Maju – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 10 Mar 2022 12:33:55 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Maju – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 SIWE 2022 Memperkasa Usahawan Wanita Bergerak Maju https://sabahmedia.com/2022/03/10/siwe-2022-memperkasa-usahawan-wanita-bergerak-maju/ https://sabahmedia.com/2022/03/10/siwe-2022-memperkasa-usahawan-wanita-bergerak-maju/#respond Thu, 10 Mar 2022 12:33:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12869
Read Time:55 Second

KOTA KINABALU: Kira-kira 200 peserta wakil daripada negeri-negeri di Malaysia menyertai Expo Usahawan Wanita Antarabangsa Malaysia Sabah (Sabah International Women Entreprenuer Expo (SIWE 2022) di Sabah International Convention Centre (SICC) dekat sini, hari ini.

SIWE 2022 dirasmikan oleh isteri Ketua Menteri Sabah, Datin Seri Juliah Salag.

Datin Seri Juliah Salag (tengah) bersama jemputan lain melakukan gimik perasmian SIWE 2022. – Foto Ihsan JKM

Expo kali kedua itu dianjurkan oleh Persatuan Industri Kecil Sederhana Usahawan Wanita Bumiputera Sabah (IKSnita Sabah), mempamerkan pelbagai perkhidmatan dan produk dari Sabah, Sarawak, Pulau Pinang, Perlis, Kedah, Johor, Terengganu dan lain-lain.

Expo selama tiga hari itu diadakan bertujuan memperkasa potensi golongan wanita sebagai usahawan bergerak maju ke depan, dalam merancakkan ekonomi keluarga dan negara, selaras dengan hala tuju “Sabah Maju Jaya”.

Juliah yang juga Yang Di-Pertua MUTIARA GRS turut meluangkan masa melawat booth pameran pelbagai produk dan perkhidmatan.

Antara agensi kerajaan yang turut serta dalam expo itu ialah Lembaga Pertubuhan Peladang Sabah, Lembaga Koko Malaysia, Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang, Mintred Sarawak, Lembaga Pertubuhan Peladang Kedah, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (Mafi), Risda, Fama dan lain-lain.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/10/siwe-2022-memperkasa-usahawan-wanita-bergerak-maju/feed/ 0 12869
Kerajaan Akan Pastikan Penjaja & Peniaga Kecil Terus Berkembang Maju https://sabahmedia.com/2021/12/28/kerajaan-akan-pastikan-penjaja-peniaga-kecil-terus-berkembang-maju/ https://sabahmedia.com/2021/12/28/kerajaan-akan-pastikan-penjaja-peniaga-kecil-terus-berkembang-maju/#respond Tue, 28 Dec 2021 10:57:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10404
Read Time:1 Minute, 29 Second

TAMBUNAN: Kerajaan akan memastikan penjaja dan peniaga kecil di negeri ini terus berkembang maju seperti sebelum wabak COVID-19 melanda.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata beliau menyedari bahawa sejak dua tahun lalu sukar bagi perniagaan kecil malah ramai yang terpaksa menutup kedai kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berterusan dilaksanakan ketika kerajaan memerangi penularan virus itu.

“Sekarang sektor ekonomi telah dibenarkan dibuka semula, kita semua boleh bernafas lega.

“Justeru, acara hari ini adalah bertujuan untuk memulakan aktiviti komersial di daerah ini dan membantu perniagaan tempatan kita dengan cara yang terbaik,” katanya pada perasmian acara Tamu Besar Tambunan, di sini, hari ini.

Jeffrey yang juga Ahli Parlimen Keningau dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambunan berkata, acara itu adalah inisiatif kerajaan untuk menguji keadaan dan perlahan-lahan memudahkan orang ramai kembali menjalani kehidupan seperti biasa, walaupun dengan prosedur operasi standard (SOP) masih berkuat kuasa.

“Kita mahu memulihkan ekonomi domestik kita dengan pesat tetapi harus ingat bahawa wabak itu belum berakhir dan kesihatan awam mesti kekal sebagai keutamaan kita pada setiap masa,” katanya.

Dalam pada itu, Jeffrey berkata, pejabatnya berdedikasi untuk menjadikan Tambunan sebagai hab penting untuk pertanian dan pelancongan di Sabah. Ini kerana daerah ini dikurniakan tanah yang subur dan sumber asli yang unik yang tidak terdapat di daerah lain.

Dalam pada masa yang sama, Jeffrey turut menyatakan mengenai peningkatan dalam jumlah ternakan yang berkeliaran di jalan awam selain dalam beberapa kes mengakibatkan kemalangan dan kehilangan nyawa serta harta benda.

“Susulan dengan perkara itu, saya menyokong penuh keputusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk menangkap kesemua ternakan yang ditinggalkan pemiliknya di jalan raya sebagai pengajaran untuk menjaga harta benda mereka dengan lebih baik,” tegasnya.

Beliau berkata, langkah itu akan memastikan Tambunan bersih ketika daerah itu bersiap sedia untuk menyambut kedatangan semula pelancong pada tahun depan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/28/kerajaan-akan-pastikan-penjaja-peniaga-kecil-terus-berkembang-maju/feed/ 0 10404