Lumadan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 20 Nov 2025 13:09:15 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Lumadan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 6 teras dalam manifesto jadi garis panduan tadbir Lumadan sekiranya diberi mandat dalam PRU 17 – Ruslan https://sabahmedia.com/2025/11/20/6-teras-dalam-manifesto-jadi-garis-panduan-tadbir-lumadan-sekiranya-diberi-mandat-dalam-pru-17-ruslan/ https://sabahmedia.com/2025/11/20/6-teras-dalam-manifesto-jadi-garis-panduan-tadbir-lumadan-sekiranya-diberi-mandat-dalam-pru-17-ruslan/#respond Thu, 20 Nov 2025 13:09:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86528
Read Time:1 Minute, 29 Second

Oleh Rhea Dharmin

BEAUFORT: Enam teras yang dirangka dalam manifesto calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan, Datuk Ruslan Muharam bakal menjadi garis panduan untuk beliau sekiranya diberi mandat oleh rakyat menjelang Pilihan Raya Umum Dewan Undangan (PRU DU) Sabah ke-17 ini.

Katanya, manifesto terbabit menggariskan visi serta misi yang berteraskan aspek pembangunan ekonomi, pendidikan dan modal insan, agama dan budaya, instrastruktur dan kemudahan asas, sosial, belia dan wanita dan anggaran bajet bagi tahun 2026 sehingga 2030.

“Berdasarkan misi dan visi ini, kita mempunyai satu garis panduan yang perlu kita tuju setelah kita diberi mandat oleh rakyat.

“Insya-Allah dalam PRN ini, (setelah) kita mendapat mandat rakyat, inilah sebagai panduan kita untuk bekerja dalam mentadbir khususnya di Lumadan ini dan negeri Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Pelancaran Manifesto Calon GRS NO 4 DUN N34 Lumadan bertempat di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Beaufort Selatan, Bandar Mingo, di sini, semalam.

Dalam pada itu, Ruslan menyatakan keyakinannya bahawa rakyat disini meletakkan kepercayaan terhadap beliau berdasarkan hasil kerjanya sepanjang menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan sebelum ini.

“Pada tahun 2020 sehingga 2025, kita yakin rakyat bukan sahaja melihat malah menikmati dan merisaukan apa gerak kerja yang kita lakukan dalam tempoh lima tahun ini.

“Bila kita melihat keadaan Lumadan itu sendiri hari ini, memang sangat jauh dan maju di hadapan. Kita telah pun menyelesaikan isu-isu besar seperti bekalan air bersih dan banjir kilat.

“Selain itu, kita telah pun mendalamkan laluan sungai para nelayan kita. KIta juga dapat membangunkan semula bangunan baru klinik-klinik kesihatan dan membina 12 dewan terbuka untuk anak-anak muda kita.

“Banyak lagi kalau kita mahu sebut. Jadi inilah memberi keyakinan kita bahawa rakyat telah menilai dan melihat hasil daripada gerak kerja kita itu,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/20/6-teras-dalam-manifesto-jadi-garis-panduan-tadbir-lumadan-sekiranya-diberi-mandat-dalam-pru-17-ruslan/feed/ 0 86528
Sentiasa Utamakan Keselamatan Diri, Keluarga Ketika Banjir – Ruslan https://sabahmedia.com/2022/01/06/sentiasa-utamakan-keselamatan-diri-keluarga-ketika-banjir-ruslan/ https://sabahmedia.com/2022/01/06/sentiasa-utamakan-keselamatan-diri-keluarga-ketika-banjir-ruslan/#respond Thu, 06 Jan 2022 08:28:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10781
Read Time:1 Minute, 18 Second

BEAUFORT : Penduduk di beberapa buah kampung yang sering terjejas banjir di daerah ini diingatkan untuk sentiasa mengutamakan keselamatan diri dan keluarga.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan Ruslan Muharam  berkata, ibu bapa khususnya turut diingatkan untuk sentiasa memastikan keselamatan anak-anak agar tidak bermain air banjir bagi mengelakkan insiden tidak diingini berlaku.

Katanya, penduduk yang terjejas banjir juga perlu sentiasa mematuhi arahan anggota keselamatan sekiranya diarahkan untuk berpindah.

“Saya juga menyeru kepada semua masyarakat agar sentiasa peka dengan keadaan cuaca dan dapatkan maklumat yang tepat dari Jabatan Meoteologi Malaysia agar dapat kita mengambil langkah awal sebagai langkah berjaga jaga dan bersiap sedia dalam apa juga kemungkinan.

Ruslan meninjau kawasan yang digenangi air banjir

“Sekiranya keadaan tidak mengizinkan segeralah menghubungi pemimpin kampung atau terus membuat panggilan kecemasan bagi mendapatkan bantuan segera,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook rasminya disini semalam.

Ruslan berkata, beliau turut mengarahkan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Lumadan untuk sentiasa berhubung dengan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) untuk mendapatkan maklumat jika berlaku banjir.

“Awal pagi semalam saya bersama dengan Pegawai Daerah Beaufort yang juga Pengerusi Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Abdul Imam Basirun meninjau Kampung Balibata dan Kampung Binunuk bagi meninjau keadaan banjir semasa.

“Saya di fahamkan oleh ketua kampung air mula naik membanjiri kawasan kampung sejak semalam (kelmarin) lagi,” katanya.

Katanya, seramai 218 Ketua Isi Rumah (KIR) terjejas banjir di kedua-dua buah kampung ini, namun keadaan masih terkawal.

“Walaupun keadaan masih terkawal, pihak PKOB dan agensi berkaitan telah bersiap siaga bagi menghadapi sekiranya berlaku banjir di kawasan kawasan yang telah dikenal pasti,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/06/sentiasa-utamakan-keselamatan-diri-keluarga-ketika-banjir-ruslan/feed/ 0 10781
Foodbank Fasa 3 di 24 buah masjid dalam DUN Lumadan beroperasi sepenuhnya https://sabahmedia.com/2021/08/09/foodbank-fasa-3-di-24-buah-masjid-dalam-dun-lumadan-beroperasi-sepenuhnya/ https://sabahmedia.com/2021/08/09/foodbank-fasa-3-di-24-buah-masjid-dalam-dun-lumadan-beroperasi-sepenuhnya/#respond Mon, 09 Aug 2021 07:15:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4347
Read Time:1 Minute, 22 Second

BEAUFORT: Inisiatif melancarkan Foodbank fasa 3 di 24 buah masjid dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan dekat sini, telah beroperasi sepenuhnya untuk mereka yang terjejas dan memerlukan ketika pandemik COVID-19 melanda negara ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan Ruslan Muharam berkata, ini merupakan fasa ke-3 pembukaan Food Bank di dalam kawasan DUN Lumadan, sehingga kini sebanyak 24 buah masjid dalam kawasan DUN Lumadan, Food Bank ini telah beroperasi sepenuhnya.

“Dalam kawasan DUN Lumadan ini mempunyai sebanyak 32 buah masjid dan baki sebanyak 8 buah masjid lagi akan diwujudkan food bank ini dalam waktu yang terdekat,” kata Ruslan semasa melancarkan Foodbank Prihatin Lumadan Sejahtera di 14 buah masjid di kawasan tersebut pada Ahad lalu.

Katanya, penubuhan foodbank ini dilakukan secara berperingkat dimana pada fasa 1 sebanyak tiga buah masjid pada 16 Julai lalu, kemudian pada 1 Ogos lalu sebanyak tujuh buah masjid dan kini 14 buah masjid telah mempunyai Food Bank yang beroperasi.

“Tujuan Foodbank ini diwujudkan bagi membantu mereka yang terkesan dengan pandemik COVID-19 atau sesiapa sahaja yang memerlukan boleh datang mengambil tanpa mengira agama, bangsa mahupun fahaman politik.

“Saya menyeru kepada semua lapisan masyarakat yang mempunyai kelebihan turut sama memberi sumbangan barang makanan kering ke masjid yang telah mempunyai Foodbank di dalam kawasan Dun Lumadan ini.

“Saya merakamkan setinggi-tinggi perhargaan dan terima kasih kepada semua pengerusi masjid serta AJK masjid bersama menjayakan foodbank ini, tidak lupa juga kepada mereka yang telah memberi sumbangan kepada Foodbank ini saya amat menghargainya,” tambahnya.

Turut hadir semasa pelancaran itu ialah pengerusi pembangunan dakwah zon weston Abd Aziz Lazim, pengerusi pembangunan dakwah zon gadong Gafar Jidan serta Ahli Jawatankuasa (AJK) Foodbank Lumadan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/09/foodbank-fasa-3-di-24-buah-masjid-dalam-dun-lumadan-beroperasi-sepenuhnya/feed/ 0 4347
32 Masjid Di DUN Lumadan Dijadikan Lokasi ‘FoodBank’, Mahu Penduduk Cukup Bekalan Makanan – Ruslan https://sabahmedia.com/2021/08/01/32-masjid-di-dun-lumadan-dijadikan-lokasi-foodbank-mahu-penduduk-cukup-bekalan-makanan-ruslan/ https://sabahmedia.com/2021/08/01/32-masjid-di-dun-lumadan-dijadikan-lokasi-foodbank-mahu-penduduk-cukup-bekalan-makanan-ruslan/#respond Sun, 01 Aug 2021 08:18:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3906
Read Time:1 Minute, 22 Second

BEAUFORT : Sebanyak 32 buah masjid di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan akan dijadikan sebagai lokasi Bank Makanan (Food Bank) khusus bagi membantu golongan yang memerlukan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan Ruslan Muharam berkata, ketika ini sebanyak 10 buah masjid di DUN berkenaan telah diwujudkan FoodBank dibawah program Foodbank Prihatin Lumadan Sejahtera.

“Pada hari ini saya telah melancarkan FoodBank di tujuh buah masjid di DUN Lumadan dan sebelum ini sebanyak tiga masjid lain turut diwujudkan aktiviti seperti ini.  Manakala 22 buah masjid lain juga akan diwujudkan program seumpama ini mengikut fasa.

“Tujuannya adalah bagi memberi kemudahan kepada penduduk yang sangat memerlukan bahan makanan semasa berhadapan pandemik COVID-19 dan pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi Fasa Kedua khususnya di Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Program Foodbank Prihatin Luimadan Sejahtera disini hari ini.

Antara masjid terlibat ialah Masjid Al-Gaffar Kampung Luagan; Masjid Al-Quthar Kampung Padas Valley; Masjid Kampung Karangan; Masjid Kampung Bukau; Masjid Wahdatul Ummah Kampung Maraba; Masjid An-Nur Kampung Lingkungan dab Masjid Muttaqin Kampung Lubok.

Tiga lagi masjid lain yang sudah diwujudkan FoodBank adalah Masjid Lupak tuhu; Masjid Padas Damit dan Masjid Pekan Weston.

Ruslan berkata, pewujudan Foodbank berkenaan juga adalah bagi memastikan tidak ada penduduk yang menaikkan bendera putih akibat kekurangan bekalan.

“Kita mahu semua penduduk di DUN Lumadan khususnya mempunyai bekalan makanan mencukupi dan ini juga adalah salah satu inisiatif kita wujudkan Foodbank di masjid-masjid disini.

“Bagi penduduk yang mahu mendapatkan bekalan, tiada syarat dikenakan, semua layak untuk mendapatkan bekalan tanpa melihat agama mahupun fahaman politik,” katanya.

Beliau turut mengalu-alukan sumbangan dari pelbagai pihak untuk mengisi bekalan makanan di setiap Foodbank berkenaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/01/32-masjid-di-dun-lumadan-dijadikan-lokasi-foodbank-mahu-penduduk-cukup-bekalan-makanan-ruslan/feed/ 0 3906
ADUN Lumadan buka 32 ‘food bank’ untuk mereka yang memerlukan https://sabahmedia.com/2021/07/18/adun-lumadan-buka-32-food-bank-untuk-mereka-yang-memerlukan/ https://sabahmedia.com/2021/07/18/adun-lumadan-buka-32-food-bank-untuk-mereka-yang-memerlukan/#respond Sun, 18 Jul 2021 10:05:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3224
Read Time:1 Minute, 7 Second

BEAUFORT: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan, Ruslan Muharam melancarkan tiga ‘food bank’ (tabung bantuan makanan) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan, di sini.

Ruslan berkata, beliau terpanggil di sini untuk menyediakan 32 ‘food bank’ kepada semua penduduk di DUN Lumadan, selari dengan slogan Lumadan Sejahtera,”

Setakat ini, jelasnya, terdapat tiga masjid yang membekalkan makanan kepada golongan yang memerlukan, manakala 29 masjid akan menyusul kemudian.

‘Food bank’ ini diwujudkan atas inisiatif untuk membantu penduduk yang memerlukan bantuan makanan.

Ruslan yang merupakan Pengerusi Perkasa Realty Sdn Bhd berkata, bantuan makanan ‘food bank’ ini adalah untuk semua yang memerlukan tanpa mengira agama serta fahaman politik.

“Kepada mereka yang memerlukan, silalah datang ke masjid berhampiran, Insha Allah, kita akan bantu,” kata Ruslan semasa perasmian ‘food bank’ di Pekan Weston kelmarin.

Beliau juga menyampaikan bantuan bakul makanan kepada 5 lagi penerima bantuan di acara tersebut.

Katanya, pihaknya akan berusaha membantu penduduk Lumadan yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

“Saya merayu kepada semua mereka yang lain supaya dapat bersama-sama membantu menyumbangkan bantuan makanan,” katanya.

Menurut Ruslan lagi, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilaksanakan, 4,000 Ketua Isi Rumah (KIR) telah menerima bantuan bakul makanan bagi DUN Lumadan, termasuk penduduk kampung yang berada dalam kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Terdahulu, Ruslan telah melawat beberapa kampung yg dilanda banjir bagi memantau keadaan dan keselamatan penduduk kampung.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/18/adun-lumadan-buka-32-food-bank-untuk-mereka-yang-memerlukan/feed/ 0 3224