Mangsa Kebakaran – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 11 Mar 2024 05:54:16 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Mangsa Kebakaran – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 71 KIR mangsa kebakaran Kg. Tanjung Batu Keramat terima sumbangan RM3,000 https://sabahmedia.com/2024/03/11/rm3000-untuk-71-kir-mangsa-kebakaran-kg-tanjung-batu-keramat-logpond/ https://sabahmedia.com/2024/03/11/rm3000-untuk-71-kir-mangsa-kebakaran-kg-tanjung-batu-keramat-logpond/#respond Mon, 11 Mar 2024 05:09:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=50910
Read Time:1 Minute, 20 Second

TAWAU: Seramai 71 Ketua Isi Rumah (KIR) mangsa kebakaran Kampung Tanjung Batu Keramat (Logpond) masing-masing menerima sumbangan bantuan sebanyak RM3,000 daripada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor di Gelanggang Bola Keranjang, Kompleks Sukan Tawau pada Isnin.

Mereka masing-masing menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI) Kerajaan Negeri Sabah sebanyak RM1000, sumbangan daripada Bahagian Zakat Majlis Ugama Islam Negeri Sabah (MUIS) sebanyak RM1000, Yayasan Kebajikan Negeri Sabah RM700 dan Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah sebanyak RM300.

Hajiji berkata, Kerajaan Negeri juga akan memberikan bantuan sebanyak RM20,000 untuk bantuan pembelian bahan binaan rumah kepada 45 buah rumah yang musnah 100 peratus.

Manakala tujuh buah rumah yang musnah kira-kira 30 peratus akan menerima bantuan RM10,000. Beliau berharap dengan bantuan yang diberikan oleh kerajaan itu, sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban mangsa kebakaran terbabit.

“Inilah Kerajaan Negeri hari ini, sentiasa prihatin kepada rakyat yang ditimpa musibah
kebakaran, kita santuni dan memberi bantuan lebih-lebih lagi kita akan menyambut
Bulan Ramadan.

“Dengan bantuan pembelian bahan binaan rumah daripada Kerajaan Negeri, diharap
mangsa kebakaran akan dapat membina semua rumah mereka di tapak kampung itu
yang merupakan rizab kampung yang sudah diwartakan”, katanya.

Turut hadir ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Datuk Mohd Arifin
Mohd Arif, Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Negeri, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, Ahli Parlimen Tawau, Datuk Lo Su Fui, ADUN Kukusan, Rina Jainal, ADUN Sebatik, Datuk Hassan A Gani Pg Amir, Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, Datuk Awang Shahminan Sahari dan Presiden Majlis Perbandaran Tawau, Joseph Pang.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/11/rm3000-untuk-71-kir-mangsa-kebakaran-kg-tanjung-batu-keramat-logpond/feed/ 0 50910