Mantera – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 08 May 2025 03:21:43 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Mantera – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Angkat lebih banyak budaya, lagenda dalam filem tempatan https://sabahmedia.com/2025/05/08/angkat-lebih-banyak-budaya-lagenda-dalam-filem-tempatan/ https://sabahmedia.com/2025/05/08/angkat-lebih-banyak-budaya-lagenda-dalam-filem-tempatan/#respond Thu, 08 May 2025 03:21:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=73406
Read Time:54 Second

Kota Kinabalu: Penggiat industri kreatif perlu mengangkat lebih banyak budaya, lagenda dan keindahan alam dalam karya filem tempatan.

Yang Dipertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (Mutiara-GRS), Datin Seri Juliah Salag berkata, Sabah khususnya memiliki banyak kisah lagenda yang masih belum diketengahkan.

“Apabila kisah seperti ini difilemkan merupakan satu langkah yang baik bagi generasi baru mengenali dan memahami tradisi kuno amalan ritual yang dilakukan oleh Bobolian itu sendiri.

“Semoga lagi banyak filem-filem yang mengisahkan budaya dan keindahan Sabah akan difilemkan seterusnya mempromosikan negeri ini ke persada yang lebih tinggi,” katanya kepada media selepas menyaksikan filem Mantera.

Sementara itu, Pengarah filem Mantera Chester Pang berkara, selain memaparkan kekayaan budaya etnik, filem tersebut juga dapat mempromosikan keindahan Sabah di mata dunia.

Filem tempatan, Mantera menyelami kisah bomoh tradisi ‘Bobilian’ dalam kalangan masyarakat Dusun di Sabah yang mula ditayangkan di pawagam bermula 24 April lalu.

Turut hadir dalam menyaksikan filem Mantera Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sabah (STB), Julinus Jeffery serta pelakon-pelakon antaranya Wedylin Batala, Larry Noh serta Naib Juara Unduk Ngadau Negeri 2011, Jovenia Jim.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/08/angkat-lebih-banyak-budaya-lagenda-dalam-filem-tempatan/feed/ 0 73406
‘Mantera’ – Filem seram Sabah bakal menghantui 50 pawagam seluruh Malaysia https://sabahmedia.com/2025/03/08/mantera-filem-seram-sabah-bakal-menghantui-50-pawagam-seluruh-malaysia/ https://sabahmedia.com/2025/03/08/mantera-filem-seram-sabah-bakal-menghantui-50-pawagam-seluruh-malaysia/#respond Sat, 08 Mar 2025 10:21:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=70021
Read Time:1 Minute, 34 Second

Oleh J.EVACHEL JOHN

KOTA KINABALU: Filem seram Sabah, ‘Mantera’, bakal menemui penonton di seluruh negara selepas memperoleh perjanjian pengedaran utama dengan Skop Productions, menandakan satu pencapaian besar bagi industri perfileman negeri ini.

Perjanjian itu dimeterai antara pengarah Mantera, Chester Pang, dan Pengarah Urusan Skop Productions, Datuk Yusof Haslam.

Filem ini bakal menguji keberanian penonton di 50 pawagam seluruh Malaysia bermula 24 April, dengan kemungkinan penambahan lokasi bergantung kepada sambutan penonton.

Diterbitkan oleh syarikat produksi Kota Kinabalu, Pro-Merge Vision, Mantera merupakan filem seram berdurasi 120 minit dengan bajet RM1.2 juta.

Mantera mengisahkan Tana, seorang wanita muda yang mewarisi kebolehan daripada keturunan ‘bobolian’.

Apabila kuasa jahat mengancam kampungnya dengan kejadian aneh dan kematian misteri, Tana, dengan bantuan Inspektor Zaf, seorang pegawai polis yang dihantui masa silamnya, terpaksa berdepan dengan ancaman entiti gelap tersebut.

Filem ini dibintangi oleh Jovenea Jim sebagai Tana dan Syafie Naswip sebagai Inspektor Zaf, serta turut menampilkan pelakon hebat Namron, bersama pendatang baharu Eva Sandra Duin dan Devey Grayc.

Jovenea, yang merupakan Naib Juara Unduk Ngadau Negeri 2011, pernah membintangi tiga filem panjang dan pelbagai drama televisyen, selain merangkul anugerah Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem pendek Ninavau pada 2019. Syafie pula merupakan pelakon berbakat besar yang telah meraih pelbagai anugerah, termasuk Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia ke-22 dan Anugerah Skrin ke-16.

Filem Mantera bukan sekadar membangkitkan ketakutan, tetapi juga mengetengahkan keindahan Sabah sambil mengungkap keunikan kepercayaan lama Dusun yang kian dilupakan.

Filem ini juga menjadi debut Chester sebagai pengarah filem panjang, selepas bertahun-tahun berkecimpung dalam produksi dokumentari, televisyen, dan filem pendek.

“Menerusi Mantera, saya ingin memperkenalkan penonton kepada keunikan kepercayaan asli masyarakat Sabah,” kata Chester.

Mantera turut menampilkan sentuhan sinematografi Tim Stephen, yang terkenal dengan karya Sinakagon, filem pertama Sabah yang ditayangkan di Netflix.

Dengan jalan cerita mendebarkan serta gabungan elemen mistik dan budaya Sabah, Mantera dijangka membawa kelainan dalam landskap filem seram tempatan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/08/mantera-filem-seram-sabah-bakal-menghantui-50-pawagam-seluruh-malaysia/feed/ 0 70021