malaysia prihatin – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 20 Sep 2021 05:32:15 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png malaysia prihatin – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Berbilang Agama, Bangsa Hadiri Program Doa Malaysia Prihatin https://sabahmedia.com/2021/09/20/berbilang-agama-bangsa-hadiri-program-doa-malaysia-prihatin/ https://sabahmedia.com/2021/09/20/berbilang-agama-bangsa-hadiri-program-doa-malaysia-prihatin/#respond Mon, 20 Sep 2021 05:32:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6619
Read Time:1 Minute, 30 Second

KOTA KINABALU:  Program Doa Malaysia Prihatin sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang julung kali diadakan dihadiri oleh berbilang agama dan bangsa.

Pengurus Besar Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS), Mackey Apison berkata, program pada tahun ini merupakan inisiatif LKNS dalam memberikan ruang dan peluang dalam mendoakan keharmonian negara.

“Ia tidak terhad kepada agama tertentu sahaja, malah kepelbagaian diraikan bagi agama lain menzahirkan rasa cinta kepada negara serta mendoakan kesejahteraan para pemimpin kita. 

“Sebagai sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, perpaduan dan toleransi sangatlah penting dalam mengekalkan keamanan dan keharmonian sejagat,” katanya dalam Program Doa Prihatin yang dilaksanakan oleh Kinabalu Singh Sabha Association Sabah di Peak Nam Tong, disini semalam.

Dalam pada itu, Mackey menyatakan penghargaan kepada Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Malaysia yang dipengerusikan  Timbalan Ketua Menteri, Datuk Sri Bung Moktar Radin yang banyak membantu dalam merealisasikan program itu.

Pada majlis yang sama, Presiden Gabungan Persatuan Cina Sabah, Tan Sri T.C. Goh menjelaskan, program diadakan untuk mendoakan barisan kabinet baharu Kerajaan Malaysia agar diberi kebijaksanaan dalam memimpin negara bagi menangani krisis-krisis kesihatan, politik dan ekonomi.

Terdahulu, Mackey juga merasmikan Program Doa Malaysia Prihatin yang dilaksanakan oleh Persatuan Bumiputera Kristian Sabah di Gereja Baptis Pelita Cahaya Sabah, Kota Kinabalu. 

Hadir bersama, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Delin Liet Blaun, Timbalan Pengarah Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Jessica Basat, Presiden KK Peak Nam Tong Buddhist Mission, Kapitan Lee Hing Boo dan Presiden Persatuan Bumiputera Sabah, Jellin Wandak./Penerangan-

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/20/berbilang-agama-bangsa-hadiri-program-doa-malaysia-prihatin/feed/ 0 6619
Golongan Memerlukan Terima Bakul Makanan Di DUN Tanjung Keramat https://sabahmedia.com/2021/09/18/golongan-memerlukan-terima-bakul-makanan-di-dun-tanjung-keramat/ https://sabahmedia.com/2021/09/18/golongan-memerlukan-terima-bakul-makanan-di-dun-tanjung-keramat/#respond Sat, 18 Sep 2021 09:42:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6528
Read Time:1 Minute, 13 Second

PUTATAN: Golongan memerlukan terus disantuni dalam menjayakan konsep Malaysia Prihatin di daerah ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat, Ir. Shahelmey Yahya berkata, bertepatan dengan tema Hari Malaysia kali ini, Malaysia Prihatin, golongan sasar terus dibantu bagi mengurangkan sedikit sebanyak beban yang ditanggung.

Beliau yang berkesempatan melakukan lawatan dan menyampaikan bakul makanan Hari Malaysia di kawasan sekitar Putatan hari ini, turut berharap, semangat nasionalisme dapat dipupuk oleh masyarakat setempat.

“Inisiatif ini adalah menghulurkan bantuan bakul makanan kepada golongan sasar iaitu warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan juga ibu tunggal yang ada di kawasan Tanjung Keramat.

“Tujuannya adalah untuk sama-sama memberi rasa gembira dalam kita menghayati sambutan Hari Malaysia bertepatan dengan tema Malaysia Prihatin” katanya.

Katanya,  sumbangan itu merupakan insiatif bersama pejabat Pusat Khidmat Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Keramat bersama Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) DUN Tanjung Keramat yang turut diberikan kepada kawasan DUN Tanjung Aru dan DUN Petagas.

Shahelmey yang juga Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Negeri Sabah turut mengadakan lawatan ke Kampung Lok Kawi Baru dan bertemu dengan para penduduk yang terjejas akibat bencana banjir baru-baru ini.

“Kita turut melawat Kampung Lok Kawi Baru di mana kejadian banjir lumpur telah melanda kampung tersebut pada petang Rabu lalu dan dalam masa sama mendengar keluhan penduduk kampung dalam usaha membersihkan kawasan terjejas,” katanya.

Sejurus lawatan berkenaan, Shahelmey turut berkesempatan mengadakan kunjungan ke Kampung Ulu, Putatan bagi melawat seorang belia yang koma akibat kemalangan setahun yang lalu.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/18/golongan-memerlukan-terima-bakul-makanan-di-dun-tanjung-keramat/feed/ 0 6528