Mangsa Banjir – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 16 Sep 2025 23:30:14 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Mangsa Banjir – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 KKIPSB ERT hantar bantuan makanan kepada mangsa banjir di Penampang https://sabahmedia.com/2025/09/17/kkipsb-ert-hantar-bantuan-makanan-kepada-mangsa-banjir-di-penampang/ https://sabahmedia.com/2025/09/17/kkipsb-ert-hantar-bantuan-makanan-kepada-mangsa-banjir-di-penampang/#respond Tue, 16 Sep 2025 23:30:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=81435
Read Time:38 Second

KOTA KINABALU: Pasukan Tindakan Kecemasan KKIP Sdn. Bhd. (KKIPSB ERT) telah menghantar bantuan makanan kepada mangsa banjir di Penampang malam tadi.

Misi itu diketuai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KKIP Sdn. Bhd. yang juga penyelaras KKIPSB ERT, Datuk Lawrence Kimkuan, dengan lima kenderaan pasukan berlepas ke lokasi sekitar jam 10.30 malam.

Sebelum penghantaran dibuat, satu pasukan tinjauan awal telah digerakkan bagi mengenal pasti bentuk keperluan segera mangsa di pusat pemindahan.

Bantuan makanan berkenaan disalurkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Paroki, Sacred Heart Inobong di sini yang menempatkan penduduk terjejas akibat banjir sejak petang semalam.

Lawrence berkata pihaknya turut prihatin dengan mangsa-mangsa yang terjejas bencana banjir di negeri ini.

“Dengan adanya bantuan ini, sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa-mangsa yang terlibat,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/17/kkipsb-ert-hantar-bantuan-makanan-kepada-mangsa-banjir-di-penampang/feed/ 0 81435
PSI turun padang bantu mangsa banjir https://sabahmedia.com/2024/07/03/psi-turun-padang-bantu-mangsa-banjir/ https://sabahmedia.com/2024/07/03/psi-turun-padang-bantu-mangsa-banjir/#respond Wed, 03 Jul 2024 00:03:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=56941
Read Time:1 Minute, 21 Second

KOTA KINABALU: Persatuan Sukarelawan Inanam (PSI) mengambil inisiatif menghulurkan bantuan kepada lebih 80 keluarga yang terjejas akibat banjir di beberapa kampung di sekitar kawasan Inanam dan Manggatal.

Antara lokasi pengagihan bantuan termasuk Kampung (Kg) Mansiang, Kg Pulutan, Kg Inanam Laut, Kg Rampayan, Kg Kitobu dan Kg Malaka serta beberapa lagi kampung berhampiran.

PSI tampil hulur bantuan kepada mangsa banjir di kawasan Inanam.

Setiausaha PSI, Fardy Bungga berkata, pihaknya amat berterima kasih kepada Ameer Ali Vali Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) atas sokongan bagi menjayakan usaha membantu mangsa banjir.

Katanya, YaPEIM bermurah hati membekalkan ‘food bank’ kepada PSI untuk diagih-agihkan kepada keluarga mangsa banjir.

“Pihak persatuan juga ingin merakamkan terima kasih kepada Datuk Wong Thien Fook, Ahli Lembaga Pengarah, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) atas sumbangan air minuman untuk diagihkan.

“Inilah semangat dan komitmen ditonjolkan rakyat Malaysia khususnya dalam memberi khidmat ataupun bantuan tanpa melihat sebarang perbezaan,” katanya ketika ditemui, semalam.

Fardy berkata, PSI menyedari, musibah banjir secara mengejut yang melanda beberapa kawasan di negeri ini, Ahad lalu, menjejaskan ramai orang terutamanya penduduk kampung.

“Mangsa banjir bukan saja mengalami kerugian harta benda, malah terpaksa mengerah kudrat membersihkan kediaman masing-masing apabila kebanyakannya rumah dipenuhi lumpur.

“Oleh itu, PSI turun padang membantu sama ada dari segi tenaga ataupun bekalan makanan untuk meringankan bebanan yang dialami mangsa banjir

Sehubungan itu, Fardy berkata, pihaknya amat mengalu-alukan lebih ramai pihak akan tampil bekerjasama dalam menyalurkan bantuan kepada mereka yang masih berada dalam tempoh sukar.

“Kita berharap, lebih ramai pihak yang akan membantu sama ada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau orang perseorangan untuk menjayakan inisiatif gerak kerja PSI,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/03/psi-turun-padang-bantu-mangsa-banjir/feed/ 0 56941
Musim hujan: Semua pihak berkuasa tempatan diarah bersiap siaga https://sabahmedia.com/2024/07/01/hajiji-lawat-mangsa-banjir-di-pps-penampang/ https://sabahmedia.com/2024/07/01/hajiji-lawat-mangsa-banjir-di-pps-penampang/#respond Mon, 01 Jul 2024 07:54:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=56837
Read Time:1 Minute, 17 Second

PENAMPANG: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor telah mengarahkan semua pihak berkuasa tempatan di seluruh negeri supaya sentiasa bersiap siaga ketika musim hujan ini.

“Pastikan semua longkang dibersihkan. Jangan tunggu hujan baru ambil tindakan. Kita mesti bersedia setiap masa,” katanya selepas melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS), Pusat Kebudayaan Penampang di sini, hari ini.

Hajiji berkata Kerajaan Negeri dan Persekutuan amat prihatin terhadap mereka yang terjejas akibat banjir kilat dan akan membantu semua mangsa.

“Kerajaan negeri bersimpati dengan nasib mereka jadi kami bersedia untuk memberi bantuan tunai kecemasan sebanyak RM1,000 kepada setiap keluarga di Pusat Kebudayaan Penampang.

“Kerajaan Persekutuan melalui Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia Datuk Ewon Benedick yang merupakan ahli parlimen Penampang juga akan membantu mangsa banjir ini,” katanya.

Pada masa yang sama, kerajaan negeri juga akan mempertimbangkan untuk membantu mereka yang tidak dipindahkan ke pusat perlindungan sementara tetapi rumah mereka rosak teruk akibat banjir.

Terdahulu, Pegawai Daerah Francis Chong memberi taklimat kepada Ketua Menteri bahawa pada masa ini terdapat 67 keluarga membabitkan 165 orang ditempatkan di PPS itu sejak ia diaktifkan pada jam 5.25 petang Ahad (30 Jun).

Beliau juga dimaklumkan bahawa 11 kampung di sekitar daerah Penampang ditenggelami air akibat hujan lebat pada Ahad.

Satu nyawa terkorban membabitkan seorang wanita yang dihanyutkan arus deras berhampiran bulatan di Donggongon semasa banjir kilat.

Kemudian, Hajiji diiringi Ewon, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Safar Untong, Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Limus Juri dan Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan Datuk Awang Shaminan Sahari meninjau situasi banjir di Kampung Tuavon dan Hungab.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/01/hajiji-lawat-mangsa-banjir-di-pps-penampang/feed/ 0 56837
Syarikat Korporat Melalui Kerjasama KKR Bantu Mangsa Banjir https://sabahmedia.com/2022/01/05/kerajaan-sabah-prihatin-salur-bantuan-kepada-mangsa-banjir/ https://sabahmedia.com/2022/01/05/kerajaan-sabah-prihatin-salur-bantuan-kepada-mangsa-banjir/#respond Wed, 05 Jan 2022 13:40:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10747
Read Time:2 Minute, 27 Second

Oleh YUSOF MOHAMAD

KLANG: Syarikat korporat Road Care Sdn. Bhd. dengan kerjasama Pejabat Timbalan Menteri Kerja Raya telah menyumbang sebanyak 50 set bantuan banjir terdiri daripada bantal, selimut dan tilam nipis kepada manga banjir di Sri Muda, Shah Alam pada Rabu.

Penyerahan sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kerja Raya Kementerian Kerja Raya (KKR) Datuk Arthur Joseph Kurup dan agensi yang telah giat melaksanakan misi pasca banjir bagi membantu mangsa-mangsa yang terjejas akibat banjir bermula pada 30 Disember 2021- 2 Januari 2022 dengan penglibatan seramai 800 Sukarelawan KKR dan agensi.

Dalam pada itu, Arthur turut berkesempatan mengadakan perjumpaan dengan warga Sabah yang juga terkesan dalam bencana banjir di Klang.

“Kita akan memastikan warga Sabah yang berada di Semenanjung , kebajikan mereka terjaga dalam keadaan yang terbaik.

Arthur (kiri) berbual dengan mangsa banjir warga Sabah di Klang.

“Saya bertemu mereka dan kebanyakan mereka turut mengalami kerosakan rumah dan harta benda akibat dari bencana tersebut, oleh itu saya datang untuk menyampaikan bantuan barang keperluan seperti bantal, tilam dan selimut untuk meringankan serba sedikit beban yang mereka tanggung,” kata Arthur semasa mengadakan perjumpaan dan menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir warga Sabah di Klang petang tadi.

Menurut Arthur, kementeriannya mula mengaktifkan operasi pemantauan semasa bencana banjir itu berlaku dinaikkan ke peringkat ketiga iaitu pemantauan selama 24 jam bagi membantu koordinasi kepada agensi-agensi keselamatan.

“Apabila bencana banjir itu berlaku, kita telah banyak menumpukan operasi menyelamat dan syukur secara perlahan air telah surut kini kita beralih kepada fasa pembersihan dan pembaikan.

“Daripada pihak Kementerian Kerja Raya antara agensi utamanya ialah Jabatan Kerja Raya (JKR), kita mengenalpasti sebanyak 895 kerosakan terdiri daripada jalan, jambatan dan cerun malah ada beberapa jalan utama yang terputus, pihak JKR segera membuat jalan alternatif lain memastikan perhubungan masyarakat tidak terputus untuk mendapatkan keperluan asas.

“Pembaikan jalan adalah secara berfasa untuk membolehkan ia digunakan dalam masa terdekat namun dalam masa jangka panjang pembaikan adalah lebih baik untuk mengurangkan risiko bencana berkemungkinan berlaku masa akan datang,”katanya.

Dalam perkembangan lain, Arthur yang juga Ahli Parlimen Pensiangan turut berkongsi kegembiraan menyatakan pembinaan dua projek besar yang telah dilaksanakan di kawasan beliau.

“Pertama, projek pengaspalan jalan sepanjang 56 kilometer dari Sepulut ke Salong sehingga ke Pekan Pagalungan. Projek Ini akan mengubah taraf hidup penduduk di mukim-mukim dan daerah terbabit yang tidak terkecuali dalam arus pembangunan dan infrastruktur asas walaupun dalam kawasan pedalaman yang terpencil.

“Kedua, projek menaik taraf Jalan Sinaron di Sook, Keningau ke Linayukan di Tongod sepanjang 40 kilometer yang akan menjadi pemangkin pembangunan ekonomi dan menggalakkan sektor pertanian serta pelancongan setempat di sepanjang jajaran jalan berkenaan.

“Manakala kawasan Pensiangan akan mendapat 46 menara telekomunikasi yang baharu di bawah program Jalinan Digital Negara (JENDELA) yang dimulakan pada tahun lalu dan dijangka siap pelaksanaannya pada penghujung tahun ini, ianya akan membantu masyarakat luar bandar untuk mengikuti perkembangan dan pembangunan era moden walaupun dalam norma baharu serta memudahkan anak-anak akses dalam pembelajaran dan mereka yang menjalankan perniagaan atas talian,” ujar Arthur.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/05/kerajaan-sabah-prihatin-salur-bantuan-kepada-mangsa-banjir/feed/ 0 10747