manusia – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 12 Feb 2026 10:05:31 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png manusia – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Polis siasat penemuan bahagian tubuh manusia di Menggatal https://sabahmedia.com/2026/02/12/polis-siasat-penemuan-bahagian-tubuh-manusia-di-menggatal/ https://sabahmedia.com/2026/02/12/polis-siasat-penemuan-bahagian-tubuh-manusia-di-menggatal/#respond Thu, 12 Feb 2026 10:05:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=91522
Read Time:1 Minute, 26 Second

KOTA KINABALU: Polis sedang menjalankan siasatan berhubung satu kes bunuh susulan penemuan beberapa bahagian anggota tubuh manusia di kawasan rumah kedai Indah Permai, Menggatal, pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Syed Lot Syed Ab Rahman berkata, Pusat Kawalan Polis menerima maklumat awal mengenai kejadian itu kira-kira jam 8 pagi tadi (12 Feb).

Menurutnya, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu segera digerakkan ke lokasi bagi menjalankan siasatan lanjut.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati beberapa bahagian anggota tubuh manusia ditemui di dalam tong sampah serta di sekitar kawasan rumah kedai berkenaan. Kesemua bahagian yang dijumpai dipercayai milik mangsa yang sama,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, identiti mangsa setakat ini masih belum dikenal pasti dan usaha sedang giat dijalankan untuk mengesahkan identiti serta mengesan waris terdekat.

Pasukan Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sabah, Unit Forensik Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) serta Unit Anjing Pengesan (K9) turut menjalankan pemeriksaan terperinci di lokasi bagi tujuan pengumpulan bahan bukti.

Menurutnya, berdasarkan pemerhatian awal, polis tidak menolak kemungkinan mangsa dibunuh di lokasi lain sebelum bahagian tubuh berkenaan dibuang di kawasan tersebut.

“Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik HQE I dan bedah siasat dijadualkan dijalankan jam 8.30 pagi, 13 Februari 2026 bagi mengenal pasti punca kematian.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Sehubungan dengan itu, Syed Lot menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Asisten Superintendan Rahman di talian 012-310 6882 atau IPD Kota Kinabalu di talian 088-529222. Semua maklumat akan dirahsiakan.

“PDRM memberi jaminan siasatan akan dijalankan secara menyeluruh dan profesional bagi memastikan individu yang terlibat dibawa ke muka pengadilan,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/02/12/polis-siasat-penemuan-bahagian-tubuh-manusia-di-menggatal/feed/ 0 91522
Penemuan serpihan tulang manusia telah dibakar, suspek lelaki ditahan https://sabahmedia.com/2024/04/19/penemuan-serpihan-tulang-manusia-telah-dibakar-suspek-lelaki-ditahan/ https://sabahmedia.com/2024/04/19/penemuan-serpihan-tulang-manusia-telah-dibakar-suspek-lelaki-ditahan/#respond Fri, 19 Apr 2024 10:45:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=52775
Read Time:1 Minute, 8 Second

RANAU: Seorang suspek lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung penemuan serpihan tulang disyaki tulang manusia yang telah dibakar di kawasan hutan belakang sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Kipaliu dekat sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Simiun Lomudin berkata, semalam, jam lebih kurang 9.43 malam, pihaknya menerima satu laporan polis daripada seorang pengadu yang telah menjumpai serpihan tulang disyaki tulang manusia yang telah dibakar di kawasan hutan belakang sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Kipaliu Ranau.

“Penemuan serpihan tulang manusia itu dipercayai milik bapa saudara pengadu yang hilang sejak 16 April lalu,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Bagaimanapun, Simiun berkata, kesemua serpihan tulang yang dijumpai akan dihantar ke Jabatan Kimia Kota Kinabalu untuk tujuan analisa perbandingan DNA.

Berikutan dengan kes tersebut, jam lebih kurang 10 pagi tadi (19 April), Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau telah berjaya menangkap seorang suspek lelaki yang merupakan anak saudara mangsa sendiri yang berusia lingkungan 48-50an tidak jauh dari lokasi kejadian untuk membantu siasatan.

“Kes diklasifikasikan sebagai bunuh dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Pihak Polis menyeru orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes ini yang boleh mengganggu siasatan serta menggugat ketenteraman awam dan menyerahkan tindakan kepada pihak polis.

“Justeru, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini boleh menghubungi Polis Daerah Ranau ditalian 088-875222,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/04/19/penemuan-serpihan-tulang-manusia-telah-dibakar-suspek-lelaki-ditahan/feed/ 0 52775