Maklum – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 29 Jan 2022 09:13:04 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Maklum – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 KPM Ambil Maklum Tentang Cadangan Bina Asrama Sekolah Di Kiulu https://sabahmedia.com/2022/01/29/kpm-ambil-maklum-tentang-cadangan-bina-asrama-sekolah-di-kiulu/ https://sabahmedia.com/2022/01/29/kpm-ambil-maklum-tentang-cadangan-bina-asrama-sekolah-di-kiulu/#respond Sat, 29 Jan 2022 09:13:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11714
Read Time:1 Minute, 30 Second

TUARAN: Jabatan Pendidikan memberi kebenaran untuk membina asrama yang telah lama tertangguh untuk Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Fuad Stephens di Kiulu, di sini.

Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Mohamad Alamin mengambil maklum perkara itu selepas membaca mengenai kesusahan pelajar di media.

“Apabila saya membaca mengenai kelewatan memberi kelulusan pembinaan asrama yang dibangkitkan oleh Adun Kiulu Datuk Joniston (Bangkuai), saya segera meminta Jabatan Pendidikan untuk meneliti perkara itu,” kata Mohamad.

Beliau berkata demikian ketika melawat Sekolah Kebangsaan (SK) Giok di Kampung Giok di sini, pada Sabtu. Lawatan beliau termasuk meninjau lokasi cadangan bangunan baharu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nabalu iaitu bersebelahan sekolah rendah.

Turut hadir Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai, timbalan ketua pengarah pendidikan Datuk Pkharuddin Ghazali dan pengarah pendidikan Sabah Datuk Dr Mistrine Radin.

Semasa lawatan itu, Joniston juga telah mengemukakan secara peribadi perkara itu dan bercakap dengan Pkharuddin dan Mistrine mengenainya.

“Susulan perbincangan kami, mereka menyedari keperluan untuk asrama. Pelajar luar bandar akan mendapat manfaat yang besar daripada pembangunan ini, kerana ia akan mengurangkan beban pelajar yang tinggal jauh dari sekolah mereka.

“Apabila pembinaan itu direalisasikan dan siap, ia akan memberi manfaat kepada 80 pelajar, yang tidak lagi perlu menyewa bilik daripada penduduk kampung,” kata Joniston.

Dalam artikel berita bertarikh 27 Jan, Joniston menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) meluluskan cadangan asrama SMK Tun Fuad Stephens yang telah lama tertangguh dengan segera.

Tahun lalu, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu menghantar surat kepada Jabatan Pendidikan Sabah.

Surat itu juga telah dimajukan kepada Kementerian Pendidikan, tetapi tiada jawapan diterima.

Disebabkan ketiadaan asrama, ramai pelajar luar bandar terpaksa menyewa bilik di rumah penduduk berhampiran dan berdekatan dengan sekolah mereka.

Susulan daripada isu yang dihadapi oleh pelajar, Joniston turut tampil membantu meringankan beban dengan membantu pembayaran sewa bilik pelajar.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/29/kpm-ambil-maklum-tentang-cadangan-bina-asrama-sekolah-di-kiulu/feed/ 0 11714
KOSAN telah maklum lebih awal dan masa yang cukup kepada penyewa-penyewa untuk pengosongan https://sabahmedia.com/2021/08/01/kosan-telah-maklum-lebih-awal-dan-masa-yang-cukup-kepada-penyewa-penyewa-untuk-pengosongan/ https://sabahmedia.com/2021/08/01/kosan-telah-maklum-lebih-awal-dan-masa-yang-cukup-kepada-penyewa-penyewa-untuk-pengosongan/#respond Sun, 01 Aug 2021 09:03:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3914
Read Time:1 Minute, 12 Second

KOTA KINABALU: Pengerusi Koperasi Serbaguna SANYA Berhad (KOSAN), Datuk Ellron Angin berkata dalam satu kenyataan media hari ini menjelaskan mengenai dakwaan penyewa bahawa cara pengosongan tersebut secara tergesa-gesa adalah tidak benar kerana penyewa telah dimaklumkan melalui surat bertarikh 14 Mac 2019 lagi. Jangka pengosongan adalah selama 3 bulan.

Walaubagaimanapun kebanyakan penyewa telah memohon kepada KOSAN agar tempoh pengosongan dilanjutkan sehingga Disember 2019. Dan ia dipersetujui.

“Dalam jangka waktu ini, penyewa-penyewa telah diberikan masa yang mencukupi untuk mengosongkan bangunan.

“Memandangkan akibat penularan COVID 19, maka pengosongan tidak berjalan lancar yang melibatkan sebilangan kecil sahaja penyewa yang masih berada di bangunan tersebut sehingga tarikh akhir pengosongan pada 24 Julai 2021,” katanya.

Ellron yang juga Menteri Belia dan Sukan Sabah menyatakan bahawa KOSAN, di dalam Mesyuarat Agung Tahunan Ke-30, yang telah diadakan pada 29 Jun 2013, telah meluluskan cadangan untuk membangunkan tanah-tanah milik KOSAN.

“Selaras dengan itu, bagi Pembangunan Tanah Wisma KOSAN, Likas ianya telah ditandatangani pada 24 Ogos 2015, dimana terletaknya Wisma KOSAN adalah tanah yang dimiliki oleh KOSAN sendiri dan bukanlah tanah Kerajaan,” jelasnya.

Berikutan dengan pembangunan ini akan memberi manfaat dan keuntungan kepada anggota-anggota KOSAN serta rakyat Negeri Sabah dimana bangunan yang akan dibangunkan mengandungi “apartment” mampu milik, ruang pejabat serta lot-lot kedai.

Katanya, pembangunan Tanah Wisma KOSAN Likas, ini telah dibentang, dibincang dan diluluskan oleh anggota-anggota KOSAN didalam Mesyuarat Agung Tahunan Ke 34, yang telah diadakan pada 19 Ogos 2017.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/01/kosan-telah-maklum-lebih-awal-dan-masa-yang-cukup-kepada-penyewa-penyewa-untuk-pengosongan/feed/ 0 3914