Malaysia brunei – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 15 Aug 2025 23:33:22 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Malaysia brunei – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kerjasama dakwah Malaysia–Brunei semakin kukuh – Exco Agama Sabah https://sabahmedia.com/2025/08/16/kerjasama-dakwah-malaysia-brunei-semakin-kukuh-exco-agama-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/08/16/kerjasama-dakwah-malaysia-brunei-semakin-kukuh-exco-agama-sabah/#respond Fri, 15 Aug 2025 23:33:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=79343
Read Time:1 Minute, 6 Second

Kota Kinabalu :  Hubungan persaudaraan Islam dan kerjasama dalam bidang dakwah antara Malaysia dan Brunei terus diperkukuh menerusi penganjuran majlis makan malam bagi meraikan rombongan Pusat Dakwah Islamiah Brunei Darussalam di sini, malam tadi.

Majlis yang berlangsung di salah sebuah hotel terkemuka itu dihadiri Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Arif dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Datuk Jumain Abdul Ghani.

Hadir sama pegawai kanan, pendakwah, serta jemputan khas dari kedua-dua negara.

Arifin berkata, kehadiran rombongan Brunei disifatkan sebagai simbol kekuatan ukhuwah Islamiah yang melangkaui batas sempadan negara.

Dalam ucapan alu-aluannya, Arifin berkata, Kerajaan Negeri Sabah menzahirkan rasa syukur dan kegembiraan atas peluang bertemu dalam majlis berkenaan.

“Kehadiran saudara-saudari seagama dari Brunei amat bermakna. Islam mengajarkan bahawa kita semua adalah bersaudara. Perjalanan memeluk Islam adalah satu nikmat besar yang datang bersama tanggungjawab untuk saling membimbing, membantu, dan menyokong dalam menghadapi cabaran hidup sebagai Muslim.

“Majlis ini bukan sekadar platform untuk menjamu selera, malah menjadi jambatan memperkukuh kerjasama dalam bidang dakwah, pendidikan, dan pembangunan ummah antara Malaysia dan Brunei,” katanya.

Arifin yang juga Exco Pendidikan dan Agama turut merakamkan penghargaan kepada rombongan Pusat Dakwah Islamiah Brunei atas kesudian hadir pada majlis itu.

Beliau berharap hubungan baik yang terjalin akan terus dipelihara serta dirahmati Allah SWT. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/16/kerjasama-dakwah-malaysia-brunei-semakin-kukuh-exco-agama-sabah/feed/ 0 79343
Pertemuan ALC kukuhkan lagi hubungan Malaysia-Brunei https://sabahmedia.com/2024/08/26/pertemuan-alc-kukuhkan-lagi-hubungan-malaysia-brunei/ https://sabahmedia.com/2024/08/26/pertemuan-alc-kukuhkan-lagi-hubungan-malaysia-brunei/#respond Mon, 26 Aug 2024 08:08:16 +0000 https://sabahmedia.com/?p=59685
Read Time:53 Second

Bandar Seri Begawan: Rundingan Pemimpin Tahunan (ALC) ke-25 Malaysia-Brunei menjadi petanda baik untuk penyatuan kerjasama yang saling menguntungkan dan menang-menang antara kedua buah negara.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata ia membolehkan kedua-dua negara meneruskan kerjasama meluas dalam konteks hubungan Malaysia-Brunei yang kukuh dan  juga Sabah-Brunei.

Hajiji mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke ALC ke-25 Malaysia-Brunei Darrusalam, pertemuan peringkat tertinggi kedua-dua negara yang diadakan di Istana Nurul Iman, di sini hari ini.

Di ALC, pemimpin kedua-dua negara – Brunei yang diketuai oleh Sultan Hassanal Bolkiah, menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman dan Instrumen Dua Hala antara Kerajaan Malaysia dan Brunei Darrusalam.

Selain meneroka peluang baharu untuk manfaat bersama, kemajuan kerjasama dua hala sedia ada turut dibincangkan dalam pertemuan itu.

Dalam lawatan itu, Perdana Menteri antara lain diiringi oleh Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan beberapa menteri kanan Persekutuan serta negeri. – SABAH MEDIA 

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/26/pertemuan-alc-kukuhkan-lagi-hubungan-malaysia-brunei/feed/ 0 59685