malaysia jepun sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 07 Nov 2023 03:52:47 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png malaysia jepun sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sabah harap kerjasama dalam pelbagai bidang dapat dilaksanakan dengan Jepun https://sabahmedia.com/2023/11/07/sabah-harap-kerjasama-dalam-pelbagai-bidang-dapat-dilaksanakan-dengan-jepun/ https://sabahmedia.com/2023/11/07/sabah-harap-kerjasama-dalam-pelbagai-bidang-dapat-dilaksanakan-dengan-jepun/#respond Tue, 07 Nov 2023 00:51:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=44827
Read Time:1 Minute, 25 Second

Tambunan : Kerajaan Sabah berharap lebih banyak program kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk berkaitan sains dan teknologi dapat dilaksanakan bersama negara Jepun.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, bagi tujuan itu pihaknya akan mencari jalan untuk menjalin hubungan kerjasama dari pelbagai sudut termasuk pertukaran kemahiran.

“Kita berharap program yang diadakan ini akan dapat membuka jalan hubungan kita dengan Jepun dari bidang-bidang lain termasuk bidang sains dan teknologi.

“Saya harap kita dapat mencari jalan bagaimana untuk menjalin hubungan ini dari sudut pendidikan, pertukaran kemahiran selain memperkasa sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) khususnya di Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan pameran seni Lukis kanak-kanak Malaysia – Jepun 2023 di Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Tambunan di sini semalam.

Arifin berkata, hasrat untuk menjalin kerjasama itu berdasarkan negara itu (Jepun) merupakan satu negara yang berada dihadapan dalam bidang STEM.

Terdahulu, pameran seni lukis kanak-kanak Malaysia-Jepun itu telah diadakan sejak tahun 2001 di daerah Tuaran dan pada tahun ini, daerah Tambunan telah dipilih untuk mengadakan pameran ini.

Majlis itu merupakan bukti jelas akan keberhasilan kerjasama antara NPO Corporation MAY Asaka Center (MAY Library), Perpustakaan Negeri Sabah dan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dalam mengeratkan lagi hubungan persahabatan antara Malaysia dan Jepun.

Arifin ketika berucap berkata, pameran itu tidak hanya menyentuh hati dengan keindahan karya seni kanak- kanak, tetapi juga membawa mesej penting kepada semua iaitu persahabatan dan kesefahaman adalah kunci utama kepada keamanan antara dua negara ini.

“Ia turut sejajar dengan tema pameran ini iaitu ‘Friendly Relationship Through Pictures’ yang begitu relevan dan bermakna serta mengingatkan kita bahawa kesefahaman dan hubungan dua hala antara Malaysia dan Jepun adalah aset yang berharga dan perlu dipelihara,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2023/11/07/sabah-harap-kerjasama-dalam-pelbagai-bidang-dapat-dilaksanakan-dengan-jepun/feed/ 0 44827