majikan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 16 Apr 2025 11:34:14 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png majikan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Majikan didenda RM10,000 gaji warga asing terbabit kemalangan tular https://sabahmedia.com/2025/04/16/majikan-didenda-rm10000-gaji-warga-asing-terbabit-kemalangan-tular/ https://sabahmedia.com/2025/04/16/majikan-didenda-rm10000-gaji-warga-asing-terbabit-kemalangan-tular/#respond Wed, 16 Apr 2025 11:34:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=72102
Read Time:1 Minute, 50 Second

Oleh J. EVACHEL JOHN

KOTA KINABALU: Seorang majikan didenda RM10,000 atau penjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana menggaji warga asing tanpa dokumen sah, yang terbabit dalam kemalangan tular melibatkan 13 kenderaan bulan lalu.

Chee Nyit Leong, 58, mengaku bersalah di hadapan Hakim Hurman Hussain.

Tertuduh didapati telah mengambil bekerja Judin Sapal, 56, yang tidak mempunyai pas kerja yang sah, pada 2 Mac 2025 kira-kira jam 11.50 pagi di Pejabat Trafik IPD Penampang.

Dia didakwa mengikut Seksyen 55(b)(1) Akta Imigresen 1959/63 yang memperuntukkan denda tidak kurang daripada RM10,000 tetapi tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan atau kedua-duanya sekali bagi setiap orang yang diambil bekerja, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, semasa Judin berada di Pejabat Trafik Penampang untuk siasatan berhubung kemalangan tersebut, Judin yang merupakan warganegara Filipina telah menyatakan nama majikan tempatnya bekerja.

Pas kerja yang digunakan oleh Judin telah tamat tempoh dan dia telah tinggal serta bekerja di Malaysia tanpa kebenaran, selepas pas tersebut yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia kepada tertuduh, tamat tempoh pada 18 Ogos 2010.

Hasil siasatan lanjut mendapati, berdasarkan pengakuan Judin, beliau telah bekerja dengan tertuduh sejak tahun 2021 sehingga tarikh kejadian kemalangan, tanpa memiliki pas kerja yang sah di Malaysia.

Semasa rayuan, tertuduh yang diwakili peguam Goldam Hamid, memohon hukuman denda yang rendah dan agar tiada hukuman penjara dikenakan, memandangkan tertuduh mempunyai masalah kesihatan, dan ini merupakan kesalahan pertamanya.

Timbalan Pendakwa Raya Fazriel Fardiansyah Abdul Kadir mengendalikan pendakwaan.

Chin telah membayar denda berkenaan.

Pada Selasa, Judin, seorang pekerja pembinaan, dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan denda RM6,000, atau enam bulan penjara, atas kesalahan memandu secara cuai sehingga menyebabkan kemalangan melibatkan 13 buah kenderaan di hadapan SK Tansau, Kinarut.

Judin turut dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Khas Imigresen atas kesalahan tinggal melebihi tempoh di Sabah.

Mahkamah memerintahkan Judin menjalani hukuman penjara secara berasingan.

Judin gagal membayar denda bagi kesalahan trafik, bermakna beliau akan menjalani hukuman penjara selama dua tahun bagi kedua-dua kesalahan tersebut – trafik dan imigresen.

Setelah selesai menjalani hukuman penjara, Judin akan dirujuk kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan selanjutnya.

LINK BERITA TERDAHULU:
https://www.facebook.com/photo?fbid=1062884462534669&set=a.459914889498299

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/16/majikan-didenda-rm10000-gaji-warga-asing-terbabit-kemalangan-tular/feed/ 0 72102
Majikan diberi amaran keras supaya patuh undang-undang di bawah Ordinan Buruh Sabah – Mustapha https://sabahmedia.com/2023/04/17/majikan-diberi-amaran-keras-supaya-patuh-undang-undang-di-bawah-ordinan-buruh-sabah-mustapha/ https://sabahmedia.com/2023/04/17/majikan-diberi-amaran-keras-supaya-patuh-undang-undang-di-bawah-ordinan-buruh-sabah-mustapha/#respond Mon, 17 Apr 2023 00:46:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=32906
Read Time:2 Minute, 19 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Timbalan Menteri Sumber Manusia Mustapha Sakmud memberi amaran keras kepada pihak majikan di negeri ini supaya mematuhi undang-undang yang diperuntukkan di bawah Ordinan Buruh Sabah, sekiranya gagal pihak berwajib akan mengenakan tindakan sewajarnya ke atas majikan berkenaan.

“Saya bagi amaran mana-mana majikan yang berada di Sabah ini, cuba fahami undang-undang pekerjaan di bawah Ordinan Buruh Sabah, baca dan fahamkan, pihak kita akan mengambil tindakan kepada mana-mana majikan yang gagal membayar gaji ataupun lewat membayar gaji mengikut akta buruh Sabah.

“Jadi saya bagi amaran keras bagi majikan-majikan untuk memastikan bayar gaji mengikut perjanjian antara majikan dan pekerja,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Iftar Bersama Penduduk di Masjid Al Munir Kampung Darau dekat sini pada Ahad.

Mustapha berkata demikian susulan isu kelewatan membayar gaji pekerja punca pergaduhan antara majikan dan pekerja di tapak projek pembinaan milik sebuah syarikat swasta yang berlaku di Kota Kinabalu pada Sabtu baru-baru ini.

Pergaduhan itu mengakibatkan seorang pengarah projek pembinaan tersebut cedera dipukul oleh sekumpulan pekerja binaan kerana tidak berpuas hati berkenaan isu berkenaan.

Dalam pada itu,Mustapha berkata, beliau telah menerima laporan dari pengarah Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sabah sendiri mengenai isu sebenar kejadian tersebut berlaku.

“Saya baru terima laporan dari pengarah Jabatan Tenaga Kerja, memang ini adalah kes yang berlaku kelmarin (15 April) dan mengikut sumber dari pihak majikan dan pekerja yang dimeditasi oleh pengarah JTK sendiri iaitu Wan Zulkifli Wan Setapa isunya ialah kelewatan bayar gaji untuk bulan Mac.

“Sepatutnya mengikut perjanjian gaji dibayar minggu pertama setiap bulan jadi berlaku kelewatan gaji bulan Mac sehingga sekarang ini.

“Biasanya pekerja tidak berpuas hati dan itulah berlakunya pergaduhan menunjukkan ketidakpuasan hati pekerja sehingga memukul majikan mereka yang berbangsa Korea,” katanya.

Bagaimanapun, menurut Mustapha yang juga Ahli Parlimen Sepanggar berkata, hasil daripada perbincangan dari pihak majikan, pekerja dan JTK, pihak majiikan yang terlibat bersetuju untuk membayar gaji pekerjanya hari ini 17 April dan 18 April ini.

“Bagi memastikan proses ini benar-benar berlaku pegawai-pegawai JTK akan berada di tapak binaan dan akan mendengar aduan jika masih lagi berlaku kelewatan bayaran gaji ini.

“Kementerian bersedia melalui JTK untuk menerima sebarang aduan daripada para pekerja, mungkin ada lagi isu lain sama ada pekerja lain tidak dibayar gaji atau mungkin ada kes-kes tertentu tidak dibayar gaji pada bulan Februari atau Januari?,” katanya.

Tambahnya, menurut maklumat isu kelewatan membayar gaji di tapak projek pembinaan berkenaan melibatkan seramai kira-kira 600 pekerja yang bekerja di bawah sub kontraktor melibatkan jumlah gaji sebanyak RM3.8 juta.

“Justeru, pihak pegawai-pegawai JTK hadir di lokasi kejadian untuk mengetahui lebih lanjut sebab kelewatan bayar gaji, itu yang kita sedang kenal pasti dan kita pun tidak faham sebab kelewatan bayaran gaji itu.

“Pihak polis telah menerima laporan mengenai kes tersebut dan sedang menjalankan siasatan selanjutnya,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/04/17/majikan-diberi-amaran-keras-supaya-patuh-undang-undang-di-bawah-ordinan-buruh-sabah-mustapha/feed/ 0 32906
PICK : Inisiatif Majikan Daftar Vaksinasi 908 Pekerja Ladang https://sabahmedia.com/2021/08/11/pick-inisiatif-majikan-daftar-vaksinasi-908-pekerja-ladang/ https://sabahmedia.com/2021/08/11/pick-inisiatif-majikan-daftar-vaksinasi-908-pekerja-ladang/#respond Wed, 11 Aug 2021 03:40:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4451
Read Time:1 Minute, 45 Second

KINABATANGAN: Seramai 908 orang pekerja ladang di Sukau berjaya didaftarkan dalam program vaksinasi menerusi inisiatif majikan.

Pengurus Kanan Genting Plantations Ladang Sekong Sukau Mathan a/l Supramaniam, berkata, inisiatif itu dilaksanakan pihaknya dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Kawasan (PKK) Kinabatangan berdasarkan tanggungjawab syarikat bagi melindungi para pekerja serta ahli keluarga.

“Kami komited dengan saranan kerajaan untuk menggiatkan kempen vaksinasi ini dan mengutamakan keselamatan dan kesihatan pekerja.  Pada kali ini sebagaimana yang kita lihat, sambutan daripada warga pekerja amat menggalakkan baik warga tempatan dan mahupun warga asing.

“Saya mewakili pihak pengurusan syarikat, mengucapkan terima kasih kepada PKK Kinabatangan kerana memberi peluang kepada kami menyahut seruan kerajaan iaitu Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang sedang giat dijalankan,” katanya.

Mathan berkata, semua penerima vaksin berkenaan merupakan para pekerjanya dari dua ladang dan sebuah kilang Genting Plantations iaitu Ladang Sekong, Ladang Suan Lamba dan Kilang Genting Terus Hidup Oil Mill (GTHOM).

Pada program itu, seramai 168 orang telah melengkapkan dua dos vaksin manakala 348 lagi telah menerima dos pertama vaksin jenis Pfizer-BionTech menerusi Program Jangkauan Luar Vaksinasi ‘Daftar dan Vaksin’ COVID-19 di Ladang Genting Plantations Sekong, Sukau.

Dalam pada itu, Pegawai Kesihatan Kawasan Kinabatangan, Dr Maini Sebait berkata, bagi mencapai sasaran  imuniti kelompok 80 peratus golongan dewasa yang sudah divaksin tercapai, pihaknya mula masuk ke kawasan kampung serta ladang bagi mempercepatkan proses vaksinasi melalui program jangkauan luar CITF.

Program jangkauan luar tersebut merupakan kolaborasi Kementerian Kesihatan Malaysia dengan beberapa agensi seperti Pejabat Daerah Kinabatangan,Jabatan Penerangan Kinabatangan dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kinabatangan.

Selain itu, Maini berkata, KKM Kinabatangan juga menyasarkan 1,000 dos vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sehari kepada penduduk di daerah itu.

Malah, PPV yang beroperasi di Pejabat Pendidikan Daerah Kinabatangan kini mula memberikan vaksin secara walk-in atau jumpa terus setiap hari.

Hadir sama pada program vaksinasi itu ialah Pengurus Genting Plantations (Pengurus Keselamatan dan Kesihatan), Madung Marupe, Pengurus Genting Plantations Ladang Suan Lamba Sukau, Elangovan A/L Manivellu dan Pengurus Agronomy, Alexander Aban./PENERANGAN

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/11/pick-inisiatif-majikan-daftar-vaksinasi-908-pekerja-ladang/feed/ 0 4451