Mangsa – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 14 Jan 2022 09:47:10 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Mangsa – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 43 Mangsa Kebakaran Terima Bantuan https://sabahmedia.com/2022/01/14/43-mangsa-kebakaran-terima-bantuan/ https://sabahmedia.com/2022/01/14/43-mangsa-kebakaran-terima-bantuan/#respond Fri, 14 Jan 2022 09:47:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11100
Read Time:1 Minute, 17 Second

PENAMPANG: Seramai 43 mangsa yang terlibat dalam bencana kebakaran rumah di Kampung Suok Batu, Kapayan mendapat perhatian dari pihak yang prihatin dan menerima beberapa sumbangan hari ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Siti Zailah Mohd Yusoff bersama Ketua Bahagian Kapayan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Jafery Jomion tampil menyampaikan sumbangan bantuan berbentuk bakul makanan, pakaian dan wang ihsan kepada mangsa terbabit.

Jafery turut memberikan penerangan kepada Siti Zailah terhadap keadaan mangsa serta bantuan yang disalurkan kepada mereka termasuk disediakan makanan bermasak selama tiga hari selepas kejadian.

“Mangsa tersebut seterusnya akan disediakan peralatan memasak supaya dapat meneruskan kehidupan selepas bencana yang melanda mereka,” katanya selepas mengiringi Siti Zailah melawat mangsa yang terjejas akibat kebakaran di Dewan Kampung Kibouvang, Kapayan, hari ini.

Sehubungan dengan itu, Jafery juga memohon supaya Siti Zailah mempertimbangkan untuk menyediakan penempatan sementara kepada semua mangsa berkenaan.

“Diharap semua mangsa ini diberikan tempat perlindungan yang lebih sesuai atau seperti rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) berbayar dengan bayaran sewa yang lebih rendah.

“Ini bagi memastikan supaya mangsa dapat meneruskan kehidupan mereka seperti biasa selepas ini,” tambah Jafery.

Hadir sama dalam lawatan itu, Ketua Penerangan Pas Bahagian Putatan, Zulzaim Hilmee; Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kapayan, Lu Yen Tung, Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah, Muhammad Akmal Othman; Pegawai Penerangan Bahagian STAR, Freddy Ekol dan beberapa ahli jawatankuasa STAR.

Mangsa-mangsa yang menerima sumbangan hari ini ialah mangsa yang terjejas dalam bencana kebakaran melibatkan empat buah rumah dan turut terbakar lima buah kenderaan di Kampung Suok Batu, Kapayan semalam.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/14/43-mangsa-kebakaran-terima-bantuan/feed/ 0 11100
KPLB Peruntukkan RM5O Juta Rumah Kasih Keluarga Malaysia Untuk Mangsa Banjir https://sabahmedia.com/2022/01/11/kplb-peruntukkan-rm5o-juta-rumah-kasih-keluarga-malaysia-untuk-mangsa-banjir/ https://sabahmedia.com/2022/01/11/kplb-peruntukkan-rm5o-juta-rumah-kasih-keluarga-malaysia-untuk-mangsa-banjir/#respond Tue, 11 Jan 2022 09:04:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11006
Read Time:1 Minute, 3 Second

BANTING: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) memperuntukkan RM50 juta di bawah Inisiatif Rumah Kasih Keluarga Malaysia untuk pembaikan dan bina baharu rumah pasca banjir dengan kadar bantuan RM15 ribu untuk kerja-kerja pembaikan rumah, RM56 ribu untuk membina baharu di Semenanjung dan RM68,000 untuk bina baharu di Sabah dan Sarawak.

Menurut Ketua Setiausaha KPLB, Dato’ Ramlan Harun, KPLB mengambil inisiatif ini untuk membantu melicin dan mempercepatkan proses pendaftaran dalam menyegerakan bantuan kepada mangsa banjir yang layak.

Katanya, KPLB menerima lebih 300 permohonan dan semakan kelayakan untuk pembaikan dan bina baharu rumah pasca banjir di bawah Inisiatif Rumah Kasih Keluarga Malaysia di Pusat Sehenti Tabika Kemas, Bukit Changgang dekat sini.

“Pusat Sehenti ini dibuka tiga hari bermula hari ini bagi menyedia saluran bagi memudah cara mangsa banjir mendaftar kelayakan melalui borang yang disediakan sebelum diserahkan kepada Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah untuk diperaku Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

“KPLB juga telah memulakan kerja-kerja pembaikan Sabtu lalu membabitkan sembilan buah rumah mangsa banjir di Kuala Klawang, Chennah dan Jelebu, Negeri Sembilan. Empat buah rumah lagi di Mentakab dan Temerloh, Pahang.

“Setakat ini KPLB telah menerima jumlah 1,879 unit rumah untuk baik pulih di kawasan banjir seluruh negara. Manakala 165 adalah untuk bina baharu rumah,” jelasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/11/kplb-peruntukkan-rm5o-juta-rumah-kasih-keluarga-malaysia-untuk-mangsa-banjir/feed/ 0 11006
247 Mangsa Banjir Di Kota Marudu & Pitas Terima Bantuan https://sabahmedia.com/2022/01/08/247-mangsa-banjir-di-kota-marudu-pitas-terima-bantuan/ https://sabahmedia.com/2022/01/08/247-mangsa-banjir-di-kota-marudu-pitas-terima-bantuan/#respond Sat, 08 Jan 2022 09:13:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10886
Read Time:57 Second

KOTA MARUDU: Seramai 247 mangsa banjir di Kota Marudu dan Pitas, hari ini menerima bantuan wang ihsan dan bakul makanan yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Penerima bantuan itu masing-masing 206 di Kota Marudu dan 41 di Pitas.

Selain bantuan wang ihsan dan bakul makanan seramai enam ketua isi rumah (KIR) mangsa banjir di Kota Marudu menerima Bantuan Barang Keperluan Asas, Baucar Diskaun Pembelian Barangan Elektrik dan Baucar Pembaikan Kenderaan manakala enam KIR di Pitas juga menerima Bantuan Keperluan Asas, Pembaikan Kecil Rumah dan Baucar Pembelian Barangan Elektrik.

Turut hadir semasa lawatan itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) yang juga Ahli Parlimen Kota Marudu, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Yakub Khan; Pembangunan Luar Bandar, Datuk Jahid Jahim; Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Shahelmey Yahya dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong.

Perdana Menteri tiba di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pagi tadi. Beliau turut mendengar taklimat daripada Safar sebelum meneruskan lawatan kerja ke Kota Marudu dan Pitas.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/08/247-mangsa-banjir-di-kota-marudu-pitas-terima-bantuan/feed/ 0 10886
Hajiji Lawat & Serah Bantuan Mangsa Banjir Di Pitas & Kota Marudu https://sabahmedia.com/2022/01/05/hajiji-lawat-serah-bantuan-mangsa-banjir-di-pitas-kota-marudu/ https://sabahmedia.com/2022/01/05/hajiji-lawat-serah-bantuan-mangsa-banjir-di-pitas-kota-marudu/#respond Wed, 05 Jan 2022 07:58:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10725
Read Time:1 Minute, 41 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan berusaha sedaya yang mampu membantu rakyat yang terjejas akibat bencana banjir.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kerajaan GRS prihatin dan tidak akan membiarkan rakyat yang terjejas akibat bencana banjir dan akan memberikan bantuan kepada mereka.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyampaikan bantuan wang ihsan RM1000 kepada KIR mangsa banjir di Pitas.
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyampaikan bantuan wang ihsan RM1000 kepada KIR mangsa banjir di Pitas. -Foto Ihsan Jabatan Ketua Menteri.
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor meninjau dan melawat mangsa banjir di PPS di SK Pekan Pitas 2.
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor meninjau dan melawat mangsa banjir di PPS di SK Pekan Pitas 2.– Foto Ihsan Jabatan Ketua Menteri.

“Sehubungan dengan itu, kita memerlukan laporan yang terperinci, cepat, tepat dan adil daripada Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Bencana Alam Daerah agar kerajaan dapat mengambil tindakan susulan dengan segera,” kata Hajiji semasa melawat mangsa-mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Pitas dan Kota Marudu, hari ini.

Di Pitas, beliau melawat pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Pitas 2. Selain mendengar taklimat ringkas banjir, Hajiji turut menyerahkan bantuan wang ihsan RM1,000 dan bakul makanan kepada seramai 94 Ketua Isi Rumah (KIR) mangsa banjir.

Sementara di Kota Marudu, beliau mendengar taklimat bencana alam banjir di Pejabat Daerah Kota Marudu dan menyerahkan bantuan wang ihsan RM1,000 serta bakul makanan kepada seramai 132 KIR mangsa banjir di Pentas Utama Dataran Bandau.

Dalam pada itu, Mesyuarat Khas Task Force Pengurusan Pasca Bencana Banjir Monsun Timur Laut 2021/2022 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri memutuskan antara bantuan yang akan diberikan Kerajaan Persekutuan ialah bantuan tunai ihsan RM1000 setiap KIR yang dipindah ke PPS, bantuan tunai RM10,000 kepada waris yang meninggal, insentif untuk pembelian barang keperluan, bayaran untuk membaiki kenderaan dalam bentuk baucer RM1,000 dan bantuan kerosakan rumah.

Hajiji diiringi oleh Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Negeri, Datuk Ir. Shahelmey Yahya, Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri, Datuk Datu Rosmadi Sulai dan Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, Jabatan Ketua Menteri, Datuk Ag Shahminan Datuk Ag Sahari.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/05/hajiji-lawat-serah-bantuan-mangsa-banjir-di-pitas-kota-marudu/feed/ 0 10725
Mangsa Banjir Beluran: Satu Mayat Ditemui, Seorang Masih Hilang https://sabahmedia.com/2022/01/02/mangsa-banjir-beluran-satu-mayat-ditemui-seorang-masih-hilang/ https://sabahmedia.com/2022/01/02/mangsa-banjir-beluran-satu-mayat-ditemui-seorang-masih-hilang/#respond Sun, 02 Jan 2022 10:34:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10601
Read Time:1 Minute, 2 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

BELURAN: Mayat seorang daripada dua mangsa banjir yang dilaporkan hilang pada 31 Disember 2021 dalam kejadian berlaku di dua tempat yang berlainan telah ditemui pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda berkata, setakat ini, seorang mangsa yang dilaporkan hilang semasa memukat di Kuala Penubukan, Paitan yang dilaporkan hilang pada 31 Disember 2021 telah ditemui lemas pada jam 12.30 tengahari (01 Januari 2022) di pokok bakau lebih kurang 1.5 kilometer dari tempat kejadian dekat sini.

“Menurut maklumat awal mangsa lelaki berusia 28 tahun dikenali sebagai Rajis Nawang bekerja sebagai nelayan telah turun memasang pukat di Kuala Penubukan sebelum disedari hilang oleh bapanya.

“Manakala mangsa kedua, hanya dikenali Kaerul, 26, Pekerja Ladang telah dihanyutkan air deras apabila cuba menyeberang jalan Kampung Kinadaan (Kg Matanggal). Semasa kejadian dipercayai paras air mencecah lima kaki dari paras jalan. Kejadian ini disedari oleh majikannya dan telah membuat laporan kepada pihak polis, sehingga kini mangsa masih belum ditemui,” kata Kasim dalam kenyataan medianya hari ini.

Sementara itu, katanya hujan lebat yang turun berterusan mengakibatkan banjir beberapa kawasan di Daerah Beluran.

“Operasi mencari dan menyelamat masih giat dijalankan membabitkan agensi dari Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM),” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/02/mangsa-banjir-beluran-satu-mayat-ditemui-seorang-masih-hilang/feed/ 0 10601
504 Mangsa Banjir Ditempatkan Di PPS Kota Marudu https://sabahmedia.com/2022/01/01/504-mangsa-banjir-ditempatkan-di-pps-kota-marudu/ https://sabahmedia.com/2022/01/01/504-mangsa-banjir-ditempatkan-di-pps-kota-marudu/#respond Sat, 01 Jan 2022 10:11:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10544
Read Time:42 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA MARUDU: Seramai 504 mangsa banjir ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di sini sejak kelmarin.

Menurut jurucakap Angkatan Pertahanan Malaysia (APM), kesemua mangsa banjir ditempatkan di PPS Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Teritipan dan Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tandek.

Anggota APM sedang memantau keadaan banjir di beberapa kawasan yang terjejas di Kota Marudu. – Foto Ihsan APM Sabah

Katanya, seramai 251 mangsa membabitkan 70 KIR ditempatkan di PPS Dewan SK Teritipan manakala 253 mangsa daripada 97 KIR ditempatkan di Dewan SMK Tandek.

“Setakat ini kesemua mangsa masih berada di PPS walaupun keadaan air banjir semakin surut dan anggota APM masih membuat pemantauan ke kawasan-kawasan terbabit dari masa ke semasa.

“Kampung-kampung yang terjejas akibat banjir iaitu Kg. Asin – Asin, Kg. Beliajung, Kg.Tingkalanon, Kg.Tongkungon, Kg. Taritipan, Kg. Morion, Kg. Tandek dan Kg. Popok Laut,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/01/504-mangsa-banjir-ditempatkan-di-pps-kota-marudu/feed/ 0 10544
Mayat Mangsa Dibaham Buaya Dijumpai https://sabahmedia.com/2021/10/10/mayat-mangsa-dibaham-buaya-dijumpai/ https://sabahmedia.com/2021/10/10/mayat-mangsa-dibaham-buaya-dijumpai/#respond Sun, 10 Oct 2021 10:56:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7378
Read Time:51 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

TAWAU: Mayat seorang mangsa wanita yang hilang di sungai Kg Serudung Laut Kalabakan semalam, dipercayai dibaham buaya telah dijumpai oleh penduduk kampung di sini, hari ini.

Menurut Jurucakap Pegawai Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Daerah Tawau dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9 Oktober 2021, jam 8.19 malam bahawa mangsa tersebut telah hilang dipercayai dibaham buaya di Sungai Kg Serudung Laut Kalabakan.

Katanya, sepasukan anggota Bomba telah dikerah ke lokasi kejadian dan mendapati benar terdapat seorang mangsa dibaham buaya setelah mengambil maklumat daripada keluarga mangsa.

“Walau bagaimanapun operasi mencari dan menyelamat (SAR) tidak dapat dijalankan atas risiko kawasan kejadian dan SAR hari kedua diteruskan pada 10 Oktober 2021.

“Mangsa telah meninggal dunia dikenali sebagai Fosanih Nansel, 22, dijumpai kira-kira 300 meter daripada lokasi mangsa dibaham buaya oleh penduduk kampung pada jam 8.00 pagi tadi.

“Dengan bantuan pihak Bomba, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi SAR ditamatkan pada jam 10:27 pagi,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/10/mayat-mangsa-dibaham-buaya-dijumpai/feed/ 0 7378
Dua Mangsa Hanyut Dikhuatiri Lemas Dalam Kejadian Bot Karam Di Sungai Padas https://sabahmedia.com/2021/09/22/dua-mangsa-hanyut-dikhuatiri-lemas-dalam-kejadian-bot-karam-di-sungai-padas/ https://sabahmedia.com/2021/09/22/dua-mangsa-hanyut-dikhuatiri-lemas-dalam-kejadian-bot-karam-di-sungai-padas/#respond Wed, 22 Sep 2021 11:59:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6739
Read Time:1 Minute, 3 Second

TENOM: Dua mangsa termasuk kanak-kanak berumur 10 tahun hanyut dibawa arus deras dikhuatiri lemas dalam kejadian bot karam di sungai Padas, Kg Kalandos Pangi dekat sini.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Negeri (PPON) Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) PgKB I Misran Bisara dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian bot karam di sungai Padas, Kg Kalandos Pangi pada jam 4.13 petang tadi.

Sepasukan anggota Bomba bergegas ke lokasi kejadian dengan menggunakan perkhidmatan keretapi yang memakan masa hampir sejam untuk tiba ke lokasi tersebut.

“Maklumat awal diterima dari pengadu/pemanggil, terdapat empat orang mangsa yang baru selesai daripada membeli barangan keperluan di Pekan Tenom menggunakan bot telah karam semasa menyeberangi sungai Padas untuk balik ke rumah. Semasa kejadian, bot yang menghampiri tebing sungai tiba-tiba terbalik kerana arus sungai yang deras.

“Dua mangsa iaitu seorang warga emas lelaki dan seorang wanita dewasa berjaya menyelamatkan diri, manakala dua mangsa lagi seorang lelaki dewasa lingkungan 50 tahun dan seorang kanak-kanak lelaki berumur lingkungan 10 tahun telah dibawa arus deras,” katanya.

Walau bagaimanapun dua mangsa yang hanyut masih belum ditemui.

“Pihak Bomba masih giat menjalankan operasi mencari dan menyelamat di lokasi kejadian,” tambah Misran.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/22/dua-mangsa-hanyut-dikhuatiri-lemas-dalam-kejadian-bot-karam-di-sungai-padas/feed/ 0 6739
PBS Hulur Bantuan Kepada Mangsa Banjir Di Tiga Kampung Dalam DUN Moyog https://sabahmedia.com/2021/09/20/pbs-hulur-bantuan-kepada-mangsa-banjir-di-tiga-kampung-dalam-dun-moyog/ https://sabahmedia.com/2021/09/20/pbs-hulur-bantuan-kepada-mangsa-banjir-di-tiga-kampung-dalam-dun-moyog/#respond Mon, 20 Sep 2021 11:04:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6641
Read Time:1 Minute, 0 Second

PENAMPANG: Parti Bersatu Sabah (PBS) hari ini telah menghulurkan sumbangan bantuan kepada 488 penduduk di tiga kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Moyog yang terjejas teruk oleh banjir minggu lalu.

Tiga kampung tersebut ialah Kg. Sugud, Kg. Maang dan Kg. Babah Bunduon.

Sumbangan berupa makanan, peralatan memasak dan wang tunai tersebut disampaikan semasa lawatan pemimpin-pemimpin parti tersebut bagi meninjau keadaan mangsa banjir berkenaan.

Antara yang hadir ialah Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga Naib Presiden PBS, Datuk Dr. Joachim Gunsalam; Setiausaha Agung, Datuk Joniston Bangkuai; Ketua Penerangan, Datuk Julita Majungki; Ketua Pemuda, Christoper Mandut; Ketua Bahagian N. 26 Moyog, John Chryso Masabal bersama Pergerakan Pemuda dan ‘Task Force’ team.

Penduduk yang terkesan oleh banjir di kampung-kampung tersebut telah ditempatkan di balai raya-balai raya sebagai pusat penempatan sementara (PPS).

Walau bagaimanapun, ada juga sebahagian daripada mangsa banjir yang sudah kembali ke rumah masing-masing untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan.

Sehubungan itu, Ketua Bahagian PBS N.26 Moyog menerima sumbangan daripada parti untuk membantu mangsa-mangsa banjir berkenaan.

PBS juga mengucapkan terima kasih kepada Kim Teck Cheong Consolidated Berhad (KTC) yang turut memberikan sumbangan sebanyak 2,055 keping roti bun and 270 keping roti kok kepada mangsa banjir.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/20/pbs-hulur-bantuan-kepada-mangsa-banjir-di-tiga-kampung-dalam-dun-moyog/feed/ 0 6641
MPT serah 32 bakul makanan kepada mangsa kebakaran Kg Tanjung Aru https://sabahmedia.com/2021/07/24/mpt-serah-32-bakul-makanan-kepada-mangsa-kebakaran-kg-tanjung-aru/ https://sabahmedia.com/2021/07/24/mpt-serah-32-bakul-makanan-kepada-mangsa-kebakaran-kg-tanjung-aru/#respond Sat, 24 Jul 2021 10:07:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3523
Read Time:55 Second

KOTA KINABALU: Jawatankuasa Masjid Puncak Taqwa (MPT) Pekan Kinarut, Papar hari ini, menyumbangkan sebanyak 32 bakul makanan kepada mangsa yang terlibat dalam kebakaran di Kampung Tanjung Aru dekat sini.

Pengerusi Jawatankuasa Masjid Puncak Taqwa Pekan Kinarut, Papar Prof Dr Awang Setia Musleh berkata, sumbangan berupa keperluan asas diserahkan kepada Pemimpin Pembangunan Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Aru, Ridzuan Datuk Aklee untuk diagihkan kepada mangsa yang terlibat.

Dalam pada itu, Ridzuan selaku UPPM N22 Tanjung Aru merakamkan ucapan terima kasih kepada badan MPT atas bantuan yang diberikan kepada mangsa-mangsa kebakaran Kampung Tanjung Aru yang berlaku pada 18 Julai 2021.

“Dalam keadaan pandemik yang kita hadapi sekarang sememangnya semua rakyat terkesan dari segi ekonomi. Di tambah lagi dengan musibah ini ianya menambah lagi bebanan yang dihadapi oleh mangsa-mangsa ini.

“Dengan adanya bantuan daripada MPT dapat juga meringankan sedikit sebanyak bebanan yang mereka hadapi,”kata Ridzuan.

Ridzuan juga menyeru agar pihak lain iaitu badan bukan kerajaan (NGO) mahupun persendirian agar dapat membantu mereka yang terkesan.

Turut hadir di majlis penyerahan bakul makanan itu ialah Ketua Syukbah Fardhu Kifayah dan Kebajikan MPT, Yusoff Gembulu.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/24/mpt-serah-32-bakul-makanan-kepada-mangsa-kebakaran-kg-tanjung-aru/feed/ 0 3523