Mangsa Banjir – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 17 Feb 2025 07:48:01 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Mangsa Banjir – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kelab Rotary salur 14,420kg beras kepada mangsa banjir Kota Belud dan Kota Marudu https://sabahmedia.com/2025/02/17/kelab-rotary-salur-14420kg-beras-kepada-mangsa-banjir-kota-belud-dan-kota-marudu/ https://sabahmedia.com/2025/02/17/kelab-rotary-salur-14420kg-beras-kepada-mangsa-banjir-kota-belud-dan-kota-marudu/#respond Mon, 17 Feb 2025 07:48:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=68892
Read Time:1 Minute, 16 Second

KOTA KINABALU: Kelab Rotary Kota Kinabalu Pearl (RCKK Pearl) dan Kinabalu Sutera (RCK Sutera) menyalurkan 14,420 kilogram beras kepada 1,442 keluarga di Kota Belud dan Kota Marudu pada Sabtu lepas yang terkesan dengan banjir baru-baru ini.

Presiden Kelab dan Pengarah Khidmat Masyarakat RCKK Pearl Datin Dr Jeanette Tambakau berkata, inisiatif kemanusiaan ini menjadi kenyataan melalui dana yang dikumpulkan oleh Rotary International Daerah 3310 yang merangkumi kelab-kelab Rotary di Sabah, Sarawak, Johor, Melaka, Singapura dan Brunei.

“Keprihatinan kolektif mereka telah menjayakan pembelian dan pengedaran bekalan makanan yang amat diperlukan oleh keluarga yang bergelut dengan kesan banjir teruk di Kota Belud dan Kota Marudu,” katanya.

Di Kota Belud, sebanyak, 262 pek beras (10 kg) telah diagihkan. Penyerahan itu diadakan di Dewan Serbaguna Kampung Sugang yang dihadiri oleh Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran) Winnie Anggun dan beberapa pegawai dari pejabat daerah.

Sementara di Kota Marudu, sebanyak 1,180 pek beras (10kg) diserahkan kepada mangsa banjir yang diadakan di ruang lobi Pejabat Daerah yang dihadiri oleh Pegawai Daerah Meirin Sugara dan disaksikan oleh beberapa pegawainya.

Dr Jeanette berkata, kelabnya bekerjasama dengan Pejabat Daerah untuk memastikan pengedaran bantuan berjalan lancar.

“Usaha bantuan ini telah dikongsi secara meluas di media sosial bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai perkhidmatan komuniti Rotary yang memberi impak dan pentingnya kerjasama kemanusiaan.

“Inisiatif ini menegaskan komitmen Rotary terhadap perkhidmatan kemanusiaan, menunjukkan kekuatan niat baik bersama dalam waktu krisis.

“Kelab Rotary Kota Kinabalu Pearl dan Kelab Rotary Kinabalu Sutera tetap teguh dalam misi mereka untuk menyokong komuniti yang memerlukan di Sabah,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/17/kelab-rotary-salur-14420kg-beras-kepada-mangsa-banjir-kota-belud-dan-kota-marudu/feed/ 0 68892
Sabah siapkan bekalan makanan, keperluan mangsa banjir lebih awal https://sabahmedia.com/2023/12/19/sabah-siapkan-bekalan-makanan-keperluan-mangsa-banjir-lebih-awal/ https://sabahmedia.com/2023/12/19/sabah-siapkan-bekalan-makanan-keperluan-mangsa-banjir-lebih-awal/#respond Mon, 18 Dec 2023 16:30:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=46740
Read Time:1 Minute, 7 Second

Kota Kinabalu : Sabah sudah menyiapkan lebih awal bekalan makanan dan keperluan untuk mangsa banjir di negeri ini bagi menghadapi kemungkinan bencana berikutan Monsun Timur Laut (MTL) dalam tempoh terdekat.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk James Ratib, berkata Jabatan Perkhidmatan Kebajikan AM (JPKA) Sabah sudah menyediakan depoh sebagai tempat pengumpulan di semua daerah yang sering berlaku banjir.

Katanya, persiapan awal itu penting bagi memudahkan proses penyaluran bantuan kepada mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dan kampung yang terjejas jika berlaku banjir.

“Jabatan Kebajikan dan agensi lain yang berkaitan sudah siap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan banjir yang kementerian melalui Jabatan Kebajikan sudah menyediakan pos atau depoh untuk mengumpul semua barangan makanan.

“Begitu juga pihak pembekal, kita sudah mengarahkan agar bekalan untuk bencana banjir yang disediakan mencukupi di semua daerah yang terjejas,” katanya ditemui selepas menyempurnakan Sabah Trusted Brand Award, di sini.

James diminta mengulas persiapan bagi menghadapi banjir, terutama aspek bantuan kepada mangsa di negeri ini sekiranya berlaku banjir akibat hujan berterusan sepanjang MTL  ketika ini.

Katanya, persiapan tertumpu kepada beberapa daerah yang sering berdepan bencana banjir serius, khususnya Pitas, Paitan, Kota Marudu dan Beaufort.

“Jabatan Kebajikan sudah melaksanakan langkah perlu termasuk mengumpul bekalan makanan dan keperluan lain untuk mangsa banjir di daerah terbabit.

“Persiapan yang kita laksanakan ini sama seperti yang kita lakukan pada tahun lalu dan sebelumnya,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/12/19/sabah-siapkan-bekalan-makanan-keperluan-mangsa-banjir-lebih-awal/feed/ 0 46740