Luluskan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 03 Aug 2023 07:58:24 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Luluskan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Beri kuasa Sabah luluskan dan keluarkan pelbagai jenis pelesenan pelancongan – Christina https://sabahmedia.com/2023/08/03/beri-kuasa-sabah-luluskan-dan-keluarkan-pelbagai-jenis-pelesenan-pelancongan-christina/ https://sabahmedia.com/2023/08/03/beri-kuasa-sabah-luluskan-dan-keluarkan-pelbagai-jenis-pelesenan-pelancongan-christina/#respond Thu, 03 Aug 2023 07:58:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=39456
Read Time:2 Minute, 24 Second

KOTA KINABALU: Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Christina Liew menggesa kepada Kerajaan Persekutuan untuk memberi kuasa kepada Sabah bagi meluluskan dan mengeluarkan pelbagai jenis pelesenan pelancongan di negeri ini.

Christina berkata ini adalah kerana beliau telah menerima aduan daripada pemohon mengenai kelewatan dalam meluluskan permohonan pelesenan pelancongan dan mengeluarkan lesen untuk pemain pelancongan di Sabah oleh Kementerian Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

“Sehubungan itu, saya ingin mengulangi gesaan saya kepada Kerajaan Persekutuan untuk memberi kuasa kepada Sabah bagi meluluskan dan mengeluarkan pelbagai jenis pelesenan pelancongan. Saya telah menerima aduan daripada pemohon bahawa permohonan mereka untuk mendapatkan lesen baharu atau pembaharuan lesen sedia ada mengambil masa lama untuk diluluskan oleh MOTAC.

“Saya juga dimaklumkan apabila ada di antara mereka membuat pertanyaan di Pejabat MOTAC Sabah, mereka diberitahu untuk menghubungi Putrajaya secara terus,” kata Christina dalam satu kenyataan pada Khamis, susulan kunjungan hormat delegasi Persatuan Pelancongan Cina Malaysia (MCTA) , Sabah Chapter, pagi tadi.

Dalam pada itu, Christina juga turut menerima aduan mengenai seorang ahli Sabah Chapter yang hanya untuk memohon lesen untuk van persiarannya yang baharu diminta menghubungi Putrajaya apabila dia bertanya tentang status permohonannya.

“Setiap kali saya menghubungi, saya mendapat jawapan yang sama, ia masih dalam proses di Putrajaya,” keluh ahli yang kecewa itu.

Selain itu, Christina juga menerima laporan menyatakan bahawa seorang pemain pelancongan telah menunggu selama lebih dua bulan hanya untuk kelulusan pertukaran alamat dan untuk ia dikemas kini dalam lesen operasi pelancongannya.

Menurut laporan tersebut, pada bulan Mei, dia (pemain pelancongan) telah menyerahkan semua dokumen yang diperlukan kepada MOTAC untuk pertukaran alamat selepas berpindah pejabat.

“Sejak akhir-akhir ini, dia menelefon hampir setiap hari tetapi tidak berjaya. Ini kerana peraturan bahawa jika alamat seseorang tidak dikemas kini, seseorang tidak akan dapat memohon lesen untuk bas persiaran, contohnya,” kata laporan tersebut.

Sabah Chapter juga telah menulis surat kepada Christina untuk menjelaskan masalah yang dihadapi ahlinya, termasuk operasi haram “van putih” tidak berlesen yang digunakan untuk mengangkut pelancong dari satu destinasi ke destinasi lain.

Kunjungan delegasi itu terdiri daripada Pengerusi MCTA Sabah Chapter Vincent Sia, Naib Pengerusi Amity Wong, Bendahari Jimmy Wong Kui Hiung dan Ahli Jawatankuasa Julie Wong.

Sementara itu, delegasi turut menjemput Christina melancarkan Pameran Malaysia International Travel Mart (MITM) pada 19 Ogos ini di Suria Sabah, di sini.

Dalam taklimatnya, Jimmy, yang juga Pengerusi Penganjur, berkata MCTA kali terakhir menganjurkan Pameran MITM pada 2019, selepas itu ia dihentikan kerana pandemik Covid-19.

“Ia akan menampilkan kira-kira 49 gerai pameran yang antara lain akan disediakan oleh ahli MCTA dari Sabah, Pulau Pinang, Selangor, Perak, Labuan, Sarawak dan Negeri Sembilan.

“Kami juga akan memperuntukkan gerai untuk pengusaha pelancongan berasaskan komuniti, termasuk dari Kiulu dan Tambunan, untuk mempamerkan produk pelancongan luar bandar mereka,” katanya.

Menurut Jimmy, Pameran MITM adalah platform untuk mempromosikan pelancongan masuk dan keluar, dengan penyertaan pemain pelancongan dari Semporna, Tenom, Kuala Penyu dan Kudat.

Turut hadir Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian I Mary Malangking.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/08/03/beri-kuasa-sabah-luluskan-dan-keluarkan-pelbagai-jenis-pelesenan-pelancongan-christina/feed/ 0 39456
Mohon Majlis Sukan Negara Luluskan Kebenaran Pembangunan Kompleks Sukan Para Sabah – PESRON Sabah https://sabahmedia.com/2022/03/17/mohon-majlis-sukan-negara-luluskan-kebenaran-pembangunan-kompleks-sukan-para-sabah-pesron-sabah/ https://sabahmedia.com/2022/03/17/mohon-majlis-sukan-negara-luluskan-kebenaran-pembangunan-kompleks-sukan-para-sabah-pesron-sabah/#respond Thu, 17 Mar 2022 01:48:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13102
Read Time:3 Minute, 17 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Pasukan atlet para Sabah meraih 17 pingat emas dalam acara renang dan lima pingat emas serta empat pingat perak menerusi acara ping pong semasa Sirkit Sukan Para Kebangsaan yang telah diadakan di Kuala Lumpur pada 8 Mac hingga 12 Mac baru-baru ini.

Presiden Persatuan Sukan Dan Rekreasi Untuk Orang Kurang Upaya Negeri Sabah (PESRON Sabah), Tan Hwa Koon berkata, atlet para negeri semakin menyaksikan prestasi yang cemerlang dalam acara sukan yang disertai namun ketiadaan pusat latihan bagi atlet-atlet para menjadi kekangan untuk mereka membuat latihan dengan lebih baik lagi.

Pasukan atlet para Sabah (ping pong).
Pasukan atlet para Sabah (ping pong).
Atlet para Aliff Aldih, 16, ( kanan) menerima pingat emas dalam acara ping pong dan Jurulatih Thien Teck Leong.
Atlet para Aliff Aldih, 16, ( kanan) menerima pingat emas dalam acara ping pong dan Jurulatih Thien Teck Leong.
Jurulatih renang dari kiri Roni Safihin Ibrahim, Eva Wong Hie Ning dan Ian Cheng Hong Ming.
Jurulatih renang dari kiri Roni Safihin Ibrahim, Eva Wong Hie Ning dan Ian Cheng Hong Ming.
Pasukan atlet para Sabah (Renang) dan jurulatih.
Pasukan atlet para Sabah (Renang) bersama jurulatih.

Susulan dengan masalah itu, Tan ingin memohon Kementerian Sukan Sabah mendapatkan kelulusan daripada Majlis Sukan Negara untuk membenarkan Sabah mempunyai pusat latihan sendiri dan latihan masing-masing dijalankan di negeri ini untuk semua atlet sukan, berkebolehan dan kurang upaya. Beliau juga memaklumkan kesemua pemenang pingat adalah atlet terlatih tempatan (Sabah).

“Dengan membenarkan atlet para berlatih di tempat asal mereka akan membolehkan mereka lebih menumpukan perhatian kerana mereka lebih dekat dengan keluarga mereka.

“Lebih-lebih lagi, Sabah mempunyai jurulatih sukan para yang berkelayakan dan komited dan kemudahan yang disediakan oleh Kementerian Sukan Sabah adalah sangat baik dan bertaraf kebangsaan,” kata Tan dalam kenyataan medianya.

Tan turut menyatakan, atlet para negeri perlu diberi peluang menghadiri pemilihan dan juga diberi peluang mewakili negara.

“Ini adalah adil kerana Sabah telah melahirkan beberapa atlet yang layak ke kejohanan antarabangsa termasuk Sukan Olimpik. Ada banyak kali, atlet berpotensi negeri kita diketepikan tanpa sebab. PESRON Sabah berharap semua badan sukan negeri menyokong idea ini,’ jelasnya.

Tan menambah, keputusan memberangsangkan itu telah membuktikan keupayaan jurulatih para negeri dan PESRON Sabah juga menantikan pembangunan Kompleks Sukan Para Sabah dalam masa terdekat.

Berikutan dengan perkara itu, presiden dan ahli Jawatankuasa PESRON Sabah akan membuat kunjungan hormat ke Kementerian Sukan ini tidak lama lagi.

Dalam pada itu, Kejohanan Ping Pong 1 Para Kebangsaan 2022 yang telah berlangsung selama lima hari bermula 8 Mac hingga 12 Mac 2022 di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kg. Pandan bersama pasukan Pingpong Para Sabah yang diketuai oleh Ketua Jurulatih Thien Teck Leong dan penolong jurulatih Safwanizam Suhaibul, Anibah Duani, Wong Hang Wah dan Tina Yip Shuk Fen berjaya meraih lima pingat emas dan empat perak.

Sementara itu di kolam renang negara, Bukit Jalil, (8 Mac – 10 Mac 2022) Perenang Para Sabah memperolehi sejumlah 17 pingat emas dan satu pingat perak dalam pelbagai kategori yang disertai. Mengetuai perenang para ialah Ketua Jurulatih Eva Wong Hie Ning dan 2 orang pembantunya iaitu Ian Cheng Hong Ming dan Jurulatih renang para yang berpangkalan di Sandakan Roni Safihin Ibrahim.

Atlet- atlet para yang berjaya meraih pingat dalam acara ping pong iaitu Mohd Lizan Mat Sittim Wheelchair Men Individual (TT3) (emas), Micheal Tham Kah Fong Wheelchair Men Individual (TT3) (emas), Harman Halion Wheelchair Men Individual (TT5) (pingat perak), Mohd Nazizul Hamzah Standing Men Individual (TT7) (emas),Mohd Khairul Nizam Sulaiman Standing Men Individual (TT7) (pingat perak), Aliff Aldih Standing Men Individual (TT9) (emas), Gujile Gandila Standing Men Individual (TT10) (pingat perak), Nur Bazli Arola Standing Men Individual (TT10) (pingat perak) dan Rahimah Andungai Wheelchair Women Individual (TT3) (emas).

Manakala acara renang iaitu Brenda Anellia Larry Fizikal category (S4) meraih 4 emas dari 50m backstroke, 100m freestyle, 100m backstroke and 150m individual medley, Ethan Khoo Yin Yun Illetectual disability (S14) peroleh 4 emas dari 100m dan 200m freestyle, 100m backstroke dan 200m individual medley, Abd Halim Mohammad Fizikal (S8) mendapat 4 emas dari 50m dan 100m breaststroke, 50m dan100m freestyle, Jaynie Jamirin Fizikal (S9), peroleh 2 emas dari 50m free style dan 50m backstroke serta satu gangsa dari 50m breaststroke, Wahyu Eqwal Nazrey Fizikal (S5) peroleh 3 emas dari 50m butterfly, backstroke dan freestyle.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/17/mohon-majlis-sukan-negara-luluskan-kebenaran-pembangunan-kompleks-sukan-para-sabah-pesron-sabah/feed/ 0 13102
Arab Saudi Luluskan Penggunaan Vaksin Sinovac & Sinopharm https://sabahmedia.com/2021/08/26/arab-saudi-luluskan-penggunaan-vaksin-sinovac-sinopharm/ https://sabahmedia.com/2021/08/26/arab-saudi-luluskan-penggunaan-vaksin-sinovac-sinopharm/#respond Thu, 26 Aug 2021 03:26:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5262
Read Time:1 Minute, 15 Second

JEDDAH: Arab Saudi pada Selasa meluluskan penggunaan dua lagi vaksin Covid-19 iaitu Sinovac dan Sinopharm.

Memetik daripada berita Agensi, ketika ini, empat vaksin diluluskan untuk digunakan di negara itu iaitu Oxford-AstraZeneca, Pfizer-BioNTech, Johnson & Johnson, dan Moderna.

Kementerian Kesihatannya berkata, individu yang sudah lengkap dos Sinovac dan Sinopharm, diterima masuk untuk ke negara itu, dengan syarat ia menerima dos penggalak yang diiktiraf di Arab Saudi.

Ia sebelum ini menyatakan bahawa individu juga boleh menerima dua dos vaksin berlainan, berdasarkan kajian saintifik yang menunjukkan kaedah itu berkesan untuk mengekang Covid-19.

Menurutnya, berdasarkan syor semasa, dos kedua perlu diambil sekurang-kurangnya selepas tiga minggu dari tarikh dos pertama.

Bagi individu yang pulih daripada jangkitan Covid-19, mereka perlu menerima dua dos vaksin, dengan yang pertama sekurang-kurangnya selepas 10 hari dijangkiti dan dos kedua tiga minggu kemudian.

Jika jangkitan berlaku selepas dos pertama, dos kedua perlu diberikan sekurang-kurangnya 10 hari selepas jangkitan.

Kementerian itu melaporkan 353 kes baharu pada Selasa, menjadikan kes keseluruhan kepada 542,707.

Terdapat 4,377 kes aktif, dengan 1,108 daripadanya adalah kritikal.

Daripada kes baharu berkenaan, 71 direkodkan di Riyadh, Makkah (66), Wilayah Timur (41) dan Madinah (26).

Terdapat tujuh kematian berkait dengan Covid-19, menjadikan jumlah kematian kepada 8,497.

Kementerian itu turut melaporkan kira-kira 62.05 peratus populasi negara itu sudah menerima dos pertama, manakala 37.7 sudah menerima dos kedua.

Berdasarkan perkembangan itu, Ia menjangkakan 70 peratus penduduknya sudah menerima dua dos menjelang 9 Oktober. – Agensi

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/26/arab-saudi-luluskan-penggunaan-vaksin-sinovac-sinopharm/feed/ 0 5262