marin – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 07 May 2026 00:58:50 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png marin – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 UMS peroleh lima bot baharu rancakkan penyelidikan marin https://sabahmedia.com/2026/05/07/ums-peroleh-lima-bot-baharu-rancakkan-penyelidikan-marin/ https://sabahmedia.com/2026/05/07/ums-peroleh-lima-bot-baharu-rancakkan-penyelidikan-marin/#respond Thu, 07 May 2026 00:58:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=96251
Read Time:2 Minute, 21 Second

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus memperkukuh kecemerlangan penyelidikan marin menerusi perolehan lima bot baharu bagi tujuan pengajaran dan penyelidikan di bawah peruntukan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Menurut Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Kasim Mansor, perolehan tersebut merupakan langkah strategik dalam memastikan penyelidikan marin dilaksanakan dengan lebih efektif dan selamat, sejajar dengan mandat UMS sebagai peneraju bidang sains marin dan akuakultur di peringkat serantau dan global.

“Sebelum ini, IMB beroperasi menggunakan bot penyelidikan yang telah usang, malah ada yang berusia lebih 20 tahun, sekali gus menjejaskan kecekapan serta keselamatan penyelidik dan pelajar.

“Perolehan aset baharu ini akan memacu aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) serta penyelidikan, khususnya bagi pelajar Sains Marin dan Akuakultur,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Bot Baharu Institut Marin Borneo (IMB) yang berlangsung di Jeti UMS, pada Rabu.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMS, Profesor Ir. Dr. Rosalam Sarbatly.

Tambah Kasim, perolehan aset moden tersebut selari dengan Pelan Strategik UMS 2023-2027 yang memberi tumpuan kepada penyelidikan berimpak tinggi dan pembangunan bakat.

“Langkah ini juga menyokong aspirasi Kementerian Pendidikan Tinggi serta pembangunan Ekonomi Biru, di samping memperkukuh peranan UMS sebagai hab rujukan utama dalam sains marin tropika di rantau ini.

“Saya berharap agar semua warga IMB dapat memanfaatkan serta menyelenggara aset tersebut dengan sebaik mungkin bagi memastikan kelangsungan kecemerlangan penyelidikan universiti,” katanya.

Sementara itu, Dekan IMB UMS, Profesor Madya Dr. Ching Fui Fui @ Faihana Ching Abdullah berkata perolehan lima bot baharu tersebut adalah di bawah RMK-12 Rolling Plan Lima (RP5), yang merupakan keperluan kritikal bagi menggantikan aset lama yang tidak lagi sesuai digunakan.

“Bot-bot ini akan memberi impak besar kepada aktiviti akademik dan saintifik, khususnya dalam melaksanakan latihan amali dan kajian lapangan secara lebih efektif, efisien serta selamat.

“Lima bot baharu tersebut terdiri daripada tiga bot jenis vanguard iaitu UMS Enhalus, UMS Epinephelus dan UMS Batillipes, serta dua bot jenis katamaran iaitu UMS Cheilinus dan UMS Astrea.

Tambah Faihana, Pemilihan nama bot-bot tersebut diinspirasikan daripada khazanah biodiversiti marin serta bidang tujah penyelidikan IMB.

“Enhalus merujuk kepada rumput laut dominan Enhalus acoroides di perairan Sepanggar, manakala Epinephelus diambil daripada genus ikan kerapu yang ikonik.

“Batillipes pula merupakan nama saintifik bagi beruang air (tardigrade), yang melambangkan ketahanan dan ketelitian dalam penerokaan biodiversiti marin.

“Cheilinus dan Astrea masing-masing merujuk kepada genus ikan maming yang menjadi spesies kajian utama HICoE IMB serta genus karang laut, sejajar dengan komitmen IMB dalam pemuliharaan ekosistem marin,” katanya.

Faihana turut memaklumkan kesemua bot berkenaan dilengkapi ciri keselamatan mengikut piawaian Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah (JPDS) serta mampu menampung kapasiti kru dan penumpang bagi operasi penyelidikan di perairan Sabah.

Institut Marin Borneo (IMB) yang sebelum ini dikenali sebagai Institut Penyelidikan Marin Borneo (IPMB), merupakan pusat kecemerlangan UMS yang memfokuskan kepada bidang oseanografi, akuakultur lestari serta pemuliharaan biodiversiti marin.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/07/ums-peroleh-lima-bot-baharu-rancakkan-penyelidikan-marin/feed/ 0 96251
Penyelam digesa patuh undang-undang, peraturan perairan, jaga persekitaran marin – Sim Fui https://sabahmedia.com/2024/06/07/penyelam-digesa-patuh-undang-undang-peraturan-perairan-jaga-persekitaran-marin-sim-fui/ https://sabahmedia.com/2024/06/07/penyelam-digesa-patuh-undang-undang-peraturan-perairan-jaga-persekitaran-marin-sim-fui/#respond Fri, 07 Jun 2024 01:18:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=55623
Read Time:1 Minute, 10 Second

KOTA KINABALU: Sabah Dive Squad Club menggesa semua penyelam untuk mematuhi undang-undang dan peraturan yang mengawal perairan di negeri ini dan bertindak sebagai penjaga persekitaran marin.

Presidennya, Sim Fui berkata pihaknya sangat prihatin terhadap insiden terkini di Semporna, di mana seorang penyelam skuba dirakam menggunakan senapang panah untuk menembak ikan.

Katanya, tindakan ini bukan sahaja menyalahi undang-undang, seperti yang dijelaskan oleh Jabatan Perikanan, tetapi juga bertentangan dengan nilai dan prinsip utama yang dipegang oleh kelab kami.

“Tindakan penyelam individu ini tidak mencerminkan etika dan amalan menyelam yang bertanggungjawab, yang menekankan pemuliharaan dan penghormatan terhadap kehidupan marin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut menegaskan penggunaan senapang panah menembak semasa menyelam skuba membawa risiko keselamatan yang ketara.

“Tindakan sedemikian boleh secara tidak sengaja mencederakan penyelam lain di kawasan berdekatan, mewujudkan persekitaran bawah air yang berbahaya.

“Keselamatan semua penyelam adalah keutamaan, dan tingkah laku yang cuai seperti ini tidak boleh diterima,” tegasnya.

Sim Fui berkata Sabah Dive Squad yang juga dikenali sebagai Deus Diving Club mempunyai kira-kira 100 ahli, komited untuk mempromosikan amalan menyelam yang lestari dan mendidik ahli-ahli mereka serta orang ramai tentang pentingnya memelihara persekitaran marin semulajadi kita.

“Kami menggesa semua penyelam untuk mematuhi undang-undang dan peraturan yang mengawal perairan kita dan bertindak sebagai penjaga persekitaran marin.

“Biarlah insiden ini menjadi peringatan tentang tanggungjawab kolektif kita untuk melindungi dan menghargai dunia bawah air untuk generasi akan datang,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/07/penyelam-digesa-patuh-undang-undang-peraturan-perairan-jaga-persekitaran-marin-sim-fui/feed/ 0 55623
Polis Marin Sandakan Banteras Aktiviti Bom Ikan https://sabahmedia.com/2021/11/21/polis-marin-sandakan-banteras-aktiviti-bom-ikan/ https://sabahmedia.com/2021/11/21/polis-marin-sandakan-banteras-aktiviti-bom-ikan/#respond Sun, 21 Nov 2021 08:45:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8682
Read Time:52 Second

SANDAKAN: Pasukan Polis Marin Sandakan berjaya menumpaskan aktiviti menangkap ikan menggunakan bahan letupan di Utara Laut Pulau Billean pada lewat pagi kelmarin.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Sandakan, DSP Rusdin Banin berkata, PPM Sandakan berjaya menumpaskan lapan orang lelaki berumur dalam lingkungan lapan hingga 50 tahun menjalankan aktiviti menangkap ikan menggunakan bahan letupan.

“Hasil pemeriksaan lanjut telah dilakukan terhadap bot tersebut dan telah menemui beberapa peralatan yang disyaki digunakan bagi aktiviti mengebom ikan seperti detonator, botol kaca, mancis kayu, hos, kompresor dan beberapa kilo pelbagai jenis ikan disyaki diperolehi dengan cara mengebom ikan”,kata Rusdin dalam satu kenyataannya menerusi laman Facebook rasmi Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah.

Kesemua tangkapan dan rampasan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat IPD Beluran untuk tindakan lanjut.

Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM43,920.00. Kes disiasat dibawah Akta Bahan Letupan 1957.

Pasukan Polis Marin menggalakkan masyarakat persisir pantai dan maritim khususnya untuk menyalurkan apa-apa maklumat melalui aplikasi whatsApp Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah di talian 013-9391197 bagi memastikan keselamatan dan kemakmuran setempat terjaga dan terkawal.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/21/polis-marin-sandakan-banteras-aktiviti-bom-ikan/feed/ 0 8682
Polis Marin Banteras Kegiatan Aktiviti Bom Ikan https://sabahmedia.com/2021/08/18/polis-marin-banteras-kegiatan-aktiviti-bom-ikan/ https://sabahmedia.com/2021/08/18/polis-marin-banteras-kegiatan-aktiviti-bom-ikan/#respond Wed, 18 Aug 2021 12:43:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4849
Read Time:58 Second

SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna berjaya membanteras aktiviti pengeboman ikan dalam satu operasi di Laut Pulau Kerindingan, Pulau Nusa Tongah dan Laut Pulau Omadal dekat sini.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Semporna, DSP Mohamad Ismail berkata, pasukannya telah berjaya menahan tiga buah bot yang melakukan aktiviti pengeboman ikan di kawasan terbabit pada petang kemarin.

Katanya, tiga buah bot yang ditahan adalah jenis pump bot dan di dalamnya terdapat beberapa jenis peralatan yang digunakan untuk aktiviti pengeboman ikan serta hasil beberapa jenis ikan.

“Dalam Operasi yang sama turut ditahan sebuah bot menggunakan enjin sangkut. Hasil pemeriksaan keatas bot tersebut didapati memiliki kayu bergergaji tanpa permit dari Jabatan Perhutanan,” kata Mohamad dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Sementara itu, semua tangkapan dan rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Semporna untuk tindakan lanjut. Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Enakmen Perhutanan 1968. Keseluruhan nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM29,130.00

Justeru itu, Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang secara terus ke talian 24 jam atau menggunakan aplikasi whatsapp ke Pusat Kawalan PPM Sabah di talian 0139391197.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/18/polis-marin-banteras-kegiatan-aktiviti-bom-ikan/feed/ 0 4849
Cubaan Seludup Minuman Keras Dipatahkan Polis Marin https://sabahmedia.com/2021/07/07/cubaan-seludup-minuman-keras-dipatahkan-polis-marin/ https://sabahmedia.com/2021/07/07/cubaan-seludup-minuman-keras-dipatahkan-polis-marin/#respond Wed, 07 Jul 2021 01:35:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2672
Read Time:1 Minute, 9 Second

BEAUFORT : Pasukan Polis Marin Kota Kinabalu berjaya mematahkan aktiviti cubaan penyeludupan minuman keras di kawasan tepi anak sungai daerah Menumbuk dalam satu operasi jam lebih kurang 9 malam kelmarin.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Kota Kinabalu, Asisten Superitenden Polis Roslan Awang berkata, serbuan dijalankan selepas intipan terhadap beberapa orang indivdu di kawasan tersebut.

“Semasa intipan dijalankan dikawasan tersebut, kelihatan beberapa orang lelaki sedang melakukan aktiviti pemunggahan bungkusan plastik berwarna hitam daripada bot ke kawasan daratan.

“Hasil pemeriksaan lanjut yang dijalankan menjumpai minuman keras sebanyak 29 Carton Jenama Carlsberg, 60 carton jenama Royal Stout dan 61 carton jenama Anchor dianggarkan bernilai RM15,000.00 dimuatkan dalam bot dan dipunggah ke daratan,” katanya menerusi hantaran di Facebook Pasukan Polis Marin W4 Sabah kelmarin.

Katanya, kesemua minuman keras tersebut adalah dipercayai dibawa dari Labuan dan tujuh lelaki berusia dalam lingkungan umur 27 hingga 47 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan.

Turut dirampas sebuah bot menggunakan enjin 200HP dan tiga buah kenderaan. Keseluruhan nilai rampasan bot, kenderaan dan minuman keras adalah dianggarkan berjumlah lebih kurang RM338,000.00.

Tangkapan dan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Beaufort untuk tindakan lanjut dan kes disiasat dibawah Akta Kastam 1967.

Masyarakat di sarankan menyalurkan maklumat kepada Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah melalui aplikasi whatsApp ke talian 0132831197 atau berhubung terus dengan mana-mana balai berdekatan.

SUMBER : Pasukan Polis Marin W4 Sabah

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/07/cubaan-seludup-minuman-keras-dipatahkan-polis-marin/feed/ 0 2672