lupus barang kes – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 28 Jun 2023 12:41:57 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png lupus barang kes – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Polis Tawau lupus barang kes Bahagian Siasatan Jenayah https://sabahmedia.com/2023/06/28/polis-tawau-lupus-barang-kes-bahagian-siasatan-jenayah/ https://sabahmedia.com/2023/06/28/polis-tawau-lupus-barang-kes-bahagian-siasatan-jenayah/#respond Wed, 28 Jun 2023 12:41:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=37347
Read Time:49 Second

TAWAU: Polis Daerah Tawau telah menjalankan pelupusan barang rampasan yang melibatkan 93 kertas siasatan sejak tahun 2017 hingga 2022 atas pelbagai kesalahan, pada Isnin lalu.

Barang kes yang dirampas dilupus. – Foto ihsan PDRM Tawau

Pelupusan itu membabitkan sebanyak sejumlah 19 laras senjatapi pelbagai jenis, sejumlah rokok seludup pelbagai jenis, 7 mesin mobile printer, 9 unit telefon bimbit, 146 butir peluru pelbagai jenis dan 10 buah kenderaan pelbagai jenis yang dirampas dalam tempoh tersebut.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata pelupusan itu dilakukan setelah mendapat perintah dari mahkamah untuk dilupuskan dan lucut hak kepada Kerajaan Malaysia.

“Pelupusan tersebut melibatkan (28) kertas siasatan mengikut Akta Senjatapi 1971, (9) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 dan (56) Akta Kastam 1967.

“Semua kes ini sudah selesai siasatan dan jatuh hukuman serta mendapat arahan pelupusan dan lucut hak kepada Kerajaan Malaysia daripada mahkamah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Turut hadir, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ) Tawau DSP Mursalin Mahmud dan wakil Persenjataan AMRA IPD Tawau.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/06/28/polis-tawau-lupus-barang-kes-bahagian-siasatan-jenayah/feed/ 0 37347