yang juga Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah (STB), berkata peningkatan aktiviti perniagaan di luar bandar bukan sahaja menjana peluang pendapatan tempatan, malah memperkukuh pembangunan infrastruktur asas dan meningkatkan kualiti serta kesinambungan inisiatif pelancongan sedia ada.

Beliau membuat kenyataan itu ketika bertemu ahli Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Kota Kinabalu (KKCCI), dipimpin Presiden Datuk Michael Lui.

Perbincangan menumpu pemulihan pelancongan pasca-pandemik, kepentingan kerjasama kerajaan dan swasta dalam sokongan acara dan promosi destinasi. Selain serta strategi menarik pelancong antarabangsa dan domestik ke Sabah.

Dalam pada itu, Michael turut memuji usaha STB dalam mempromosikan pelancongan golf dan berharap momentum positif ini terus diperkukuh.

Michael juga menyambut baik seruan meneroka kawasan luar bandar, menyatakan komuniti perniagaan bersedia menyokong inisiatif yang dapat mewujudkan peluang perniagaan baharu sambil menyumbang kepada pembangunan pelancongan secara lebih menyeluruh.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/15/joniston-galak-perniagaan-teroka-pelancongan-luar-bandar/feed/ 0 77341
Pelancongan pinggir sungai luar bandar, kekalkan standard keselamatan yang tinggi – Joniston https://sabahmedia.com/2023/06/07/pelancongan-pinggir-sungai-luar-bandar-kekalkan-standard-keselamatan-yang-tinggi-joniston/ https://sabahmedia.com/2023/06/07/pelancongan-pinggir-sungai-luar-bandar-kekalkan-standard-keselamatan-yang-tinggi-joniston/#respond Wed, 07 Jun 2023 00:40:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=35881
Read Time:1 Minute, 24 Second

KIULU: Pengusaha pelancongan swasta dan komuniti digesa mengekalkan standard keselamatan yang tinggi bagi memastikan kesejahteraan pengunjung khususnya pelancongan di pinggir sungai luar bandar.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Joniston berkata, mengutamakan keselamatan dan kualiti, beliau menggesa pihak berkepentingan supaya melabur dalam program latihan yang komprehensif bagi mengekalkan standard keselamatan yang tinggi dan terus meningkatkan kemahiran mereka.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Pertubuhan Arus Deras Sabah (ARUSDESA) dan Pusat Rekreasi dan Pelancongan Warisan Pulou Kelapa di Kampung Malangang Lama di sini, pada Isnin.

Joniston turut menekankan kepentingan mengutamakan keselamatan pengunjung, khususnya dalam aktiviti berakit redah jeram (river rafting), yang merupakan tarikan utama untuk pelancongan luar bandar.

“Sungai sentiasa menjadi tarikan utama kami. Apabila mengambil bahagian dalam aktiviti seperti berakit redah jeram , kebimbangan utama pengunjung ialah keselamatan mereka sendiri.

“Oleh itu, pengusaha pelancongan swasta dan komuniti mesti memastikan kesejahteraan pengunjung di samping mewujudkan reputasi yang baik untuk menarik pelancong ke destinasi luar bandar,” katanya.

ARUSDESA ialah organisasi yang baru berdaftar yang memberi tumpuan kepada penyediaan latihan dengan penekanan khusus pada sukan berakit redah jeram dan pelajaran keselamatan.

Ia menyediakan sijil yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dengan matlamat menjadikan aktiviti berakit redah jeram terkawal dan memastikan piawaian tertinggi dalam keselamatan.

Joniston juga menggalakkan ARUSDESA untuk bekerjasama dengan masyarakat dalam melengkapkan penduduk kampung dengan kepakaran dan pengetahuan yang diperlukan untuk menjadi pemandu sungai, memperkasakan lagi komuniti tempatan dan meningkatkan pelancongan pinggir sungai luar bandar.

Selain itu, Joniston menekankan kepentingan kerjasama antara pengusaha pelancongan swasta dan masyarakat kampung untuk mewujudkan hubungan simbiotik yang menguntungkan kedua-dua pihak.

“Kerjasama ini memupuk pertumbuhan pelancongan yang mampan dan pembangunan komuniti yang positif serta mewujudkan situasi menang-menang untuk semua yang terlibat,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/06/07/pelancongan-pinggir-sungai-luar-bandar-kekalkan-standard-keselamatan-yang-tinggi-joniston/feed/ 0 35881
DUN Sabah : Kerajaan Laksana Aktiviti, Program Tingkat Ekonomi Rakyat Luar Bandar https://sabahmedia.com/2022/03/21/dun-sabah-kerajaan-laksana-aktiviti-program-tingkat-ekonomi-rakyat-luar-bandar/ https://sabahmedia.com/2022/03/21/dun-sabah-kerajaan-laksana-aktiviti-program-tingkat-ekonomi-rakyat-luar-bandar/#respond Mon, 21 Mar 2022 05:12:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13255
Read Time:1 Minute, 25 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan melaksanakan beberapa aktiviti dan program bagi meningkatkan ekonomi rakyat di luar bandar khususnya bagi daerah-daerah yang tersenarai dalam daerah termiskin di Sabah.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim berkata, antara program yang diperuntukkan termasuklah Program Mini Estet Sejahtera (MESEJ) yang telah bermula sejak 2006.

Katanya, program itu telah banyak membantu golongan berpendapatan rendah iaitu seramai 934 orang peserta bagi 52 MESEJ di Sabah.

“Selain itu, kerajaan turut melaksanakan Program Rumah Sejahtera Rakyat Sabah (RSRS) yang berkonsepkan pemberian bantuan rumah yang selesa oleh Kerajaan Negeri kepada golongan penduduk luar bandar yang memerlukan.

“Program RSRS ini sebenarnya secara tidak langsung membantu meningkatkan ekonomi rakyat. Contohnya apabila golongan sasar tidak perlu lagi terbeban dengan kos sewa rumah yang mahal hasil bantuan rumah kediaman yang diberikan,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Mohammad Mohamarin (Warisan-Banggi) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah disini hari ini.

Jahid berkata, bermula pada tahun lalu, satu peruntukan khusus telah disediakan untuk program RSRS yang mana telah membantu seramai 12 orang Ketua Isi Rumah (KIR) dari beberapa daerah di negeri Sabah

Katanya, selain itu, di bawah Program Usahawan Luar Bandar dan juga Aktiviti Ekonomi Tambahan, memfokuskan kepada aktiviti penternakan burung walit.

“Selain itu, dalam bidang pertanian pula, aktiviti tanaman sacha inchi dan Pisang Saba juga turut menjadi keutamaan kementerian ini dalam meningkatkan sosio ekonomi masyarakat luar bandar khususnya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Jahid berkata, kerajaan telah menyediakan peruntukan bagi setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk projek-projek pembangunan dan pengurusan kemudahan asas rakyat bagi tahun 2022.

Katanya, kaedah penyaluran peruntukan bagi kawasan DUN wakil rakyat bukan kerajaan akan dikendalikan oleh pihak Jabatan Ketua Menteri.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Alias Sani (Warisan-Sekong).

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/21/dun-sabah-kerajaan-laksana-aktiviti-program-tingkat-ekonomi-rakyat-luar-bandar/feed/ 0 13255
CBT Bantu Kurangkan Penghijraan Belia Luar Bandar https://sabahmedia.com/2022/01/13/cbt-bantu-kurangkan-penghijraan-belia-luar-bandar/ https://sabahmedia.com/2022/01/13/cbt-bantu-kurangkan-penghijraan-belia-luar-bandar/#respond Thu, 13 Jan 2022 08:54:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11056
Read Time:1 Minute, 44 Second

KOTA KINABALU: Pelancongan berasaskan komuniti (CBT) boleh mengelak masalah penghijrahan penduduk desa ke bandar dengan menyediakan sumber pendapatan yang mampan kepada belia di kampung.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sabah (STB), Noredah Othman, berkata kawasan luar bandar mempunyai peluang ekonomi yang luas untuk dimanfaatkan oleh golongan muda.

“Salah satu objektif STB adalah untuk menggalakkan orang-orang muda bekerja dalam masyarakat dan mereka tidak seharusnya keluar dari kampung untuk mencari pendapatan.

“Pekerjaan ada di mana-mana, dan yang penting ialah usaha. Kawasan luar bandar kaya dengan sumber semula jadi dan persekitaran yang mempesonakan. Justeru, golongan muda boleh mencari pekerjaan dan peluang dalam program CBT,” katanya.

Noredah berkata demikian dalam sesi perkongsian anjuran Pusat Kelestarian Libatsama Masyarakat, Universiti Malaysia Sabah, di sini, pada Khamis.

Sesi itu memfokuskan kepada peluang komuniti luar bandar dalam industri eko-pelancongan. Ia dikendalikan oleh Timbalan Pengarah Pusat Kelestarian Libatsama Masyarakat, Dr Elia Godoong.

Perkongsian itu juga membincangkan tentang penghijrahan golongan muda dari luar bandar ke bandar, justeru meninggalkan golongan tua untuk menguruskan kehidupan di kampung.

Noredah berkata golongan belia harus mengekalkan warisan dan terus menetap di kampung bagi membantu mempromosikan perkampungan mereka sebagai destinasi luar bandar dan negeri secara keseluruhannya.

“Kawasan luar bandar adalah destinasi pelancongan yang menarik, dan eko-pelancongan sering dikaitkan dengan alam semula jadi dan komuniti. Maka itu, CBT adalah penting kerana ia menggalakkan orang-orang muda untuk terus memulihara dan memelihara alam sekitar serta menghargai kampung mereka,” katanya.

Tegasnya, pihak STB sentiasa bersedia untuk membantu masyarakat luar bandar yang berhasrat untuk menceburi bidang CBT dengan menyediakan sokongan, latihan dan dana yang diperlukan.

Beliau berkata pihak lembaga turut bekerjasama dengan persatuan pelancongan daerah untuk membangunkan CBT, sambil menambah 26 daerah di Sabah telah menubuhkan jawatankuasa pelancongan untuk membantu melestarikan aktiviti pelancongan di kawasan masing-masing.

Sementara itu, Noredah juga berkata pihak STB terbuka untuk menjalinkan kerjasama dengan mana-mana universiti bagi inisiatif penyelidikan khususnya pelancongan luar bandar.

“Baru-baru ini, kami menyediakan geran untuk mereka yang ingin dan berminat menjalankan penyelidikan untuk pihak lembaga. Kerjasama sedemikian penting kerana ia membolehkan pihak kami menggunakan data mereka untuk melakukan perancangan strategik,” tambahnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/13/cbt-bantu-kurangkan-penghijraan-belia-luar-bandar/feed/ 0 11056
Lindungi Zon Ecolinc Kinabalu Untuk Manfaat Komuniti Luar Bandar https://sabahmedia.com/2021/12/18/lindungi-zon-ecolinc-kinabalu-untuk-manfaat-komuniti-luar-bandar/ https://sabahmedia.com/2021/12/18/lindungi-zon-ecolinc-kinabalu-untuk-manfaat-komuniti-luar-bandar/#respond Sat, 18 Dec 2021 10:53:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10051
Read Time:2 Minute, 20 Second

KOTA BELUD: Zon Ecolinc Kinabalu perlu dilindungi berikutan kedudukannya di kawasan tanah tinggi yang boleh memberi  impak signifikan kepada kawasan tanah rendah.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Joniston Bangkuai, berkata penerokaan tanah di kawasan itu akan membawa impak tinggi kepada kawasan-kawasan rendah di sepanjang sungai Tuaran dan Kadamaian.

“Salah satu objektif utama projek Ecolinc ini adalah untuk mewujudkan rangkaian kawasan perlindungan komuniti di kawasan terpilih sebagai agen memberi lakian kepada kesinambungan habitat dan hidupan liar antara Taman Kinabalu dan Taman Banjaran Crocker.

“Aktiviti-aktiviti dibawah objektif ini bukan saja telah memberi manfaat bukan sahaja kepada komuniti dan kampung tetapi juga sekaligus dapat menjaga alam sekitar untuk mengekalkan khazanah alam agar dapat dinikmati oleh generasi akan datang,” katanya.

Joniston, yang juga Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah, berkata demikian pada majlis perasmian tapak eko-pelancongan dan pusat pemprosesan nanas di Zon Ecolinc Kinabalu di Pekan Nabalu di sini, hari ini.

Timbalan Pengarah Taman-Taman Sabah dan penyelaras projek Kinabalu Ecolinc, Ludi Apin, turut hadir mewakili Pengarah Taman-Taman Sabah, Dr Maklarin Lakim.

Ditaja oleh Kesatuan Eropah dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Sabah, Zon Ecolinc Kinabalu meliputi tujuh kampung di bawah daerah Kadamaian, Tuaran dan Ranau.

Sejak ia dimulakan 2014, projek Kinabalu Ecolinc telah memberi peluang kepada kominiti luar bandar untuk terlibat secara langsung dalam memanfaatkan program yang dijalankan, khususnya dalam aktiviti pertanian mampan dan pelancongan berasaskan komuniti.

Pihak Lembaga Pelancongan Sabah, Taman-Taman Sabah, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi), dan Universiti Malaysia Sabah, antara lain, membantu menyediakan sokongan latihan untuk melengkapkan penduduk luar bandar dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan.

Menyeru rakyat untuk mengambil kesempatan daripada inisiatif Kinabalu Ecolinc, Joniston berkata Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah akan terus menyokong projek kerjasama sedemikian yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat.

“Saya memuji usaha Taman-Taman Sabah dalam menyalurkan pelbagai aktiviti sosioekonomi dan pembangunan kapasiti kepada komuniti di pelbagai daerah. Saya berharap agar lebih ramai lagi komuniti yang berminat dan bergiat aktif dalam aktiviti-aktiviti sedemikian.

“Hari ini, kita melihat penubuhan eko-pelancongan berasaskan komuniti baru, dan kita berharap destinasi pelancongan berasaskan komuniti ini akan dikenali secara global,” katanya.

Tiga tapak pelancongan berasaskan komuniti yang baru dilancarkan ialah Eko-Pelancongan Kampung Kiau (Kota Belud), Eko-Pelancongan Kampung Tiong Simpodon (Kiulu), dan Eko-Pelancongan Kampung Wasai Kosigompoton (Kiulu).

Maklarin, dalam ucapannya yang disampaikan oleh Ludi, berkata Kinabalu Ecolinc komited untuk melaksanakan aktiviti utama iaitu pembentukan kawasan lindungan masyarakat; restorasi habitat merosot berasaskan komuniti; pembangunan pertanian lestari; dan pembangunan pelancongan berasaskan komuniti yang berkaitan hutan untuk menyokong pengurusan hutan.

Sementara itu, penduduk kampung yang terlibat dalam aktiviti pelancongan berasaskan komuniti merakamkan ucapan terima kasih kepada pelbagai pihak kerana memberi mereka latihan yang amat diperlukan.

Mereka juga berharap inisiatif sebegini akan diteruskan bagi membantu penduduk luar bandar meningkatkan keupayaan, khususnya melalui aktiviti pelancongan dan pertanian.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/18/lindungi-zon-ecolinc-kinabalu-untuk-manfaat-komuniti-luar-bandar/feed/ 0 10051
STB Galak Komuniti Pelancongan Luar Bandar Tingkatkan Kemahiran https://sabahmedia.com/2021/11/16/stb-galak-komuniti-pelancongan-luar-bandar-tingkatkan-kemahiran/ https://sabahmedia.com/2021/11/16/stb-galak-komuniti-pelancongan-luar-bandar-tingkatkan-kemahiran/#respond Tue, 16 Nov 2021 10:48:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8531
Read Time:1 Minute, 23 Second

KIULU: Pengusaha pelancongan luar bandar di sini digalakkan untuk melengkapkan diri dengan pengurusan risiko bagi memastikan persekitaran yang selamat kepada pengunjung mereka.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Joniston Bangkuai, berkata ini penting untuk menyediakan perkhidmatan cemerlang kepada pengunjung dan memastikan sifar kemalangan di pusat pelancongan.

“Kita mahu pengunjung datang berulang-ulang. Kita tidak mahu perkara yang buruk berlaku kepada pengunjung kerana ia akan memberi kesan yang buruk terhadap pelancongan kita. Oleh itu Lembaga Pelancongan Sabah (STB) sangat menggalakkan komuniti luar bandar memanfaatkan peluang peningkatan kemahiran.

“Jika pengunjung berpuas hati dengan pengurusan kita, sudah tentu mereka akan kembali. Justeru, adalah penting untuk kita memberikan perkhidmatan yang cemerlang dan STB mempunyai peruntukan khas untuk menyokong kursus peningkatan kemahiran,” katanya.

Joniston, yang juga pengerusi STB, berkata demikian pada penutupan Program Bina Kapasiti Persatuan Pelancongan Kiulu (KTA) dan pelancaran dewan serbaguna di Monggoluton River View dan Picnic Center di sini, pada Isnin lepas.

Turut hadir ialah presiden KTA, Mejin Maginggow, dan pengurus Monggoluton River View dan Picnic Center, Brolyn Bilid Benjamin.

Joniston turut berkata sasaran STB adalah untuk Kiulu diiktiraf sebagai destinasi pelancongan luar bandar bertaraf dunia, sama seperti Kadamaian, yang telah menerima Anugerah Standard ASEAN 2019-2020.

Seramai 25 ahli KTA dan pengusaha pelancongan menghadiri kursus bina kapasiti yang diadakan di dewan serbaguna baru itu, yang merupakan sebahagian daripada Sabah New Deal.

Kursus tersebut memfokuskan cara untuk mengendalikan risiko secara profesional dalam situasi kecemasan seperti lemas di sungai, tersesat di dalam hutan, dan cedera, antara lain.

“Kami mahu komuniti Kiulu dan pengusaha pelancong mempunyai bukan sahaja tempat yang menarik untuk dikunjungi, tetapi juga kemahiran yang mereka perlukan untuk maju,” kata Mejin selaku mentor program bina kapasiti.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/16/stb-galak-komuniti-pelancongan-luar-bandar-tingkatkan-kemahiran/feed/ 0 8531
Masalah Capaian Internet Di Pekan Tenom Sedang Diatasi – MCMC https://sabahmedia.com/2021/06/26/masalah-capaian-internet-di-pekan-tenom-sedang-diatasi-mcmc/ https://sabahmedia.com/2021/06/26/masalah-capaian-internet-di-pekan-tenom-sedang-diatasi-mcmc/#respond Sat, 26 Jun 2021 05:01:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=1989
Read Time:52 Second

BERNAMA
KOTA KINABALU — Masalah capaian Internet di pekan Tenom sehingga mengganggu proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sedang diatasi, kata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Menurut kenyataannya hari ini, sebuah menara komunikasi akan dibina di Kampung Bamban dan pembinaan itu dijangka siap pada April 2022.

Selain itu, sebuah lagi menara komunikasi akan dibina berdekatan Kampung Batu 14 di bawah inisiatif Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) dan pembinaan akan bermula pada awal 2022.

“Pembinaan kedua-dua menara komunikasi tersebut dijangka dapat mempertingkat liputan Internet di kawasan dimaksudkan selain membolehkan para penduduk menjalankan aktiviti  seharian dengan lancar.

“Pelbagai langkah telah diambil untuk menangani masalah ini dan pihak MCMC telah mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh penduduk di kawasan tersebut,” demikian menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menyusuli laporan Bernama pada Khamis lepas (24 Jun) mengenai beberapa orang guru di sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Hwa, Tenom memandu sejauh 40 kilometer bagi menghantar bahan PdPR kerana capaian Internet lemah.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/26/masalah-capaian-internet-di-pekan-tenom-sedang-diatasi-mcmc/feed/ 0 1989
2 Lagi PPV Di Buka Di Tawau Untuk Beri Vaksin Kepada Rakyat Di Pedalaman https://sabahmedia.com/2021/06/08/2-lagi-ppv-di-buka-di-tawau-untuk-beri-vaksin-kepada-rakyat-di-pedalaman/ https://sabahmedia.com/2021/06/08/2-lagi-ppv-di-buka-di-tawau-untuk-beri-vaksin-kepada-rakyat-di-pedalaman/#respond Tue, 08 Jun 2021 05:04:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=784
Read Time:2 Minute, 15 Second

Bernama

TAWAU,  8 Jun — Dua lagi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) akan dibuka melibatkan kawasan Balung serta Merotai dekat sini dalam tempoh terdekat bagi membolehkan rakyat di kawasan pedalaman mendapatkan vaksin COVID-19, kata Pengerusi Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Tawau Arnold Joibi. 

Beliau berkata keputusan membuka PPV baharu itu dibuat setelah mengambil kira faktor geografi kawasan Tawau serta Kalabakan yang luas dan dalam usaha memudahkan penduduk untuk ke PPV bagi mendapatkan vaksin.

“Ketika ini masih dalam proses diwartakan, kami jangkakan apabila kita buka tempat baru ini (PPV) iaitu di Institut Pendidikan Guru, Balung dan Dewan Datuk Najib, Merotai akan memudahkan penduduk dapatkan vaksin dan lebih ramai terbuka mendaftar untuk divaksin,” katanya lapor Bernama.

Ketika ini suntikan vaksin dilakukan di PPV Dewan Masyarakat Tawau, Hospital Tawau serta Klinik Kesihatan Tawau, semuanya terletak di kawasan bandar dan keadaan itu memberi kesan kepada penduduk di luar bandar seperti penduduk Kampung Kalabakan yang perlu menempuh perjalanan hampir tiga jam untuk ke bandar Tawau.

Menurut laman sesawang Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19, seramai 162,814 penduduk sudah divaksin di Sabah atau 5.55 peratus daripada jumlah penduduk, peratus terendah berbanding negeri lain. Sabah pada masa ini mempunyai 29 PPV.

Arnold berkata pendaftaran vaksin penduduk di sini masih rendah dan sehingga kini hanya 50,000 pendaftaran daripada 441,000 penduduk direkodkan. Sejumlah 11,000 penduduk Tawau telah menerima suntikan vaksin.

“Kami harap ketua kampung termasuk Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat mendaftarkan penduduk di kawasan terpencil kerana ini antara cara dapat membantu mewujudkan imuniti kelompok, ” katanya.

Sebelum itu, tinjauan Bernama mendapati ketiadaan PPV berhampiran antara faktor penduduk luar bandar mengambil pendekatan ‘tunggu dan lihat’ untuk mendaftar sebagai penerima vaksin.

Seorang penduduk Merotai, Paridah Aco, 57, berkata faktor PPV yang jauh dari kawasan rumah menyebabkannya berasa berbelah bahagi untuk mendaftar vaksin kerana memikirkan banyak kekangan seperti tiada kenderaan dan kos yang perlu dikeluarkan untuk ke bandar Tawau.

“Bukan saya tidak mahu vaksin tapi sebab tempat vaksin jauh, jika ada tempat beri vaksin lebih dekat,  saya boleh,  bagus kalau ada yang berhampiran harap kerajaan boleh memikirkan kemudahan untuk penduduk luar bandar,” katanya.

Bagi penduduk Kalabakan Ramlan Bidung, 49, yang juga belum mendaftar untuk suntikan vaksin pula memberitahu kurang pengetahuan mengenai kepentingan vaksin selain wujud kekangan pengangkutan untuk ke Tawau.

“Saya tahu ada pemberian vaksin itu saja, tapi tiada maklumat banyak mengenai kepentingan vaksin,  cakap-cakap mengenai vaksin antara penduduk pun tiada, lagi pun jauh vaksin ke Tawau, tunggu dan lihat dulu (daftar) macam mana,” katanya.

Ramlan berkata taklimat vaksin kepada penduduk pedalaman perlu diadakan sebagai pendedahan selain PPV juga wajar dibuka dalam kawasan Kalabakan bagi melancarkan proses vaksinasi.

— BERNAMA



]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/08/2-lagi-ppv-di-buka-di-tawau-untuk-beri-vaksin-kepada-rakyat-di-pedalaman/feed/ 0 784