Majlis Iftar raikan AJK KRT – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 17 Apr 2023 00:48:58 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Majlis Iftar raikan AJK KRT – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Majlis Iftar raikan AJK KRT, erat persaudaraan https://sabahmedia.com/2023/04/17/majlis-iftar-raikan-ajk-krt-erat-persaudaraan/ https://sabahmedia.com/2023/04/17/majlis-iftar-raikan-ajk-krt-erat-persaudaraan/#respond Sun, 16 Apr 2023 22:38:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=32899
Read Time:39 Second

SIPITANG: Ahli Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pekan Mesapol (Kg Kalamauh) telah mengadakan majlis Iftar bersempena sambutan bulan Ramadhan tahun ini di Bilik Serbaguna Motel & Rest House Kaka di sini, baru-baru ini.

Pengerusinya, Abdul Bakar Esah berkata, majlis ini diadakan sebagai salah satu wadah meraikan dan menzahirkan penghargaan kepada AJK yang sentiasa komited merancang dan melaksanakan program-program KRT sepanjang tahun.

“Selain itu ianya mampu meningkatkan semangat kerjasama dan mengekalkan hubungan erat dalam kalangan kepimpinan KRT,” katanya.

Beliau juga berkata, ianya juga dapat memberi kesedaran kepada peserta terhadap kepentingan semangat kekeluargaan dalam konsep kejiranan dalam semua peringkat usia.

Selain berbuka puasa dan makan malam, majlis itu turut diisi dengan Tazkirah Ramadhan yang disampaikan oleh Jismil Yakop.

Terdahulu ahli jawatankuasa KRT menjayakan Mesyuarat AJK KRT Bil.2/2023.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/04/17/majlis-iftar-raikan-ajk-krt-erat-persaudaraan/feed/ 0 32899