Majlis daerah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 13 Sep 2026 02:32:08 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Majlis daerah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Komitmen, kerjasama warga kerja pacu kecemerlangan MDTelupid di peringkat kebangsaan https://sabahmedia.com/2026/09/13/komitmen-kerjasama-warga-kerja-pacu-kecemerlangan-mdtelupid-di-peringkat-kebangsaan/ https://sabahmedia.com/2026/09/13/komitmen-kerjasama-warga-kerja-pacu-kecemerlangan-mdtelupid-di-peringkat-kebangsaan/#respond Sun, 13 Sep 2026 02:30:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=103305
Read Time:1 Minute, 53 Second

BERTAM: Komitmen dan kerjasama warga kerja menjadi antara faktor utama kejayaan Majlis Daerah Telupid (MDTelupid) mencatat pencapaian cemerlang dalam penilaian transformasi tadbir urus Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tahun ini.

Kejayaan itu menyaksikan MDTelupid dinobatkan sebagai penerima Anugerah Transformasi Tadbir Urus Terbaik Tahun 2026 sempena Konvensyen PBT Tahun 2026 di Bertam Resort, Pulau Pinang, pada Sabtu.

MDTelupid mencatat skor 92.07 peratus dengan penarafan lima bintang, berbanding 73.13 peratus dan tiga bintang pada 2024.
Pencapaian itu membuktikan berlaku peningkatan ketara dalam tempoh dua tahun, dengan MDTelupid merekodkan peningkatan sebanyak 18.94 mata peratusan.

Kakitangan MDTelupid pada majlis berkenaan.

Malah, pencapaian tersebut turut melonjakkan kedudukan MDTelupid di peringkat nasional daripada tempat ke-87 pada 2024 kepada tempat keempat daripada 92 PBT kategori daerah seluruh Malaysia pada 2026.

Bekas Pegawai Eksekutif MDTelupid, Mohd Ramdan Abdullah Sani, yang pernah berkhidmat dari April 2023 hingga Ogos 2026, menyifatkan kejayaan itu sebagai hasil komitmen bersama seluruh warga kerja majlis.

Beliau merakamkan penghargaan dan terima kasih khas kepada semua warga kerja MDTelupid atas komitmen tinggi serta kerjasama padu yang diberikan dalam usaha mencapai kejayaan berkenaan.

Mohd Ramdan turut merakamkan penghargaan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telupid, Datuk Jonnybone Kurum, atas nasihat, sokongan dan dorongan yang diberikan dalam membantu MDTelupid mencapai kejayaan tersebut.

Carta penilaian PBT

Katanya, sokongan dan kesungguhan warga kerja, selain bimbingan serta sokongan pihak berkepentingan, bukan sahaja membantu meningkatkan prestasi MDTelupid, malah turut menyumbang kepada peningkatan imej majlis di peringkat nasional.

“Kejayaan ini diharap dapat dipertahankan dan menjadi asas kepada usaha MDTelupid untuk terus mempertingkatkan kualiti pengurusan serta perkhidmatan demi kepentingan masyarakat di daerah Telupid,” katanya.

Peningkatan prestasi MDTelupid itu juga memperlihatkan kesungguhan PBT berkenaan dalam melaksanakan penambahbaikan secara berterusan, khususnya dalam aspek tadbir urus dan kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

Daripada hanya mencatat 58.06 peratus dan dua bintang pada 2022, MDTelupid berjaya meningkatkan pencapaian kepada 73.13 peratus dan tiga bintang pada 2024, sebelum mencapai 92.07 peratus serta lima bintang pada tahun ini.

Lonjakan berkenaan sekali gus meletakkan MDTelupid dalam kelompok empat PBT daerah berprestasi terbaik di Malaysia dan menjadi pencapaian penting dalam agenda transformasi tadbir urus.

Pencapaian itu diharap menjadi pemangkin kepada seluruh warga kerja MDTelupid untuk terus mengekalkan momentum kecemerlangan serta memperkukuh kualiti tadbir urus dan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat di daerah Telupid. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/09/13/komitmen-kerjasama-warga-kerja-pacu-kecemerlangan-mdtelupid-di-peringkat-kebangsaan/feed/ 0 103305
Pastikan projek pembinaan pejabat Majlis Daerah Putatan siap ikut jadual – Shahelmey https://sabahmedia.com/2025/09/10/pastikan-projek-pembinaan-pejabat-majlis-daerah-putatan-siap-ikut-jadual-shahelmey/ https://sabahmedia.com/2025/09/10/pastikan-projek-pembinaan-pejabat-majlis-daerah-putatan-siap-ikut-jadual-shahelmey/#respond Wed, 10 Sep 2025 06:48:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=80959
Read Time:1 Minute, 23 Second

PUTATAN: Kontraktor dan juru perunding bagi projek Pejabat Majlis Daerah Putatan diarah memastikan projek siap mengikut jadual serta kos kontrak yang ditetapkan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata, projek yang menelan kos RM4.9 juta itu dijangka siap dalam tempoh dua tahun sekali gus menjadi satu lagi perkembangan positif bagi daerah Putatan.

“Bangunan Majlis Daerah Putatan ini telah lama dinantikan masyarakat. Apabila siap kelak, ia bukan sahaja memberi suasana kerja yang lebih selesa dan kondusif kepada kakitangan majlis, malah turut memudahkan orang ramai yang datang mendapatkan perkhidmatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Tapak Pembinaan Pejabat Baharu Majlis Daerah Putatan, di sini pada Selasa.

Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya berkata, pembinaan pejabat baharu itu merupakan pelaburan penting dalam meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan awam dengan menyediakan prasarana lebih moden, mesra rakyat dan efisien.

“Putatan yang terletak strategik berhampiran Kota Kinabalu kini pesat membangun dalam pelbagai sektor. Dari segi demografi, ekonomi serta infrastruktur, jelas berlaku transformasi daripada sebuah daerah kecil kepada pusat pembangunan yang semakin penting di Sabah.

“Pertambahan penduduk serta pembangunan perumahan dan kemudahan asas menuntut agar infrastruktur kerajaan tempatan turut dipertingkatkan. Pejabat sedia ada sudah tidak mampu menampung operasi yang semakin kompleks,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan komited memastikan setiap daerah diberikan perhatian sewajarnya dan projek itu menjadi manifestasi usaha menambah baik infrastruktur asas serta memperkasa tadbir urus tempatan.

“Saya yakin apabila pejabat baharu ini siap kelak, ia akan menjadi simbol kemajuan dan aspirasi daerah Putatan menuju masa depan lebih gemilang. Justeru, saya berharap projek ini dapat dilaksanakan mengikut jadual, spesifikasi dan mencapai objektif ditetapkan.

“Kerjasama erat antara kerajaan, kontraktor dan masyarakat amat penting untuk memastikan kejayaan projek ini,” katanya.-

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/10/pastikan-projek-pembinaan-pejabat-majlis-daerah-putatan-siap-ikut-jadual-shahelmey/feed/ 0 80959