mahkamah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 07 Jul 2025 03:42:25 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png mahkamah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Mahkamah jadi tumpuan berhubung semakan kehakiman 40 peratus hasil Sabah https://sabahmedia.com/2025/07/07/mahkamah-jadi-tumpuan-berhubung-semakan-kehakiman-40-peratus-hasil-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/07/07/mahkamah-jadi-tumpuan-berhubung-semakan-kehakiman-40-peratus-hasil-sabah/#respond Mon, 07 Jul 2025 03:26:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=76828
Read Time:1 Minute, 36 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) meluangkan masa hadir di Mahkamah Tinggi hari ini , sempena pendengaran semakan kehakiman tuntutan 40 peratus, walaupun Dewan Undangan Negeri (DUN) juga bersidang.

Antara yang dilihat hadir ialah bekas Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Yong Teck Lee, serta Adun Tungku Assaffal P. Alian dan Setiausaha Tetap Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Hanafiah Mohd Kassim.

Turut kelihatan ialah bekas Ahli Parlimen Penampang, Datuk Darell Leiking dan bekas Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Datuk Jimmy Wong Sze Phin.

Mereka dilihat muncul seawal jam 9 pagi.

Tinjauan Sabah Media mendapati suasana perkarangan mahkamah tenang, tanpa kesesakan mahupun perhimpunan besar-besaran. Bagaimanapun, kawalan keselamatan diperketatkan.

Pihak yang terlibat dalam pendengaran ini juga dilihat tiba di Mahkamah seawal jam 7.30 pagi.

Meskipun pendengaran dijalankan secara terbuka, kemasukan orang awam dihadkan mengikut kapasiti bilik mahkamah.

Hari ini ditetapkan untuk pendengaran penuh. Prosiding pendengaran bermula pada jam 9.40 pagi di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Celestina Stuel Galid.

Sabah Law Society (SLS) SLS memfailkan permohonan semakan kehakiman pada 2022 selepas pengumuman oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri pada 14 April 2022 mengenai pemberian khas tahunan selama lima tahun berjumlah RM125.6 juta kepada Sabah bermula tahun 2022.

Dalam tuntutannya, SLS antara lain mendakwa bahawa kegagalan Kerajaan Persekutuan untuk menjalankan semakan setiap lima tahun bermula dari tahun 1974 merupakan satu pelanggaran terhadap Perlembagaan Persekutuan; dan bahawa Kerajaan Persekutuan berkewajipan untuk membayar kepada Sabah sebanyak 40 peratus daripada hasil persekutuan yang diperoleh dari negeri itu bagi setiap tahun antara 1974 hingga kini.

Pada 11 November 2022, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu telah memberikan kebenaran kepada SLS untuk meneruskan semakan kehakimannya berkenaan hak negeri itu terhadap 40 peratus hasil persekutuan.

Peguam Negara telah memfailkan rayuan terhadap keputusan itu dan berjaya mendapatkan perintah penangguhan prosiding di Mahkamah Tinggi.

Pada 18 June 2024, Mahkamah Rayuan menolak rayuan kerajaan Persekutuan terhadap kebenaran yang diberikan kepada SLS.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/07/mahkamah-jadi-tumpuan-berhubung-semakan-kehakiman-40-peratus-hasil-sabah/feed/ 0 76828
Jabatan Kehakiman Mahkamah Anak Negeri Sabah bakal ditubuh tahun ini https://sabahmedia.com/2024/02/14/jabatan-kehakiman-mahkamah-anak-negeri-sabah-bakal-ditubuh-tahun-ini/ https://sabahmedia.com/2024/02/14/jabatan-kehakiman-mahkamah-anak-negeri-sabah-bakal-ditubuh-tahun-ini/#respond Wed, 14 Feb 2024 07:58:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=49475
Read Time:1 Minute, 18 Second

TUARAN: Kerajaan negeri komited dalam menjayakan cadangan penubuhan Jabatan Kehakiman Mahkamah Anak Negeri Sabah pada tahun ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata cadangan penubuhan Jabatan Kehakiman Mahkamah Anak Negeri Sabah ini juga adalah satu transformasi yang memartabatkan undang-undang adat Anak Negeri sekali gus memberikan imej yang berprestij dan berkaliber kepada Ketua-ketua adat di mahkamah.

“Justeru, kerajaan negeri amat menitikberatkan kepentingan pemerkasaan Mahkamah Anak Negeri.

“Sebuah jawatankuasa khas melalui Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah (MHEANS) juga telah ditubuhkan bagi penggubalan, pindaan dan penyemakan enakmen dan ordinan yang berkaitan.

“Hal ini adalah bagi menaiktaraf sistem kehakiman Mahkamah Anak Negeri yang setaraf dengan Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah,” katanya di majlis perasmian penangguhan kursus Transformasi Kepimpinan Ketua-Ketua Adat Cemerlang di Dewan
Kebudayaan Pusat Rumpun Bajau Samah, Kampung Lok Batik di sini hari ini.

Seramai 258 Ketua-ketua Adat daripada tiga Ketua Daerah, 20 Ketua Anak Negeri, 40 Wakil Ketua Anak Negeri, 194 Ketua Kampung dan seorang Ketua Masyarakat Cina
mewakili empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Pantai Dalit, Sulaman, Tamparuli dan Kiulu menghadiri kursus ini.

“Ketua Adat boleh memainkan peranan strategik dalam membimbing, menyokong, dan mendorong bagi pemerkasaan masyarakat tempatan. Ini membolehkan masyarakat
secara keseluruhannya menyumbang kepada agenda Hala Tuju Sabah Maju Jaya,” katanya.

Beliau turut mengucapkan syabas kepada Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah
(JHEANS) khususnya Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri Sabah (ILMAN) kerana berjaya menganjurkan kursus ini dengan kerjasama Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah dan Pejabat Daerah Tuaran, yang merupakan satu langkah penting ke arah memastikan ketua-ketua adat dilengkapi dengan pengetahuan dan kefahaman untuk
menghadapi cabaran baharu.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/14/jabatan-kehakiman-mahkamah-anak-negeri-sabah-bakal-ditubuh-tahun-ini/feed/ 0 49475
3 Pegawai SPRM Terbabit Rompakan Dijangka Dituduh Esok https://sabahmedia.com/2023/12/12/3-pegawai-sprm-terbabit-rompakan-dijangka-dituduh-esok/ https://sabahmedia.com/2023/12/12/3-pegawai-sprm-terbabit-rompakan-dijangka-dituduh-esok/#respond Tue, 12 Dec 2023 14:29:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=46430
Read Time:1 Minute, 3 Second

KUALA LUMPUR: Tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dipercayai terbabit dalam rompakan berkumpulan ke atas seorang ahli perniagaan dijangka didakwa esok.

Semakan di laman web Jabatan Kehakiman mendapati ketiga-tiga mereka akan dibawa ke beberapa Mahkamah Sesyen di sini pada jam 9 pagi lapor berita harian.

Sebelum itu media melaporkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Pembaharuan Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata siasatan kes itu dijalankan mengikut Seksyen 396 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata demikian dalam jawapan parlimen kepada soalan yang dikemukakan oleh Lim Lip Eng (PH-Kepong) bulan lalu

Pada 2021, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi jaminan laporan polis yang diterima disiasat dengan telus mengikut lunas perundangan sedia ada.

Kontroversi itu membabitkan tangkapan tiga pegawai SPRM  bagi membantu siasatan berhubung kecurian wang tunai milik seorang individu yang disiasat kerana menyalahgunakan kuasa dan penyelewengan dana pada 2018.

Wang tunai itu didakwa dirampas oleh SPRM di sebuah kondominium di Cyberjaya.

Individu disiasat itu dilepas tanpa bebas oleh mahkamah pada April tahun lalu dan ketika  mahu menuntut semula wang tunai yang dirampas SPRM, dia terkejut kerana sebahagian daripadanya didapati wang palsu.

Individu yang tidak puas hati dengan wang palsu tersebut didakwa membuat laporan polis menyebabkan  tiga pegawai SPRM direman enam hari pada 14 September lalu

]]>
https://sabahmedia.com/2023/12/12/3-pegawai-sprm-terbabit-rompakan-dijangka-dituduh-esok/feed/ 0 46430