Manfaatkan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 10 Sep 2023 07:10:17 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Manfaatkan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Manfaatkan Jelajah Wanita GRS, jelaskan dasar & perjuangan kerajaan https://sabahmedia.com/2023/09/10/manfaatkan-jelajah-wanita-grs-jelaskan-dasar-perjuangan-kerajaan/ https://sabahmedia.com/2023/09/10/manfaatkan-jelajah-wanita-grs-jelaskan-dasar-perjuangan-kerajaan/#respond Sun, 10 Sep 2023 07:10:16 +0000 https://sabahmedia.com/?p=41583
Read Time:2 Minute, 20 Second

TUARAN: Program Jelajah Wanita Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dilancarkan pada bulan Julai lalu, perlu digunakan sebaiknya untuk menjelaskan dasar dan perjuangan GRS kepada rakyat di peringkat akar umbi di negeri ini, tegas Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Sehubungan itu beliau yang juga Pengerusi GRS mahu wanita GRS memainkan peranan yang lebih berkesan dalam memastikan rakyat tahu dan memahami segala dasar yang diperjuangkan oleh kerajaan.

Ini katanya, termasuklah usaha kerajaan GRS untuk terus menuntut hak negeri mengikut Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Peranan dan tanggungjawab wanita GRS amat penting dan cukup besar. Jentera parti GRS amat memerlukan wanita untuk menyampaikan mesej dan perjuangan GRS kepada rakyat di peringkat akar umbi di negeri ini.

“Bagi saya, Program Jelajah Wanita GRS ini amat penting untuk menjelaskan dasar, perjuangan dan kejayaan kerajaan GRS selama kira-kira tiga tahun menerajui negeri
ini, di semua zon di Sabah yang akan dilawati.

“Wanita GRS adalah tonggak kepada kekuatan parti yang mendokong kerajaan pada hari ini, bersama rakan-rakan daripada parti lain. Justeru, pergerakan wanita parti
komponen dalam GRS perlu terus meningkatkan persefahaman dan perpaduan yang sedia terjalin utuh, untuk menjadi satu pasukan yang kuat dalam perjuangan demi aspirasi rakyat negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan Jelajah Wanita GRS Zon 1B Parlimen Tuaran dan Parlimen Kota Belud di Dewan Sri Sulaman, di sini pada Ahad.

Teks ucapannya dibacakan oleh Setiausaha Agung GRS, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun.

Pelancaran Jelajah Wanita GRS telah disempurnakan ketua menterri pada 23 Julai 2023 lalu, di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu.

Hajiji berkata, kerajaan GRS telah berhadapan dengan pelbagai ujian yang getir, sejak mengambil alih pentadbiran kira-kira tiga tahun lalu.

“Ini termasuklah ‘Langkah Kinabalu’, apabila ada pihak yang cuba menggulingkan kerajaan negeri. Namun atas kesatuan dan perpaduan kita serta sokongan daripada Pakatan Harapan (PH) kita dapat mempertahankan kerajaan negeri.

“Mandat ini perlu kita pertahankan, dan di sinilah juga peranan Wanita GRS amat penting untuk kita terus mencipta kejayaan dalam PRN (Pilihan Raya Negeri) akan datang.

“Semua jentera parti khususnya Wanita GRS tidak boleh leka dan berpecah, sebaliknya perlu terus bekerja untuk rakyat dan mendekati mereka di akar umbi. Kita perlu terus memperkukuhkan perpaduan dan bersatu hati dalam komponen GRS serta tterus bekerja untuk rakyat dan negeri Sabah tercinta,” katanya.

Sementara itu beliau berkata kerajaan GRS telah membawa banyak kejayaan selama kira-kira tiga tahun memerintah negeri ini, dan akan membawa lebih banyak lagi pembangunan ke seluruh Sabah, seperti yang diperlukan rakyat.

“Namun sudah menjadi lumrah, pihak pembangkang khususnya Parti Warisan terus menafikan pencapaian dan kejayaan kita, kerana mereka menghidap sindrom penafian.

“Sebenarnya Warisan yang masih kabur-kabur dan tidak nampak apa yang kita telah buat dalam masa tiga tahun ini. Suka saya mengingatkan agar kita tidak buat silap lagi seperti dahulu hingga kita berpecah-belah. Kepentingan rakyat sentiasa kita dahulukan dan inilah perjuangan GRS,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/09/10/manfaatkan-jelajah-wanita-grs-jelaskan-dasar-perjuangan-kerajaan/feed/ 0 41583
Peniaga dan penjaja diseru manfaatkan teknologi digital – Ellron https://sabahmedia.com/2023/03/09/peniaga-dan-penjaja-diseru-manfaatkan-teknologi-digital-ellron/ https://sabahmedia.com/2023/03/09/peniaga-dan-penjaja-diseru-manfaatkan-teknologi-digital-ellron/#comments Thu, 09 Mar 2023 10:06:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=30581
Read Time:1 Minute, 25 Second

SOOK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sook, Datuk Ellron Angin menyeru kepada para peniaga dan penjaja kecil di daerah ini supaya memanfaatkan teknologi digital dalam urusan perniagaan mereka.

Katanya, menerusi kaedah teknologi digital dalam sesebuah perniagaan, mereka boleh berniaga secara dalam talian iaitu berniaga langsung dari rumah tanpa bersemuka dengan pembeli.

Menurut Ellron, kunjungan hormat daripada pihak Telekom baru-baru ini ke Pejabat Daerah Kecil Sook adalah antara usaha permulaan pihaknya untuk memperkenalkan pendigitalan perniagaan kepada para peniaga dan penjaja kecil di Sook.

“Pihak Telekom kini telah merangka dan merancang bagi memperkenalkan pendigitalan perniagaan kepada mereka yang berminat serta peniaga dan penjaja di kawasan Sook,” katanya ketika berucap seterusnya menyempurnakan Mesyuarat Agung dan Tahunan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Bumiputera Daerah Sook (PPPKBS) dan Penyampaian Kerusi.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan akan membuat pertemuan dengan ahli-ahli jawatankuasa tertinggi PPPKBS bersama-sama agensi yang terlibat mengenai hasrat tersebut dan yakin ia akan dapat direalisasikan dengan kerjasama PPPKBS.

“Perkara ini perlu disambut baik oleh anda semua, ianya bukan sahaja membantu meningkatkan imej perniagaan anda tetapi secara tidak langsung memperkenalkan perniagaan anda ke seluruh dunia,” ujarnya.

Di samping itu beliau juga turut menyentuh perpindahan ibu kota Indonesia ke Kalimantan telah membuka ruang dan peluang yang lebih besar kepada para peniaga dan penjaja kecil di kawasan Sook memandangkan pekan Sook bakal menjadi titik penting pertemuan kelak.

Katanya, para peniaga dan penjaja digalakkan untuk mempelbagaikan usaha mereka bagi menarik pelancong dari negara jiran tersebut apabila singgah di pekan Sook nanti.

Terdahulu pada majlis sama, beliau telah menyampaikan sumbangan 100 buah kerusi kepada PPPKBS yang diterima oleh Rusinin dan menyerahkan 255 sijil lesen perniagaan kepada ahli persatuan tersebut.

Untuk rekod seramai 332 orang ahli berdaftar dibawah PPPKBS.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/03/09/peniaga-dan-penjaja-diseru-manfaatkan-teknologi-digital-ellron/feed/ 1 30581
Belia Disaran Manfaatkan Usia Muda Sertai Aktiviti Berfaedah – Jonathan https://sabahmedia.com/2022/02/08/belia-disaran-manfaatkan-usia-muda-sertai-aktiviti-berfaedah-jonathan/ https://sabahmedia.com/2022/02/08/belia-disaran-manfaatkan-usia-muda-sertai-aktiviti-berfaedah-jonathan/#respond Tue, 08 Feb 2022 11:47:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12018
Read Time:1 Minute, 31 Second

RANAU: Golongan belia  disaran agar memanfaatkan usia muda mereka dengan menyertai program dan aktiviti yang berfaedah.

Timbalan Menteri Dalam Negeri II, yang juga Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin berkata, para belia dan beliawanis harus bijak mencari dan menyertai aktiviti berfaedah sebagai benteng diri daripada terjebak dengan kegiatan terlarang seperti penagihan najis dadah, mencuri dan merosakkan harta benda awam yang sekiranya didapati dan disabitkan kesalahan akan merosakkan kehidupan masa depan apabila dikenakan tindakan  undang-undang.

“Justeru saya menasihatkan generasi muda supaya menghindarkan diri daripada terlibat dengan apa juga kegiatan yang boleh menghancurkan masa depan mereka”, jelas Jonathan ketika merasmikan program Enduro Tournament anjuran Kelab Motosikal Lasak Komuniti Sarayo di Kg Tagudon Lama Ranau baru-baru ini.

Jonathan memuji Jawatankuasa penganjur program itu dan menyarankan agar lebih banyak aktiviti dianjurkan yang boleh mengajak golongan muda untuk menyertainya sekaligus antara wadah meningkatkan perpaduan dikalangan penduduk setempat.

“Program murni seperti  ini diharap menjadi benteng kepada generasi belia daripada melibatkan diri dengan kegiatan tidak bermoral,” tambah Jonathan.

Sementara itu, pada program melibatkan 90 peserta dari tiga kategori itu, yang dipertandingkan menyaksikan  kehebatan Nuramirul Antang untuk muncul juara kategori ‘Standard’ meletakkan  Hanif Jairis Marif (naib johan) dan Jarawan Samikin menduduki tempat ketiga daripada 10 orang peserta.

Bagi Kategori ‘Open’ Johan disandang Reduan Agustine meletakkan Hanif Tapiris ditangga naib johan dan tempat ketiga diberikan kepada  Hafiz menewaskan 7 peserta lain.

Kategori ‘Cubcross’ johan disandang oleh  Darel Ping-pin diikuti  Mohd Fadele (naib johan) dan Max Ben menduduki tempat ketiga daripada 10  peserta.

Hadiah-hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh Penolong Pegawai Daerah Ranau (Pembangunan) selaku Pengerusi Penganjur, Aminin Manjun.

Dalam pada itu, Jonathan  sempat berkenal mesra  sambil menyantuni mereka  dengan memberikan sumbangan wang tunai kepada penduduk kampung yang menjual pelbagai makanan, minuman ringan dan buah-buahan tempatan sekitar lokasi program.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/08/belia-disaran-manfaatkan-usia-muda-sertai-aktiviti-berfaedah-jonathan/feed/ 0 12018
Pertubuhan Koperasi Disaran Manfaatkan Penggunaan Media Sosial https://sabahmedia.com/2021/11/22/pertubuhan-koperasi-disaran-manfaatkan-penggunaan-media-sosial/ https://sabahmedia.com/2021/11/22/pertubuhan-koperasi-disaran-manfaatkan-penggunaan-media-sosial/#comments Mon, 22 Nov 2021 07:56:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8723
Read Time:1 Minute, 29 Second

TAMPARULI: Pertubuhan koperasi disaran memanfaatkan teknologi digital sebagai trend terkini bagi mengembangkan sesuatu jenis perniagaan.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim berkata, pihak koperasi harus benar-benar memanfaatkan penggunaaan media sosial sebagai kaedah moden bagi mempromosi sesuatu produk selain dijadikan alat perhubungan yang berkesan dalam kalangan ahli.

“Memanfaatkan media sosial dan teknologi digital di internet dengan aktif dalam aspek promosi dan komunikasi, saya yakin koperasi akan lebih berkembang pesat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penutupan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Koperasi Pembangunan Desa Saradan Tenghilan Berhad (KOPDESA), di Dewan Keturunan Keluarga Damit (KKD) Tenghilan, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Sabah, Matias Kundapin, Pengerusi KOPDESA, Irelene Damit, dan Penolong Pegawai Pembangunan Daerah (ADDO) Tamparuli, Jefferson Jonathan.

Katanya, koperasi merupakan satu jentera yang boleh memaksimakan potensi sesebuah kumpulan, sekiranya mereka mengikut garis panduan dan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

Para ahli turut diingatkan agar sentiasa menjaga hubungan silaturrahim dan kerjasama sesama mereka, dan memastikan setiap pengurusan koperasi dibuat secara telus, demi kejayaan koperasi tersebut.

“Saya ingin lihat lebih banyak koperasi yang berjaya di kawasan Tamparuli, kerana selain bagi menjana pendapatan ahli, ia juga mampu memberi peluang pekerjaan, serta memacu ekonomi dan pendapatan harian penduduk,” katanya.

Pada majlis tersebut, beliau turut meluluskan sumbangan sebanyak RM5,000 kepada tabung koperasi bagi membiayai pengurusan KOPDESA.

Terdahulu, Pengerusi KOPDESA, Irelene Damit, berkata, setakat hari ini, jumlah keahlian KOPDESA telah mencecah seramai 159 orang, dengan jumlah syer terkini sebanyak RM49,800.

Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Sabah, Matias Kundapin, mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak KOPDESA kerana telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) seperti yang termaktub di dalam perlembagaan koperasi.

Sepanjang program, Jahid turut berpeluang melawat ke ruang pameran dan jualan ahli-ahli KOPDESA, terdiri daripada produk makanan tempatan Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/22/pertubuhan-koperasi-disaran-manfaatkan-penggunaan-media-sosial/feed/ 1 8723
Projek Pencarian Inovasi Berasaskan Bekalan Air Bersih Manfaatkan Penduduk Kampung Sapatalang, Pitas https://sabahmedia.com/2021/11/22/projek-pencarian-inovasi-berasaskan-bekalan-air-bersih-manfaatkan-penduduk-kampung-sapatalang-pitas/ https://sabahmedia.com/2021/11/22/projek-pencarian-inovasi-berasaskan-bekalan-air-bersih-manfaatkan-penduduk-kampung-sapatalang-pitas/#respond Mon, 22 Nov 2021 05:38:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8697
Read Time:2 Minute, 8 Second

PITAS: Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Dato’ Sri Dr. Adham Baba telah merasmikan Program Pencarian Inovasi Berasaskan Bekalan Air Bersih yang memberi manfaat kepada penduduk di Kampung Sapatalang, Daerah Pitas, Sabah pada Ahad (21 November 2021).

Projek yang dijayakan oleh Yayasan Inovasi Malaysia (YIM), agensi di bawa Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bersama Universiti Malaysia Sabah (UMS) merupakan inisiatif pemindahan ilmu serta memperkasakan penggunaan teknologi supaya permasalahan dalam komuniti dapat diselesaikan secara bersama dan lestari dalam semangat Keluarga Malaysia.

Dato’ Sri Dr. Adham Baba berkata, “MOSTI komited dalam membangunkan inisiatif pencarian air menggunakan teknologi inovatif yang berfokuskan rakyat bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat secara inklusif terutama penduduk luar bandar dan terpinggir.

Katanya, melalui projek ini, YIM dan UMS telah mengenalpasti masalah utama bekalan air bersih yang dihadapi oleh penduduk kampung yang disebabkan oleh punca mata air yang sering tersumbat.

“Projek Pencarian Inovasi berasaskan bekalan air bersih ini melibatkan inovasi teknologi kejuruteraan dan sosial bagi membolehkan kemudahan asas ini dibekalkan kepada masyarakat di Kampung Sapatalang, Pitas, Sabah”, ujarnya.

Menurut Adham, pelaksanaan projek inovasi ini, yang dijalankan selama lima bulan dengan peruntukan dari YIM, dapat membantu masyarakat setempat memperolehi sumber air bersih dan secara tidak langsung, meningkatkan kualiti kehidupan dan produktiviti.

“Bekalan air bersih adalah isu utama yang dihadapi oleh penduduk kampung Sapatalang disebabkan punca mata air sering tersumbat dengan sampah seperti daun kering dan lumpur yang menutup laluan keluar mata air. Ini menyebabkan masyarakat di sini bergantung kepada air hujan untuk bekalan air memandangkan kampung ini terletak agak jauh dari sungai,” jelasnya.

Dalam usaha untuk memastikan bekalan air bersih yang berterusan, projek ini turut melibatkan penambahbaikan kepada sistem penapisan air bersih.

Antara kerja-kerja yang dilaksanakan adalah membangun dan menaiktaraf sistem bekalan air dari sumber mata air iaitu air bawah tanah dan tangki simpanan di kawasan tadahan serta meletakkan kemudahan sistem penapisan air yang telah dijalankan oleh pihak UMS di kawasan tadahan air Kampung Sapatalang.

Manakala, bekalan air bersih ini disambung terus ke Dewan Masyarakat Kampung Sapatalang yang merupakan pusat tumpuan penduduk untuk mengadakan aktiviti.

Dalam pada itu, Adham turut menyatakan bahawa MOSTI komited dalam memperluas inisiatif merakyatkan sains, teknologi dan inovasi untuk pertumbuhan ekonomi (STIE) melalui program inovasi sosial.

Antara program inovasi sosial yang akan dijalankan oleh MOSTI di Sabah adalah pembukaan Ruang Reka Flagship STIE Keluarga Malaysia yang merupakan sebuah ruang yang lengkap bagi menggarap idea kreatif dan inovatif dalam menangani isu setempat.

“Justeru itu, MOSTI akan meneruskan kolaborasi dengan Insititut Pengajian Tinggi untuk menyampaikan lebih banyak program inovasi sosial yang berfokuskan rakyat khususnya bagi membantu penduduk di luar bandar dan golongan terpinggir”, katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/22/projek-pencarian-inovasi-berasaskan-bekalan-air-bersih-manfaatkan-penduduk-kampung-sapatalang-pitas/feed/ 0 8697
Manfaatkan sidang DUN demi rakyat – Khairul Firdaus https://sabahmedia.com/2021/09/19/manfaatkan-sidang-dun-demi-rakyat-khairul-firdaus/ https://sabahmedia.com/2021/09/19/manfaatkan-sidang-dun-demi-rakyat-khairul-firdaus/#respond Sun, 19 Sep 2021 12:38:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6605
Read Time:2 Minute, 1 Second

KOTA KINABALU: Semua pihak diseru untuk memanfaatkan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Selasa hadapan sebagai wadah memperjuangkan rakyat dan kemakmuran negeri ini dalam pasca pandemik Covid-19.

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah, Khairul Firdaus Akhbar Khan berkata, rakyat di negeri ini dilihat ternanti-nanti dengan penuh harapan sidang berkenaan digunakan menjadi medan perjuangan semua masyarakat.

“Isu-isu membabitkan ekonomi Sabah perlu diperdebatkan dengan lebih holistik, baik dari sudut mikro ataupun makro.

“Banyak pihak yang cukup terkesan dengan keadaan semasa yang seakan akan belum ada ‘cahaya di hujung terowong’.

“Pakej Khas rangsangan ekonomi negeri Sabah perlu di percepatkan untuk menghadapi kelembapan ekonomi di lapangan, “katanya.

Ujar beliau, geran-geran khas wajib di sediakan demi memastikan kelangsungan peluang pekerjaan, bahkan ‘reskilling’ untuk anak-anak muda mesti diperbanyakkan dan digerakkan oleh agensi agensi kerajaan negeri.

“Sememangnya cabaran dan pengurusan kerajaan negeri Sabah juga akan berubah daripada proses sebelumnya di sebabkan pandemik Covid-19, maka dengan itu sains dan teknologi akan memainkan peranan yang cukup besar.

“Kerajaan negeri juga harus mewujudkan jawatankuasa digital Sabah yang dibarisi oleh pakar pakar sains dan teknologi untuk memberikan pandangan dan nasihat untuk kita mendepani dunia digital ini,” katanya.

Dalam pada itu, Khairul Firdaus turut mendedahkan isu perumahan dan pendidikan di negeri ini yang dilihat sekian lama terpinggir perlu diperkasakan.

Jelasnya lagi, ramai keluarga di negeri ini tidak mampu membeli dan punyai rumah pertama disebabkan kos yang terlalu tinggi.

“Sewajarnya untuk kerajaan negeri memperbanyakkan pembinaan rumah mampu milik supaya masalah pokok yang sekian lama dapat diselesaikan.

“Bersatu Sabah percaya dengan kerjasama yang erat di antara kerajaan negeri dan pelabur-pelabur antarabangsa pastinya ada formula yang cukup baik untuk rakyat kita,” katanya.

Sementara itu, beliau turut menyentuh mengenai isu pendidikan yang dilihat aset yang paling berharga untuk negeri Sabah.

Tambahnya, kerajaan harus memberikan biasiswa secara agresif kepada pelajar-pelajar yang cemerlang dengan automatik tanpa melihat latar belakang bangsa mahupun agama.

“Kekurangan celik pandai di negeri kita kelak boleh membawa ‘brain drain’ kepada negeri Sabah,” katanya.

Sehubungan itu, menurut Khairul Firdaus, rakyat Sabah merupakan rakyat yang paling matang di Malaysia.

“Manakah tidak sudah 7 kerajaan negeri telah bertukar. Dengan itu, sebagai pemimpin politik kita juga harus terima kematangan tersebut.

“Alangkah manisnya kalau jawatan ketua menteri hanya di hadkan selama dua penggal untuk memastikan kesinambungan kepimpinan dapat di teruskan.

“Semoga persidangan DUN ini dapat di manfaatkan oleh semua pihak di blok kerajaan dan negeri demi Sabah kita yang tercinta,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/19/manfaatkan-sidang-dun-demi-rakyat-khairul-firdaus/feed/ 0 6605