Maal hijrah sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 07 Jul 2024 03:36:58 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Maal hijrah sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pendekatan agresif noktahkan miskin tegar di Sabah https://sabahmedia.com/2024/07/07/pendekatan-agresif-noktahkan-miskin-tegar-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/07/07/pendekatan-agresif-noktahkan-miskin-tegar-di-sabah/#respond Sun, 07 Jul 2024 03:36:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=57162
Read Time:2 Minute, 52 Second

Papar: Kerajaan Negeri terus melakukan pendekatan bersifat agresif bagi menoktahkan isu miskin tegar di Sabah.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Ketua Isi Rumah (KIR) atau ahli isi rumah golongan miskin tegar ditawarkan pekerjaan yang seadanya melalui Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ).

Katanya, ia adalah melibatkan beberapa agensi kerajaan dan juga syarikat-syarikat swasta.

“Langkah positif itu disifatkan sebagai suatu proses penghijrahan selain berjaya mengurangkan kadar miskin tegar di Sabah daripada 22,510 KIR miskin tegar kepada hanya 5,379 KIR miskin tegar.

“Kerajaan Negeri bertekad untuk mengeluarkan mereka daripada garis kemiskinan. Pendekatan bersifat agresif ini akan terus kita lakukan bagi menoktahkan isu miskin tegar di Sabah, insya Allah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Negeri 1446H/2024M di Dewan Masyarakat Papar di sini hari ini.

Sambutan itu dirasmikan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

Hadir sama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif dan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam.

Hajiji berkata, ketibaan tahun baharu Hijrah yang diiringi dengan sambutan Maal Hijrah diharap mampu menyemarakkan lagi semangat juang dan menggilap cita-cita dalam jiwa semua umat Islam.

“Bukan sahaja dalam mengejar impian dan harapan, tetapi juga dalam memikul amanah yang dipertanggungjawabkan selaku anggota masyarakat, terutamanya sebagai anggota dalam perkhidmatan awam yang berperanan sebagai penggerak dan pelaksana program-program pembangunan negeri dan negara yang tercinta,” katanya.

Katanya, kisah-kisah dalam peristiwa Hijrah Rasulullah wajar dijadikan sebagai iktibar, sumber inspirasi, dihayati dan contohi bersama oleh umat Islam dalam menjalani kehidupan.

Menurutnya, sentiasa bermuhasabah diri wajar menjadi rutin kehidupan setiap muslim untuk menanamkan rasa keinsafan dalam diri masing-masing, mempertingkatkan amalan dan kewajipan terhadap Allah SWT, disamping memelihara hubungan baik sesama insan.

Tambahnya lagi, amalan dan kewajipan ini perlu dilakukan secara berterusan agar umat Islam tidak terus hanyut dibuai mimpi, tiada daya dan upaya untuk mencipta kejayaan, malahan terdedah kepada kelemahan dan perpecahan yang tidak berkesudahan.

“Natijahnya, kita bukan sahaja kurang berdaya saing untuk mencipta perubahan dan melakar kemajuan, malah kita akan terus diancam oleh situasi yang merugikan. Justeru dalam mendepani dunia yang serba mencabar dewasa ini, kita sebagai ummah, seharusnya lebih kuat dan berani mendepani apa jua situasi yang mendatang.

“Kerana dengan kekuatan dan keberanian itu, kita tidak mudah dikotak-katikkan, dipengaruhi dan diadu domba. Para generasi muda yang bakal mewarisi pimpinan negeri dan negara, harus terus melakukan yang terbaik sebagai warga yang menjunjung tuntutan agama, bangsa dan negara. Semangat dan peristiwa hijrah yang sebenar tetap menjadi paduan dan pedoman kepada seluruh ummah, walaupun telah berlalu lebih seribu tahun,” katanya.

Sementara itu, Hajiji berkata, tema sambutan Maal Hijrah tahun ini ‘Al-Falah Pemacu Malaysia Madani’ mengajak umat Islam untuk terus bekerja dan berusaha ke arah mencapai kejayaan dan kesejahteraan dalam kehidupan.

“Lebih-lebih lagi, sebagai rakyat Malaysia, yang selama ini tertanam di hati sanubari kita, agar sentiasa bermuhasabah diri, berusaha gigih bagi mencapai kejayaan; sama ada untuk diri sendiri atau pun kejayaan untuk organisasi yang kita wakili, seterusnya kejayaan untuk tanahair yang tercinta. Namun, matlamat akhirnya ialah kejayaan dan kesejahteraan untuk dunia dan akhirat, inshaAllah,” katanya.

Dalam pada itu, Hajiji turut mengajak seluruh rakyat agar memberikan komitmen setulusnya bagi menjayakan pembangunan negeri ini. Ketepikanlah perbezaan, sebaliknya raikan persamaan yang telah kita kongsi bersama selama ini.

“Pupuklah semangat kekitaan, eratkan persaudaraan, bersama kita berusaha, ramai- ramai kita bekerja, demi menjayakan misi dan visi Malaysia Madani serta Hala Tuju SMJ ke arah Negeri Sabah yang makmur dan sejahtera,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/07/pendekatan-agresif-noktahkan-miskin-tegar-di-sabah/feed/ 0 57162
Umat Islam perlu kukuhkan perpaduan, saling bermuafakat https://sabahmedia.com/2023/07/19/umat-islam-perlu-kukuhkan-perpaduan-saling-bermuafakat/ https://sabahmedia.com/2023/07/19/umat-islam-perlu-kukuhkan-perpaduan-saling-bermuafakat/#respond Wed, 19 Jul 2023 03:27:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=38554
Read Time:2 Minute, 49 Second

Kota Kinabalu : Umat Islam perlu sentiasa bersatu padu, berganding bahu dan saling bermuafakat atas apa juga isu dan permasalahan yang dihadapi dalam dunia yang penuh mencabar pada hari ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata,  sambutan Maal Hijrah seperti ini bukan semata-mata menyambut kedatangan tahun baharu tetapi lebih kepada penghayatan sebuah perjuangan demi menegakkan keadilan dan kebenaran, memperhebatkan syiar Islam dan membina ukhuwah dalam kalangan umatnya.

“Dunia pada hari ini bukan lagi seperti di zaman Rasulullah SAW, malah jika dibandingkan keadaan sekarang dengan tempoh tiga atau empat dekad yang lalu, keadaan amat berbeza. Kemajuan ilmu pengetahuan, lebih-lebih lagi dalam era ledakan teknologi maklumat yang serba canggih dan semakin hebat di zaman modern ini, menjadikan suasana kehidupan sudah jauh berubah.

“Kita pada hari ini berhadapan dengan pelbagai cabaran, baik dalam politik, ekonomi, masalah sosial hingga berkaitan kesihatan, alam sekitar, bekalan makanan termasuklah cabaran besar yang dihadapi oleh seluruh umat Islam iaitu Islamofobia.

“Berhadapan dengan segala cabaran itu, kita sebagai umat Islam perlu bersatu-padu, berganding bahu dan saling bermuafakat atas apa jua isu dan permasalahan yang dihadapi.Kerjasama dan permuafakatan itu akan melahirkan perpaduan dan kekuatan.Jika kita kuat kita mudah menang dan mencapai kejayaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Maal Hijrah 1445H Peringkat Negeri Sabah bertempat di Dewan Sa’adah Wisma Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), di sini hari ini

Majlis disempurnakan Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan turut dihadiri isterinya, Toh Puan Norlidah RM Jasni.

Hadir sama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif dan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam.

Hajiji berkata, dunia Barat tidak akan berhenti merekacipta pelbagai tohmahan untuk memburukkan imej Islam, termasuk mengadu-domba negara-negara yang didominasi oleh umat Islam.

“Tindakan membakar Kitab Suci al-Quran atas nama kebebasan bersuara adalah kemegahan peradaban dunia Barat yang sangat kita kutuk. Pun begitu, sebagai umat yang cintakan keamanan dan kedamaian, kita tidak akanbertindak balas dengan memusnahkan kitab suci penganut agama lain.

“Sebaliknya, kita di Malaysia, bertekad mencetak sejuta kitab suci al-Quran bagi menggantikan senaskhah al-Quran yang telah dibakar itu. Justeru, saya ingin mengesyorkan supaya MUIS berganding bahu dengan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) seperti USIA, misalnya, mengadakan inisiatif dakwah dengan menyokong usaha Kerajaan Malaysia Madani, pimpinan Datuk Seri Panglima Anwar Ibrahim, dalam usaha ini,” katanya.

Dalam pada itu, Hajiji berkata kerajaan negeri bersama Kerajaan Pusat tetap komited dalam memastikan pembangunan syiar Islam di negara ini terus diperhebat, terutama dalam membentuk masyarakat madani yang mengutamakan nilai ukhuwah dan insani yang juga adalah tuntutan agama.

“Saya juga berkeyakinan toleransi kaum dapat terus dipupuk dan dipertingkatkan, agar kita terus hidup dalam aman damai, tenteram dan harmoni.Formula kejayaan kita selama ini adalah didorong oleh pembangunan akhlak insani iaitu saling hormat menghormati dan percaya mempercayai dalam menjalin semangat kerjasama walau dalam kepelbagaian kaum, etnik dan budaya bangsa.

“Inilah satu keunikan dan keistimewaan yang wujud di negeri Sabah yang harus kita banggakan dan pertahankan. Justeru, saya menyeru, dengan semangat hijrah yang dipelopori oleh Baginda Rasulullah SAW agar kita bergerak bersama-sama dalam mempertahankan dan memperkukuhkan keharmonian, perpaduan dan persefahaman yang telah dirintis oleh generasi nenek moyang kita,” katanya.

Hajiji turut mengajak semua umat Islam di negeri ini agar merenung sejenak kisah silam perjuangan suci Baginda Rasulullah SAW,ketabahannya menghadapi segala ujian dan cabaran dalam mengharungi penghijrahan hingga berjaya mendirikan sebuah negara dan kerajaan.- SABAH MEDIA

]]> https://sabahmedia.com/2023/07/19/umat-islam-perlu-kukuhkan-perpaduan-saling-bermuafakat/feed/ 0 38554