ma63 – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 05 Oct 2026 05:47:53 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png ma63 – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 16 perkara MA63 selesai, 10 masih dalam rundingan https://sabahmedia.com/2026/10/05/16-perkara-ma63-selesai-10-masih-dalam-rundingan/ https://sabahmedia.com/2026/10/05/16-perkara-ma63-selesai-10-masih-dalam-rundingan/#respond Mon, 05 Oct 2026 05:47:46 +0000 https://sabahmedia.com/?p=104768
Read Time:1 Minute, 57 Second

KOTA KINABALU: Sebanyak 16 daripada 29 perkara utama berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang dipantau melalui Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) telah diselesaikan sepenuhnya, manakala 10 lagi masih dalam rundingan lanjut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Ts. Mustapha Sakmud, berkata tiga perkara lagi berada pada tahap penyelesaian interim atau sebahagian.

Beliau berkata, Kerajaan MADANI kekal komited memastikan pelaksanaan MA63 diterjemahkan kepada penyelesaian yang membawa kesejahteraan kepada rakyat.

Bagi perkara yang belum dimuktamadkan, katanya, rundingan antara Kerajaan Persekutuan, Sabah dan Sarawak diteruskan secara berstruktur.

“Ini termasuk Kajian Semula Pemberian Khas di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan, yang kini mempunyai persetujuan interim pembayaran pada kadar RM1.5 bilion untuk Sabah dan Sarawak sementara formula pengiraan kekal dimuktamadkan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Mengenai cadangan penambahan kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak, Mustapha berkata Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak (BHESS) telah memulakan libat urus rasmi dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 22 September lalu.

Katanya, pertemuan pertama itu meneliti hala tuju dan mekanisme pelaksanaan, termasuk pertimbangan Perlembagaan, perundangan, teknikal, persempadanan pilihan raya serta data yang diperlukan.

“Pada masa ini Sabah dan Sarawak mempunyai 56 kerusi atau 25.3 peratus daripada keseluruhan Dewan Rakyat, dengan cadangan meningkatkan nisbah perwakilan kepada 35 peratus,” katanya.

Susulan pertemuan berkenaan, Mustapha berkata beliau mencadangkan supaya satu Jawatankuasa Khas di bawah Jawatankuasa Teknikal MTPMA63 diwujudkan dengan penglibatan SPR, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), BHESS serta kerajaan negeri.

Katanya, jawatankuasa berkenaan akan memperincikan kaedah dan garis masa pelaksanaan cadangan penambahan kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak.

Dalam masa sama, penubuhan Friends of BHESS bersama Kaukus Backbenchers Kerajaan (BBC) Parlimen Malaysia akan menyediakan ruang kepada Ahli Dewan Rakyat dan Senator untuk memahami serta membincangkan MA63 secara lebih terbuka dan konstruktif merentasi wilayah serta politik kepartian.

Mustapha menjelaskan Friends of BHESS bukan satu lagi lapisan rundingan dan bukan pengganti kepada MTPMA63.

“Rundingan rasmi dan penyelesaian isu kekal melalui mekanisme kerajaan yang sedia ada. Friends of BHESS pula berperanan membina kefahaman serta dukungan di Parlimen, khususnya bagi perkara yang akhirnya memerlukan proses perundangan dan sokongan Ahli Parlimen,” katanya.

Beliau menegaskan MA63 bukan agenda Sabah dan Sarawak semata-mata, sebaliknya merupakan agenda Malaysia.

“MA63 adalah agenda Malaysia. Atas dasar itu, keputusan YAB Perdana Menteri mengangkat MA63 sebagai Agenda Nasional adalah bertepatan dengan Perlembagaan dan semangat pembentukan Malaysia.

“Ianya wajar difahami serta didukung bersama oleh seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/10/05/16-perkara-ma63-selesai-10-masih-dalam-rundingan/feed/ 0 104768
Jawatankuasa khas perlu diwujudkan kaji penambahan kerusi Parlimen Sabah, Sarawak https://sabahmedia.com/2026/09/26/jawatankuasa-khas-perlu-diwujudkan-kaji-penambahan-kerusi-parlimen-sabah-sarawak/ https://sabahmedia.com/2026/09/26/jawatankuasa-khas-perlu-diwujudkan-kaji-penambahan-kerusi-parlimen-sabah-sarawak/#respond Sat, 26 Sep 2026 13:06:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=104248
Read Time:1 Minute, 15 Second

BERNAMA

KOTA KINABALU :  Satu jawatankuasa khas di bawah Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan (MTP) Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) perlu diwujudkan bagi mengkaji cadangan penambahan bilangan Ahli Dewan Rakyat dari Sabah dan Sarawak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) Datuk Mustapha Sakmud berkata kajian turut meliputi penetapan garis masa untuk ia dilaksanakan.

Beliau berkata jawatankuasa khas berkenaan juga perlu dianggotai wakil Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak (BHESS) serta wakil kerajaan negeri.

“Jadi, kami harap dengan pendekatan ini, kami akan dapat memperincikan garis masa berkaitan dengan penambahan kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan buku The Transformative Integrated Living Lab (TILL): From Philosophy to Practice di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah di sini hari ini.

Pada Selasa lepas, BHESS dan Jabatan Perdana Menteri telah memulakan libat urus dengan SPR bagi membincangkan hala tuju serta mekanisme pelaksanaan cadangan penambahan bilangan Ahli Dewan Rakyat dari Sabah dan Sarawak.

Mustapha berkata perbincangan dengan SPR masih di peringkat awal bagi mendapatkan gambaran mengenai kaedah dan kajian yang diperlukan bagi meningkatkan jumlah kerusi Parlimen di kedua-dua negeri berkenaan.

“Hasil pertemuan itu, SPR memaklumkan bahawa pihaknya mempunyai kaedah tertentu, namun kajian terperinci diperlukan kerana penambahan kerusi Parlimen di Borneo perlu mengambil kira nisbah penambahan kerusi Parlimen di Semenanjung,” katanya.

Pada 11 Sept lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan bersetuju meningkatkan nisbah perwakilan Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak melebihi kadar semasa, selaras dengan semangat MA63. — BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/09/26/jawatankuasa-khas-perlu-diwujudkan-kaji-penambahan-kerusi-parlimen-sabah-sarawak/feed/ 0 104248
ADUN Petagas gesa keputusan MA63 diumum sebelum PRU16 https://sabahmedia.com/2026/09/13/adun-petagas-gesa-keputusan-ma63-diumum-sebelum-pru16/ https://sabahmedia.com/2026/09/13/adun-petagas-gesa-keputusan-ma63-diumum-sebelum-pru16/#respond Sun, 13 Sep 2026 11:10:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=103326
Read Time:2 Minute, 20 Second

Oleh Normimie Diun

PUTATAN: Kerajaan Persekutuan digesa mengumumkan keputusan berhubung pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebelum Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), supaya pelaksanaannya tidak dilihat dipengaruhi atau dikaitkan dengan kepentingan politik.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas, Datuk Awang Ahmad Sah Awang Sahari, berkata keputusan mengenai tuntutan dan pelaksanaan MA63 perlu dibuat berdasarkan kepentingan rakyat serta semangat perjanjian itu, bukannya kerana pilihan raya yang semakin hampir.

“Saya sudah berumur 67 tahun dan saya menyokong kuat kerajaan. Saya mahu kerajaan pada hari ini melakukan sebaik mungkin dan bijak untuk memastikan semangat MA63 dapat dilaksanakan sepenuhnya.

“Kita sudah beri masa sebaik-baiknya dan secukup-cukupnya. Kita mahu keputusan MA63 ini diumumkan sebelum pilihan raya.

“Kita tidak mahu keputusan ini diumumkan kerana pilihan raya atau menjelang pilihan raya. Kita mahu ia diumumkan lebih awal kerana tidak mahu keputusan ini ada kaitan dengan politik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penutupan Pertandingan Memancing Terbuka Daerah Putatan di Sungai Petagas, Kampung Petagas, di sini, pada Sabtu.

Awang Ahmad berkata, perkara berkaitan MA63 perlu diselesaikan bagi memenuhi tuntutan yang masih belum selesai dan memberi keyakinan kepada rakyat Sabah terhadap komitmen kerajaan.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata tumpuannya di kawasan Petagas turut diberikan kepada usaha membantu golongan berpendapatan rendah, termasuk melalui pembinaan Rumah Sabah Maju Jaya (SMJ).

Katanya, sebanyak 88 buah Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) diperuntukkan untuk kawasan Petagas pada tahun ini bagi membantu rakyat yang layak.

“Saya fokus kepada membantu rakyat termiskin dan membantu mereka yang layak mendapatkan Rumah SMJ. Saya mahu rakyat Petagas tahu, peruntukan pembinaan Rumah SMJ pada tahun ini adalah sebanyak 88 buah rumah di kawasan ini,” katanya.

Beliau berkata usaha membantu anak-anak di kawasan itu turut diteruskan menerusi pemberian biasiswa, komputer dan bantuan kewangan mengikut kemampuan.

“Ini adalah perjuangan yang perlu diteruskan untuk memastikan anak-anak dan cucu-cucu kita berjaya dalam pelajaran,” katanya.

Awang Ahmad Sah turut merakamkan penghargaan kepada rakyat yang terus memberikan sokongan kepadanya selepas dipilih sebagai calon Bebas, selain menegaskan kepentingan kestabilan dalam kepimpinan kerajaan.

Menurutnya, kestabilan kepimpinan penting bagi memastikan agenda pembangunan serta kebajikan rakyat dapat diteruskan.

“Saya berterima kasih kepada rakyat kerana menyokong dan mengundi saya sebagai calon Bebas. Saya tidak mengecewakan rakyat kerana saya menyokong kerajaan yang ada pada hari ini.

“Politik ini tidak akan selesai, tetapi pimpinan tidak akan stabil kalau kita tidak stabil dalam pimpinan. Pimpinan perlu stabil dan justeru itu, kita harus memilih mereka yang betul-betul layak untuk menjadi pemimpin,” katanya.

Awang Ahmad Sah menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang dalam majlis itu.

Sementara itu, Pertandingan Memancing Terbuka Daerah Putatan itu dianjurkan bersama Biro Belia, Sukan dan Sukarelawan, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Baru, Dopo N23 Petagas serta Kelab Memancing Petagas Angler’s.

Majlis penutupan disempurnakan Awang Ahmad Sah yang juga Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB).

]]>
https://sabahmedia.com/2026/09/13/adun-petagas-gesa-keputusan-ma63-diumum-sebelum-pru16/feed/ 0 103326
Kerajaan setuju tingkat nisbah perwakilan Sabah, Sarawak di Parlimen https://sabahmedia.com/2026/09/11/kerajaan-setuju-tingkat-nisbah-perwakilan-sabah-sarawak-di-parlimen/ https://sabahmedia.com/2026/09/11/kerajaan-setuju-tingkat-nisbah-perwakilan-sabah-sarawak-di-parlimen/#respond Fri, 11 Sep 2026 05:06:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=103217
Read Time:1 Minute, 27 Second

Oleh Normimie Diun

KOTA KINABALU: Kerajaan Persekutuan bersetuju secara prinsip untuk meningkatkan nisbah perwakilan Sabah dan Sarawak di Parlimen, selaras dengan semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Jemaah Menteri pada Rabu lalu bersetuju dan meluluskan prinsip penambahan penyertaan Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak dengan mengambil kira nisbah perwakilan kedua-dua wilayah berkenaan.

Katanya, penambahan kerusi itu bukan sekadar meningkatkan jumlah Ahli Parlimen, sebaliknya mesti memastikan nisbah perwakilan Sabah dan Sarawak lebih tinggi berbanding kedudukan ketika ini.

“Keputusan kita ialah mesti menambah nisbah Sabah-Sarawak. Penambahan itu tidak bermakna sekadar menyamakan kedudukan seperti yang ada sekarang, tetapi mesti meningkatkan nisbah penyertaan Sabah dan Sarawak,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, hari ini.

Anwar berkata, berdasarkan MA63, penyertaan Singapura ketika pembentukan Malaysia menyaksikan Sabah, Sarawak dan Singapura membentuk satu pertiga daripada keseluruhan perwakilan.
Namun katanya, nisbah itu berubah selepas Singapura keluar daripada Malaysia.

Beliau berkata, mekanisme serta jumlah sebenar penambahan kerusi masih perlu dibincangkan bersama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kerajaan negeri dan parti-parti politik berkaitan.

Katanya, SPR telah dimaklumkan mengenai keputusan kerajaan dan akan memulakan rundingan berhubung perkara itu.

“Saya tidak pasti sama ada untuk pilihan raya ini boleh sempat atau tidak kerana ia memerlukan muafakat dan proses perlembagaan. Saya tidak mahu mengganggu dari segi proses perlembagaan.

“Tetapi yang penting, keputusan sudah dibuat dan SPR telah dimaklumkan,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar berkata kerajaan turut bersetuju mempercepatkan penambahan jawatan-jawatan penting dalam perkhidmatan awam untuk anak Sabah dan Sarawak, selaras dengan perkara yang diperakui dalam MA63 serta laporan Suruhanjaya Cobbold.

Katanya, pelaksanaan perkara itu akan dibuat secara berfasa, dengan fasa pertama sudah dilaksanakan manakala fasa kedua akan disegerakan.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/09/11/kerajaan-setuju-tingkat-nisbah-perwakilan-sabah-sarawak-di-parlimen/feed/ 0 103217
PM Anwar pengerusikan Mesyuarat Tindakan Pelaksanaan MA63 di Sabah Jumaat ini https://sabahmedia.com/2026/09/07/pm-anwar-pengerusikan-mesyuarat-tindakan-pelaksanaan-ma63-di-sabah-jumaat-ini/ https://sabahmedia.com/2026/09/07/pm-anwar-pengerusikan-mesyuarat-tindakan-pelaksanaan-ma63-di-sabah-jumaat-ini/#respond Mon, 07 Sep 2026 08:19:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=102985
Read Time:58 Second

BERNAMA

KOTA KINABALU : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mempengerusikan Mesyuarat Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) di sini pada Jumaat ini, dengan Sabah berperanan sebagai tuan rumah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) Datuk Mustapha Sakmud berkata mesyuarat,  yang dijadual berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini itu turut dijangka dihadiri Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.

“Bagi makluman semua, pada Jumaat ini, 11 Sept, mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 akan diadakan dengan dipengerusikan Perdana Menteri, dihadiri oleh Premier Sarawak dan juga dikelolakan oleh Ketua Menteri Sabah.

“Sesi khas MA63 akan diadakan dan saya akan jawab perkara yang berkaitan. Saya bersedia untuk jawab nanti,” katanya ketika diminta mengulas isu berkaitan MA63 pada majlis penyerahan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kolej Tingkatan Enam Prauniversiti Kota Kinabalu di sini hari ini.

Mustapha berkata mesyuarat itu menjadi antara platform utama untuk membincangkan perkara berkaitan pelaksanaan MA63 antara Kerajaan Persekutuan, Sabah dan Sarawak.

Mesyuarat Tindakan Pelaksanaan MA63 merupakan antara mekanisme utama bagi membincangkan dan menyelaraskan perkara berkaitan hak serta kepentingan Sabah dan Sarawak mengikut perjanjian tersebut.- BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/09/07/pm-anwar-pengerusikan-mesyuarat-tindakan-pelaksanaan-ma63-di-sabah-jumaat-ini/feed/ 0 102985
Borneonisasi perkhidmatan awam, kesihatan dan pendidikan antara agenda penting MTPMA63 – Mustapha https://sabahmedia.com/2026/08/03/borneonisasi-perkhidmatan-awam-kesihatan-dan-pendidikan-antara-agenda-penting-mtpma63-mustapha/ https://sabahmedia.com/2026/08/03/borneonisasi-perkhidmatan-awam-kesihatan-dan-pendidikan-antara-agenda-penting-mtpma63-mustapha/#respond Mon, 03 Aug 2026 12:23:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=100938
Read Time:1 Minute, 37 Second

PUTRAJAYA: Pelaksanaan inisiatif ‘borneonisasi’ perkhidmatan awam, usaha merapatkan jurang penyampaian kesihatan serta pemerkasaan pendidikan di Sabah dan Sarawak menjadi antara agenda strategik yang diberi perhatian dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal di bawah Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63).

Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal MTPMA63 yang berlangsung hari ini meneliti perkembangan terkini pelaksanaan pelbagai perkara di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai persediaan menghadapi Mesyuarat MTPMA63 yang akan dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada September ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Ts Mustapha Sakmud ketika mempengerusikan mesyuarat itu berkata, beberapa agenda penting terus diperkemas menerusi platform MTPMA63 bagi memastikan pelaksanaan MA63 berjalan secara berterusan dan memenuhi keperluan semasa rakyat Sabah serta Sarawak.

“Antara perkara yang diberi tumpuan ialah inisiatif ‘borneonisasi’ perkhidmatan awam yang bertujuan memperkukuh penyertaan serta peranan rakyat Sabah dan Sarawak dalam sektor perkhidmatan awam,” katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.

Terdahulu, beliau diberi mandat mempengerusikan mesyuarat berkenaan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof merangkap Pengerusi Jawatankuasa Teknikal MTPMA63 yang kini sedang menerima rawatan kesihatan.

Turut dibincangkan ialah langkah menangani kesenjangan perkhidmatan kesihatan antara wilayah, khususnya dalam memastikan rakyat di kedua-dua negeri mendapat akses kepada kemudahan dan perkhidmatan kesihatan yang lebih baik.

Selain itu, aspek pendidikan turut menjadi agenda utama melalui usaha memperkasa sektor berkenaan sebagai asas pembangunan modal insan di Sabah dan Sarawak.

Mustapha berkata, pendekatan rundingan berterusan melalui jawatankuasa kerja dan Jawatankuasa Teknikal MTPMA63 telah menunjukkan hasil positif apabila banyak kemajuan dapat dicapai secara konsensus antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.

“Pendekatan ini berasaskan kepercayaan serta saling menghormati kepentingan kedua-dua pihak,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, semua kementerian dan agensi berkaitan turut diarahkan supaya memberi keutamaan terhadap penyelesaian baki isu MA63 agar pelaksanaannya dapat dipercepatkan.

Antara perkembangan penting yang turut direkodkan ialah peningkatan Pemberian Khas Sabah di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan kepada RM1.5 bilion bagi tahun 2026 serta penyerahan status Pelabuhan Bintulu kepada Kerajaan Negeri Sarawak pada 21 Julai lalu.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/08/03/borneonisasi-perkhidmatan-awam-kesihatan-dan-pendidikan-antara-agenda-penting-mtpma63-mustapha/feed/ 0 100938
Mesyuarat MA63 Isnin ini, Sabah yakin geran khas dibayar tahun ini https://sabahmedia.com/2026/08/01/mesyuarat-ma63-isnin-ini-sabah-yakin-geran-khas-dibayar-tahun-ini/ https://sabahmedia.com/2026/08/01/mesyuarat-ma63-isnin-ini-sabah-yakin-geran-khas-dibayar-tahun-ini/#respond Sat, 01 Aug 2026 03:29:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=100859
Read Time:1 Minute, 31 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah yakin pembayaran geran khas berjumlah RM1.5 bilion yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini akan dapat disalurkan pada tahun ini.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata, kerajaan Negeri dan Persekutuan akan mengadakan mesyuarat pada hari Isnin bagi membincangkan perkara berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Sukacita saya maklumkan bahawa kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan sedang giat berunding untuk memastikan peruntukan yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dapat dibayar pada tahun ini.

“Kami percaya pembayaran itu akan dibuat pada tahun ini,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan Bulan Kebangsaan Hari Sabah dan Kempen Kibar Bendera 2026 di Menara Kinabalu di sini pada Sabtu.

Masidi yang juga Menteri Kewangan Sabah berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai status geran khas berkenaan dan perkembangan rundingan dengan Kerajaan Persekutuan.

Beliau yakin isu berkaitan hak Sabah terhadap 40 peratus hasil bersih Persekutuan yang dikutip di negeri itu akan turut dibincangkan.

“Kita ada mesyuarat pada 3 Ogos ini di bawah MA63 dan saya yakin isu mengenai pembayaran 40 peratus itu akan disentuh,” katanya.

Minggu lalu, Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dimaklumkan bahawa Sabah telah menerima RM600 juta daripada keseluruhan RM1.5 bilion geran khas yang diumumkan oleh Perdana Menteri.

Isu tuntutan 40 peratus hasil Sabah kekal menjadi antara agenda utama dalam rundingan MA63 antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan.

Pada April lalu, Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Kerajaan Persekutuan untuk menangguhkan pelaksanaan perintah Mahkamah Tinggi yang mengarahkan semakan semula hak Sabah terhadap tuntutan 40 peratus hasil Persekutuan sementara rayuan didengar.

Sebelum itu, pada 17 Oktober 2025, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu memutuskan bahawa Kerajaan Persekutuan telah bertindak menyalahi undang-undang kerana gagal memenuhi hak Sabah untuk menerima 40 peratus daripada hasil bersih Persekutuan yang diperoleh dari negeri itu bagi tempoh 1974 hingga 2021. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/08/01/mesyuarat-ma63-isnin-ini-sabah-yakin-geran-khas-dibayar-tahun-ini/feed/ 0 100859
Kerajaan tidak tolak naikkan amaun Pemberian Khas kepada Sabah dalam Bajet 2027 https://sabahmedia.com/2026/05/03/kerajaan-tidak-tolak-naikkan-amaun-pemberian-khas-kepada-sabah-dalam-bajet-2027/ https://sabahmedia.com/2026/05/03/kerajaan-tidak-tolak-naikkan-amaun-pemberian-khas-kepada-sabah-dalam-bajet-2027/#respond Sun, 03 May 2026 14:10:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=96043
Read Time:1 Minute, 4 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Persekutuan tidak menolak kemungkinan untuk menaikkan amaun pemberian khas kepada negeri ini dalam Bajet 2027 Oktober depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud berkata, ianya tertakluk kepada kedudukan ekonomi negara pada ketika itu.

Beliau berkata, langkah berkenaan juga dilihat sebagai penyelesaian sementara bagi menunggu rundingan berkaitan tuntutan 40 peratus hasil Sabah dimuktamadkan.

“Jika keadaan ekonomi mengizinkan, saya fikir tidak ada masalah untuk menambah Pemberian Khas kepada Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Sumbangan Jemaah Haji Parlimen Sepanggar di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sepanggar, dekat sini pada Ahad.

Mustapha diminta mengulas mengenai perbahasan di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah baru-baru ini yang menyaksikan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) membangkitkan isu tuntutan hak 40 peratus hasil Persekutuan yang diperoleh dari Sabah, serta menuntut agar isu itu diselesaikan secepat mungkin.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Sepanggar merakamkan ucapan terima kasih kepada semua ADUN Sabah yang telah membahaskan perkara itu dalam sidang DUN.

“Kita mendengar dan meneliti perkara ini dan saya sendiri telah berbincang dengan YAB Perdana Menteri untuk memberi maklumat kepada beliau bahawa isu ini hangat dibincangkan di sidang DUN.

“Perkara ini juga kita bincangkan dalam mesyuarat kabinet (Persekutuan) minggu lepas, dan kabinet akan buat keputusan (berhubung perkara ini),” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/03/kerajaan-tidak-tolak-naikkan-amaun-pemberian-khas-kepada-sabah-dalam-bajet-2027/feed/ 0 96043
Penangguhan bayaran 40 peratus hasil Sabah tidak wajar, hak negeri perlu dilaksana segera https://sabahmedia.com/2026/03/07/penangguhan-bayaran-40-peratus-hasil-sabah-tidak-wajar-hak-negeri-perlu-dilaksana-segera/ https://sabahmedia.com/2026/03/07/penangguhan-bayaran-40-peratus-hasil-sabah-tidak-wajar-hak-negeri-perlu-dilaksana-segera/#respond Sat, 07 Mar 2026 04:21:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=92783
Read Time:1 Minute, 30 Second

KOTA KINABALU: Permohonan Kerajaan Persekutuan untuk menangguhkan pelaksanaan pembayaran berkaitan tuntutan 40 peratus hasil Sabah seperti diputuskan Mahkamah Tinggi dilihat sebagai langkah yang sepatutnya dapat dielakkan.

Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Azrul Ibrahim berkata, meskipun memahami Kerajaan Persekutuan mungkin memerlukan sedikit masa bagi menyusun mekanisme serta kaedah pelaksanaan tuntutan berkenaan secara teratur dan efisien, penangguhan pelaksanaannya dalam keadaan semasa dianggap bukan keputusan yang paling wajar.

Sebaliknya, Azrul berkata, pendekatan lebih meyakinkan ialah memulakan pembayaran sebahagian daripada dana berkaitan berdasarkan kapasiti kewangan sedia ada, sementara perincian jumlah sebenar serta formula pengiraan dimuktamadkan melalui rundingan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam tempoh yang ditetapkan.

“Keputusan Mahkamah Tinggi pada 17 Oktober 2025 menegaskan bahawa Sabah mempunyai hak perlembagaan terhadap 40 peratus hasil bersih Persekutuan yang diperoleh dari negeri itu, selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

“Justeru, pelaksanaan keputusan berkenaan wajar dizahirkan melalui komitmen dan itikad baik semua pihak bagi memastikan hak yang diperuntukkan dapat direalisasikan,”‘katanya menerusi hantaran di Facebooknya di sini pada Sabtu.

Menurutnya, penangguhan terhadap perkara tersebut dikhuatiri hanya akan menambah keresahan serta meningkatkan sentimen rakyat Sabah yang sekian lama menantikan penyelesaian adil terhadap hak negeri itu.

Pada masa sama katanya, isu berkenaan tidak seharusnya dipolitikkan sehingga menimbulkan persepsi bahawa Kerajaan Negeri tidak serius dalam menuntut hak tersebut.

“Di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, Kerajaan Negeri Sabah dilihat konsisten dan berprinsip dalam memperjuangkan hak negeri termasuk melalui rundingan berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Rekod Kerajaan Negeri juga memperlihatkan pendekatan tegas namun berhemah melalui saluran rundingan, perundangan serta kerjasama antara kerajaan bagi memastikan hak Sabah dapat dipulihkan secara berperingkat dan berkesan,” katanya.

Dalam semangat Persekutuan Malaysia yang adil dan saksama, Azrul berkata, Kerajaan Persekutuan diharap dapat mengambil langkah lebih proaktif bagi menyelesaikan isu berkenaan tanpa penangguhan serta memberi keutamaan kepada penyelesaian segera mengikut kapasiti yang ada. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/03/07/penangguhan-bayaran-40-peratus-hasil-sabah-tidak-wajar-hak-negeri-perlu-dilaksana-segera/feed/ 0 92783
MA63: Perjuangan tuntut hak Sabah bukan milik parti politik, tetapi semua rakyat – Mustapha https://sabahmedia.com/2026/03/06/ma63-perjuangan-tuntut-hak-sabah-bukan-milik-parti-politik-tetapi-semua-rakyat-mustapha/ https://sabahmedia.com/2026/03/06/ma63-perjuangan-tuntut-hak-sabah-bukan-milik-parti-politik-tetapi-semua-rakyat-mustapha/#respond Fri, 06 Mar 2026 11:26:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=92763
Read Time:1 Minute, 24 Second

BERNAMA

KOTA KINABALU :  Perjuangan Menuntut hak Sabah dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) bukan slogan politik atau dimiliki oleh mana-mana parti, sebaliknya milik semua rakyat Sabah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Mustapha Sakmud.

Beliau berkata MA63 adalah dokumen sah yang membentuk asas Persekutuan Malaysia dan menetapkan kedudukan Sabah dan Sarawak sebagai rakan dalam sebuah negara berdaulat.

“Antara komponen terpenting dalam MA63 bagi kita rakyat Sabah adalah pemberian 40 peratus Hak Sabah daripada hasil bersih Persekutuan yang dikutip di Sabah, seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.

“Setelah sekian lama tiada langkah konkrit yang diambil bagi menyelesaikan tunggakan ini, akhirnya Kerajaan Madani pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membuka jalan keluar agar apa yang menjadi hak kita dipulangkan mengikut peruntukan yang disediakan dałam MA63,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan amanat kepada Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi Persekutuan di Sabah, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata setakat ini data daripada agensi seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Kastam menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan bagi menentukan jumlah sebenar 40 peratus milik Sabah.

“Penubuhan jawatankuasa khas bagi meneliti data hasil jabatan-jabatan Persekutuan di Sabah adalah bukti bahawa Kerajaan Persekutuan mengambil serius perkara ini, dan mahu melaksanakannya secara telus dan bertanggungjawab,” katanya.

Mengenai dakwaan Kerajaan Persekutuan memfailkan satu Notis Usul bagi menangguhkan pelaksanaan keputusan mahkamah berkaitan tuntutan Geran Khas 40 peratus hasil Sabah, Mustapha berkata beliau belum menerima sebarang maklumat mengenai perkara berkenaan dan akan mengeluarkan kenyataan selepas mendapat maklumat tepat mengenainya.

“Saya ada mendengar mengenai perkara itu, namun tiada maklumat lengkap yang saya terima dan kita akan minta Kementerian Kewangan membuat laporan terperinci mengenainya,” katanya.- BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/03/06/ma63-perjuangan-tuntut-hak-sabah-bukan-milik-parti-politik-tetapi-semua-rakyat-mustapha/feed/ 0 92763