Manifesto – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 17 Nov 2025 08:45:46 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Manifesto – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Manifesto GRS fokus lonjak hasil negeri, angkat sosioekonomi rakyat https://sabahmedia.com/2025/11/17/manifesto-grs-fokus-lonjak-hasil-negeri-angkat-sosioekonomi-rakyat/ https://sabahmedia.com/2025/11/17/manifesto-grs-fokus-lonjak-hasil-negeri-angkat-sosioekonomi-rakyat/#respond Mon, 17 Nov 2025 08:30:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86143
Read Time:1 Minute, 9 Second

Oleh Normimie Diun

KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) hari ini mengumumkan Manifesto PRU DU Sabah ke-17 dengan misi utama melonjakkan pendapatan negeri dan mengangkat sosioekonomi rakyat dalam tempoh lima tahun akan datang.

Manifesto bertema Memacu Sabah Maju, Rakyat Berkemajuan itu dibina berasaskan gagasan Rumah Kita, Kita Jaga dan digerakkan melalui empat rukun utama iaitu Sabah First, Sabah Forward, Sabah Prosper dan Sabah United.

Timbalan Setiausaha Agung GRS, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, 16 strategi digariskan bagi memastikan pembangunan berlaku secara realistik dan berpaksikan kemampuan fiskal negeri.

“Fokus kita jelas. Pertama, kukuhkan hasil pendapatan negeri. Kedua, tingkatkan keupayaan sosioekonomi rakyat melalui modal insan, peluang kerja bermaruah, perumahan mampu milik dan bantuan sosial,” katanya pada sidang media selepas pelancaran manifesto oleh Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor di SICC hari ini.

Menurut Armizan, pencapaian hasil negeri di bawah GRS sejak 2021 menjadi asas keyakinan rakyat, sekali gus menolak budaya retorik dan janji melampau yang tidak selari dengan realiti kewangan negeri.

Hasil Sabah meningkat daripada RM5.45 bilion pada 2021 kepada RM6.96 bilion (2022), RM6.97 bilion (2023) dan RM6.84 bilion (2024) lonjakan 90.5 peratus berbanding 2020.

GRS menyasarkan hasil negeri mencecah RM10 bilion menjelang 2030 melalui bidang utama seperti ekonomi biru, tenaga boleh diperbaharui, ekonomi digital dan pemerdagangan kredit karbon.

“Manifesto ini bukan sekadar tawaran, tetapi kesinambungan daripada rekod prestasi terbukti melalui Sabah Maju Jaya 1.0,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/17/manifesto-grs-fokus-lonjak-hasil-negeri-angkat-sosioekonomi-rakyat/feed/ 0 86143
Manifesto BN PADU sesuai dengan lanskap ekonomi Sabah – Rahman Dahlan https://sabahmedia.com/2022/11/14/manifesto-bn-padu-sesuai-dengan-lanskap-ekonomi-sabah-rahman-dahlan/ https://sabahmedia.com/2022/11/14/manifesto-bn-padu-sesuai-dengan-lanskap-ekonomi-sabah-rahman-dahlan/#respond Mon, 14 Nov 2022 02:39:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=24560
Read Time:54 Second

KOTA BELUD: Tawaran aku janji manifesto Perancangan Amal dan Usaha (PADU) oleh Barisan Nasional (BN) amat bersesuaian dengan lanskap ekonomi Sabah.

Calon BN Parlimen Kota Belud, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, ini adalah kerana aspirasi manifesto PADU yang dibawakan oleh BN menitikberatkan kebajikan golongan B40 di negeri ini.

Katanya, mengambil contoh tawaran RM2,208 kepada golongan B40 atas tujuan pemelegaan dan seterusnya menyumbang kepada kitaran ekonomi sihat.

“Contohnya di Kota Belud, golongan berpendapatan rendah apabila mereka berbelanja menggunakan bantuan berkenaan, maka bolehlah merancakkan sektor ekonomi setempat, melibatkan penjual, pemborong dan sebagainya di mana ia secara tidak langsung mengaitkan kitaran ekonomi setempat itu sendiri, “katanya ketika ditemui media semasa berkempen di PDM Tamu Darat, Kampung Lasau Tintapon, Kota Belud, malam tadi.

Sementara itu, menurut Abdul Rahman, pihaknya optimis dengan perjalanan kempen dari masyarakat setempat.

Katanya, melihat kepada penerimaan dan sambutan, ramai dikalangan masyarakat amat positif dan maklum balas ada yang amat merindui sentuhan BN.

“Kita optimis dan berada di landasan tepat bagi memenangi hati pengundi di Kota Belud, namun kita tidak boleh leka untuk terus berkerja keras,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/11/14/manifesto-bn-padu-sesuai-dengan-lanskap-ekonomi-sabah-rahman-dahlan/feed/ 0 24560