Mangsa Kebakaran – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 18 Jun 2025 09:27:17 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Mangsa Kebakaran – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kerajaan Negeri salur bantuan kepada mangsa kebakaran Kg Petagas dan Bukit Vor https://sabahmedia.com/2025/06/18/kerajaan-negeri-salur-bantuan-kepada-mangsa-kebakaran-kg-petagas-dan-bukit-vor/ https://sabahmedia.com/2025/06/18/kerajaan-negeri-salur-bantuan-kepada-mangsa-kebakaran-kg-petagas-dan-bukit-vor/#respond Wed, 18 Jun 2025 09:27:16 +0000 https://sabahmedia.com/?p=75780
Read Time:1 Minute, 26 Second

PUTATAN: Kerajaan Negeri menyalurkan bantuan awal kepada mangsa kebakaran di Kampung Petagas dan Bukit Vor yang berlaku pada 16 dan 17 Jun lalu, melibatkan seramai 74 mangsa daripada 28 keluarga.

Hajiji diiringi Shahelmey (kanan) melawat mangsa kebakaran di PPS Dewan Sri Putatan pada Rabu. – Foto.ihsan JKM Sabah

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor turun padang melawat dan menyampaikan bantuan itu kepada ketua isi rumah (KIR) mangsa terjejas, yang kini ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Sri Putatan pada Rabu.

Katanya, bagi meringankan beban mangsa, setiap KIR menerima pelbagai bentuk bantuan termasuk bantuan Wang Ihsan (BWI) sebanyak RM1,000, bantuan Yayasan Kebajikan Sabah (YKS) sebanyak RM1,000, bantuan Pusat Zakat Sabah, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) sebanyak RM1,000 dan bakul makanan serta RM300 daripada Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah.

“Bagi KIR yang rumah mereka musnah sepenuhnya, Kerajaan Negeri akan membina Rumah Mesra SMJ ditapak sedia ada, sementara bagi rumah yang sebahagian sahaja terbakar, kerajaan akan membantu diantara RM5000 hingga RM10,000”, katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri amat prihatin dan memastikan kebajikan rakyat sentiasa terpelihara, terutama ketika berdepan musibah.

Dalam dua insiden berasingan tersebut, seramai 74 orang mangsa daripada 28 keluarga kehilangan tempat tinggal. Kebakaran di Kampung Petagas melibatkan 20 KIR dengan 46 mangsa, manakala kebakaran di Bukit Vor melibatkan 8 KIR dengan 28 mangsa.

Turut hadir di majlis itu ialah Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya Negeri, Datuk Ir. Shahelmey Yahya, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Datuk Dr Mohd Arifin Datuk Mohd Arif, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr. Safar Untong. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas, Datuk Awang Ahmad Sah Datuk Awang Sahari, Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, Datuk Awang Shahminan Datuk Sahari dan Pegawai Daerah Putatan, Masawi Salleh.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/18/kerajaan-negeri-salur-bantuan-kepada-mangsa-kebakaran-kg-petagas-dan-bukit-vor/feed/ 0 75780
Mangsa kebakaran Kampung Cempaka Likas terima sumbangan air minuman https://sabahmedia.com/2025/03/14/mangsa-kebakaran-kampung-cempaka-likas-terima-sumbangan-air-minuman/ https://sabahmedia.com/2025/03/14/mangsa-kebakaran-kampung-cempaka-likas-terima-sumbangan-air-minuman/#respond Fri, 14 Mar 2025 10:47:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=70401
Read Time:31 Second

Kota Kinabalu: Yayasan Qhazanah Sabah hari ini menyumbangkan 200 karton air minuman kepada mangsa kebakaran Kampung Cempaka Likas yang kini ditempatkan di Dewan Serbaguna Likas.

Penyampaian sumbangan itu disampaikan Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad Datuk Dr Yusof Yacob dalam majlis ringkas selain turut menyampaikan pakaian terpakai yang dikumpul oleh kakitangan QSB.

Hadir sama, Ketua Pentadbiran dan Sumber Manusia QSB Mary Grace Prudente dan Pengarah Eksekutif Yayasan Qhazanah Sabah Majorie Noivont.

Seramai 37 keluarga masih ditempatkan sementara di Dewan Serbaguna Likas.

Dalam kejadian 1 Mac lalu, sebanyak 80 buah rumah musnah terbakar di Kampung Cempaka menyebabkan kira-kira 140 keluarga kehilangan tempat tinggal. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/14/mangsa-kebakaran-kampung-cempaka-likas-terima-sumbangan-air-minuman/feed/ 0 70401
Anak mangsa kebakaran di Likas akan dibantu melalui TPNS https://sabahmedia.com/2025/03/06/anak-mangsa-kebakaran-di-likas-akan-dibantu-melalui-tpns/ https://sabahmedia.com/2025/03/06/anak-mangsa-kebakaran-di-likas-akan-dibantu-melalui-tpns/#respond Thu, 06 Mar 2025 09:00:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=69894
Read Time:1 Minute, 33 Second

Kota Kinabalu : Kerajaan negeri akan menyalurkan bantuan kepada anak-anak mangsa kebakaran di Kampung Cempaka Likas di sini terutama dari segi pakaian dan peralatan sekolah yang telah musnah dalam insiden kebakaran yang berlaku Sabtu lalu.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, pihaknya akan mengenal pasti anak-anak mangsa yang terlibat debgan bantuan Ketua Kampung dan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) yang terlibat.

“Kita akan kenal pasti, nanti saya minta daripada Ketua Kampung dan JKKK mana anak-anak yang memerlukan bantuan tersebut kita akan bantu melalui Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS).

“Seperti biasa kita akan bantu mereka untuk memudahkan mereka menjalani pembelajaran mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyerahkan sumbangan bantuan kebakaran Kampung Likas di Dewan Serbaguna Likas di sini.

Dalam kejadian pada awal pagi Sabtu lalu, seramai 511 orang mangsa daripada 91 keluarga hilang tempat tinggal, apabila kediaman mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Cempaka.

Dua pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka bagi menempatkan mangsa kebakaran iaitu di PPS Likas yang menempatkan seramai 34 KIR membabitkan 200 penduduk manakala PPS Damai, Luyang seramai 57 KIR dan 311 penduduk.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai rayuan mangsa terjejas di PPS berkenaan untuk dilanjutkan penempatan, Arifin berkata, pihaknya akan berbincang perkara tersebut bersama pimpinan di kawasan berkenaan.

“Insya Allah, saya akan bincang perkara ini bersama dengan pimpinan di kawasan ini dan jika memerlukan perkara tersebut kita akan beri pertimbangan insya Allah. 

“Tiada masalah. Yang penting mereka dapat menjalani kehidupan sementara dalam bulan Ramadhan ini khususnya,” katanya. 

Terdahulu, pada majlis penyerahan sumbangan itu, sebanyak RM91,000 diserahkan MUIS kepada mangsa terjejas kebakaran dimana setiap ketua isi rumah (KIR) akan menerima RM1,000 setiap KIR.

Turut menyerahkan sumbangan Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS) dan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Darau yang masing-masing menyerahkan sumbangan sebanyak RM200. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/06/anak-mangsa-kebakaran-di-likas-akan-dibantu-melalui-tpns/feed/ 0 69894
Wanita Gagasan Rakyat Sabah serah sumbangan mangsa kebakaran Kampung Cenderamata https://sabahmedia.com/2023/03/07/wanita-gagasan-rakyat-sabah-serah-sumbangan-mangsa-kebakaran-kampung-cenderamata/ https://sabahmedia.com/2023/03/07/wanita-gagasan-rakyat-sabah-serah-sumbangan-mangsa-kebakaran-kampung-cenderamata/#respond Tue, 07 Mar 2023 00:03:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=30421
Read Time:40 Second

SANDAKAN: Wanita Gagasan Rakyat Sabah telah menyerahkan sumbangan kepada mangsa kebakaran di perkampungan atas air Kampung Cenderamata, Batu Sapi dekat sini, semalam.

Melawat lokasi kejadian kebakaran di Kampung Cenderamata, Batu Sapi, Sandakan.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, dianggarkan 90 buah rumah terlibat kebakaran itu.

Menurut Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 7.48 pagi.

Sumbangan tersebut berupa beras dan air mineral.

Semua mangsa ditempatkan di Program Perumahan Rakyat (PPR) Batu Sapi yang dijadikan pusat penempatan sementara (PPS).

Penyerahan sumbangan di sampaikan oleh rombongan Wanita Gagasan Rakyat Zon 5 mewakili Wanita Gagasan Rakyat Sabah.

Rombongan turut melawat mangsa kebakaran di PPS dan lokasi kejadian.

Hasmah Nurdin dan Anna Bell Perian daripada Wanita Gagasan Rakyat zon 5 melawat mangsa kebakaran di PPS.
]]>
https://sabahmedia.com/2023/03/07/wanita-gagasan-rakyat-sabah-serah-sumbangan-mangsa-kebakaran-kampung-cenderamata/feed/ 0 30421
Tabung Zakat MUIS Serah Sumbangan RM290,000 Bantu Mangsa Kebakaran Kg.Kurnia Jaya,Tawau https://sabahmedia.com/2022/03/22/tabung-zakat-muis-serah-sumbangan-rm290000-bantu-mangsa-kebakaran-kg-kurnia-jayatawau/ https://sabahmedia.com/2022/03/22/tabung-zakat-muis-serah-sumbangan-rm290000-bantu-mangsa-kebakaran-kg-kurnia-jayatawau/#respond Tue, 22 Mar 2022 08:41:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13337
Read Time:51 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyaksikan penyerahan sumbangan khas sebanyak RM290,000 daripada Tabung Zakat Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) kepada mangsa kebakaran Kampung Kurnia Jaya, Batu 4, Tawau di pejabatnya di Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.

Sumbangan itu telah diserahkan oleh Timbalan Yang Di-Pertua MUIS, Ustaz Malai Ali Malai Ahmad kepada Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif, mewakili Ketua Isi Rumah (KIR) mangsa kebakaran.

Seramai 580 KIR mangsa kebakaran kampung itu masing-masing akan menerima sumbangan sebanyak RM500.

“Sumbangan khas ini diharap dapat membantu KIR mangsa kebakaran Kg.Kurnia Jaya, Tawau,” kata Hajiji.

Turut hadir Setiausaha MUIS, Ramlan Awang Ali, Pengerusi Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS), Omar Raisul As-Salam Sulaiman Omar dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah, Datuk Ustaz Saifulzaman Sangul.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor (tengah) menyaksikan penyerahan sumbangan khas MUIS kepada KIR mangsa kebakaran Kg. Kurnia Jaya, Batu 4, Tawau daripada Ustaz Malai Ali Malai Ahmad kepada Datuk Arifin Mohd Arif (tiga dari kanan).

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/22/tabung-zakat-muis-serah-sumbangan-rm290000-bantu-mangsa-kebakaran-kg-kurnia-jayatawau/feed/ 0 13337
Kerajaan Negeri GRS Salur RM2.4 juta Bantu Mangsa Kebakaran Kg Landung Ayang https://sabahmedia.com/2022/02/26/kerajaan-negeri-grs-salur-rm2-4-juta-bantu-mangsa-kebakarankg-landung-ayang/ https://sabahmedia.com/2022/02/26/kerajaan-negeri-grs-salur-rm2-4-juta-bantu-mangsa-kebakarankg-landung-ayang/#respond Sat, 26 Feb 2022 06:09:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12553
Read Time:1 Minute, 24 Second

KUDAT: Kerajaan Negeri Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan menyalurkan peruntukan khas berjumlah RM2.4 juta kepada semua pemilik 120 buah rumah yang telah musnah akibat bencana kebakaran di Kampung Landung Ayang, dekat sini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, setiap rumah yang musnah akan menerima RM20,000.00 dalam bentuk bahan binaan untuk membina semula rumah mereka.

“Saya berharap agar bantuan yang diberikan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang dihadapi oleh semua mangsa kebakaran.

“Bantuan yang disalurkan ini menunjukkan rasa prihatin dan kebersamaan Kerajaan Negeri dengan rakyat yang ditimpa musibah atau kesusahan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyantuni mangsa kebakaran Kampung Landung Ayang, di sini, hari ini.

Sementara itu, mangsa kebakaran dibenarkan membina semula rumah mereka ditapak sedia ada dengan dikawal selia oleh Lembaga Bandaran Kudat, agar ianya teratur dan berjarak.

Hajiji yang juga mewakili Kerajaan Negeri, merakamkan rasa simpati kepada semua mangsa bencana kebakaran dan berharap agar semua mangsa yang terlibat terus tabah dan sabar dalam menghadapi ujian ini.

“Kerajaan Negeri juga akan turut membantu rakyat yang ditimpa musibah atau kesusahan di semua kawasan di negeri ini, tanpa mengira agama, bangsa mahupun fahaman politik,” ujarnya.

Terdahulu Hajiji menyampaikan sumbangan Bantuan Wang Ihsan (BWI) sebanyak RM500 kepada seramai 176 Ketua Isi Rumah (KIR) mangsa kebakaran kampung tersebut yang ditempatkan di Dewan Tun Mustapha.

Mangsa kebakaran juga menerima set dapur gas daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Mengiringi Hajiji ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong, Pembantu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Dato’ Sri Dr.Ruddy Awah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawang, Datuk Ghulamhaidar Khan Bahadar, ADUN Pintas, Fairuz Renddan dan Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, Datuk Awang Shahminan Datuk Sahari.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/26/kerajaan-negeri-grs-salur-rm2-4-juta-bantu-mangsa-kebakarankg-landung-ayang/feed/ 0 12553