Malaysia Madani – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 14 Sep 2025 22:45:28 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Malaysia Madani – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Hayati Hari Malaysia dengan penuh semangat patriotisme  https://sabahmedia.com/2025/09/15/hayati-hari-malaysia-dengan-penuh-semangat-patriotisme/ https://sabahmedia.com/2025/09/15/hayati-hari-malaysia-dengan-penuh-semangat-patriotisme/#respond Sun, 14 Sep 2025 22:45:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=81258
Read Time:1 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU:  Rakyat di negeri ini diseru untuk terus menjiwai erti sebenar Hari Malaysia dan meraikannya dengan semangat patriotisme serta kecintaan yang mendalam.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, 16 September merupakan tarikh keramat iaitu hari penubuhan Malaysia. 

“Marilah kita pastikan perpaduan dan keharmonian rakyat berbilang kaum dan agama terus terpelihara serta berkekalan di bumi bertuah ini.

“Sebagai rakyat Malaysia, kita amat berbangga dan mesti sentiasa mengingati hari bersejarah ini kerana ia menandakan detik negara kita menjadi berdaulat dan merdeka,” katanya dalam perutusan Hari Malaysia di sini. 

Hajiji berkata, pembentukan Malaysia telah membawa pelbagai nikmat dan manfaat kepada semua lapisan masyarakat di negara ini.  

“Namun, perjalanan membina negara masih panjang, penuh dengan cabaran serta rintangan yang harus dihadapi. 

“Hanya dengan adanya kesatuan, kebersamaan dan perpaduan demi kepentingan tanah air, segala cabaran ini dapat diatasi,” katanya. 

Sehubungan itu, Hajiji mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk menghayati tema Hari Malaysia tahun ini, ‘Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni”, yang mencerminkan keprihatinan serta komitmen kerajaan terhadap kebajikan rakyat berdasarkan prinsip Malaysia MADANI. 

Ia juga selaras dengan Hala Tuju Sabah Maju Jaya yang menekankan kesejahteraan rakyat, keadilan, perpaduan serta pembangunan saksama untuk semua lapisan masyarakat. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/15/hayati-hari-malaysia-dengan-penuh-semangat-patriotisme/feed/ 0 81258
Seminar Kefahaman Malaysia Madani Perkukuh Agenda Sabah Maju Jaya https://sabahmedia.com/2025/01/06/seminar-kefahaman-malaysia-madani-perkukuh-agenda-sabah-maju-jaya/ https://sabahmedia.com/2025/01/06/seminar-kefahaman-malaysia-madani-perkukuh-agenda-sabah-maju-jaya/#respond Mon, 06 Jan 2025 07:56:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=66568
Read Time:1 Minute, 10 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Dalam usaha mendukung aspirasi Malaysia Madani seiring dengan agenda Sabah Maju Jaya, University College Sabah Foundation (UCSF) hari ini menganjurkan Seminar Kefahaman Malaysia Madani.

Program ini melibatkan kerjasama strategik antara UCSF, Yayasan Sabah, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), serta beberapa agensi kerajaan yang diadakan di Dewan UCSF.

Seminar tersebut dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat, termasuk pegawai awam, pelajar, dan wakil agensi kerajaan.

Dr Zulkifli menyampaikan ucapannya mengenai Kefahaman Malaysia Madani.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr. Zulkifli Hasan berkata, konsep Malaysia Madani bersifat inklusif dan universal, sejajar dengan visi Sabah Maju Jaya.

“Sabah, dengan keunikan dan keharmonian antara kaum, mampu menjadi model kepada konsep Madani di peringkat nasional,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan seminar tersebut.

Dr Zulkifli turut menekankan pentingnya penglibatan golongan belia dalam pelaksanaan agenda ini.

“Anak muda adalah aset penting negara, dan penyertaan mereka dalam pelbagai program akan menjadi pemangkin kepada masa depan Malaysia Madani,” tambahnya.

Dr. Zulkifli memuji kerjasama antara agensi agama di Sabah, termasuk Majlis Ugama Islam Negeri Sabah dan Jabatan Mufti Sabah, yang telah berjaya mencipta keseimbangan sosial sebagai inspirasi kepada negeri-negeri lain.

Beliau juga menegaskan perlunya pelaksanaan konsep Madani secara praktikal, bukan sekadar retorik.

“Sabah bersedia menjadi peneraju kepada Malaysia Madani yang nyata, membuktikan bahawa konsep ini dapat direalisasikan melalui tindakan konkrit,” ujar beliau lagi.

Majlis turut dihadiri Naib Canselor UCSF, Dr Rafiq Idris.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/01/06/seminar-kefahaman-malaysia-madani-perkukuh-agenda-sabah-maju-jaya/feed/ 0 66568
Fahami, jayakan Al Falah pemacu Malaysia Madani https://sabahmedia.com/2024/07/07/fahami-jayakan-al-falah-pemacu-malaysia-madani/ https://sabahmedia.com/2024/07/07/fahami-jayakan-al-falah-pemacu-malaysia-madani/#respond Sun, 07 Jul 2024 08:08:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=57179
Read Time:2 Minute, 11 Second

PAPAR:   Rakyat perlu memahami dan menjayakan saranan tema sambutan Maal Hijrah tahun ini iaitu ‘AI-falah Pemacu Malaysia Madani’.

Tema tersebut amat relevan dan selari dengan tuntutan semasa memandangkan azan solat yang dikumandangkan lima waktu setiap hari mengajak seluruh umat Islam supaya menuju atau mencapai kemenangan dan kejayaan menerusi kalimat ‘Hayya ‘Alal Falah’.

Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin berkata, pengertian al-falah yang diterjemahkan dalam kehidupan berupaya menjadi sumber kekuatan ummah Madani dengan masa depan yang lebih cemerlang.

“Apabila kalimat al-falah difahami dan dihayati sehingga maksud dan tuntutannya dapat diterjemahkan dalam realiti kehidupan, ia akan menjadi sumber kekuatan serta pembakar semangat bagi memacu aspirasi Malaysia Madani yang mengarah kepada mewujudkan keadaan dan suasana kehidupan masa hadapan yang lebih baik dan cemerlang.

“Sesungguhnya kejayaan sesebuah negara tidak dicapai dalam sehari, tetapi melalui usaha yang berterusan dan komitmen semua pihak dari kepimpinan yang berwawasan hingga kepada penglibatan aktif rakyat. 

“Setiap elemen memainkan peranan penting, terutama dalam memacu kejayaan negeri mahupun negara. 

“Dengan menggabungkan kekuatan dalam pelbagai aspek, sesebuah negara boleh mencapai kejayaan yang mampan serta menyeluruh dan memastikan kesejahteraan serta kemakmuran rakyat dapat dicapai.

“Justeru, tuntutlah ilmu, tanamkan usaha, iringi dengan doa dan bertawakkallah kepada Allah untuk menuai kejayaan di masa akan datang,” katanya.

Tun Juhar berkata demikian dalam perutusan sempena Majlis Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Negeri Sabah 1446H/2024M di Dewan Masyarakat Papar, di sini hari ini

Tun Juhar percaya kehadiran umat Islam ke majlis itu bukanlah sekadar ingin menjayakan majlis semata-mata, tetapi yang lebih penting adalah semangat dan iltizam ummah untuk mengukuhkan lagi ukhuwah Islamiah sekaligus usaha memantapkan perpaduan ummah yang tidak sunyi daripada gugatan gejala perpecahan. 

“Iltizam serupa ini adalah antara nilai mulia yang dapat menyemarakkan semangat Maal Hijrah untuk melakukan perubahan serta pembaharuan dari semua aspek demi mencapai sesuatu yang lebih baik dan bermakna di Sisi Allah SWT. 

“Allah SWT mengurniakan kebajikan serta pahala bagi setiap niat yang mengarah kepada kebaikan meskipun kebaikan yang diniatkan itu belum lagi dilaksanakan sebagaimana mafhum surah anNisaa’ ayat 100.

“Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang luas dan rezeki yang banyak; dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di Sisi Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

“Maka dengan amanat ini, saya mengharapkan serta mendoakan semoga rakyat negeri ini terus bersatu padu dan menikmati kemajuan di bawah lembayung gagasan Malaysia Madani dan Sabah Maju Jaya,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/07/fahami-jayakan-al-falah-pemacu-malaysia-madani/feed/ 0 57179
Pelbagai kaum di Sabah sertai Tarian Singa dan Naga, contoh konsep Malaysia Madani – Nizam https://sabahmedia.com/2023/11/11/pelbagai-kaum-di-sabah-sertai-tarian-singa-dan-naga-contoh-konsep-malaysia-madani-nizam/ https://sabahmedia.com/2023/11/11/pelbagai-kaum-di-sabah-sertai-tarian-singa-dan-naga-contoh-konsep-malaysia-madani-nizam/#respond Sat, 11 Nov 2023 12:02:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=45074
Read Time:1 Minute, 14 Second

KOTA KINABALU: Kepelbagaian masyarakat pelbagai kaum menyertai pertandingan ‘ Tarian Singa dan Naga’ mencerminkan Sabah sebagai contoh kepada konsep Malaysia Madani di negara ini.

Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, jika dahulu tarian ini hanya terhad kepada masyarakat Cina namun kini ia sudah menarik minat minat masyarakat pelbagai kaum menyertainya.

Katanya, sebagai contoh di Sabah, kaum Kadazan Dusun, Bajau serta masyarakat lain menyertainya sekali gus ini menunjukkan satu budaya serta warisan perlu dikekalkan di masa depan.

“Kita semua maklum, tarian singa dan naga ini keunikannya cukup tinggi nilainya. Peredaran masa menyaksikan penyertaan tarian ini tidak terhad kepada kalangan masyarakat Cina.

“Ini jelas menunjukkan tradisi ini merupakan satu kombinasi yang sempurna sebagai langkah mempromosikan kebudayaan negeri Sabah yang begitu unik selaras dengan konsep Malaysia Madani,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Tarian Singa Tongma kali ke-2 peringkat negeri Sabah di sini hari ini.

Ketika berucap menyentuh pertandingan Tarian Singa dan Naga ini Nizam berkata, penganjuran acara ini bukan hanya mempromosikan Tarian Singa malah kebudayaan masyarakat cina secara tidak langsung dapat ditonjolkan.

“Apa yang penting, ia juga membawa makna besar kepada negeri Sabah untuk menuju ke arah penyatuan semua masyarakat berbilang kaum serta etnik besar di negeri ini.

“Saya begitu gembira kerana terdapat penyertaan luar termasuk pasukan Singa Tung-Fatt Kuching Sarawak sekali gus acara ini sangat dinantikan serta sangat berprestij,” jelas Nizam.

Di majlis tersebut, Nizam mengumumkan menyalurkan sumbangan peribadi sebanyak RM10,000 sebagai komitmennya dalam memperkasakan pertandingan ini di masa depan.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/11/11/pelbagai-kaum-di-sabah-sertai-tarian-singa-dan-naga-contoh-konsep-malaysia-madani-nizam/feed/ 0 45074
Ilmu, perpaduan perlu menjadi fokus Malaysia Madani https://sabahmedia.com/2023/08/16/ilmu-perpaduan-perlu-menjadi-fokus-malaysia-madani/ https://sabahmedia.com/2023/08/16/ilmu-perpaduan-perlu-menjadi-fokus-malaysia-madani/#respond Wed, 16 Aug 2023 05:20:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=40181
Read Time:1 Minute, 22 Second

Sipitang :   Nilai ilmu pengetahuan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat khususnya di negeri ini perlu sentiasa diamalkan selain menjadi fokus kepada gagasan Malaysia Madani.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Mohd Arifin Arif berkata, dua perkara itu menjadi tonggak utama bagi mencapai tamadun peradaban dan kemajuan negara.

“Saya tekankan dua perkara berhubung dengan gagasan Malaysia Madani yang dibawa oleh Perdana Menteri yang menjadi bahagian dari tema sambutan hari kebangsaan pada tahun ini yang merujuk kepada nilai ilmu pengetahuan dan juga perpaduan.

“Dua perkara ini amat penting yang mana usaha kita ke arah itu hendaklah menjadi asas dan fokus kerana ilmu pengetahuan dan perpaduan amatlah penting menjadi tonggak utama dalam kita mencapai tamadun peradaban dan kemajuan bagi negara kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Infiesta Integrasi dan Pelancaran Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) Daerah Sipitang, di sini baru-baru ini.

Arifin berkata, Sabah dan Sarawak yang mempunyai pelbagai kaum dan etnik menjadi antara contoh kepada perpaduan yang sedia terjalin.

“Ini kerana kita terdiri daripada pelbagai agama, pelbagai suku kaum sub-sub etnik dan sebagainya bersatu di bawah satu bumbung negara kita yang tercinta Malaysia,” katanya.

Arifin Arif

Arifin yang juga Exco Komunikasi dan Digital Sabah berharap agar program Konvoi KMJG yang menggabungkan Sabah, Sarawak dan Labuan dapat menjana semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat.

“Mudah-mudahan program ini akan dapat menjana semangat rakyat yang mana setiap daerah yang dijelajahi oleh konvoi ini akan berkesan dan dapat menyampaikan mesej perpaduan mesej kemerdekaan dan mesej ilmu pengetahuan,” katanya.

Pada majlis tersebut, Arifin menyerahkan Jalur Gemilang kepada Pegawai Daerah, Awangku Raimy Pg Abd Rahman mewakili jabatan dan agensi negeri dan persekutuan di daerah berkenaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/08/16/ilmu-perpaduan-perlu-menjadi-fokus-malaysia-madani/feed/ 0 40181
Malaysia Madani perlukan pengisian terbaik mengikut konteks tempatan – Hajiji https://sabahmedia.com/2023/02/14/malaysia-madani-perlukan-pengisian-terbaik-mengikut-konteks-tempatan-hajiji/ https://sabahmedia.com/2023/02/14/malaysia-madani-perlukan-pengisian-terbaik-mengikut-konteks-tempatan-hajiji/#respond Tue, 14 Feb 2023 07:39:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=29555
Read Time:2 Minute, 45 Second

KOTA KINABALU: Konsep Malaysia Madani sebagai satu acuan besar nasional, perlu diterjemah dalam secara lebih spesifik dengan pengisian terbaik mengikut konteks tempatan, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Beliau berkata, gagasan Membangun Malaysia Madani amat bersesuaian dengan suasana dan keperluan di negeri Sabah, termasuk dalam lanskap serta ekosistem tempatan negeri ini.

“Kita mengakui bahawa konsep Malaysia Madani sememangnya sudah pun berciri menyeluruh dan inklusif. Namun begitu, kita perlu juga sedar bahawa Malaysia Madani adalah sebuah kerangka kebangsaan yang bersifat sejagat dan terbuka.

“Justeru, adalah penting proses “localisation”, atau menterjemah gagasan besar kebangsaan kepada konteks tempatan secara lebih spesifik. Sebagai satu acuan besar nasional, Malaysia Madani perlukan pengisian-pengisian terbaik yang lebih khusus sifatnya, mengikut konteks tempatan,” katanya ketika merasmikan Seminar Membangun Malaysia Madani di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini pada Selasa.

Ketua Menteri berkata, Sabah mempunyai keunikan tersendiri dari segi sosiobudaya, sosioekonomi dan sosiopolitik, selain aspirasi lokal yang masih belum mendapat tempat yang cukup kukuh dalam citra kebangsaan.

“Justeru, kita sudah tentu mempunyai keperluan yang unik dalam kerangka nasional
Malaysia Madani. Kesedaran inilah yang perlu digarap dalam seminar ini, supaya hasilnya nanti mencerminkan semangat nasional Malaysia Madani yang ditunjangi dengan ciri lokal.

“Dalam bahasa mudah, kita perlu memetakan dengan tepat konsep Malaysia Madani kepada lanskap dan ekosistem negeri Sabah. Saya percaya, dalam mewujudkan sebuah negara yang benar-benar Madani, proses itu haruslah dipacu oleh prinsip keadilan sosial, pemerkasaan ekonomi serta budaya, yang memperjuangkan hak asasi manusia, kebebasan bersuara,” katanya.

Sebagai sebuah negeri di Malaysia yang mempunyai latar etnik, geografi dan sejarah
yang pelbagai, katanya Sabah boleh mengambil posisi di hadapan bagi menterjemah ciri-ciri Madani ini.

Dalam pada itu, Hajiji berkata kedua-dua gagasan Malaysia Madani dan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) berkongsi aspirasi serta impian yang sama iaitu ingin melihat
sebuah negara atau negeri yang berjaya dan maju dengan acuan kemanusiaan yang murni.

“Justeru, konsep Membangun Malaysia Madani ini bertepatan dengan pelan pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri
selepas menerajui kerajaan pada September 2020.

“Sebagai contoh, antara inisiatif Hala Tuju Sabah Maju Jaya adalah untuk mengukuhkan sosioekonomi rakyat dan membuat agihan kemakmuran yang lebih inklusif. Bagi konsep Malaysia Madani pula, antara matlamatnya adalah untuk mengurangkan kemiskinan dan mencipta peluang pekerjaan yang lebih baik.

“Dengan menggabungkan kedua-dua inisiatif ini, kerajaan mempunyai pendekatan yang lebih komprehensif dalam meningkatkan kemajuan serta pembangunan negeri, yang sejajar dengan kerangka kebangsaan dan hasrat tempatan,” katanya.

Beliau yakin melalui hubungan erat dan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan
dengan kerajaan negeri, kedua-dua inisiatif ini boleh memainkan peranan penting dalam memacu pembangunan ekonomi dan sosial yang inklusif kepada rakyat di negara ini.

Sementara itu, Hajiji berkata seminar Membangun Malaysia Madani adalah satu
pendekatan yang amat relevan untuk menjelaskan secara terperinci konsep ini kepada rakyat hingga ke peringkat akar umbi.

Pembabitan semua pihak juga terutama rakyat katanya, adalah penting bagi mengelakkan konsep Malaysia Madani menjadi sia-sia dan hanya tinggal slogan
kosong semata-mata.

“Oleh itu, saya menganggap program pada hari ini adalah satu daripada pendekatan
yang sangat relevan dan tepat pada masanya bagi menjelaskan konsep ini secara meluas serta terperinci kepada peringkat akar umbi.

“Ini adalah usaha murni untuk kita di peringkat kerajaan negeri, penjawat awam negeri dan Persekutuan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), ahli-ahli politik dan masyarakat awam menghayati konsep Malaysia Madani yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, YAB Dato Seri Anwar Ibrahim,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/02/14/malaysia-madani-perlukan-pengisian-terbaik-mengikut-konteks-tempatan-hajiji/feed/ 0 29555