Mantan TYT Sarawak – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 21 Feb 2024 02:55:09 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Mantan TYT Sarawak – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Mantan TYT Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud meninggal dunia https://sabahmedia.com/2024/02/21/mantan-tyt-sarawak-tun-abdul-taib-mahmud-meninggal-dunia/ https://sabahmedia.com/2024/02/21/mantan-tyt-sarawak-tun-abdul-taib-mahmud-meninggal-dunia/#respond Wed, 21 Feb 2024 02:45:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=49822
Read Time:49 Second

KUCHING: Mantan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud telah meninggal dunia pada kira kira jam 4.40 pagi tadi.

Menurut Unit Komunikasi Awam Sarawak dalam kenyataan media hari ini, jenazah Allahyarham dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching jam 3.30 petang ini dari Kuala Lumpur dan akan terus dibawa ke rumah beliau di Demak Jaya, Jalan Bako.

Jenazah Allahyarham akan akan dibawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 22 Februari (Khamis) di mana orang ramai boleh memberi penghormatan terakhir mulai jam 8.00 pagi hingga 11.30 pagi.

Selepas itu jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Demak berdekatan kediaman beliau untuk disolatkan sebelum dikebumikan dengan istiadat pengkebumian negeri di perkuburan keluarga di Demak Jaya.

Kerajaan Sarawak mengistiharkan tempoh berkabung di seluruh negeri bermula pada hari ini serta esok dan bendera dinaikkan separuh tiang.

Sebarang acara rasmi yg melibatkan hiburan hendaklah ditangguhkan. Masjid dan Rumah Ibadah adalah digalakkan mengadakan majlis doa bagi memperingati pemergian Tun Taib.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/21/mantan-tyt-sarawak-tun-abdul-taib-mahmud-meninggal-dunia/feed/ 0 49822