mardi – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 07 Apr 2022 06:32:09 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png mardi – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 MAFI peruntuk RM285 juta untuk jabatan dan agensi di Sabah, Sarawak https://sabahmedia.com/2022/04/07/mafi-peruntuk-rm285-juta-untuk-jabatan-dan-agensi-di-sabah-sarawak/ https://sabahmedia.com/2022/04/07/mafi-peruntuk-rm285-juta-untuk-jabatan-dan-agensi-di-sabah-sarawak/#respond Thu, 07 Apr 2022 06:32:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=14015
Read Time:1 Minute, 38 Second

KOTA KINABALU : Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) memperuntukan sejumlah RM285 juta untuk disalurkan ke jabatan serta agensi dibawah MAFI di Sabah dan Sarawak pada tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, peruntukan yang disalurkan itu adalah bagi tujuan pelaksanaan kursus, latihan dan aktiviti yang mampu menyumbang kepada pertumbuhan sektor agromakanan negara.

“Keseluruhan dana yang disalurkan kepada jabatan pelbagai agensi dibawah MAFI di Sabah adalah sebanyak RM135 juta manakala di Sarawak adalah sebanyak RM150 juta untuk tahun ini.

“Penyaluran dana ini adalah untuk sama-sama menyumbang kepada pertumbuhan sektor agro makanan di negara khususnya di Sabah,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke Institut Penyelidikan dan kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Kota Kinabalu dan turut menyaksikan sesi menandatangani Memorandum Persefahaman diantara MARDI dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) disini hari ini.

Dr Ronald berkata, MARDI Sabah khususnya telah banyak memberi latihan kursus jangka pendek dan sederhana kepada anak tempatan negeri ini.

Katanya, MARDI Sabah telah melatih lebih 12,000 anak muda dan pengusaha-pengusaha tempatan sejak agensi itu mula dibuka di negeri ini.

“Mereka telah berjaya mengikuti Kursus-kursus Teknologi dan Latihan Amali di MARDI Sabah. MARDI juga telah berjaya memberi Khidmat Nasihat Teknikal dan Bimbingan Technopreneur kepada 50 usahawan pertanian dan asas tani setahun.

“Selain itu, skim agromuda yang turut disalurkan juga adalah untuk membantu pengusaha-pengusaha meningkatkan perusahaan mereka,”katanya.

Terdahulu, MoU yang dilaksanakan itu adalah untuk mempertingkat penyelidikan dan inovasi antara UMS dan MARDI dalam projek penyelidikan dan pembangunan (R&D) melalui pertanian pintar, pembangunan dan aplikasi sistem pemantauan berimej untuk prestasi pertumbuhan tanaman dalam kilang tanaman.

Melalui MoU itu juga, MARDI dan UMS akan memantapkan aspek sains fundemental dan aplikasi dalam aktiviti R&D untuk menghasilkan teknologi bermutu dan berorientasikan industri.

Pemindahan teknologi ke UMS juga adalah untuk meningkatkan lebih banyak penglibatan pembangunan penyelidikan dalam pembelajaran dengan meningkatkan bilangan penyelidikan dan pembangunan berkualiti dalam bidang pertanian, meningkatkan penerbitan berimpak tinggi melalui penjanaan data saintifik yang terhasil.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/07/mafi-peruntuk-rm285-juta-untuk-jabatan-dan-agensi-di-sabah-sarawak/feed/ 0 14015
Sektor Agromakanan Akan Dipacu Oleh Strategi Pemodenan Melalui IR4.0 Dibawah RMK-12 https://sabahmedia.com/2021/10/12/sektor-agromakanan-akan-dipacu-oleh-strategi-pemodenan-melalui-ir4-0-dibawah-rmk-12/ https://sabahmedia.com/2021/10/12/sektor-agromakanan-akan-dipacu-oleh-strategi-pemodenan-melalui-ir4-0-dibawah-rmk-12/#respond Tue, 12 Oct 2021 11:46:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7458
Read Time:2 Minute, 22 Second

SHAH ALAM: Kemajuan sektor agromakanan akan dipacu oleh strategi pemodenan melalui teknologi mekanisasi dan revolusi industri keempat (IR4.0) dibawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, ia termasuk peningkatan keberkesanan aktiviti pemindahan teknologi yang menyumbang ke arah peningkatan produktiviti.

“Pemodenan sektor agromakanan juga sememangnya menjadi antara tumpuan utama dalam Dasar Agromakanan Negara 2.0 yang pelaksanaannya bermula pada 2021 sehingga 2030.

“Dasar ini juga telah mengambil kira strategi-strategi yang digariskan dalam Dasar Revolusi Perindustrian Keempat (4IR),” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Hari Inovasi Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) 2021 di Serdang disini hari ini.

Sambutan yang berlangsung secara hibrid itu mendukung tema “Breakthrough Innovations: Facing Challenges Together” yang dipilih bertepatan dengan suasana masa kini dalam mendepani pelbagai cabaran seperti isu perubahan iklim, penggunaan teknologi maju dan tidak terkecuali pandemik COVID-19 yang telah memberi kesan kepada sektor agromakanan negara secara langsung dan tidak langsung.

Dr Ronald berkata, dalam menangani cabaran-cabaran sekuriti makanan, inovasi memainkan peranan penting di dalam menentukan pemacu perubahan (game changer) yang dicari selama ini.

Katanya, ia bukan sahaja bagi menyelesaikan masalah semasa, malah berpotensi untuk membuka ruang dan peluang baharu yang dapat dimanfaatkan oleh industri agromakanan secara khususnya dan menyumbang di dalam perkembangan sektor ekonomi negara secara amnya.

“Adalah penting bagi sesebuah inovasi itu dapat menyumbang kepada pencapaian yang dapat diukur oleh indikator di dalam negara dan juga antarabangsa seperti Tahap Sara Diri (SSL), Nisbah Kebergantungan Import (IDR), Indeks Sekuriti Makanan Global (GFSI) dan Matlamat Pembangunan Mapan (SDGs),” katanya.

Hari Inovasi MARDI ini merupakan acara tahunan yang telah diadakan sejak tahun 2011 dengan pelbagai program yang dianjurkan seperti Anugerah Inovasi MARDI (AIM), Pertandingan Pameran Sains dan Teknologi MARDI (MSTE), Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) MARDI dan Pertandingan Inovasi Akar Umbi MARDI (AUM).

Hari Inovasi MARDI kali ini juga menyaksikan sebanyak lapan kategori anugerah AIM dipertandingkan dengan 112 penyertaan dari pusat penyelidikan dan pemindahan teknologi.

Manakala, sebanyak 151 penyertaan telah diterima untuk dipertandingkan dalam MSTE; 119 penyertaan Kategori Pengetahuan dan 32 penyertaan Kategori Inovasi. Selain itu, KIK dan AUM masing-masing telah menerima sebanyak 7 dan 18 penyertaan berkumpulan bagi merebut anugerah dan hadiah yang ditawarkan.

Sambutan Hari Inovasi MARDI ini turut dihadiri oleh Dato’ Haslina Abdul Hamid, Ketua Setiausaha MAFI, Dato’ Dr. Mohamad Zabawi Abdul Ghani, Ketua Pengarah MARDI serta warga MAFI dan MARDI.

Dalam pada itu, Dr Ronald juga turut melancarkan beberapa produk hasil penyelidikan dan inovasi MARDI termasuklah Produk Minuman Berasaskan Terung Asam Kaya Dengan Asid

Hidroksisinamik; Produk Krim Antiradang (Cleosafe) Berasaskan Sayuran Maman; Air Kelapa Muda Berkarbonat dan Ais Krim Kelapa Kurang Kalori.

MARDI juga telah berjaya menghasilkan sebanyak enam teknologi yang telah dikomersialkan melalui penjualan terus atau perlesenan bersama syarikat dan enam teknologi masih dalam rundingan pengkomersialan sepanjang pandemik COVID-19 melanda iaitu antara tahun 2020 hingga 2021.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/12/sektor-agromakanan-akan-dipacu-oleh-strategi-pemodenan-melalui-ir4-0-dibawah-rmk-12/feed/ 0 7458