Lulus – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 11 Mar 2023 01:50:13 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Lulus – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 17 peserta lulus Kursus Jurulatih World Athletics https://sabahmedia.com/2023/03/11/17-peserta-lulus-kursus-jurulatih-world-athletics/ https://sabahmedia.com/2023/03/11/17-peserta-lulus-kursus-jurulatih-world-athletics/#respond Sat, 11 Mar 2023 01:50:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=30660
Read Time:1 Minute, 36 Second

KOTA KINABALU: Seramai 17 orang peserta telah lulus dalam Kursus Jurulatih World Athletics yang dikendalikan secara bersama oleh Persatuan Olahraga Sabah, Kesatuan Olahraga Malaysia dan World Athletics di Kompleks Sukan Likas.

Kursus selama 12 hari itu menyaksikan seramai 13 peserta lelaki dan empat peserta wanita dilatih oleh dua orang instruktor World Athletics iaitu Encik Anbarasu Subramaniam dan Cik Roselyn Hamero.

Daripada 17 peserta yang lulus, hanya sembilan orang peserta yang telah layak ke tahap seterusnya.

Pihak penganjur memaklumkan antara tujuan utama kursus Coaches Education and Certification System (CECS) Tahap 1 ini dianjurkan ialah untuk melahirkan lebih ramai jurulatih bertauliah yang boleh membimbing dan melatih atlet begginer dan muda.

Selain itu, CECS juga menjadi pemangkin kepada jurulatih agar kekal aktif dalam menghasilkan lebih ramai atlet muda yang berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat pelapis dan elit.

Dalam masa yang sama juga CECS juga menjadi dilihat mampu membina ikatan kerjasama yang kukuh dan berterusan di antara jurulatih dan Persatuab Olahraga Negeri Sabah.

Terdahulu, majlis perasmian penutupan ini telah disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin di Bilik VIP Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu pada semalam.

Menurut Ellron, kursus sedemikian harus dilihat sebagai batu loncatan untuk melangkah ke tahap yang lebih jauh dan sebagai nilai tambah dalam khidmat kejurulatihan.

“Saya yakin kursus kejurulatihan ini dapat melatih dan mendedahkan para peserta untuk menjadi sekumpulan jurulatih olahraga yang berkesan, bertauliah dan berupaya membantu membangunkan sukan olahraga di negeri Sabah khususnya dan Malaysia amnya.

Selain itu beliau mengharapkan kemahiran-kemahiran, ilmu pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh  dalam kursus tersebut, dapat  dimanfaatkan  oleh  para peserta yang bakal bergelar jurulatih bertauliah untuk membangun atlet di Sabah, memandangkan negeri ini mempunyai banyak anak muda di peringkat akar umbi yang berpotensi menjadi atlet pelapis.

Hadir sama dalam majlis itu Setiausaha Tetap kepada Kementerian Belia dan Sukan Datuk Mansur Asun, Naib Pengerusi 1 SAA Leonny Leo, Ahli Jawatankuasa SAA serta peserta kursus berkenaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/03/11/17-peserta-lulus-kursus-jurulatih-world-athletics/feed/ 0 30660
Dewan Rakyat Lulus Pindaan Perlembagaan Persekutuan Berkaitan MA63 https://sabahmedia.com/2021/12/15/dewan-rakyat-lulus-pindaan-perlembagaan-persekutuan-berkaitan-ma63/ https://sabahmedia.com/2021/12/15/dewan-rakyat-lulus-pindaan-perlembagaan-persekutuan-berkaitan-ma63/#respond Wed, 15 Dec 2021 01:14:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9892
Read Time:2 Minute, 28 Second

BERNAMA

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat hari ini mencatat sejarah apabila Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2021 berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) diluluskan dengan majoriti lebih dua pertiga.

Rang undang-undang itu memperoleh sokongan 200 Ahli Parlimen pada bacaan kali kedua dan 199 undi menyokong ketika belah bahagian pada bacaan kali ketiga, sekali gus lebih dua pertiga persetujuan ahli Dewan Rakyat.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun memaklumkan undi belah bahagian dijalankan berikutan peruntukan 159 Perlembagaan Persekutuan menetapkan pindaan rang undang-undang itu pada bacaan kali kedua dan ketiga memerlukan undi tidak kurang dua pertiga daripada jumlah bilangan Ahli Parlimen.

Beliau berkata tiada yang tidak menyokong rang undang-undang itu selepas dua kali undi belah bahagian dilakukan.

Seramai 20 Ahli Parlimen tidak hadir pada undian bacaan kali kedua, manakala 21 tidak hadir pada bacaan kali ketiga.

Ketika membentangkan rang undang-undang itu untuk bacaan kali kedua hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata pindaan Perlembagaan Persekutuan itu dibuat bagi mengukuhkan kedudukan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia.

Sementara itu, Wan Junaidi ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu berkata isu Sabah dan Sarawak terutamanya berhubung keperluan asas seperti pendidikan, kesihatan dan infrastruktur asas sentiasa menjadi agenda utama kerajaan.

Beliau berkata perkara berkenaan sedang diteliti jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963 dengan melibatkan isu seperti keselamatan negeri, sosioekonomi merangkumi penambahbaikan infrastruktur asas, pendidikan, kesihatan, infrastruktur digital serta perundangan.

Menjawab persoalan mengapa pindaan kepada Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan yang dibawa kerajaan Pakatan Harapan tidak mendapat sokongan majoriti dua pertiga pada 2019, Wan Junaidi berkata ia kerana tempoh yang singkat untuk Ahli Parlimen membentangkan cadangan mereka.

“Bantahan kita adalah supaya pindaan itu juga meminda Perkara 160 tetapi masalahnya ketika itu naskah biru dibentangkan di Dewan ini, kita ada hanya 10 hari sahaja sebelum bacaan kali kedua, jadi kita tidak berupaya membentangkan pindaan kita sendiri yang memerlukan 14 hari notis,” katanya.

Seramai 28 Ahli Parlimen terutamanya dari Sabah dan Sarawak mengambil bahagian pada sesi perbahasan rang undang-undang itu.

Menurut rang undang-undang itu, Perkara 1 Perlembagaan Persekutuan dicadang dipinda dengan menggantikan Fasal (2) kepada Negeri-Negeri Persekutuan terdiri daripada:

(a) Negeri-negeri Tanah Melayu iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor dan Terengganu; dan

(b) Negeri-Negeri Borneo iaitu Sabah dan Sarawak.

Pindaan juga dicadang pada Fasal 2 Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan dengan memasukkan takrif Hari Malaysia dan menggantikan takrif Persekutuan selaras semangat Perjanjian Malaysia bertarikh 9 Julai 1963 dan menurut perjanjian berhubung pemisahan Singapura daripada Malaysia sebagai sebuah negara merdeka dan berdaulat bertarikh 7 Ogos 1965.

Selain itu, rang undang-undang itu juga bertujuan meminda Perkara 161A Perlembagaan Persekutuan dengan menggantikan perenggan (a) Fasal 6 iaitu “berhubung dengan Sarawak, seseorang yang merupakan warganegara dan yang tergolong dalam salah satu daripada ras yang dinyatakan dalam undang-undang Negeri sebagai ras asli bagi Negeri itu” serta memotong Fasal 7. – BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/15/dewan-rakyat-lulus-pindaan-perlembagaan-persekutuan-berkaitan-ma63/feed/ 0 9892