makanan laut – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 17 Mar 2026 16:18:27 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png makanan laut – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kesegaran makanan laut jadi tarikan utama pelancong di KK https://sabahmedia.com/2026/03/18/kesegaran-makanan-laut-jadi-tarikan-utama-pelancong-di-kk/ https://sabahmedia.com/2026/03/18/kesegaran-makanan-laut-jadi-tarikan-utama-pelancong-di-kk/#respond Tue, 17 Mar 2026 19:13:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=93452
Read Time:1 Minute, 5 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU: Keunikan dan kesegaran makanan laut di bandar raya Kota Kinabalu terus menjadi antara faktor utama menarik kehadiran pelancong ke negeri ini.

Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata, kelebihan itu banyak dipengaruhi oleh kedudukan ibu negeri yang terletak di pesisir pantai, sekali gus memudahkan akses kepada sumber makanan laut segar.

Beliau berkata, lokasi yang strategik itu juga membolehkan pelancong tidak perlu bergerak jauh untuk mendapatkan makanan laut berkualiti tinggi.

“Berbanding bandar raya besar lain yang memerlukan perjalanan jauh untuk menikmati hidangan makanan laut, Kota Kinabalu menawarkan kemudahan tersebut dalam jarak dekat, khususnya di sekitar kawasan bandar.

“Apabila pelawat datang ke sini, mereka mudah ke restoran-restoran makanan laut yang terkenal dengan kesegaran dan keenakan hidangan,”  katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) di sini pada Selasa.

Majlis itu turut dihadiri Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Joniston Bangkuai.

Sabin berkata, faktor kesegaran hasil laut yang diperoleh terus dari perairan sekitar Sabah turut menjadi kelebihan utama, sekali gus meningkatkan daya tarikan industri pelancongan negeri.

Katanya, keistimewaan itu bukan sahaja menarik pelancong antarabangsa, malah turut menjadi pilihan pengunjung dari Semenanjung dan Sarawak.

“Ini menjadikan makanan laut sebagai salah satu tarikan utama pelancong yang datang ke Kota Kinabalu,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/03/18/kesegaran-makanan-laut-jadi-tarikan-utama-pelancong-di-kk/feed/ 0 93452
Peniaga Sambut Baik Pembukaan Sempadan Negara, Harap Perniagaan Kembali Pulih Seperti Biasa https://sabahmedia.com/2022/04/01/peniaga-sambut-baik-pembukaan-sempadan-negara-harap-perniagaan-kembali-pulih-seperti-biasa/ https://sabahmedia.com/2022/04/01/peniaga-sambut-baik-pembukaan-sempadan-negara-harap-perniagaan-kembali-pulih-seperti-biasa/#respond Fri, 01 Apr 2022 09:33:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13751
Read Time:1 Minute, 47 Second

Kota Kinabalu — Rata-rata peniaga menyambut baik pembukaan sempadan negara yang bermula 12 tengah malam tadi, di mana negara beralih ke fasa peralihan ke endemik selepas lebih dua tahun berhadapan dengan cabaran pandemik COVID-19 yang menyaksikan pelbagai kawalan dan kekangan dilaksanakan.

Seorang Peniaga di Pasar Ikan Masin, Kota Kinabalu Sabah yang ditemui Sabah Media turut melahirkan rasa syukurnya di atas pembukaan sempadan negara dimana ianya akan dapat meningkatkan hasil jualan dan pendapatan peniaga-peniaga tempatan.

Yusuf Faster, yang menjalankan perniagaan produk hasilan laut di lot no 20, Pasar Ikan Masin itu berkata dengan kemasukan lebih ramai pelancong, insyaallah kita sudah dapat menjalankan aktiviti kita seperti biasa

“ Kita boleh berniaga balik macam dahululah, di mana ramai pelanggan datang terutama dari semenanjung, sarawak serta beberapa negara jiran kita”

Menurutnya lagi, kawasan tempatnya menjalankan perniagaan itu merupakan tempat tumpuan pelancong, di mana orang ramai datang membeli produk yang sinonim dengan sabah seperti Ikan bilis mata biru, amplang dan ikan masin namun perniagaan mereka terjejas ekoran penulan wabak covid-19 dan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di mana agak sukar untuk para pelancong dan pelanggan mereka datang berkunjung.

“ Semasa PKP dahulu, kami cuba menjalankan perniagaan seperti biasa, namun tidak ada orang yang datang membeli, dan kini kami berharap dengan pembukaan kembali pintu sempadan negara yang bermula hari ini, aktiviti-aktiviti perniagaan kami dapat kembali seperti dahulu.

“ dan kini, pintu sempadan dah dibuka, keadaan sudah semakin pulih, insyaalah tempat ini akan ramai seperti biasa katanya.

Semalam, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji berkata Kerajaan Negeri melalui Lembaga Pelancongan Sabah (STB) secara agresif meneruskan penyambungan semula lebih 200 penerbangan terus antarabangsa ke Sabah, ketika negara membuka sempadan antarabangsanya mulai 1 April 2022

Katanya Sebelum wabak, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) telah menguruskan 236 penerbangan antarabangsa secara terus dari 22 bandar.

Tambahnya STB telah bekerjasama dengan pemain industri pelancongan untuk mengadakan penglibatan maya, ekspo perjalanan, promosi dan latihan mengenai kemas kini destinasi seperti sebagai mewujudkan semula perdagangan dan keyakinan pelancong dengan banyak negara.

“Saya menggesa pemain industri dan pihak berkepentingan untuk bekerjasama bagi memastikan kegemilangan dahulu pelancongan Sabah meningkat dan kekal sebagai salah satu destinasi pelancongan yang menarik di Malaysia katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/01/peniaga-sambut-baik-pembukaan-sempadan-negara-harap-perniagaan-kembali-pulih-seperti-biasa/feed/ 0 13751