Luyang – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 16 Nov 2025 04:41:25 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Luyang – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 “Lapan Tindakan Demi Luyang” – Fokus keselamatan, ekonomi dan pembangunan komuniti https://sabahmedia.com/2025/11/16/lapan-tindakan-demi-luyang-fokus-keselamatan-ekonomi-dan-pembangunan-komuniti/ https://sabahmedia.com/2025/11/16/lapan-tindakan-demi-luyang-fokus-keselamatan-ekonomi-dan-pembangunan-komuniti/#respond Sun, 16 Nov 2025 04:41:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86024
Read Time:1 Minute, 34 Second

Oleh Florieta Diet

KOTA KINABALU: Ketua Dapsy Sabah yang juga calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Luyang, Chan Loong Wei, memperkenalkan manifesto utama beliau iaitu “Lapan Tindakan Demi Luyang”, satu pelan pembangunan menyeluruh untuk kawasan itu.

“Keselamatan kediaman adalah asas sebuah bandar. Saya akan terus bekerja bersama penduduk di Kepayan Ridge dan kawasan lain untuk menyelesaikan isu perparitan, keselamatan, dan struktur bangunan yang menjejaskan kehidupan harian rakyat, agar setiap keluarga boleh tinggal dengan aman dan bermaruah.

“Saya juga berhasrat menghidupkan semula ekonomi Lido, menjadikan kawasan itu pusat tumpuan dengan pasar komuniti berkala, sokongan kepada peniaga kecil, dan suasana yang sesuai untuk keluarga dan golongan muda, bukan sekadar nama, tetapi benar-benar menjadi nadi bandaraya Kota Kinabalu,” katanya selepas pelancaran Bilik Operasi Pakatan Harapan Sabah untuk DUN Luyang pada Sabtu.

Chan juga berjanji untuk meneruskan usaha tebatan banjir di Lido. Beliau akan memperjuangkan lebih banyak naik taraf sistem perparitan agar rumah penduduk tidak lagi dinaiki air setiap kali hujan lebat.

Selain itu, beliau juga akan memberi tumpuan kepada masalah parkir di Hospital Ratu Elizabeth 1 (QE1) dengan mendesak pembinaan parkir bertingkat bagi mengurangkan beban pesakit dan keluarga.

“Untuk keselamatan waktu malam, saya akan memperluas program “Light Up Luyang”, memasang sekurang-kurangnya 100 lampu jalan solar setiap tahun agar kawasan perumahan lebih cerah dan selamat. Saya turut komited menjadikan Taman Ujana Rimba Tropika sebagai taman riadah moden mesra keluarga, warga emas dan kanak-kanak, menjadi “paru-paru” hijau untuk warga bandar.

“Dari segi komuniti dan budaya, saya akan merancang pembangunan Kampung Kopungit bersama penduduk kampung, memelihara budaya masyarakat tempatan, dan mewujudkan peluang ekonomi serta pelancongan budaya untuk anak-anak muda kampung tersebut,” katanya lagi.

Beliau turut memberi penekanan kepada pembangunan belia dan peluang ekonomi. Beliau mahu lebih ramai anak muda terlibat dalam sektor industri, ekonomi kreatif dan bidang keusahawanan agar anak muda Luyang dapat tinggal, bekerja dan membina masa depan yang baik di tanah sendiri.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/16/lapan-tindakan-demi-luyang-fokus-keselamatan-ekonomi-dan-pembangunan-komuniti/feed/ 0 86024
Calon termuda DAP Sabah Chan Loong Wei mahu teruskan legasi Phoong di Luyang https://sabahmedia.com/2025/11/15/calon-termuda-dap-sabah-chan-loong-wei-mahu-teruskan-legasi-phoong-di-luyang/ https://sabahmedia.com/2025/11/15/calon-termuda-dap-sabah-chan-loong-wei-mahu-teruskan-legasi-phoong-di-luyang/#respond Sat, 15 Nov 2025 14:51:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85986
Read Time:1 Minute, 58 Second

Oleh Florieta Diet

KOTA KINABALU: Calon termuda DAP Sabah, Chan Loong Wei @ Desmond, 25, berhasrat meneruskan legasi dan kerja-kerja Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe, khususnya di Luyang yang disifatkannya banyak berubah sejak 2018.

Ketua Dapsy Sabah yang juga calon DUN Luyang itu berkata, perubahan pembangunan fizikal di kawasan berkenaan serta budaya kerja wakil rakyat muda menjadi inspirasi utama beliau menyertai politik.

Beliau menyertai DAP pada 2019, sejurus selepas menamatkan sekolah menengah, dengan penglibatan pertama dalam kempen Pilihan Raya Kecil Sandakan.

“Saya lihat bagaimana DAP dan wakil rakyat muda seperti YB Vivian Wong ketika itu menawarkan harapan baharu melalui kepimpinan dinamik dan turun padang. Itu budaya kerja yang berbeza dan sangat menginspirasikan,” katanya selepas kepada media selepas pengumuman calon di Dewan Menara Hasil, di sini, pada Sabtu.

Mengulas perubahan di Luyang, Desmond menjelaskan bahawa penduduk pasti masih mengingati keadaan sebelum 2018 apabila tidak banyak taman rekreasi moden atau gelanggang bola keranjang.

“Dulu nak main bola perlu sewa tempat. Selepas wakil rakyat muda (Phoong) dipilih, banyak pembaharuan dibawa ke kawasan itu. Perubahan itulah yang mendorong saya terlibat secara aktif,” katanya.

Mengulas persepsi bahawa calon muda kurang pengalaman dalam politik, beliau mahu membuktikan sebaliknya.

“Saya nak jadi bukti bahawa anak muda boleh membangun dan memberi inspirasi kepada orang lain. Negara dan negeri ini besar, dan kita perlukan lebih ramai anak muda. Saya mahu buktikan bahawa anak muda bukan saja boleh menyumbang, malah boleh memimpin,” katanya.

Beliau turut menegaskan kepentingan pasukan sokongan anak muda yang kukuh dalam memastikan keberkesanan seorang wakil rakyat.

“Di Sabah, YB hanya 73 orang, tetapi tanpa pasukan yang kompeten dan akar umbi yang aktif, tiada apa yang boleh disampaikan dengan berkesan,” katanya.

Beliau juga menolak politik serangan dan memilih pendekatan lebih matang dalam kempen.

“Budaya kita bukan untuk serang sana sini. Sebagai anak muda, saya mahu membuktikan politik boleh membawa perubahan dan menawarkan harapan, bukan sekadar serangan. Saya tidak berminat menyerang sesiapa pun, kecuali jika ada tuduhan jahat yang perlu dijelaskan,” katanya.

Desmond telah menamatkan pengajian Diploma Pengajian Perniagaan (Kewangan dan Pelaburan) dengan Kepujian dari Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC) Kuala Lumpur (2019-2021).

Dalam politik, beliau pernah berkhidmat sebagai Pegawai Khas kepada Menteri Belia dan Sukan Sabah (2019–2020), Setiausaha Eksekutif DAPSY Sabah (2020–2023), Setiausaha DAPSY Sabah (2023–2025) dan Setiausaha Politik kepada Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah (2023–2025) dan kini sebagai Ketua Dapsy Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/15/calon-termuda-dap-sabah-chan-loong-wei-mahu-teruskan-legasi-phoong-di-luyang/feed/ 0 85986
Saingan sengit DAP di Kota Kinabalu: Enam dan lima penjuru di Likas dan Luyang https://sabahmedia.com/2025/11/15/saingan-sengit-dap-di-kota-kinabalu-enam-dan-lima-penjuru-di-likas-dan-luyang/ https://sabahmedia.com/2025/11/15/saingan-sengit-dap-di-kota-kinabalu-enam-dan-lima-penjuru-di-likas-dan-luyang/#respond Sat, 15 Nov 2025 08:22:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85915
Read Time:55 Second

Oleh Florieta Diet

KOTA KINABALU: Dua kerusi dalam kawasan Kota Kinabalu yang ditandingi oleh DAP atas tiket Pakatan Harapan masing-masing menyaksikan pertandingan lima dan enam penjuru pada Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan (DU) Sabah ke-17.

Chan (kiri) bersama calon-calon DUN Luyang.. –

Di Dewan Undnagan Negeri (DUN) Likas, Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe, dicabar oleh lima calon lain. Mereka ialah Ku Yuk Cheong dari Parti Kebangsaan Sabah; Yong Yin Loong @ Louis Yong dari Parti Impian Sabah; Candy Chiew dari Parti Bumi Kenyalang; Yong Yit Jee daripada SAPP; dan Tham Yun Fook dari Parti Warisan.

Semua calon hadir di Dewan Menara Hasil bersama pencadang dan penyokong masing-masing, dengan kehadiran para penyokong di luar bangunan berkenaan.

Sebelum ini, Phoong merupakan penyandang kerusi DUN Luyang, namun pada pilihan raya kali ini beliau beralih untuk bertanding di DUN Likas.

Sementara itu, Ketua Dapsy Sabah, Chan Loong Wei, berdepan pertandingan lima penjuru di DUN Luyang. Calon lain yang bertanding ialah Gee Tien Siong (SAPP), Samuel Wong Tshun Chuen (Warisan), William Ooi Hong Wee (Perikatan Nasional), dan Paul Chong (Parti Impian Sabah).

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/15/saingan-sengit-dap-di-kota-kinabalu-enam-dan-lima-penjuru-di-likas-dan-luyang/feed/ 0 85915