Mangsa – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 27 Mar 2024 09:17:23 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Mangsa – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Wanita Gagasan Rakyat Sabah serah sumbangan mangsa kebakaran di Likas https://sabahmedia.com/2024/03/27/wanita-gagasan-rakyat-sabah-serah-sumbangan-mangsa-kebakaran-di-likas/ https://sabahmedia.com/2024/03/27/wanita-gagasan-rakyat-sabah-serah-sumbangan-mangsa-kebakaran-di-likas/#respond Wed, 27 Mar 2024 05:31:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=51715
Read Time:30 Second

KOTA KINABALU: Kira-kira 17 keluarga mangsa kebakaran Kampung Muhibbah Likas telah menerima sumbangan daripada Wanita Gagasan Rakyat Sabah di Dewan Serbaguna Kampung Likas semalam.

Sumbangan berupa wang tunai disampaikan oleh Ketua Wanita Gagasan Rakyat Sabah, Datuk Redonah Bahanda kepada mangsa kebakaran berkenaan.

Redonah dan rombongan menyantuni mangsa-mangsa kebakaran di Dewan Serbaguna Likas semalam.

Dalam kejadian kebakaran yang berlaku 24 Mac lalu, sebanyak 10 rumah musnah dijilat api di Kampung Muhibbah Likas menyebabkan 17 keluarga tinggal sehelai sepinggang.

Kejadian berlaku ketika beberapa keluarga baru sahaja terjaga untuk menyediakan juadah bersahur sekitar jam 3 pagi.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/27/wanita-gagasan-rakyat-sabah-serah-sumbangan-mangsa-kebakaran-di-likas/feed/ 0 51715
Pelajar tajaan YBR mangsa kebakaran terima bantuan https://sabahmedia.com/2024/03/23/pelajar-tajaan-ybr-mangsa-kebakaran-terima-bantuan/ https://sabahmedia.com/2024/03/23/pelajar-tajaan-ybr-mangsa-kebakaran-terima-bantuan/#respond Sat, 23 Mar 2024 12:04:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=51481
Read Time:1 Minute, 25 Second

PAPAR: Yayasan Bank Rakyat (YBR) telah menyantuni seorang pelajar tajaan yang baru sahaja menerima tawaran Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU).

Pelajar berkenaan merupakan antara mangsa kebakaran dalam kejadian membabitkan kemusnahan 10 buah rumah di Kampung Laut Bongawan pada 4 Mac lalu, telah mendapat perhatian YBR.

Sehubungan dengan itu, Pengurus Besar Yayasan Bank Rakyat, Syaiful Rizal Abdul Ghani berkata, beliau terpanggil untuk melihat sendiri keadaan pelajar tajaan YBR, Norwardina Abd Sani, 21, yang telah kehilangan harta benda akibat kebakaran itu.

“Bantuan yang diberikan ini tidak mampu membantu mereka sekeluarga sepenuhnya, namun diharapkan sedikit sebanyak mengurangkan penderitaan yang perlu ditanggung untuk meneruskan pengajian di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

“Selain itu sumbangan ini juga membantu untuk pembelian keperluan dan peralatan persekolahan adik-adik Norwardina yang baru memulakan persekolahan pada 11 Mac lalu,” katanya yang tampil sendiri menyampaikan sumbangan tunai di Kampung Laut Bongawan di sini, hari ini.

Syaiful berkata, YBR amat prihatin dengan musibah yang dihadapi Norwardina dan keluarga yang yang kini hanya tinggal sehelai sepinggang.

Justeru, beliau turut memohon agar mereka yang berada diluar sana tampil membantu mereka sama ada dalam bentuk bantuan tunai atau lain-lain keperluan.

“Semoga mereka sekeluarga dipermudahkan segala urusan di bulan Ramadan yang mulia ini dan juga mendapat lindungan dari Tuhan,” katanya.

Turut hadir dalam pertemuan ini ialah Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat YBR,
Mohamad Ghazali Zainal Abidin.

Sementara itu, Norwardina turut mengucapkan terima kasih kepada pihak YBR
kerana sudi hadir untuk melihat sendiri keperitan yang ditanggung dan berasa amat bersyukur dengan bantuan yang telah disampaikan itu.

Pada tahun 2023, YBR memperuntukkan lebih RM335,000 bagi pemberian sumbangan dalam membantu mereka yang kurang bernasib baik serta bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan sosio ekonomi penerima melalui pembangunan pendidikan, pemerkasaan masyarakat serta bantuan penjagaan kesihatan.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/23/pelajar-tajaan-ybr-mangsa-kebakaran-terima-bantuan/feed/ 0 51481
Mangsa samun, kerani wanita terima tujuh jahitan di kepala https://sabahmedia.com/2024/02/16/mangsa-samun-kerani-wanita-terima-tujuh-jahitan-di-kepala/ https://sabahmedia.com/2024/02/16/mangsa-samun-kerani-wanita-terima-tujuh-jahitan-di-kepala/#respond Fri, 16 Feb 2024 06:02:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=49576
Read Time:2 Minute, 4 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Seorang mangsa kerani wanita menerima tujuh jahitan di kepala selepas ditumbuk dan disamun dalam kejadian di lorong belakang HSBC Bank Jalan Gaya, Kota Kinabalu pada Khamis.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Kalsom Idris berkata, kejadian berlaku tengahari semalam (15 Feb) semasa mangsa seorang diri dalam perjalanan ke kedai One Stop Premium telah didatangi oleh seorang lelaki dari arah belakang yang terus menutup mulut mangsa dan menjatuhkan mangsa.

“Mangsa telah ditumbuk di muka dan di kepala sehingga mengalami kecederaan. Kemudian lelaki tersebut melarikan diri setelah mengambil dompet mangsa,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Menurut Kalsom, mangsa berumur 35 tahun itu telah mendapat rawatan di Hospital Queen Elizabeth dan menerima tujuh jahitan di kepala akibat kecederaan yang dialami selepas ditumbuk oleh suspek berkenaan.

Katanya, mangsa juga telah mengalami kerugian wang tunai sebanyak RM50.00 dan dokumen peribadi.

“Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan dengan sengaja menyebabkan cedera dan melakukan rompakan yang membawa hukuman penjara selama tempoh sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan denda atau sebat,” jelasnya.

Pada sidang media sama, Kalsom turut memaklumkan, satu tangkapan telah dijalankan pada hari sama kejadian jam lebih kurang 7.30 malam ke atas seorang penganggur lelaki berumur 18 tahun bertempat di Bataras Jalan Pantai, Kota Kinabalu.

Beliau berkata, lelaki tersebut disyaki terlibat dalam kes samun sebelum ini dan semasa tangkapan lelaki tersebut baru sahaja melakukan satu kes curi telefon bimbit ke atas seorang lagi mangsa wanita berumur 36 tahun di Jalan Pantai.

“Semasa suspek itu sedang dikejar oleh orang awam, anggota polis yang sedang menjalankan tugas Ops Payung di Jalan Pantai ada pada masa itu juga turut mengejar dan suspek berjaya ditangkap.

“Hasil soal siasat awal lelaki tersebut mengaku telah terlibat dengan kes samun di belakang Hsbc Bank Jalan Gaya, Kota Kinabalu.

“Lelaki tersebut telah dibawa mendapatkan reman pada pagi ini untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sehubungan dengan itu, Kalsom mengucapkan terima kasih atas kerjasama orang awam yang membantu pihak polis dalam mencegah jenayah di negeri ini.

“Daripada kes ini kurang 24 jam kita dapat menangkap penjenayah berkenaan yang melakukan dua kes samun dan mencederakan mangsa di bandaraya Kota Kinabalu, justeru itu, kita melihat ini juga adalah disebabkan kerjasama orang ramai dalam membantu pihak polis mencegah jenayah, kita ucapkan terima kasih kepada mereka,”ujarnya.

Kalsom berkata, kes kedua yang dilakukan suspek tersebut disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/16/mangsa-samun-kerani-wanita-terima-tujuh-jahitan-di-kepala/feed/ 0 49576
Mangsa lelaki, wanita maut terperangkap dalam bilik simpanan tong Karbon Dioksida https://sabahmedia.com/2024/01/17/mangsa-lelaki-wanita-maut-terperangkap-dalam-dalam-bilik-simpanan-tong-karbon-dioksida/ https://sabahmedia.com/2024/01/17/mangsa-lelaki-wanita-maut-terperangkap-dalam-dalam-bilik-simpanan-tong-karbon-dioksida/#respond Wed, 17 Jan 2024 13:29:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=48122
Read Time:38 Second

KOTA KINABALU: Dua mangsa lelaki dan wanita maut terperangkap dalam bilik simpanan tong Karbon Dioksida (CO2) dalam kejadian di salah sebuah kondominium di Likas pagi tadi (17 Jan).

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri (JBPN) Sabah, sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 10.22 pagi tadi, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu bergegas ke lokasi kejadian.

“Pasukan Bomba membuat operasi dengan membuka bilik tersebut dengan menggunakan peralatan khas dan pintu tersebut berjaya di buka.

“Terdapat dua mangsa lelaki dan perempuan dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia.

“Seterusnya kedua-dua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan dan siasatan selanjutnya dan operasi ditamatkan pada jam 11.57 pagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/17/mangsa-lelaki-wanita-maut-terperangkap-dalam-dalam-bilik-simpanan-tong-karbon-dioksida/feed/ 0 48122