luruan monsun – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 08 Jan 2025 06:10:21 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png luruan monsun – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Luruan monsun dijangka berlaku bermula esok https://sabahmedia.com/2025/01/08/luruan-monsun-dijangka-berlaku-bermula-esok/ https://sabahmedia.com/2025/01/08/luruan-monsun-dijangka-berlaku-bermula-esok/#respond Wed, 08 Jan 2025 06:09:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=66647
Read Time:42 Second

Kota Kinabalu : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca signifikan luruan monsun kuat dijangka memasuki rantau negara bermula esok dan berterusan sehingga 13 Januari ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, keadaan itu berpotensi menyebabkan hujan sangat lebat dan berterusan di beberapa negeri di Semenanjung, Sarawak dan timur Sabah dalam tempoh berkenaan.

“Sehubungan itu, MetMalaysia telah mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Waspada) yang melibatkan negeri Terengganu, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Sarawak berkuat kuasa pada 10 hingga 12 Januari 2025. 

“Pada masa yang sama, Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora sedang berkuat kuasa bagi perairan Laut China Selatan sehingga 13 Januari ini,” menurut kenyataan itu di sini.

Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.– SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/01/08/luruan-monsun-dijangka-berlaku-bermula-esok/feed/ 0 66647
Luruan monsun dijangka berlaku bermula Ahad ini https://sabahmedia.com/2024/12/06/luruan-monsun-dijangka-berlaku-bermula-ahad-ini/ https://sabahmedia.com/2024/12/06/luruan-monsun-dijangka-berlaku-bermula-ahad-ini/#respond Fri, 06 Dec 2024 04:45:02 +0000 https://sabahmedia.com/?p=64945
Read Time:41 Second

Kota Kinabalu : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca signifikan luruan monsun dijangka berlaku bermula 8 hingga 14 Disember ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, keadaan itu berpotensi menyebabkan hujan berterusan di timur dan utara Semenanjung serta Sarawak dan Sabah dalam tempoh berkenaan.

“Pada masa yang sama, angin kencang dan laut bergelora juga dijangka berlaku di Laut China Selatan.  Amaran Hujan Berterusan (Waspada) yang melibatkan timur dan utara Semenanjung berkuat kuasa pada 8 hingga 11 Disember 2024. 

“Manakala, Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora bagi perairan Laut China Selatan berkuat kuasa pada 8 hingga 12 Disember 2024,” menurut kenyataan itu di sini.

Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.  – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/12/06/luruan-monsun-dijangka-berlaku-bermula-ahad-ini/feed/ 0 64945
Luruan Monsun Dijangka Berterusan Sehingga 3 Januari 2022 https://sabahmedia.com/2021/12/27/luruan-monsun-dijangka-berterusan-sehingga-3-januari-2022/ https://sabahmedia.com/2021/12/27/luruan-monsun-dijangka-berterusan-sehingga-3-januari-2022/#respond Mon, 27 Dec 2021 14:28:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10358
Read Time:57 Second

KOTA KINABALU : Luruan monsun yang sedang melanda negara ketika ini dijangka akan berterusan sehingga 3 Januari 2022.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Muhammad Helmi Abdullah berkata, ia berdasarkan analisis Model Penyelidikan dan Ramalan Cuaca, Jabatan Meteorologi Malaysia (MMD-WRF); Pusat Eropah untuk Ramalan Cuaca Julat Sederhana (ECMWF) dan Sistem Ramalan Global (GFS).

Katanya, pada masa yang sama terdapat sistem cuaca tekanan rendah di Laut China Selatan.

“Keadaan ini berpotensi menyebabkan hujan berterusan di timur Sabah sehingga 2 Januari depan dan barat Sarawak pada 29 hingga 31 Disember ini, manakala di Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan pada 30 Disember hingga 3 Januari depan.

“Angin kencang dan laut bergelora di perairan Pantai Timur Semenanjung, utara Sarawak dan Sabah pula diramal berterusan sehingga 2 Januari depan,” katanya dalam satu kenyataan disini hari ini.

Muhammad Helmi berkata, orang awam yang merancang perjalanan ke kawasan-kawasan berkenaan dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan peka dengan maklumat terkini.

Menurutnya, Jabatan Meteorologi Malaysia akan terus memantau keadaan cuaca 24 jam sehari dan mengeluarkan amaran hujan berterusan serta amaran ribut petir apabila keadaan perlu.

“Orang awam juga dinasihatkan untuk memuat turun aplikasi myCuaca untuk mendapatkan maklumat cuaca terkini,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/27/luruan-monsun-dijangka-berterusan-sehingga-3-januari-2022/feed/ 0 10358