mahrajan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 06 Jul 2025 16:37:51 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png mahrajan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 PARAHAT platform lestarikan seni Islam masyarakat, generasi muda https://sabahmedia.com/2025/07/07/parahat-platform-lestarikan-seni-islam-masyarakat-generasi-muda/ https://sabahmedia.com/2025/07/07/parahat-platform-lestarikan-seni-islam-masyarakat-generasi-muda/#respond Sun, 06 Jul 2025 16:37:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=76810
Read Time:2 Minute, 53 Second

Membakut: Penubuhan Himpunan Para Penulis dan Penggiat Khat Nusantara (PARAHAT) merupakan satu platform yang baik bagi melestari seni Islam dalam kalangan masyarakat dan generasi muda.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif berkata, sekretariat akan membantu jaringan kerjasama para khattat dan penggiat seni khat untuk mengadakan pertemuan dan aktiviti dalam membangun secara bersama seni khat di rantau ini amnya dan di Sabah khasnya.

“Untuk menambah baik program ini dengan menjadikannya bukan sahaja Maharajan Persuratan dan Kesenian Islam Nusantara tetapi Maharajan dan Persuratan Islam Peringkat Antarabangsa, kita akan minta nasihat Prof. Datuk Seri Emeritus Dr. Awang Sarian yang juga menjadi tokoh Maharajan kita pada tahun ini.

“Kita juga akan mewujudkan setelah saya lancarkan tadi Sekretariat Khad untuk nusantara yang mana Sabah akan menjadi sekretariatnya untuk menganjur, menyelaras, membimbing dan menambah baik usaha-usaha memperkasa khat atau kaligrafi Islam di peringkat nusantara malah peringkat dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Penangguhan program Mahrajan Persuratan dan Kesenian Islam Islam Nusantara Sabah, Malaysia Kali ke-13 Tahun 2025 di sini, pada Sabtu.

Arifin berkata, atas nasihat Tokoh Mahrajan juga penganjuran festival tersebut bakal diluaskan ke peringkat antarabangsa dengan melibatkan beberapa tokoh terkenal antaranya dari Turki, Mesir, Qatar dan sebagainya.

Mengenai penganjuran kali ini, beliau yang juga Exco Agama dan Pendidikan Sabah berkata, terdapat penambahan program antaranya pertandingan pantun spontan, di samping dialog persuratan dan beberapa sentuhan program oleh tokoh-tokoh, penyair, sasterawan, budayawan dari Indonesia, Brunei Darussalam, Thailand dan tokoh khat terbaik dunia dari Qatar.

“Ini satu perkembangan yang sangat baik dan apabila kita rujuk kepada bidang seni pula kita seni khat, mendapat tempat pada Maharajan kali ini apabila kita mengundang seorang tokoh khat terbaik dunia daripada Qatar.

“Tahun lepas kita undang daripada Turki dan memang mereka ini antara tokoh khat yang terbaik dunia yang mana memberikan bimbingan kepada para pencinta dan penggerak khat di Nusantara ini.

“Bukan saja di Malaysia malah peminat-peminat, penggerak dan pencinta khat dari Brunei, Thailand, Indonesia datang bersama-sama kita di sini untuk mendapat bimbingan atau idea tambahan daripada tokoh-tokoh.

“Tidak kurang juga ada tokoh besar dalam bidang khat yang nama mereka cemerlang di peringkat antarabangsa. Misalnya Ustaz Abdul Baqi, beliau pernah mendapat tempat di peringkat antarabangsa di Dubai.

“Kemudian beberapa juga tokoh penggerak khat daripada Malaysia. Di Indonesia juga kita undang tokoh terbaik dunia dan ini semua tujuan kita adalah untuk membimbing anak-anak sejak dari sekolah menengah dan juga pencinta khat,” katanya.

Namun beliau berkata, yang paling membanggakan ialah penglibatan golongan muda yang ramai dalam pertandingan pantun spontan Bahasa Melayu.

“Pesertanya dari Malaysia ramai, dari Indonesia ramai, dari Brunei dan Thailand pun ada dan tahun depan kita akan tambah baik lagi.

“Tetapi yang baiknya pada tahun ini, ramai generasi muda dalam kalangan pelajar Tingkatan enam yang mengambil bahagian dan ini sangat baik apatah lagi mereka terlibat dalam beberapa pertandingan termasuk pantun spontan.

“Ini bukan senang dan inilah yang akan kita asah, kita asuh mereka dengan bimbingan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka dan tokoh-tokoh sasterawan kita,” katanya.

Mahrajan merupakan satu platform yang penting untuk mempromosikan dan memperkaya khazanah budaya serta seni Islam, khususnya di Sabah.

Penganjuran yang bermula dengan peruntukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sejak lebih 10 tahun lalu, kini telah diambil alih oleh Kerajaan Negeri melalui Jabatan Ketua Menteri Tugas-Tugas Khas, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Perbadanan Baitilmal Negeri Sabah (PBNS), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/07/parahat-platform-lestarikan-seni-islam-masyarakat-generasi-muda/feed/ 0 76810
Huda, Muin dinobatkan johan pertandingan khat Nusantara dan Kebangsaan https://sabahmedia.com/2024/07/22/huda-muin-dinobatkan-johan-pertandingan-khat-nusantara-dan-kebangsaan/ https://sabahmedia.com/2024/07/22/huda-muin-dinobatkan-johan-pertandingan-khat-nusantara-dan-kebangsaan/#respond Mon, 22 Jul 2024 03:16:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=57850
Read Time:1 Minute, 50 Second

Membakut : Peserta dari negara Indonesia, Huda Purnawadi,33, dan peserta dari Kedah, Muin Asymawi Muzammil Soliheen,26, masing-masing berjaya dinobatkan sebagai johan pertandingan khat spontan Nusantara dan Kebangsaan.

Pertandingan sempena Mahrajan Persuratan dan Kesenian Islam Nusantara Sabah Malaysia kali ke-12 itu telah dirasmikan penangguhan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif di sini semalam.

Naib johan bagi pertandingan kategori Nusantara, ianya telah dimenangi peserta mewakili Kuala Lumpur Ahmad Abdul Hadi Shamsul dan ketiga dimenangi Puma Lorenky dari Indonesia.

Arifin (dua kiri) menyampaikan hadiah kepada Huda.

Manakala bagi pertandingan kategori Kebangsaan, ianya telah dimenangi peserta mewakili Sarawak iaitu Muhammad Azinuddin Annuar (Naib Johan) dan ketiga Mohd Zulfikri Sobri mewakili Kedah.

Semua pemenang membawa pulang hadiah wang tunai dan sijil

Terdahulu, Arifin ketika ditemui berkata, pihaknya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak terlibat khususnya dalam menjayakan penganjuran bagi edisi ke-12 pada tahun ini.

Arifin (dua kiri) menyampaikan hadiah kepada Muin.

“Saya juga ucapkan berbanyak terima kasih kepada semua, termasuklah pembentang kertas kerja dan pemakalah yang telah memberikan buah fikiran dalam menjayakan Mahrajan ini.

“Tahun hadapan, kita akan adakan lagi Mahrajan yang sama untuk kali ke-13. Dan pada tahun ini, kita tambah beberapa program termasuk program bersama belia, kemudian kita buat pertemuan penulis khat di sedunia.

“Kita buat juga pada tahun ini untuk melestarikan seni budaya Islam iaitu pertandingan selawat dan pertandingan beduk yang mana ini sangat penting untuk generasi yang akan datang,” katanya.

Arifin meneliti salah satu karya penulis khat.

Dalam pada itu, Arifin yang juga pengasas Mahrajan Persuratan dan Kesenian Islam Nusantara itu berkata, Sabah akan mewujudkan Sekretariat Nusantara Mahrajan dan Khat yang menghimpunkan pencinta khat Asean.

Katanya, perbincangan dan Memorandum Persefahaman (MoU) dengan negara-negara Asean akan diadakan pada tahun ini bagi melancarkan Sekretariat Nusantara Mahrajan dan Khat.

“Melalui Sekretariat Mahrajan Khat Nusantara, setiap negara akan ada sekretariatnya dan kita di Sabah menjadi pusat untuk pelaksanaan program-program pengembangan, pemeriksaan, bengkel dan seminar khat.

“Ini termasuklah mahrajan kita untuk memudahkan urusan, pemakluman dan berkongsi ilmu dalam bidang seni kaligrafi ini.

“Sekretariat akan kita wujudkan selepas Hari Merdeka nanti dan diletakkan di bawah Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Tugas-Tugas Khas,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/22/huda-muin-dinobatkan-johan-pertandingan-khat-nusantara-dan-kebangsaan/feed/ 0 57850
Perkampungan Khat Kaligrafi jadikan Sabah sebagai dataran perkembangan kaligrafi Islam nusantara https://sabahmedia.com/2022/05/25/perkampungan-khat-kaligrafi-jadikan-sabah-sebagai-dataran-perkembangan-kaligrafi-islam-nusantara/ https://sabahmedia.com/2022/05/25/perkampungan-khat-kaligrafi-jadikan-sabah-sebagai-dataran-perkembangan-kaligrafi-islam-nusantara/#respond Wed, 25 May 2022 05:25:46 +0000 https://sabahmedia.com/?p=15938
Read Time:59 Second

KOTA KINABALU :  Bengkel dan Perkampungan Khat Kaligrafi Antarabangsa menjadi antara aktiviti yang akan diadakan sempena penganjuran Mahrajan Persuratan dan Kesenian Islam Nusantara tahun ini.

Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Arif berkata, program itu adalah bagi menggalakkan seni penulisan khat dapat terus berkembang dan lestari.

“Mahrajan Persuratan dan Kesenian Islam Nusantara kali ini akan kita besarkan lagi dengan melibatkan bengkel dan perkampungan khat kaligrafi antarabangsa.

“Kali ini kita akan panggil pakar-pakar khat atau pencipta serta penggiat kaligrafi Islamik dari Mesir; Turki; Indonesia dan beberapa negara lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Sambutan Raya Perdana Agensi-Agensi Islam Sabah di Dewan Saadah Wisma Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) di sini semalam.

Majlis turut dihadiri Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Mohd Arifin berkata, bengkel dan perkampungan itu diadakan adalah bagi menjadikan Sabah sebagai  satu salah dataran perkembangan kaligrafi Islam di seluruh nusantara.

“Mahrajan pada tahun ini akan kita undang sasterawan dan seniman serta penggota sastera dan budaya di seluruh nusantara.

“Penulisan khat ini adalah menjadi antara sebahagian pengisian dari mahrajan ini.  Bengkel dan perkampungan ini akan kita buat penghujung September di Kundasang dan juga Kota Kinabalu,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/05/25/perkampungan-khat-kaligrafi-jadikan-sabah-sebagai-dataran-perkembangan-kaligrafi-islam-nusantara/feed/ 0 15938