malim gunung – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 18 Jul 2024 09:36:12 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png malim gunung – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pakaian seragam baharu perkukuh kualiti malim gunung Tapak Warisan Dunia & KUGGp https://sabahmedia.com/2024/07/18/pakaian-seragam-baharu-perkukuh-kualiti-malim-gunung-tapak-warisan-dunia-kuggp/ https://sabahmedia.com/2024/07/18/pakaian-seragam-baharu-perkukuh-kualiti-malim-gunung-tapak-warisan-dunia-kuggp/#respond Thu, 18 Jul 2024 09:36:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=57710
Read Time:2 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU: Malim gunung Tapak Warisan Dunia dan Kinabalu UNESCO Global Geopark (KUGGp) menerima pakaian seragam baharu perkukuh kualiti khidmat mereka.

Acara penyampaian pakaian seragam baharu itu adalah hasil usaha sama antara MountKinabalu.com dan Taman-Taman Sabah, yang disokong oleh Amazing Borneo Tours sebagai sebahagian daripada inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) mereka.

Majlis ini selaras dengan pengisytiharan Kinabalu Geopark sebagai KUGGp, yang menekankan kekayaan warisan semula jadi dan budaya kawasan ini.

Pengiktirafan berprestij ini adalah bukti usaha gigih kakitangan Taman-Taman Sabah dalam memelihara tapak yang terkenal di seluruh dunia ini.

Ketua Penolong Pengarah, Taman Kinabalu, Tapak Warisan Dunia dan KUGGp, Justinus Guntabid berkata status UNESCO Global Geopark adalah satu pencapaian yang mencerminkan dedikasi bukan sahaja memperkasakan pemeliharaan dan perlindungan semula jadi Gunung Kinabalu untuk generasi akan datang tetapi juga untuk memberi peluang kepada komuniti setempat melalui pelbagai inisiatif yang terdapat dalam program KUGGp.

“Logo UNESCO Global Geopark pada lengan baju membolehkan malim gunung berkongsi status bertaraf global,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada acara itu menyaksikan penyampaian pakaian seragam baharu kepada malim gunung berlesen, yang menyatukan mereka di bawah Persatuan Malim Gunung.

Pakaian seragam baharu ini melambangkan kesatuan dan identiti profesional mereka, serta memupuk rasa komuniti yang kuat dalam kalangan malim gunung.

Bagi Justinus yang juga malim gunung berkata, pakaian seragam baharu ini bukan sahaja memberikan rasa bangga dan kekitaan tetapi juga mengukuhkan komitmen malim gunung dalam memastikan pengalaman yang selamat dan bermakna untuk semua pendaki dan pelawat.

“Untuk itu, kami sangat berterima kasih kepada Amazing Borneo Tours kerana menyumbangkan pakaian seragam ini,” katanya.

Sebagai rakan Kinabalu Geopark, tajaan Amazing Borneo Tours mencerminkan komitmen mendalam mereka untuk menyokong Kinabalu Geopark dan dedikasi Persatuan Malim Gunung terhadap keselamatan pendaki dan pelawat.

Sementara itu, Pengarah Operasi Amazing Borneo Tours, Lesley Hiew berkata, penglibatan pihaknya juga menekankan kepentingan memelihara alam semula jadi di sekitar Geopark Kinabalu untuk kelestarian jangka masa panjang.

“Kami berasa bangga untuk menyokong usaha KUGGp dan Persatuan Malim Gunung dalam mengekalkan keselamatan dan keindahan semula jadi destinasi ikonik ini.

“Justeru, idea disebalik pakaian seragam ini direka dengan memikirkan mengenai keselamatan dan menampilkan elemen merah untuk meningkatkan keterlihatan malim dan memudahkan pendaki untuk mengenali mereka.

“Sebagai rakan KUGGp, MountKinabalu.com berdedikasi untuk memastikan maklumat yang tepat kepada orang awam.

“Kerjasama ini telah menjadi kunci dalam menyediakan pelawat dengan maklumat yang boleh dipercayai dan mempromosikan usaha pemuliharaan yang menjadikan KUGGp sebagai destinasi terkenal di seluruh dunia,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/18/pakaian-seragam-baharu-perkukuh-kualiti-malim-gunung-tapak-warisan-dunia-kuggp/feed/ 0 57710
COVID: Malim Gunung Tanam Sayur, buah-buahan Sara Kehidupan https://sabahmedia.com/2021/07/13/covid-malim-gunung-tanam-sayur-buah-buahan-sara-kehidupan/ https://sabahmedia.com/2021/07/13/covid-malim-gunung-tanam-sayur-buah-buahan-sara-kehidupan/#respond Tue, 13 Jul 2021 06:42:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2966
Read Time:1 Minute, 42 Second

BERNAMA

KOTA KINABALU — Aktiviti mendaki Gunung Kinabalu yang terjejas berikutan pandemik COVID-19 mendorong beberapa malim gunung mengusahakan tanaman sayur-sayuran dan buah-buahan sebagai alternatif bagi menjana pendapatan.

Abdul Hasnin Kasim, 49, dari Kundasang berkata beliau menanam sayur-sayuran tanah tinggi seperti brokoli dan kubis bunga di tanah seluas 0.5 hektar sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac tahun lepas.

Beliau berkata walaupun pendapatan menjual sayur-sayuran tidak konsisten pada setiap bulan, sekurang-kurangnya ia dapat membantu meneruskan kelangsungan hidup sementara aktiviti pendakian dibenar beroperasi kembali.

“Saya menjual hasil tanaman sayur-sayuran di pekan Kundasang. Pendapatan sebulan sekitar RM400 hingga RM500 sahaja. Memang agak kecil, tetapi saya bersyukur masih ada rezeki untuk meneruskan hidup,” katanya kepada Bernama di sini.

Abdul Hasnin yang menjadi malim gunung hampir 16 tahun berkata beliau sangat merindui suasana bertugas membawa pelancong mendaki gunung tertinggi di Asia Tenggara itu dan tidak sabar-sabar untuk memulakan pendakian apabila aktiviti itu dibuka kelak.

Seorang lagi malim gunung Japarin Ginsos, 43, berkata beliau memanfaatkan masa sepanjang PKP dengan menanam nanas dan hasilnya dijual di sekitar Kota Belud, Ranau serta Kota Kinabalu pada harga RM1.80 hingga RM2 sekilogram.

Japarin yang berasal dari Kota Belud memulakan projek menanam nanas sejak PKP pertama dan dalam tempoh setahun, beliau sudah boleh menuai hasil tanaman yang dapat menampung keperluan keluarga.

“Sekali menuai boleh dapat sehingga 200 kilogram nanas dengan anggaran pendapatan kira-kira RM500 sebulan. Agak memberangsangkan tetapi masih memerlukan lagi usaha untuk memastikan hasil tanaman nanas lebih berkualiti,” kata bapa kepada tiga anak itu.

Inisiatif sama turut dilakukan seorang malim gunung wanita Suzana Bulangai, 48, yang menanam dan menjual nanas di Kota Belud bagi menjana pendapatan.

Beliau yang menjadi malim gunung sejak 2018 berharap program vaksinasi di Sabah berjalan lancar bagi membolehkan sasaran imuniti kelompok tercapai supaya aktiviti pelancongan dapat beroperasi semula.

Sejak negara dilanda wabak COVID-19, Gunung Kinabalu ditutup beberapa kali kepada pendaki dengan terbaharu pada 1 Jun lepas sehingga kini.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/13/covid-malim-gunung-tanam-sayur-buah-buahan-sara-kehidupan/feed/ 0 2966