mahasiswa – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 01 May 2025 08:13:11 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png mahasiswa – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Mahasiswa UMS sahut cabaran gaya hidup sihat dengan kempen #MoveMunchBalance https://sabahmedia.com/2025/05/01/mahasiswa-ums-sahut-cabaran-gaya-hidup-sihat-dengan-kempen-movemunchbalance/ https://sabahmedia.com/2025/05/01/mahasiswa-ums-sahut-cabaran-gaya-hidup-sihat-dengan-kempen-movemunchbalance/#respond Thu, 01 May 2025 08:12:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=73025
Read Time:2 Minute, 4 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Para pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) kini menyahut cabaran untuk meningkatkan tahap kesihatan mereka menerusi satu kempen yang menggalakkan sekurang-kurangnya 150 minit aktiviti fizikal seminggu serta pengambilan lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.

Kempen selama enam bulan yang dikenali sebagai #MoveMunchBalance itu dilancarkan pada Rabu (30 April) di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) sebagai usaha meningkatkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan mahasiswa.

Usaha ini turut bertujuan menangani hasil kajian awal yang dijalankan pada Mac lalu, yang mendapati majoriti pelajar memahami kepentingan pemakanan seimbang dan aktiviti fizikal, namun tidak mengamalkannya dalam kehidupan harian.

Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Kasim Mansor yang merasmikan kempen ini berkata, gaya hidup sihat sangat penting dalam mengurangkan ketidakhadiran pelajar dan staf serta mengekalkan tahap produktiviti.

“Kementerian Pengajian Tinggi juga menggalakkan amalan berjalan 10,000 langkah sehari. Di UMS, kita ada program ‘walk and talk’ setiap petang Rabu yang membolehkan pensyarah, staf dan pelajar berbincang sambil berjalan, dan saya harap ia dapat diteruskan.

“UMS mempunyai banyak denai untuk aktiviti berjalan kaki, malah satu laluan baharu telah dibuka baru-baru ini. UMS adalah ruang selamat untuk aktiviti fizikal,” katanya sambil menambah bahawa beliau sendiri kerap berjalan menaiki enam tingkat ke pejabatnya di Bangunan Canselori untuk kekal cergas.

Kempen ini dianjurkan dengan kerjasama Unit Penyelidikan Komunikasi untuk Pembangunan (C4D) UMS-UNICEF yang berpangkalan di fakulti tersebut dan Cawangan Promosi Kesihatan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah. Ia juga selari dengan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Menurut Kasim kerjasama strategik yang dijalinkan disifatkan mampu meningkatkan hasil kesihatan dan berpotensi diperluaskan ke seluruh kampus serta cawangan UMS di Labuan dan Sandakan.

Ketua Unit Penyelidikan C4D UMS-UNICEF, Dr. Latif Lai, menjelaskan bahawa “Move” merujuk kepada keperluan untuk melakukan sekurang-kurangnya 150 minit senaman sederhana setiap minggu.

“Munch” pula bermaksud makan lima hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan setiap hari, dan menjadikan amalan ini sebagai tabiat sepanjang hayat.

Sementara itu, “Balance” merujuk kepada pematuhan saranan Pinggan Sihat Malaysia yang menggalakkan separuh pinggan diisi dengan sayur-sayuran dan buah-buahan, manakala suku pinggan lagi masing-masing diisi dengan sumber protein dan karbohidrat.

Kira-kira 200 pelajar mengambil bahagian dalam pelancaran kempen, yang turut menyaksikan Naib Canselor menyertai mereka dalam rutin senaman, sebelum mula berjalan 10,000 langkah.

Hadir sama Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Profesor Dr. Asmady Idris; Ketua Cawangan Promosi Kesihatan Nor Saadah Omar; Ketua Cawangan Pemakanan Jabatan Kesihatan Sabah Shahrulnaz Norhazli Nazri; dan ketua pelajar Mohamad Hafiezan Fiezal Haron.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/01/mahasiswa-ums-sahut-cabaran-gaya-hidup-sihat-dengan-kempen-movemunchbalance/feed/ 0 73025
Kerajaan Sabah ambil perhatian pandangan, cadangan pelajar melalui platfrom MPPS https://sabahmedia.com/2025/01/25/kerajaan-sabah-ambil-perhatian-pandangan-cadangan-pelajar-melalui-platfrom-mpps/ https://sabahmedia.com/2025/01/25/kerajaan-sabah-ambil-perhatian-pandangan-cadangan-pelajar-melalui-platfrom-mpps/#respond Sat, 25 Jan 2025 08:46:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=67455
Read Time:1 Minute, 12 Second

Kota Kinabalu : Pandangan dan cadangan yang dikemukakan mahasiswa dan pelajar melalui Majlis Perundingan Pelajar Sabah (MPPS) akan diambil perhatian oleh Kerajaan Negeri Sabah.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, MPPS yang memasuki edisi ketiga tahun ini juga dilihat berupaya menjadi platform terbaik untuk mahasiswa dan pelajar menyuarakan pandangan  secara terus kepada Kerajaan.

Katanya, ia meliputi pelbagai isu dan aspirasi rakyat, antaranya pendidikan, kerjaya, ekonomi, pelancongan, alam sekitar dan isu-isu berkaitan pembangunan negeri Sabah.

“Kita memetik semua input yang mereka kemukakan kerana sangat penting dan kita ambil maklum dan mana yang boleh kita laksanakan, kita laksanakan dan mana yang sudah kita laksanakan, kita akan tambah baik.

“Inilah yang dimaksudkan oleh Ketua Menteri bahawa mahasiswa adalah modal insan yang sangat penting untuk memperkasa hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ),” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Perasmiaan dan Penutupan MPPS Edisi ketiga di sini baru-baru ini.

Arifin yang juga Exco Pendidikan dan Agama turut merakamkan penghargaan kepada pihak Institut Kerjasama Kerajaan dan Rakyat (IKRAR) serta Jabatan Ketua Menteri Sabah atas usaha menganjurkan program ini selama tiga tahun berturut-turut.

“Saya ucapkan syabas dan tahniah kepada IKRAR dan Kementerian Belia dan Sukan yang telah menyelaras program ini dengan jayanya. 

“Ini adalah edisi ketiga pada tahun ketiga, tahun pertama dilancarkan oleh  Ketua Menteri dan beliau sendiri mengupas dan mengambil maklum semua cadangan daripada kluster-kluster yang telah ditetapkan,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/01/25/kerajaan-sabah-ambil-perhatian-pandangan-cadangan-pelajar-melalui-platfrom-mpps/feed/ 0 67455
Tindakan bawa nama ‘Mahasiswa UMS’ tidak disokong, ada agenda politik https://sabahmedia.com/2025/01/01/tindakan-bawa-nama-mahasiswa-ums-tidak-disokong-ada-agenda-politik/ https://sabahmedia.com/2025/01/01/tindakan-bawa-nama-mahasiswa-ums-tidak-disokong-ada-agenda-politik/#respond Wed, 01 Jan 2025 08:58:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=66321
Read Time:1 Minute, 29 Second

Kota Kinabalu : Tindakan segelintir individu yang membawa nama ‘Mahasiswa’ pada Perhimpunan Aman Gempur Rasuah Sabah semalam dilihat mempunyai agenda politik murahan.

Perkara itu disuarakan seorang pelajar bidang ekonomi di Universiti Malaysia Sabah (UMS) Mohammad Adnan Shah Bin Mohd Adam Shah.

Katanya, tindakan kumpulan yang membawa nama ‘UMS’ pada perhimpunan itu juga tidak disokong oleh para pelajar yang masih menuntut di universiti berkenaan.

“Hari ini (semalam) saya hadir pada Himpunan Bangkit Sabahan dan tidak menyokong tindakan kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai ‘Suara Mahasiswa UMS’ dan ‘menjual’ nama kami iaitu mahasiswa di lencana dada kami.

“Tujuan saya hadir hari adalah untuk memberitahu mengenai salah tanggapan orang ramai terhadap universiti kami dan juga mahasiswa yang mereka bawa.  Kononnya mahasiswa ini adalah rakyat dan berhak untuk berpolitik. 

“Saya sama sekali tidak menyokong agensa politik murahan mereka ini kerana ada lagi 80 peratus mahasiswa yang tidak menyokong agenda politik mereka malah membawa lagi nama mahasiswa,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Pada perhimpunan itu, hanya seramai 1,500 orang terdiri dari 10 buah badan bukn kerajaan (NGO) yang hadir menyertai secara aman berikutan ketiadaan permit yang tidak diluluskan pihak keselamatan.

Adnan berkata, sebagai seorang mahasiswa ianya perlu mempunyai matlamat untuk menuntut ilmu, membina karakter dan membina masa depan.

Katanya ini adalah bagi membantu ibu bapa dan keluarga bagi mengubah masa depan yang lebih cerah selain membantu membangunkan negeri dan negara.

“Mesej saya untuk segelintir mahasiswa ini, walaupun saya tahu masih muda, darah masi panas tali ini bukan kita punya level. Level kta hanya belajar menuntut ilmu dan membina masa depan. 

“Kepada keluarga yang susah, kesedaran itu perlu ada dimana ada ibu bapa yang susah payah menghantar kita ke universiti.

“Kita sebagai pelajar perlu membina masa depan yang baik bukan menyokong agenda-agens politik murahan ini,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/01/01/tindakan-bawa-nama-mahasiswa-ums-tidak-disokong-ada-agenda-politik/feed/ 0 66321
PKPP Perkenal Karnival Inovasi Pupuk Budaya Rekacipta Mahasiswa UMS https://sabahmedia.com/2021/10/18/pkpp-perkenal-karnival-inovasi-pupuk-budaya-rekacipta-mahasiswa-ums/ https://sabahmedia.com/2021/10/18/pkpp-perkenal-karnival-inovasi-pupuk-budaya-rekacipta-mahasiswa-ums/#respond Mon, 18 Oct 2021 11:05:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7633
Read Time:1 Minute, 59 Second

KOTA KINABALU: Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar (PKPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) memperkenalkan Karnival Inovasi bermula semester ini sebagai usaha memupuk budaya rekacipta dalam kalangan mahasiswa.

Pengarah PKPP, Dr. Jurry Foo berkata, ia sebagai komponen baharu pengajaran dan pembelajaran (PdP) tambahan untuk kursus kokurikulum berkredit sejajar gaya hidup lestari yang menuntut masyarakat bertindak proaktif menghasilkan inovasi yang realistik pada masa kini.

“Karnival yang julung kalinya diadakan ini akan dilaksanakan secara dalam talian melibatkan ketiga-tiga kampus UMS, iaitu Kampus Kota Kinabalu, Kampus Antarabangsa Labuan dan Fakulti Pertanian Lestari, Sandakan.

“Sebagai permulaan, ia akan diadakan pada minggu ketiga sesi pengkuliahan dengan menampilkan konsep ‘satu kursus satu inovasi’. Ia juga melibatkan mahasiswa Pusat Luar Kampus UMS (PLUMS),” Jurry berkata demikian dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut beliau, inovasi yang dihasilkan mahasiswa adalah bertemakan inovasi mudah dan realistik.

“Ia dalam bentuk produk untuk membantu menyelesaikan masalah dan meningkatkan kualiti hidup. Maksudnya, inovasi tersebut adalah sesuatu ciptaan ringkas yang boleh menyelesaikan masalah, mesra pengguna, wajar, logik dan boleh digunakan.

“Hasil inovasi mahasiswa akan dinilai oleh panel penilai yang berpengalaman dan akan dianugerahkan Anugerah Emas, Anugerah Perak dan Anugerah Gangsa mengikut kriteria,” jelasnya.

Ujar Jurry, pensyarah dari Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP), Dr. Sharifah Rahama Amirul akan menjadi Ketua Penyelaras bagi karnival ini.

“Beliau yang juga Penyelaras Komponen Sukan, Kepimpinan dan Badan Beruniform PKPP mempunyai pengalaman yang luas sebagai pemenang dan juri beberapa pertandingan inovasi.

“Manakala, modul untuk karnival tersebut diselenggarakan bersama oleh dua Timbalan Pengarah PKPP, Dr. Colonius Atang dan Profesor Madya Dr. Pathmanathan K. Suppiah,” kata Jurry.

Sebagai tanda galakan pembudayaan inovasi, beliau selaku pengarah PKPP akan menaja RM500 sebagai hadiah utama iaitu Anugerah Inovasi Khas Pengarah PKPP, dan RM100 untuk jurulatih yang membimbing mahasiswa memenangi hadiah utama.

“Walau bagaimanapun PKPP amat berbesar hati sekiranya ada daripada kalangan organisasi atau orang perseorangan yang turut ingin memberikan tajaan sebagai tanda sokongan kepada mahasiswa dan pembudayaan inovasi.

“Hasil ciptaan yang berkualiti akan dipertimbangkan untuk menyertai pertandingan di peringkat lebih tinggi.

“PKPP yakin, pembaharuan dalam PdP ini adalah bersesuaian dengan generasi muda kini iaitu golongan yang telah dilatih Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

“Daripada maklum balas yang kita terima melalui jurulatih kursus kokurikulum berkredit semester ini, mahasiswa menunjukkan minat yang tinggi dan sudah tidak sabar menghasilkan idea masing-masing,” tambah Jurry.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/18/pkpp-perkenal-karnival-inovasi-pupuk-budaya-rekacipta-mahasiswa-ums/feed/ 0 7633