Majlis – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 16 Jun 2025 07:28:58 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Majlis – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 MEBS platform strategik perkasa agenda ekonomi biru Sabah https://sabahmedia.com/2025/06/16/mebs-platform-strategik-perkasa-agenda-ekonomi-biru-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/06/16/mebs-platform-strategik-perkasa-agenda-ekonomi-biru-sabah/#respond Mon, 16 Jun 2025 07:28:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=75640
Read Time:2 Minute, 3 Second

Kota Kinabalu: Sabah melakar satu lagi langkah penting dalam agenda pembangunan mampannya apabila Majlis Ekonomi Biru Sabah (MEBS) secara rasmi ditubuhkan sebagai platform penyelarasan dan pelaksanaan dasar strategik ekonomi biru negeri.

Penubuhan MEBS telah diluluskan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri Sabah Siri 10 Tahun 2025, dan mesyuarat sulungnya dipengerusikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor yang diadakan di Menara Kinabalu di sini pada Isnin.

Hajiji dalam perutusannya semasa mempengerusi mesyuarat itu berkata, MEBS diwujudkan sebagai usaha strategik Kerajaan Negeri bagi memastikan pembangunan sektor ekonomi biru Sabah dilaksanakan secara tersusun, bersepadu dan berimpak tinggi selaras dengan aspirasi Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

“Melalui MEBS, kita akan menyelaras dasar-dasar utama, meluluskan program berimpak tinggi serta memantau pelaksanaan Kerangka Dasar dan Strategi Ekonomi Biru. Ia merupakan pendekatan bersepadu yang dapat merangsang pertumbuhan ekonomi yang mampan, inklusif dan berdaya saing,” katanya.

Menurutnya, MEBS juga akan memacu pemindahan teknologi dan inovasi dalam sektor maritim, seiring keperluan pembangunan ekonomi moden yang menekankan kelestarian dan penerapan teknologi canggih.

Katanya, penubuhan MEBS merupakan langkah penting dalam memperkukuh kerjasama antara agensi kerajaan, akademia, industri dan komuniti dalam usaha menjadikan Sabah sebagai peneraju utama ekonomi biru di rantau Asia Tenggara.

“Ia mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri untuk mengangkat potensi laut Sabah secara optimum, memperluas pelaburan dan menjamin kesejahteraan rakyat menerusi pembangunan yang lestari dan tahan lasak,” katanya.

Hajiji berkata, dengan langkah ini, Sabah kini berada di landasan yang lebih kukuh dalam membina masa depan yang sejahtera berasaskan kemakmuran laut dan kekuatan ekonomi maritim.

Dalam mesyuarat pertama ini, Hajiji turut menyempurnakan penyerahan watikah pelantikan kepada lapan Ahli MEBS yang terdiri daripada barisan pimpinan tertinggi negeri.

Mereka terdiri daripada Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya, Menteri Kewangan, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan, Setiausaha Kerajaan Negeri, Peguam Besar Negeri dan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Sabah.

Selain itu, tujuh Pengerusi Jawatankuasa Teknikal turut menerima watikah pelantikan untuk mengetuai pelbagai komponen teknikal MEBS, termasuk bidang penuaian sumber hidup, perniagaan laut, kesihatan laut, penjanaan sumber baharu, perancangan marin, harta intelek, dan pengurusan sungai.

Pelantikan ini melibatkan pegawai kanan daripada kementerian dan agensi teknikal utama negeri seperti Jabatan Tanah dan Ukur, Pusat Biodiversiti Sabah, dan Pejabat Hasil Bumi.

Mereka akan mengemudi pelaksanaan dasar dari aspek teknikal dan pentadbiran, memastikan segala inisiatif berjalan lancar dan menyeluruh.

Sekretariat Sabah Maju Jaya (SSMJ) pula dilantik sebagai Urus Setia MEBS untuk menyelaras pelaksanaan keputusan majlis secara efektif dan strategik. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/16/mebs-platform-strategik-perkasa-agenda-ekonomi-biru-sabah/feed/ 0 75640
Majlis Sambutan Deepavali Peringkat Negeri Ahad Ini https://sabahmedia.com/2021/11/22/majlis-sambutan-deepavali-peringkat-negeri-ahad-ini/ https://sabahmedia.com/2021/11/22/majlis-sambutan-deepavali-peringkat-negeri-ahad-ini/#respond Mon, 22 Nov 2021 07:19:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8715
Read Time:43 Second

KOTA KINABALU: Majlis sambutan Deepavali peringkat negeri akan diadakan di salah sebuah hotel di ibu negeri, Ahad ini.

Menurut Presiden Gabungan Persatuan Masyarakat India Sabah (GPMIS), Datuk A. Nagaraju, sambutan tersebut akan diadakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara bagi menyubur keharmonian serta perpaduan dengan konsep ‘Keluarga Malaysia’.

“Sambutan julung kali diadakan ini menekankan aspek keharmonian dan perpaduan berdasarkan norma baharu dengan kehadiran tetamu jemputan yang terhad.

“Sambutan ini diraikan dengan kepelbagaian kaum yang hidup dalam suasana harmoni dengan identiti unik yang menjadi kunci keeratan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.

“Justeru, kita akan bersama-sama 81 etnik di negeri ini sebagai lambang menghormati keunikan kepelbagaian kaum dengan meraikan sambutan perayaan dalam suasana muhibah,” katanya ketika ditemu bual di SABAHfm.

Dengan tema “Membudayakan Perpaduan Meraikan Kepelbagaian”, beliau berharap majlis akan berjalan lancar dan mencapai objektif yang disasarkan. – PENERANGAN

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/22/majlis-sambutan-deepavali-peringkat-negeri-ahad-ini/feed/ 0 8715
COVID-19: Majlis Hari Jadi Cetus Kluster Baharu Di Sabah https://sabahmedia.com/2021/10/26/covid-19-majlis-hari-jadi-cetus-kluster-baharu-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/10/26/covid-19-majlis-hari-jadi-cetus-kluster-baharu-di-sabah/#respond Tue, 26 Oct 2021 12:46:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7948
Read Time:44 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Satu kluster baharu direkodkan di negeri Sabah hari ini berpunca daripada mengadakan majlis hari jadi.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kluster tersebut iaitu Kluster Kimolohing, Ranau adalah kluster jenis komuniti yang dipercayai berpunca daripada majlis hari jadi.

Katanya, kes indeks merupakan lelaki tempatan, yang dikesan positif 100 % RTK Ag 100% pada 18 Oktober 2021.

“Berdasarkan siasatan awal, kes indeks mengadakan majlis sambutan hari jadi pada 12 hingga 14 Oktober 2021 di rumahnya. Kemudian pada 16 Oktober 2021, kes indeks juga menghadiri
majlis hari jadi di rumah saudaranya.

“Susulan dari majlis itu, kes indeks mula bergejala sejak 17 Oktober 2021 dan menjalani saringan pada hari berikutnya dan didapati positif.

“Justeru saringan kontak rapat telah dilakukan dan seramai 48 orang daripada lokaliti yang sama didapati positif menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 49 kes. Bagaimanapun, punca jangkitan sebenar masih dalam siasatan,” jelasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/26/covid-19-majlis-hari-jadi-cetus-kluster-baharu-di-sabah/feed/ 0 7948
COVID-19: Kluster Baharu Tercetus Berpunca Dari Majlis Sambutan Hari Jadi https://sabahmedia.com/2021/09/30/covid-19-kluster-baharu-tercetus-berpunca-dari-majlis-sambutan-hari-jadi/ https://sabahmedia.com/2021/09/30/covid-19-kluster-baharu-tercetus-berpunca-dari-majlis-sambutan-hari-jadi/#respond Thu, 30 Sep 2021 14:36:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7054
Read Time:45 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Satu kluster baharu direkodkan hari ini di Sabah iaitu Kluster Long Pasia – Sipitang merupakan kluster jenis komuniti.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Kluster Long Pasia – Sipitang merupakan kluster jenis komuniti yang dipercayai menular ketika menghadiri majlis sambutan hari jadi.

Katanya, kes indeks adalah wanita berumur 76 tahun berasal dari Kg Long Pasia dan bergejala demam serta batuk sejak 24 September 2021.

“Kes indeks kemudiannya disahkan positif COVID-19 dengan keputusan RTK AG grading 100% di Klinik Long Pasia pada 25 September 2021.

“Berikutan kes tersebut, siasatan mendapati, satu majlis sambutan hari jadi telah diadakan di rumah kes indeks yang dihadiri oleh beberapa orang kampung pada 19 September 2021,” kata Masidi yang juga Jurucakap Rasmi COVID-19 Negeri.

“Daripada 30 orang yang disaring, terdapat 25 kes positif dikesan dalam kluster ini termasuk kes baharu yang dilaporkan hari ini,” jelasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/30/covid-19-kluster-baharu-tercetus-berpunca-dari-majlis-sambutan-hari-jadi/feed/ 0 7054
COVID-19: Majlis Kahwin Cetus Kluster Baharu Di Sabah https://sabahmedia.com/2021/08/17/covid-19-majlis-kahwin-cetus-kluster-baharu-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/08/17/covid-19-majlis-kahwin-cetus-kluster-baharu-di-sabah/#respond Tue, 17 Aug 2021 12:43:34 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4795
Read Time:1 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU: Satu kluster direkodkan hari ini iaitu Kluster Sawit Baiduri, Lahad Datu, dimana siasatan awal mendapati terdapat majlis perkahwinan pada 6 Ogos 2021 yang disyaki menjadi punca penyebaran wabak.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Kluster Sawit Baiduri, Lahad Datu melibatkan komuniti di Mukim Felda Sahabat, Daerah Lahad Datu.

Katanya, kes indeks merupakan lelaki, warganegara Indonesia, 47, yang disahkan positif COVID-19 pada 11 Ogos 2021 di Klinik Kesihatan Tungku selepas bergejala sejak 10 Ogos 2021.

Bagaimanapun, turut didapati positif ialah anak kepada kes indeks. Pengesanan secara aktif dan saringan bersasar terhadap 178 orang terdiri daripada ahli keluarga dan kontak rapat kemudiannya mengesan 77 kes positif termasuk 43 kes baharu hari ini.Manakala, 101 individu didapati negatif saringan pertama.

Menurut Masidi lagi, punca jangkitan masih dalam siasatan namun siasatan awal mendapati terdapat majlis perkahwinan pada 06 Ogos 2021 yang disyaki menjadi punca penyebaran wabak.

“Kes indeks merupakan bapa kepada pengantin tersebut. Semua kes positif COVID-19 dalam kluster ini telah dirujuk ke CAC Lahad Datu dan Hospital Lahad Datu untuk rawatan lanjut dan pengasingan.

“Manakala kontak-kontak rapat telah diarahkan untuk menjalani kuarantin di pusat kuarantin PPR Sri Sepagaya, Lahad Datu,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/17/covid-19-majlis-kahwin-cetus-kluster-baharu-di-sabah/feed/ 0 4795
COVID-19: Majlis keagamaan cetus kluster baharu di Sabah https://sabahmedia.com/2021/08/12/covid-19-majlis-keagamaan-cetus-kluster-baharu-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/08/12/covid-19-majlis-keagamaan-cetus-kluster-baharu-di-sabah/#respond Thu, 12 Aug 2021 13:57:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4528
Read Time:59 Second

KOTA KINABALU: Satu kluster baharu direkodkan hari ini berpunca daripada majlis keagamaan di Kg Batu Linting, Kuala Penyu.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Kluster Batu Linting, Kuala Penyu melibatkan penularan COVID-19 dalam komuniti yang disyaki berpunca daripada majlis keagamaan.

Katanya, kes indeks adalah wanita, 34, yang dikesan positif dengan keputusan ujian RTK Antigen grading 100% dalam saringan bergejala di Hospital Kuala Penyu.

Berikutan kes tersebut, saringan kontak menunjukkan wujud pertambahan kes positif susulan saringan kontak rapat serta kontak sosial dan ia berkait rapat dengan majlis keagamaan yang diadakan di rumah kes indeks pada 31 Julai 2021.

Daripada 45 sampel yang diambil, terdapat 29 kes positif termasuk lapan kes baharu hari ini yang dikesan di Kg Batu Linting, Kg Mansud dan Kg Bundu dan Kg Kupang.

Dalam perkembangan lain, lima lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) 14 hari berkuat kuasa 14 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021 iaitu dua lokaliti di Keningau, Kilang & Kuarters Pekerja Bumi Timber Sdn. Bhd., Batu 27, Jalan Sook dan Perusahaan & Kuarters Pekerja Kosinar Sdn.Bhd., Batu 28, Jalan Sook, Taman Puri Warisan, Kota Kinabalu, Kampung Pengiran, Sipitang dan Kampung Wokok Kinuta, Kota Belud.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/12/covid-19-majlis-keagamaan-cetus-kluster-baharu-di-sabah/feed/ 0 4528
Tiada majlis sosial untuk elak penularan kes jangkitan COVID-19 https://sabahmedia.com/2021/08/04/tiada-majlis-sosial-untuk-elak-penularan-kes-jangkitan-covid-19/ https://sabahmedia.com/2021/08/04/tiada-majlis-sosial-untuk-elak-penularan-kes-jangkitan-covid-19/#respond Wed, 04 Aug 2021 13:23:06 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4072
Read Time:1 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU: Para pemimpin masyarakat, ketua kampung dan ketua mukim digesa agar terus mengingatkan penduduk di kawasan masing-masing sama ada muslim atau bukan muslim supaya tidak mengadakan sebarang majlis selepas pengebumian seperti kenduri,
tahlil dan sebagainya.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, hal ini mustahak bagi mengelakkan penularan jangkitan yang berpotensi mencetuskan kluster baharu yang semakin meningkat ketika ini khususnya berkaitan penganjuran majlis sosial.

Katanya, orang ramai yang ingkar dan melanggar SOP dengan mengadakan majlis sosial ini, akan dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Dalam hal yang berkaitan, satu kluster baharu direkodkan hari ini iaitu Kluster Tampasuk Kota Belud – Kota Belud merupakan penularan COVID-19 dalam komuniti yang dipercayai berpunca daripada majlis pengebumian.

Masidi yang juga Jurucakap Rasmi COVID-19 Sabah berkata, kes indeks merupakan juruwang wanita, 32, di sebuah bank disahkan positif PCR dengan CT value 18.51 pada 26 Julai 2021, setelah bergejala demam, sakit badan, sakit tekak, selsema dan batuk.

Hasil pengesanan secara aktif dan saringan terhadap 159 kontak mendapati 29 kes positif COVID-19 termasuk sembilan kes baharu hari ini.

Semua 29 kes positif ini telah dirujuk ke hospital untuk rawatan lanjut dan pengasingan di Hospital Queen Elizabeth dan PKRC.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/04/tiada-majlis-sosial-untuk-elak-penularan-kes-jangkitan-covid-19/feed/ 0 4072
COVID-19: Lagi majlis pengebumian cetus kluster baharu, 7 lokaliti dikenakan PKPD di Sabah https://sabahmedia.com/2021/07/22/covid-19-lagi-majlis-pengebumian-cetus-kluster-baharu-7-lokaliti-dikenakan-pkpd-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/07/22/covid-19-lagi-majlis-pengebumian-cetus-kluster-baharu-7-lokaliti-dikenakan-pkpd-di-sabah/#respond Thu, 22 Jul 2021 13:01:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3448
Read Time:1 Minute, 34 Second

KOTA KINABALU: Kluster Kebun Lama, Papar merupakan kluster kategori komuniti yang dikesan di daerah Kota Kinabalu.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kes indeks adalah lelaki, 33, yang disahkan positif COVID-19 hasil saringan sign-on kapal pada 15 Julai 2021.

Bagaimanapun, saringan kontak rapat mendapati satu kes positif di daerah Papar pada 17 Julai 2021.

Menurut Masidi yang juga Jurucakap Rasmi COVID-19 negeri dalam satu kenyataan media hari ini, berikutan penemuan kes positif itu bagi Kluster Kebun Lama, Papar, saringan kontak dijalankan terhadap 35 sampel dan mendapati 26 kontak positif menjadikan jumlah kumulatif kes positif sebanyak 27 kes, lapan sampel negatif dan satu sampel masih menunggu keputusan ujian saringan.

Katanya, berdasarkan siasatan awal, punca pertambahan bilangan kes positif dalam kalangan keluarga disyaki berpunca daripada majlis pengebumian pada 6 Julai 2021 di Kg Kabang diikuti majlis tahlil selama lima hari yang dihadiri 60 orang di Kg Nagapas, Papar.

Manakala Kluster Kuril Kinabatangan berlaku di tempat kerja iaitu sebuah ladang sawit di Mukim Sukau, Kinabatangan.

“Kes indeks merupakan pemandu ladang, lelaki, 26, yang disahkan positif COVID-19 dengan keputusan RTK-Ag (grading 100%) di Klinik Mabello Paris, Kinabatangan pada 15 Julai 2021.

“Namun saringan kontak kemudian mengesan 11 lagi kes positif dalam kalangan keluarga, pekerja dan tanggungan”,katanya.

Aktiviti siasatan, persampelan COVID-19 dan disinfeksi masih diteruskan di lapangan untuk menilai sebaran jangkitan dan risiko kemungkinan jangkitan lebih meluas kepada pekerja ladang berdekatan yang lain.

Setakat hari ini, terdapat 12 kes positif COVID-19 bagi Kluster Kuril, Kinabatangan direkodkan termasuk 10 kes baharu.

Semantara itu, terdapat tujuh lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) 14 hari berkuat kuasa 24 Julai hingga 6 Ogos 2021 melibatkan dua lokaliti di Tuaran iaitu Kg Pukak, Mukim Tengah dan PPR Gayang Ria, Mukim Berungis, Kampung Gumandang, Kudat, Kampung Lumatai Ulu, Beaufort, tiga Lokaliti di Sipitang iaitu Kampung Banting, Kampung Kawang dan Kampung Ulu Bole.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/22/covid-19-lagi-majlis-pengebumian-cetus-kluster-baharu-7-lokaliti-dikenakan-pkpd-di-sabah/feed/ 0 3448
COVID-19: Majlis Kenduri punca Kluster Kg Pukak di Tuaran, 6 lokaliti dikenakan PKPD https://sabahmedia.com/2021/07/20/covid-19-majlis-kenduri-punca-kluster-kg-pukak-di-tuaran-6-lokaliti-dikenakan-pkpd/ https://sabahmedia.com/2021/07/20/covid-19-majlis-kenduri-punca-kluster-kg-pukak-di-tuaran-6-lokaliti-dikenakan-pkpd/#respond Tue, 20 Jul 2021 13:44:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3360
Read Time:51 Second

KOTA KINABALU: Terdapat satu kluster baharu direkodkan hari ini iaitu Kluster Kg Pukak di Tuaran disyaki berpunca daripada majlis kenduri kesyukuran pada 3 Julai 2021 yang dihadiri oleh keluarga terdekat di kampung tersebut.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kes indeks merupakan lelaki, 47, bergejala demam, batuk dan selsema sejak 7 Julai 2021, sebelum disahkan positif RTK-Ag 100% pada 9 Julai 2021.

Katanya, daripada 55 kontak rapat yang disaring, 16 kes dikesan positif menjadikan jumlah kumulatif kes positif kluster ini sebanyak 17 kes termasuk sembilan kes baharu hari ini.

Saringan melibatkan kontak rapat dari Kg Pukak, Kg Pinagon dan Kuarters Loji Air Telibong 1.

Dalam perkembangan lain, enam lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) 14 hari berkuat kuasa 22 Julai 2021 hingga 4 Ogos 2021 iaitu empat lokaliti di Kota Kinabalu melibatkan Kilang Papan Lusera, Telipok, Kg Mogiding Malawa & Kuarters Pekerja Progressif Perwira, Kampung Sinulihan dan University Utama Condominum Fasa 2, Kampung Guruh-Guruh, Sipitang dan Kampung Air dan Kampung Bokara, Sandakan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/20/covid-19-majlis-kenduri-punca-kluster-kg-pukak-di-tuaran-6-lokaliti-dikenakan-pkpd/feed/ 0 3360
Penubuhan Majlis Profesional Sabah, Aspirasi Pelan Pembangunan Kerajaan – Hajiji https://sabahmedia.com/2021/07/16/penubuhan-majlis-profesional-sabah-aspirasi-pelan-pembangunan-kerajaan-hajiji/ https://sabahmedia.com/2021/07/16/penubuhan-majlis-profesional-sabah-aspirasi-pelan-pembangunan-kerajaan-hajiji/#respond Fri, 16 Jul 2021 04:53:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3099
Read Time:1 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU: Cadangan penubuhan Majlis Profesional Sabah (SPC) adalah tindakan yang dialu-alukan untuk mewujudkan penyelarasan antara profesional dan kerajaan negeri dalam membangunkan strategi sejajar dengan aspirasi pelan pembangunan kerajaan iaitu Halatuju Sabah Maju Jaya.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, berkata semua sektor pembangunan memerlukan sumbangan dan kepakaran profesional dalam pelbagai bidang serta majlis yang dicadangkan itu relevan dalam mewujudkan sinergi idea dan usaha untuk memacu pembangunan Sabah.

Beliau berkata demikian dalam pertemuan dengan jawatankuasa ad-hoc SPC yang diketuai Pengerusinya, Ar Rizal Ahmad Banjar di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) di sini pada Khamis.

Dalam pertemuan itu, Rizal turut memberi penerangan kepada Hajiji mengenai cadangan SPC dan menyerahkan memorandum kepada ketua menteri yang antara lain meminta agar golongan profesional di Sabah terlibat dalam hal inisiatif kerajaan untuk menghidupkan kembali pembangunan ekonomi dan sosial negeri.

Rizal berkata menerusi SPC, golongan profesional ingin melibatkan diri dan membantu kerajaan serta agensi berkaitan dalam penyusunan dasar dan garis panduan.

Pada masa ini, Sabah mempunyai kira-kira 5,000 golongan profesional yang berdaftar dalam pelbagai bidang termasuk arkitek, jurutera, juru ukur, peguam, akauntan dan doktor.

Turut hadir, ahli Majlis Penasihat Negeri Sabah (SEAC) yang diketuai Pengerusinya, Tan Sri David Chu.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/16/penubuhan-majlis-profesional-sabah-aspirasi-pelan-pembangunan-kerajaan-hajiji/feed/ 0 3099