Malbatt – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 11 Nov 2024 00:18:50 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Malbatt – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Anggota MALBATT di Lubnan hanya cedera ringan: Mohamed Khaled https://sabahmedia.com/2024/11/11/anggota-malbatt-di-lubnan-hanya-cedera-ringan-mohamed-khaled/ https://sabahmedia.com/2024/11/11/anggota-malbatt-di-lubnan-hanya-cedera-ringan-mohamed-khaled/#respond Mon, 11 Nov 2024 00:18:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=63557
Read Time:1 Minute, 21 Second

BERNAMA

Kota Kinabalu: Kementerian Pertahanan mengesahkan enam anggota Batalion Malaysia (MALBATT) yang terlibat dalam insiden letupan di Lubnan hanya mengalami cedera ringan.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata mereka yang cedera terdiri daripada lima anggota pasukan yang baru tiba manakala seorang lagi anggota telah berada di Lubnan.

“Kementerian Pertahanan akan terus memastikan keselamatan anggota yang ditugaskan di Lubnan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Karnival Kerjasama Awam-Tentera (CIMIC) 2024 Angkatan Tentera di Balai Cerap Al-Biruni di sini semalam.

Pada Khamis lepas, enam anggota MALBATT cedera susulan insiden letupan yang berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah pada 1.54 tengah hari waktu Lubnan atau 7.54 malam waktu Malaysia.

Letupan tersebut menyasarkan sebuah kenderaan awam lain sedang menghala ke Beirut namun turut mengakibatkan kerosakan pada sebuah bas yang membawa anggota MALBATT 850-12.

Beliau berkata berkata kedudukan anggota MALBATT yang ditempatkan di Kem Marakah berada di kawasan selamat.

Sementara itu, Mohamed Khaled berkata kementerian akan meneruskan semua projek pembangunan dalam sektor pertahanan di Sabah yang telah dimulakan dan sedang berjalan dengan peruntukan sebanyak RM234.5 juta.

Beliau berkata projek itu melibatkan pembangunan Kem Tentera Darat di FELDA Sahabat, Lahad Datu dan pembinaan Kem 5 Briged dan Kem 19 Rejimen Askar Melayu Diraja, Kota Belud.

Selain itu, tahun depan juga banyak pembangunan dan projek pertahanan baharu di Sabah  juga akan dijalankan dengan peruntukan berjumlah RM37.6 juta, katanya.

“Ia termasuk pembangunan Pos Serudong dan Pos Bantul, pembangunan kemudahan kesihatan angkatan tentera di Kem Lok Kawi dan pembinaan bangunan kompleks Pusat Operasi Perisikan Medan (POPM) Zon Sabah,” katanya. BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/11/anggota-malbatt-di-lubnan-hanya-cedera-ringan-mohamed-khaled/feed/ 0 63557
Pasukan MALBATT selamat, kenderaan rosak diserang orang awam Lubnan https://sabahmedia.com/2024/09/20/pasukan-malbatt-selamat-kenderaan-rosak-diserang-orang-awam-lubnan/ https://sabahmedia.com/2024/09/20/pasukan-malbatt-selamat-kenderaan-rosak-diserang-orang-awam-lubnan/#respond Fri, 20 Sep 2024 06:40:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=60921
Read Time:1 Minute, 24 Second

BERNAMA

Kuala Lumpur : Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan Anggota Battalion 850-11 (MALBATT 850-11) bagi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL) di Lubnan yang terlibat dalam satu insiden serangan orang awam di negara berkenaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. 

ATM dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa kejadian yang berlaku pada Rabu lepas sekitar 11.32 malam waktu Malaysia itu, melibatkan tiga pegawai dan tujuh anggota lain-lain pangkat ketika dalam perjalanan pulang ke Kem Marakah selepas menyelesaikan penugasan perlindungan pasukan (force protection) di Kem Shama, Markas UNIFIL.

“Ketika pasukan berkenaan melalui laluan di Tes Road-Burj Al Qibli di bandar Tyre, satu kesesakan luar biasa berlaku di mana ramai orang awam sedang mengawal lalu lintas dan banyak kenderaan ambulans serta bomba melalui dari kedua-dua arah.

“Secara tiba-tiba, sekumpulan orang awam bertindak agresif dengan cuba memberhentikan kedua-dua buah kenderaan jenis Fitted For Radio (FFR) MALBATT,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut memaklumkan bahawa hampir 30 orang awam membaling batu dan memancitkan kesemua tayar kenderaan pasukan menggunakan senjata tajam.

“Bagi mengelak kejadian yang lebih buruk, kedua-dua buah kenderaan telah berhenti di tepi jalan dan kekal berada di dalam kenderaan sehingga Lebanon Armed Forces (LAF) tiba di lokasi untuk mengiringi kedua-dua kenderaan pulang. 

“Kesemua anggota berserta kenderaan telah tiba di Kem Marakah dengan selamat pada 1.39 pagi waktu Malaysia atau 7.39 malam waktu Lubnan, bagaimanapun kedua-dua buah kenderaan mengalami beberapa kerosakan,” menurut kenyataan itu. 

MALBATT 850-11 akan meneruskan rutin tugasan seperti yang ditetapkan oleh UNIFIL, dan semua pihak diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi mengenai insiden tersebut yang boleh mencemarkan imej ATM khususnya dan Kementerian Pertahanan amnya.– BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/20/pasukan-malbatt-selamat-kenderaan-rosak-diserang-orang-awam-lubnan/feed/ 0 60921