malaysia indonesia – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 21 Aug 2025 02:37:57 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png malaysia indonesia – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Perhimpunan khas kukuhkan kerjasama islamiah Malaysia-Indonesia https://sabahmedia.com/2025/08/21/perhimpunan-khas-kukuhkan-kerjasama-islamiah-malaysia-indonesia/ https://sabahmedia.com/2025/08/21/perhimpunan-khas-kukuhkan-kerjasama-islamiah-malaysia-indonesia/#respond Thu, 21 Aug 2025 02:37:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=79750
Read Time:1 Minute, 42 Second

Kota Kinabalu :  Hubungan ukhuwah Islamiah antara dua negara serumpun, Malaysia dan Indonesia, terus diperkukuh melalui penganjuran Perhimpunan Khas Agensi Islam Sabah bersama Al Jam’iatul Washliyah Indonesia.

Perhimpunan itu disempurnakan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ruslan Muharam di Wisma Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) di sini baru-baru ini.

Ruslan ketika berucap berkata, majlis itu menjadi titik pertemuan penting yang bukan hanya bersifat simbolik, tetapi juga strategik dalam memperluas jaringan dakwah, pendidikan dan kerjasama keilmuan rentas sempadan.

Beliau turut menyifatkan program itu sebagai platform inklusif dan progresif untuk pertukaran pandangan serta pemindahan kepakaran dalam usaha memperkasakan umat Islam di rantau ini.

“Perhimpunan ini melangkaui pertemuan rasmi antara dua institusi Islam. Ia adalah lambang ukhuwah, kerjasama strategik, serta semangat keilmuan yang menyatukan kita di atas dasar agama, tanpa sempadan geografi,” katanya.

Perhimpunan ini menghimpunkan pelbagai agensi Islam di Sabah termasuk Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA), JAKIM Cawangan Sabah, Perbadanan Baitulmal Sabah, serta delegasi khas dari Al Jam’iatul Washliyah Indonesia.

Ruslan berkata, program itu dimanfaatkan sebagai wadah mempertemukan pemimpin agama, pendakwah, serta tokoh pendidikan Islam dari kedua-dua negara dalam suasana penuh muhibah.

“Ini dapat membuka ruang luas untuk bertukar pandangan dan idea dakwah; perkongsian kepakaran dalam pendidikan Islam dan merintis peluang kolaborasi dalam pembangunan modal insan dan ekonomi ummah

“Cabaran umat Islam hari ini semakin kompleks, justeru penting untuk kita bersatu hati. Melalui platform seperti ini, kita mampu membentuk kefahaman Islam yang sederhana, relevan, dan membawa rahmat kepada seluruh alam,” katanya lagi.

Tambah beliau, kehadiran tokoh-tokoh penting dari Al Jam’iatul Washliyah Indonesia turut disifatkan sebagai tanda kasih sayang dan kesetiaan institusi tersebut terhadap perkembangan Islam di Sabah.

Menurutnya lagi, pengiktirafan turut diberikan atas sumbangan besar organisasi itu selama hampir lima dekad dalam melahirkan ramai pemimpin agama dan pendidik yang kini memainkan peranan penting dalam pentadbiran agama Islam di negeri ini.

“Dari guru, pengetua, hingga pengarah jabatan dan menteri agama – inilah bukti kejayaan sistem pendidikan Islam yang didokong bersama,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/21/perhimpunan-khas-kukuhkan-kerjasama-islamiah-malaysia-indonesia/feed/ 0 79750
Malaysia, Indonesia mulakan Eksesais Kekar Malindo di Tawau, Kalabakan https://sabahmedia.com/2023/10/23/malaysia-indonesia-mulakan-eksesais-kekar-malindo-di-tawau-kalabakan/ https://sabahmedia.com/2023/10/23/malaysia-indonesia-mulakan-eksesais-kekar-malindo-di-tawau-kalabakan/#respond Mon, 23 Oct 2023 11:17:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=44072
Read Time:1 Minute, 11 Second

BERNAMA

Tawau : Sebanyak 647 pegawai dan anggota Tentera Darat Malaysia serta Angkatan Darat Tentera Nasional Indonesia memulakan Eksesais Kekar Malindo hari ini yang dilaksanakan sekitar Tawau dan Kalabakan.

Panglima Briged ke-13 Infantri Malaysia Brig Jen Hashim Osman berkata eksesais bilateral selama sembilan hari itu dilaksanakan bagi meningkatkan keupayaan Malaysia dan Indonesia dalam latihan secara gabungan untuk konteks peperangan konvensional di fasa ofensif.

“Selain meningkatkan persefahaman serta hubungan baik kerjasama, latihan bilateral seumpama akan dapat meningkatkan tahap kompetensi pegawai dan anggota dari segi taktik dan prosedur membabitkan aspek teknikal,” katanya berucap pada pembukaan Eksesais Kekar Malindo siri 46AB/2023 di Kem Kukusan di sini.

Katanya konsep eksesais adalah latihan silang serta latihan medan, justeru pasukan pasukan bantuan tempur Formasi 5 Divisyen seperti armor, jurutera dan artileri medan selain elemen-elemen bantuan khidmat di bawah naungan Briged ke-13 Infantri Malaysia juga terlibat bagi merealisasikan keupayaan tempur semasa.

Hashim berkata konsep ‘learn and relearn’ perlu sentiasa diadaptasi serta diaplikasi dalam setiap latihan yang dilaksanakan, dan eksesais secara gabungan seumpama itu merupakan medium terbaik mengenal pasti kelemahan atur gerak meningkatkan kesefahaman taktikal kedua-dua negara.

Sementara itu, Komandan Batalion Infantri 613 Raja Alam, Tarakan, Indonesia, Let Kol Danan Wisnubrata berkata eksesais itu mewujudkan hubungan bilateral yang dilandasi rasa saling percaya dan hormat selain meningkatkan ilmu ketenteran antara perajurit dua negara.

Briged ke-13 Infantri Malaysia dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan eksesais itu diadakan hingga 1 Nov ini. — FOTO BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2023/10/23/malaysia-indonesia-mulakan-eksesais-kekar-malindo-di-tawau-kalabakan/feed/ 0 44072
Hubungan baik Malaysia, Indonesia terus diperkukuh dalam pelbagai bidang https://sabahmedia.com/2023/08/17/hubungan-baik-malaysia-indonesia-terus-diperkukuh-dalam-pelbagai-bidang/ https://sabahmedia.com/2023/08/17/hubungan-baik-malaysia-indonesia-terus-diperkukuh-dalam-pelbagai-bidang/#respond Thu, 17 Aug 2023 06:10:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=40236
Read Time:1 Minute, 37 Second

Kota Kinabalu :  Hubungan baik dua negara antara Malaysia dan Indonesia khususnya Kerajaan Sabah semakin kukuh menerusi pelbagai bidang selain pembukaan ibu kota Nusantara di kepulauan Borneo mulai tahun depan.

Konsul Jenderal Republik Indonesia Kota Kinabalu, Rafail Walangitana berkata, ia juga dapat dijalin menerusi hubungan kerjasama perdagangan, ekonomi, sosial dan budaya yang semakin meningkat.

“Pada hari ini kita memperingati kemerdekaan Indonesia di Sabah meskipun jauh dari tanah air.  Kebanyakkan rakyat Indonesia yang ada di negeri ini hampir 130,000 orang adalah yang bekerja di sektor peladangan dan lain-lain lagi.

“Tentu sekali kita mengharapkan bahawa hubungan baik antara dua negara Malaysia dan Indonesia khususnya Kerajaan Sabah ini semakin meningkat dari tahun ke tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Peringatan Hari Ulang Tahun Ke-78 Kemerdekaan Republik Indonesia di Konsulat Jenderal Republik Indonesia (KJRI) Kota Kinabalu di sini hari ini.

Rafail berkata, pihaknya turut menasihati kepada semua warga negara itu yang berada di negeri ini untuk sentiasa menjaga jati diri selain kesopanan serta martabat warganegara Indonesia yang ada di negara asing.

“Oleh itu, kita minta semua warga Indonesia yang ada di sini untuk sentiasa bersikap dengan baik, bekerja dengan baik, sopan santun dan mengikuti segala peraturan yang ada di negeri ini khususnya dan di Malaysia secara umum.

“Kita juga mengharapkan kerjasama ini semakin membangun selain kita juga berharap aka nada Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) kerana kita belum memiliki untuk sempadan darat, kita hanya memiliki sempadan laut dari Tawau ke Nunukan.

“InsyaAllah dengan pembukaan CIQ disempadan ini akan dapat melancarkan lagi hubungan individu kepada individu dan juga perdagangan,” katanya.

Dalam pada itu, Rafail turut merakamkan penghargaan terima kasih kepada Kerajaan Sabah yang banyak memberikan sumbangan dan memberi perhatian kepada warganegara Indonesia yang tinggal dan bekerja di negeriini.

“Harapan saya kerjasama ini akan terus berlanjutan ke depan dengan baik, itu yangs aya harapkan dan kepada warganegara Indonesia teruslah menjaga kesopanan sebagai warga Indonesia yang baik,” katanya. – SABAH MEDIA.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/08/17/hubungan-baik-malaysia-indonesia-terus-diperkukuh-dalam-pelbagai-bidang/feed/ 0 40236