Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 17 Apr 2024 06:50:04 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Majlis sambutan Aidilfitri Madani 2024 di tujuh negeri, bermula esok di Johor https://sabahmedia.com/2024/04/17/majlis-sambutan-aidilfitri-madani-2024-di-tujuh-negeri-bermula-esok-di-johor/ https://sabahmedia.com/2024/04/17/majlis-sambutan-aidilfitri-madani-2024-di-tujuh-negeri-bermula-esok-di-johor/#respond Wed, 17 Apr 2024 06:50:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=52667
Read Time:1 Minute, 6 Second

BERNAMA

Putrajaya: Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diadakan di tujuh negeri, bermula dengan Johor, esok.

Menurut sekretariat majlis sambutan itu, enam lagi lagi Majlis Sambutan Aidilfitri 2024 dirancang untuk diadakan di Sabah pada 20 April, diikuti Melaka (22 April), Kelantan (2 Mei), Kedah (4 Mei), Pulau Pinang (5 Mei) dan berakhir di Terengganu pada 9 Mei.

Sambutan Aidilfitri Madani 2024 Peringkat Kebangsaan pula akan diadakan di Sabah International Convention Centre (SICC) Kota Kinabalu dari pukul 10.30 pagi hingga 3.00 petang, dengan Kerajaan Negeri Sabah selaku tuan rumah manakala Kementerian Perpaduan Negara selaku kementerian peneraju.

Bagi majlis di Padang Begonia, Angsana Johor Bahru Mall, ia akan bermula dari pukul 4 petang hingga 7 malam, dengan Kerajaan Negeri Johor selaku tuan rumah dan Kementerian Pertahanan sebagai kementerian peneraju.

“Majlis ini akan dihadiri oleh Perdana Menteri sebagai tetamu jemputan utama dan turut dihadiri oleh menteri besar atau ketua menteri negeri berkenaan,” menurut Sekretariat Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan itu memaklumkan tujuan utama penganjuran majlis berkenaan adalah bagi memupuk semangat muhibah dan perpaduan dalam kalangan masyarakat, serta membolehkan pemimpin bertemu dan beramah mesra dengan rakyat.

Majlis itu juga bertujuan memberi peluang kepada lebih ramai rakyat untuk meraikan hari kebesaran umat Islam bersama-sama pemimpin di peringkat Persekutuan dan negeri. BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/04/17/majlis-sambutan-aidilfitri-madani-2024-di-tujuh-negeri-bermula-esok-di-johor/feed/ 0 52667
Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 Peringkat Kebangsaan di SICC, Kota Kinabalu, 20 April ini https://sabahmedia.com/2024/04/16/majlis-sambutan-aidilfitri-madani-2024-peringkat-kebangsaan-di-sicc-kota-kinabalu-20-april-ini/ https://sabahmedia.com/2024/04/16/majlis-sambutan-aidilfitri-madani-2024-peringkat-kebangsaan-di-sicc-kota-kinabalu-20-april-ini/#respond Tue, 16 Apr 2024 04:51:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=52612
Read Time:1 Minute, 30 Second

PUTRAJAYA: Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sabah akan menganjurkan Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI Peringkat Kebangsaan pada 20 April 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu.

Majlis ini akan disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dihadiri Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor serta Menteri Perpaduan Negara,
Datuk Aaron Ago Dagang.

Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 adalah platform untuk semua rakyat Malaysia
tanpa mengira latar belakang, berkumpul dengan semangat perpaduan dalam suasana harmoni.

Perayaan Aidilfitri telah menjadi satu perayaan yang
menyatukan hati dan merapatkan ikatan dalam kalangan masyarakat
Malaysia.

Tradisi rumah terbuka, di mana masyarakat dari pelbagai latar belakang budaya dan agama berkumpul untuk berkongsi kebahagiaan dan keceriaan, telah menjadi satu kebiasaan yang diwarisi dari generasi ke generasi.

Justeru, Aaron Ago berkata, sambutan Aidilfitri yang bertemakan ‘Perpaduan Melalui Perayaan’ ini menonjolkan keindahan perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.

“Sambutan ini wajar dijadikan sebagai alat penyatuan seluruh Bangsa Malaysia serta
dijadikan sebagai teras perpaduan yang merupakan kunci utama kepada
keharmonian rakyat dan negara.

“Perpaduan dan kepelbagaian kaum, budaya serta
kepercayaan agama di Malaysia adalah aset penting yang perlu dipelihara dan
dipertahankan oleh semua rakyat,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Selain itu, beliau turut mengumumkan bahawa majlis ini menandakan bermulanya
Jelajah Kembara Perpaduan sempena Sambutan Minggu Perpaduan 2024 yang akan disambut pada bulan Mei ini.

Katanya, pelbagai pengisian menarik turut diadakan sempena Jelajah Kembara Perpaduan@ Sambutan Aidilfitri MADANI ini seperti Pameran Rumah KAMI merangkumi 12 buah rumah etnik, pameran alat muzik,
tarian dan permainan tradisional serta persembahan artis terkenal tanah air.

Sehubungan itu, Kementerian Perpaduan Negara bersama Kerajaan Negeri Sabah
mengalu-alukan kehadiran semua rakyat Malaysia, terutamanya masyarakat Negeri Sabah pada Sambutan Hari Raya Aidilfitri MADANI Peringkat Kebangsaan pada 20 April 2024 ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu.

Untuk maklumat lanjut mengenai sambutan ini boleh melayari laman sosial
Kementerian Perpaduan Negara.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/04/16/majlis-sambutan-aidilfitri-madani-2024-peringkat-kebangsaan-di-sicc-kota-kinabalu-20-april-ini/feed/ 0 52612