Majlis Kesyukuran – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 14 Sep 2025 01:01:51 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Majlis Kesyukuran – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Lebih 5,000 umat Islam hadiri majlis tahlil, solat hajat sempena Hari Malaysia https://sabahmedia.com/2025/09/14/lebih-5000-umat-islam-hadiri-majlis-tahlil-solat-hajat-sempena-hari-malaysia/ https://sabahmedia.com/2025/09/14/lebih-5000-umat-islam-hadiri-majlis-tahlil-solat-hajat-sempena-hari-malaysia/#respond Sun, 14 Sep 2025 01:01:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=81187
Read Time:37 Second

KOTA KINABALU: Seramai lebih 5,000 umat Islam menghadiri Majlis Tahlil, Doa Kesyukuran dan Solat Hajat Sempena Hari Malaysia 2025

Majlis yang diadakan di Masjid Bandaraya di sini dimulakan dengan bacaan Surah Yasin yang dipimpin oleh Imam Besar Masjid Negeri, Suhaidi Kuanting.

Seterusnya, Timbalan Mufti Abdul Razak Hamdin memimpin bacaan doa selamat sebelum menjadi khatib dengan khutbah yang bertajuk ‘Kesatuan Ummah Pertahan Negara’.

Turut menunaikan solat Jumaat dan juga solat hajat bersama para jemaah yang hadir diimamkan oleh Suhaidi ialah Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Isnin Aliasnih.

Hadir sama, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ruslan Muharam, Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Seri Samin Samitah dan Timbalan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah Awang Juri.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/14/lebih-5000-umat-islam-hadiri-majlis-tahlil-solat-hajat-sempena-hari-malaysia/feed/ 0 81187
Tun Juhar Hadir Majlis Kesyukuran Hari Kebangsaan https://sabahmedia.com/2021/08/27/tun-juhar-hadir-majlis-kesyukuran-hari-kebangsaan/ https://sabahmedia.com/2021/08/27/tun-juhar-hadir-majlis-kesyukuran-hari-kebangsaan/#respond Fri, 27 Aug 2021 13:52:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5380
Read Time:34 Second

KOTA KINABALU: Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin menghadiri Majlis Kesyukuran Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah di Masjid Nurul Hikmah Bukit Padang dekat sini.

Majlis yang berlangsung mengikut prosedur operasi standard (SOP) itu dimulakan dengan bacaan Yasin yang dipimpin oleh Imam Besar Masjid Negeri, Suhaidi Kuanting, seterusnya bacaan doa oleh Mufti Kerajaan Negeri, Sahibus Samahah Datuk Bungsu Aziz.

Dalam majlis yang berlangsung pada Jumaat itu, Suhaidi turut menyampaikan khutbah bertajuk ‘Meraih Keberkatan dalam Kemerdekaan’ sebelum mengimamkan solat jumaat.

Hadir sama, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Isnin Aliasnih, Pembantu Menteri Kewangan, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, Setiausaha Persekutuan, Datuk Zulkapli Mohamed serta Panglima Divisyen Kelima Infantri Malaysia, Mejar Jeneral Datuk Halim Khalid. –PENERANGAN

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/27/tun-juhar-hadir-majlis-kesyukuran-hari-kebangsaan/feed/ 0 5380