maritim malaysia – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 26 Jul 2026 01:59:22 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png maritim malaysia – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 KM Bendahara perkukuh keupayaan APMM di perairan negara https://sabahmedia.com/2026/07/26/km-bendahara-perkukuh-keupayaan-apmm-di-perairan-negara/ https://sabahmedia.com/2026/07/26/km-bendahara-perkukuh-keupayaan-apmm-di-perairan-negara/#respond Sun, 26 Jul 2026 01:59:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=100592
Read Time:1 Minute, 57 Second

BERNAMA

KOTA KINABALU : Pengoperasian kapal ronda luar pesisir terbaharu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) KM BENDAHARA akan memperkukuh keupayaan penguatkuasaan, pengawasan serta kesiapsiagaan negara, khususnya di perairan Sabah dan Laut China Selatan.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Dr Awang Alik Jeman berkata pengoperasian kapal itu membuktikan komitmen berterusan Kerajaan MADANI dalam memperkukuh keselamatan maritim negara melalui pemerkasaan aset strategik bagi menghadapi cabaran keselamatan yang semakin kompleks.

Beliau berkata kerajaan memperuntukkan lebih RM30 juta bagi membiayai kerja penyelenggaraan dan baik pulih kapal, latihan kru serta pelayaran pulang aset itu ke Malaysia sebagai pelaburan strategik dalam meningkatkan kesiapsiagaan APMM.

“Sabah terus menjadi keutamaan Kerajaan Persekutuan dalam agenda keselamatan negara memandangkan kedudukannya sebagai benteng hadapan Malaysia di Zon Maritim dan kawasan Laut China Selatan yang mempunyai kepentingan strategik,” katanya.

Awang Alik berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Penamaan Kapal Maritim BENDAHARA di sini pada Sabtu.

KM BENDAHARA ialah bekas kapal Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS) (USCG) Steadfast (WMEC-623) yang dibina pada 1967 dan menamatkan perkhidmatan selepas lebih lima dekad pada 1 Feb 2024.

Kerajaan Malaysia memperoleh kapal itu menerusi Program Jualan Ketenteraan Asing (FMS) AS dan diserahkan secara rasmi kepada APMM pada 5 Sept 2025 di Baltimore, AS.

Awang Alik berkata ia mencerminkan hubungan strategik yang semakin erat antara Malaysia dan AS dalam bidang keselamatan maritim selain simbol kepercayaan tinggi terhadap peranan Malaysia sebagai rakan strategik dalam memastikan keselamatan perairan serantau.

Selain itu, Awang Alik merakamkan penghargaan kepada seluruh kru KM BENDAHARA atas kejayaan membawa pulang kapal itu dengan selamat selepas mengharungi pelayaran selama lebih 49 hari bermula 17 Sept 2025.

“Pelayaran bersejarah itu merentasi tujuh lautan, empat teluk utama dunia dan dua selat antarabangsa sebelum tiba di Klang, Selangor pada 4 Nov dan seterusnya di Kota Kinabalu pada 14 Nov 2025.

“Sepanjang pelayaran, selain latihan bersama-sama USCG, kru kapal menempuh pelbagai cabaran termasuk gangguan teknikal serta insiden spoofing isyarat navigasi yang berjaya diatasi hasil profesionalisme, ketahanan mental dan semangat kerja berpasukan yang tinggi,” katanya.

Awang Alik berkata KM BENDAHARA akan beroperasi bersama-sama aset ronda luar pesisir APMM lain termasuk KM TUN FATIMAH dan KM ARAU bagi memperkukuh kehadiran operasi, rondaan serta penguatkuasaan di Laut China Selatan dan perairan Sabah.

Mengenai pemilihan nama kapal, beliau berkata BENDAHARA melambangkan kebijaksanaan, kewibawaan, kesetiaan serta amanah yang menjadi tonggak pentadbiran Kesultanan Melayu yang diharapkan akan menjadi inspirasi kepada seluruh warga kapal. BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/26/km-bendahara-perkukuh-keupayaan-apmm-di-perairan-negara/feed/ 0 100592
Maritim Malaysia pintas bot kargo, disyaki seludup keluar barang bersubsidi https://sabahmedia.com/2025/03/16/maritim-malaysia-pintas-bot-kargo-disyaki-seludup-keluar-barang-bersubsidi/ https://sabahmedia.com/2025/03/16/maritim-malaysia-pintas-bot-kargo-disyaki-seludup-keluar-barang-bersubsidi/#respond Sun, 16 Mar 2025 02:43:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=70489
Read Time:1 Minute, 39 Second

Tawau :  Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya memintas sebuah bot kargo tempatan yang membawa barangan bersubsidi iaitu 680 pek minyak masak dan 28 unit tong gas LPG berisi tanpa sebarang dokumen yang sah semalam.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, dalam operasi yang dijalankan pihaknya berjaya menahan bot kargo tersebut yang bergerak laju keluar dari perairan Batu Tiga, Tawau menuju ke sempadan perairan Malaysia-Indonesia pada jam 10.40 malam.

Katanya, pemeriksaan ke atas bot yang ditahan di kedudukan 2.4 batu nautika barat daya Sungai Kinabutan Kecil tersebut mendapati seorang lelaki warga tempatan berusia 35 tahun bertindak selaku juragan bot.

“Pemeriksaan dokumentasi seterusnya mendapati juragan telah gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran berkaitan barangan bersubsidi yang dibawa serta tidak mempuyai daftar nama di dalam lesen bot.

“Juragan,bot serta muatan tersebut seterusnya ditahan dan dibawa ke Jeti Zon Maritim Tawau dan diserahkan kepada pegawai penyiasat Zon Maritim Tawau untuk disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Enakmen Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah (JPDS) 2002,” katanya dalam kenyataan di sini.

Shahrizan berkata, kesemua barangan termasuk bot kargo, enjin bot dan muatan barangan disita dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM50,000.

Katanya, pihaknya juga tidak menolak kemungkinan berlakunya cubaan penyeludupan barangan tersebut ke negara jiran bagi pasaran luar semasa musim perayaan.

“Siasatan juga akan dijalankan bagi mengenal pasti dalang di sebalik sindiket penyeludupan barangan bersubsidi ini.

“Penguatkuasaaan semasa musim perayaan akan diperkasa secara optimum dengan rondaan dan pemantauan lebih kerap di kawasan titik panas bagi membanteras sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang tanpa mengira kuantiti barangan yang dibawa, khususnya di perairan Tawau,” katanya.

Dalam pada itu, Shahrizan berkata, Maritim Malaysia memandang serius terhadap segala aktiviti jenayah rentas sempadan.

Katanya, aset- aset ronda akan sentiasa bersiap sedia untuk diatur gerak pada bila-bila masa dalam menghadapi sebarang situasi.

Sebarang maklumat berkaitan jenayah di laut boleh disalurkan terus ke Pusat Operasi Zon Maritim Tawau di talian 089-750116 atau kecemasan 999. – SABAH MEDIA / FOTO MARITIM MALAYSIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/16/maritim-malaysia-pintas-bot-kargo-disyaki-seludup-keluar-barang-bersubsidi/feed/ 0 70489
Maritim Malaysia catat 37 tangkapan, rampasan lebih RM1.2 juta setakat Jun lalu https://sabahmedia.com/2024/07/15/maritim-malaysia-catat-37-tangkapan-rampasan-lebih-rm1-2-juta-setakat-jun-lalu/ https://sabahmedia.com/2024/07/15/maritim-malaysia-catat-37-tangkapan-rampasan-lebih-rm1-2-juta-setakat-jun-lalu/#respond Mon, 15 Jul 2024 11:00:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=57582
Read Time:1 Minute, 59 Second

Sandakan : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Sandakan berjaya mencatat sebanyak 37 kes tangkapan bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini dengan nilai rampasan dianggarkan melebihi RM1.2 juta.

Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata, jumlah kes tangkapan ini hampir menyamai jumlah kes tangkapan pada tahun 2022 dan 2023.

Katanya, pada 2022 bagi tempoh sama merekodkan sebanyak 47 kes dengan nilai rampasan lebih RM86,000 serta 42 kes pada tahun lalu dengan nilai rampasan melebihi RM270,000.

“Kes tangkapan yang berjaya dilakukan membuktikan bahawa Maritim Malaysia, khususnya Zon Maritim Sandakan, serius dalam membanteras aktiviti jenayah dan salah laku di laut terutamanya di perairan Sandakan,” katanya,

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Program Kembara Sahabat Maritim 2024 di Sekolah Kebangsaan Terusan Baru, Pulau Timbang Sandakan, hari ini.

Hadir sama Pengarah Maritim Negeri Sabah dan W.P. Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi Che Engku Daik, Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Muhamad Suhairy Hussain, Pengarah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Negeri Sabah, Ibrahim Othman serta Guru Besar Sekolah Kebangsaan Terusan Baru, Osman Ghani.

Saiful berkata, kejayaan kes tangkapan itu turut dibantu oleh maklumat yang disalurkan oleh orang ramai, khususnya komuniti maritim seperti nelayan yang mengetahui setiap gerak geri serta aktiviti yang berlaku di perairan negara.

Beliau berharap komuniti maritim terus menjadi ‘mata dan telinga’ kepada Maritim Malaysia, agar aktiviti salah laku dan jenayah di laut dapat dibendung, seterusnya memastikan perairan negara selamat dan sejahtera.

Beliau juga berharap program bersama komuniti seperti Sahabat Maritim dapat dilaksanakan secara berkala agar kerjasama dan persefahaman antara Maritim Malaysia dan komuniti maritim dapat diperkukuhkan lagi.

Program Kembara Sahabat Maritim 2024 ini adalah langkah proaktif Maritim Malaysia dalam mempererat hubungan dengan komuniti maritim, meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan keselamatan maritim, serta memastikan perairan negara terus selamat daripada ancaman bahaya.

Melalui pelbagai aktiviti dan program yang dirancang, Maritim Malaysia yakin dan percaya keselamatan dan kesejahteraan perairan negara akan terus terpelihara.

Terdahulu, Program Kembara Sahabat Maritim ini telah berlangsung selama tiga hari bermula pada 12 hingga 14 Julai.

Antara pengisian program adalah tinjauan potensi pelancongan di perairan Sandakan bersama wakil dari Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Negeri Sabah, kempen penanaman 100 juta pokok bersama Jabatan Perhutanan Sabah, saringan kesihatan dan kempen derma darah melalui Pejabat Kesihatan Kawasan Sandakan, taklimat dan pameran dari pelbagai agensi kerajaan yang terlibat serta penyerahan jaket keselamatan kepada komuniti nelayan setempat.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/15/maritim-malaysia-catat-37-tangkapan-rampasan-lebih-rm1-2-juta-setakat-jun-lalu/feed/ 0 57582
Maritim Malaysia tahan bot kargo bawa barang kawalan tanpa permit https://sabahmedia.com/2024/06/16/maritim-malaysia-tahan-bot-kargo-bawa-barang-kawalan-tanpa-permit-2/ https://sabahmedia.com/2024/06/16/maritim-malaysia-tahan-bot-kargo-bawa-barang-kawalan-tanpa-permit-2/#respond Sun, 16 Jun 2024 09:30:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=56085
Read Time:1 Minute, 6 Second

Sandakan : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menahan sebuah bot kargo kecil yang membawa barang kawalan tanpa permit yang sah di perairan Sandakan, semalam.

Pengarah Zon Maritim Sandakan Kepten Maritim Muhamad Suhairy Hussain berkata, dalam rondaan yang dilaksanakan pihaknya telah menahan sebuah bot kargo kecil dikendalikan seorang lelaki warga tempatan berusia 33 tahun.

“Pemeriksaan lanjut ke dalam bot seterusnya menemukan dua tong gas LPG 14 kilogram setiap satu, 180 liter minyak petrol yang diisi di dalam tong minyak plastik pelbagai saiz.

“Turut ditemui 16 paket minyak masak dengan anggaran satu kilogram setiap satu, 12 paket gula berat satu kilogram setiap satu paket dan tujuh paket beras berat 10 kilogram setiap satu tanpa permit yang sah.

“Kesemua barang kawalan beserta bot dan juragan ditahan pada jam 2.23 petang di kedudukan 9.2 batu nautika timur laut Pulau Berhala untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Suhairy berkata, anggaran keseluruhan nilai rampasan termasuk barang kawalan, bot dan enjin sangkut sekitar RM9,000.

Katanya, kesemua rampasan dibawa masuk ke Jeti Zon Maritim Sandakan dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan selanjutnya.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 yang jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM1 juta atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO MARITIM MALAYSIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/16/maritim-malaysia-tahan-bot-kargo-bawa-barang-kawalan-tanpa-permit-2/feed/ 0 56085
Maritim Malaysia patahkan aktiviti mengebom ikan https://sabahmedia.com/2024/06/10/maritim-malaysia-patahkan-aktiviti-mengebom-ikan/ https://sabahmedia.com/2024/06/10/maritim-malaysia-patahkan-aktiviti-mengebom-ikan/#respond Mon, 10 Jun 2024 07:21:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=55783
Read Time:1 Minute, 21 Second

Lahad Datu : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya mematahkan aktiviti mengebom ikan yang dilakukan lebih kurang 2.2 batu nautika di kawasan Selatan Pulau Kun Kun, Lahad Datu semalam.

Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Ts. Dr. Suzanna Razali Chan berkata, dalam operasi yang dijalankan pihaknya telah berjaya mengesan dua buah bot pam berwarna biru putih dan oren melalui aduan awam lebih kurang  jam 6.16 petang dan 6.31 petang pada hari yang sama.

“Hasil pemeriksaan mendapati bot berkenaan telah melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985, Seksyen 26 melibatkan aktiviti menangkap ikan menggunakan bahan letupan, racun dan sebagainya.

“Empat kru bot dipercayai warga Bajau Palauh yang berusia antara 20 tahun hingga 40 tahun itu tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah dan tidak memiliki lesen serta nombor pendaftaran yang sah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dr Suzanna berkata, pihaknya turut merampas dua buah enjin bot, dua hos berserta kompresor, dan dua botol bom ikan di mana kesemua rampasan bernilai lebih RM5,000.

Katanya, komuniti maritim terutamanya di Sabah diingatkan agar tidak melakukan aktiviti bom ikan kerana aktiviti ini bukan sahaja salah di sisi undang-undang malah membawa kesan negatif kepada ekosistem akuatik dan juga membahayakan nyawa serta aktiviti menyelam.

“Zon Maritim Lahad Datu memohon kepada masyarakat khususnya komuniti maritim di kawasan Lahad Datu agar terus memberi kerjasama dengan melaporkan jika terdapat sebarang maklumat berkaitan kes berkenaan mahupun sebarang salah laku atau kegiatan jenayah yang berlaku di laut kepada Maritim Malaysia di talian 089-885727 (Pusat Operasi Lahad Datu) dan talian MERS 999 yang beroperasi 24 jam,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO MARITIM MALAYSIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/10/maritim-malaysia-patahkan-aktiviti-mengebom-ikan/feed/ 0 55783
Maritim Malaysia tahan bot nelayan tempatan atas kesalahan imigresen https://sabahmedia.com/2024/06/03/maritim-malaysia-tahan-bot-nelayan-tempatan-atas-kesalahan-imigresen/ https://sabahmedia.com/2024/06/03/maritim-malaysia-tahan-bot-nelayan-tempatan-atas-kesalahan-imigresen/#respond Mon, 03 Jun 2024 11:26:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=55445
Read Time:50 Second

Sandakan :  Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menahan sebuah bot nelayan tempatan yang disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen di sini, semalam.

Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Muhamad Suhairy Hussain berkata, bot tersebut ditahan di kedudukan 0.4 batu nautika Selatan Pulau Berhala pada jam 6.40 petang.

“Hasil pemeriksaan, tekong dan dua awak-awak warga Indonesia mempunyai dokumen perjalanan diri yang sah manakala lima lagi awak-awak berusia 18 hingga 34 tahun disyaki berbangsa Palauh mengemukakan dokumen pengenalan diri yang meragukan.

“Kesemua suspek serta bot diiringi ke Jeti Zon Maritim Sandakan untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia. Kes disiasat dibawah Akta Imigresen 1959/63,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Suhairy turut mengingatkan agar komuniti maritim sentiasa bekerjasama dengan pihak Maritim Malaysia dalam menyalurkan sebarang maklumat berkaitan dengan aktiviti menyalahi undang-undang atau kecemasan di laut dengan menghubungi terus bilik operasi 24 jam Zon Maritim Sandakan di talian 089-229504 atau talian MERS 999. – SABAH MEDIA / FOTO MARITIM MALAYSIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/03/maritim-malaysia-tahan-bot-nelayan-tempatan-atas-kesalahan-imigresen/feed/ 0 55445
Maritim Malaysia tahan ‘Runner’ minyak https://sabahmedia.com/2024/05/31/maritim-malaysia-tahan-runner-minyak/ https://sabahmedia.com/2024/05/31/maritim-malaysia-tahan-runner-minyak/#respond Fri, 31 May 2024 08:15:02 +0000 https://sabahmedia.com/?p=55335
Read Time:1 Minute, 51 Second

Tawau : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tawau berjaya menahan dua buah bot penumpang tempatan kerana membawa muatan tanpa permit dalam dua tangkapan berasingan semalam.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, dalam operasi yang dijalankan pihaknya berjaya mengesan dan memintas sebuah bot penumpang yang bergerak dari Jeti CIQ,Tawau menuju ke Pulau Sebatik pada jam 10.10 malam semalam.

“Pemeriksaan ke atas bot yang ditahan di kedudukan 1.1 batu nautika timur laut Tanjung Saima itu mendapati seorang lelaki warga tempatan berumur 47 tahun bertindak selaku juragan bot.

“Pemeriksaan selanjutnya mendapati bot tersebut membawa muatan empat gelen minyak petrol dengan anggaran 140 liter dan 2 tong gas LPG berisi tanpa sebarang permit yang sah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Shahrizan berkata, selepas sejam penahanan bot tersebut, sebuah lagi bot penumpang tempatan turut ditahan dan diperiksa oleh kapal peronda Maritim Malaysia yang sama di lokasi 1.24 batu nautika timur laut Tanjung Saima.

Katanya, pemeriksaan ke atas bot penumpang tersebut mendapati seorang juragan lelaki warga tempatan berumur 23 tahun juga membawa muatan lima gelen minyak petrol anggaran 175 liter tanpa sebarang permit dan melanggar syarat sah lesen bot penumpang.

Kedua-dua bot bersama muatan dan kedua juragan tersebut seterusnya ditahan dan dibawa ke Jeti Zon Maritim Tawau dan diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk disiasat di bawah Enakmen Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah (JPDS) 2002, Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Kastam 1967.

Katanya, kesemua barangan termasuk kedua-dua bot dan muatan disita sehingga proses siasatan selesai dengan nilai rampasan keseluruhan lebih RM52,000.

Menurutnya lagi,pihaknya tidak menolak wujudnya ‘runner minyak’ yang menjalankan aktiviti membawa barang kawalan ini dalam kuantiti kecil namun secara berulang bagi menembusi pasaran di negara jiran.

“Itu antara cabaran penguatkuasaan di kawasan persempadanan, namun pihaknya akan terus mengekang sindiket penyeludupan ini bagi mengelakkan ketirisan barang kawalan.

“Maritim Malaysia akan terus memperkasakan tugas penguatkuasaan dan mengoptimumkan pengoperasian bagi membanteras aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang di Zon Maritim Malaysia khususnya di perairan Timur Sabah (ESSZONE),” katanya.

Katanya, salurkan sebarang salah laku jenayah yang berlaku di sekitar perairan Tawau ke Pusat Operasi Zon Maritim Tawau di talian 089-752116 dan talian MERS 999. – SABAH MEDIA / FOTO MARITIM MALAYSIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/31/maritim-malaysia-tahan-runner-minyak/feed/ 0 55335
Maritim Malaysia tahan dua bot nelayan vietnam, rompak hasil laut https://sabahmedia.com/2024/04/19/maritim-malaysia-tahan-dua-bot-nelayan-vietnam-rompak-hasil-laut/ https://sabahmedia.com/2024/04/19/maritim-malaysia-tahan-dua-bot-nelayan-vietnam-rompak-hasil-laut/#respond Fri, 19 Apr 2024 11:53:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=52781
Read Time:1 Minute, 7 Second

Kudat : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menahan dua buah Bot Nelayan Asing Vietnam (BNAV) yang sedang leka mengaut hasil laut di sekitar 5.2 dan 4.4 batu nautika timur laut Pulau Sibongor Laut, di sini semalam.

Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Maurice Grenville Abeyeratne berkata, kedua-dua bot terbabit berjaya dikesan aset ronda Zon Maritim Kudat ketika menjalankan rondaan Op Khas Pagar Laut.

“Semasa diperiksa didapati, seramai 12 orang individu warganegara Vietnam berusia lingkungan 23 hingga 53 tahun yang mengendalikan kedua-dua bot berkenaan tanpa sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

“Pemeriksaan lanjut ke atas dua bot terbabit juga telah menemui lebih kurang 20 kilogram Balat basah, peralatan menangkap Balat yang diperbuat daripada besi serta lebih kurang 600 liter minyak diesel.

“Keseluruhan nilai rampasan termasuk bot dianggarkan lebih kurang RM3.5 juta,” katanya dalam kenyataan di sini.

Maurice berkata, kesemua suspek bersama bot dan barang rampasan seterusnya ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1956/63.

Katanya, Zon Maritim Kudat menyeru kepada masyarakat khususnya komuniti maritim di daerah ini untuk sama-sama membantu Maritim Malaysia dengan melaporkan sebarang salah laku atau kegiatan jenayah yang berlaku di laut kepada Maritim Malaysia di talian 088-611858 (Pusat Operasi Kudat) dan talian MERS 999 yang beroperasi 24 jam. – SABAH MEDIA / FOTO MARITIM MALAYSIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/04/19/maritim-malaysia-tahan-dua-bot-nelayan-vietnam-rompak-hasil-laut/feed/ 0 52781
Maritim Malaysia tahan bot kargo, gagal isytihar muatan https://sabahmedia.com/2024/04/17/maritim-malaysia-tahan-bot-kargo-gagal-isytihar-muatan/ https://sabahmedia.com/2024/04/17/maritim-malaysia-tahan-bot-kargo-gagal-isytihar-muatan/#respond Wed, 17 Apr 2024 05:44:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=52659
Read Time:1 Minute, 32 Second

Tawau : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menahan sebuah bot kargo tempatan yang membawa muatan pelbagai barangan runcit dan barang kawalan tanpa pengisytiharaan pada jam 1.15 petang semalam.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, dalam operasi yang dijalankan pihaknya segera ke lokasi dilaporkan di kedudukan 0.4 batu nautika selatan Jeti CIQ Tawau selepas menerima maklumat orang awam.

Katanya, pemeriksaan ke atas bot yang ditahan mendapati seorang warga tempatan berusia 37 tahun bertindak selaku juragan bot telah membawa pelbagai muatan.

“Antaranya 200 kilogram beras, 10 kotak minyak masak, 204 kilogram gula pasir, tiga gelen petrol dan tiga tong gas LPG disyaki untuk pasaran di Pulau Sebatik.

“Pemeriksaan lanjut mendapati juragan berkenaan gagal mengemukakan dokumen pengisytiharaan kastam berkaitan barangan yang dibawa dan tidak mempunyai lesen runcit beras.

“Juragan, bot serta muatan tersebut ditahan dan dibawa ke Jeti Zon Maritim Tawau dan diserahkan kepada pegawai penyiasat Zon Maritim Tawau untuk disiasat di bawah Akta Kastam 1967 dan Akta Kawalan Padi dan Beras 1994,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Shahrizan berkata, kesemua barangan termasuk bot kargo, enjin bot dan muatan barangan disita dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah hampir RM27,000.

Katanya, modus operandi yang digunakan oleh peniaga adalah dengan membawa barangan runcit dalam kuantiti yang kecil namun secara berulang perlu dibanteras bagi mengelakkan sindiket penyeludupan membawa barang kawalan tersebut ke negara jiran.

“Penguatkuasaaan akan terus diperkasa bagi membanteras sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang tanpa mengira kuantiti barangan yang dibawa, khususnya di perairan Tawau.

“Maritim Malaysia memandang serius terhadap segala aktiviti jenayah rentas sempadan. Aset-aset ronda akan sentiasa bersiap sedia untuk diatur gerak pada bila-bila masa dalam menghadapi sebarang situasi,” katanya.

Menurutnya, sebarang maklumat berkaitan jenayah di laut boleh disalurkan terus ke Pusat Operasi Zon Maritim Tawau di talian 089-750116 atau MERS 999. – SABAH MEDIA / FOTO MARITIM MALAYSIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/04/17/maritim-malaysia-tahan-bot-kargo-gagal-isytihar-muatan/feed/ 0 52659
Maritim Malaysia tahan bot bersama muatan 500 liter petrol tanpa permit https://sabahmedia.com/2024/04/12/maritim-malaysia-tahan-bot-bersama-muatan-500-liter-petrol-tanpa-permit/ https://sabahmedia.com/2024/04/12/maritim-malaysia-tahan-bot-bersama-muatan-500-liter-petrol-tanpa-permit/#respond Fri, 12 Apr 2024 09:41:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=52479
Read Time:1 Minute, 27 Second

Tawau : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya merampas sebuah buah bot penumpang tempatan yang membawa muatan 500 liter bahan api tanpa sebarang permit dalam kejadian awal pagi semalam.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, dalam operasi yang dijalankan pihaknya berjaya mengesan sebuah bot penumpang dalam keadaan mencurigakan bergerak laju dari Perairan Tawau menuju ke Pulau Sebatik pada jam 9.40 pagi.

“Semasa bot peronda Maritim Malaysia menghampiri bot tersebut untuk pemeriksaan, juragan bot tersebut telah bertindak memecut laju ke jeti CIQ Tawau dan bertindak melarikan diri dengan meninggalkan bot dan muatan.

“Pemeriksaan ke atas bot penumpang tersebut mendapati terdapat lebih 20 gelen bahan api jenis petrol dipercayai cuba diseludup keluar tanpa sebarang kebenaran,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Shahrizan berkata, bot serta muatan tersebut dirampas seterusnya dibawa ke Jeti Zon Maritim Tawau dan diserahkan kepada pegawai penyiasat Zon Maritim Tawau untuk disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Katanya, kesemua barangan termasuk bot penumpang, enjin bot dan muatan barangan disita dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM43,000.

“Modus operandi yang digunakan oleh juragan dengan membawa bahan api tersebut dalam kuantiti yang kecil namun secara berulang perlu dibanteras bagi mengelakkan sindiket penyeludupan membawa barang kawalan tersebut ke negara jiran.

“Penguatkuasaaan akan terus dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi membanteras sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang tanpa mengira kuantiti barangan yang dibawa, khususnya di perairan Tawau,” katanya.

Menurutnya lagi, Maritim Malaysia memandang serius terhadap segala aktiviti jenayah rentas sempadan.

“Aset-aset ronda akan sentiasa bersiap sedia untuk diatur gerak pada bila-bila masa dalam menghadapi sebarang situasi.

“Sebarang maklumat berkaitan jenayah di laut boleh disalurkan terus ke Pusat Operasi Zon Maritim Tawau di talian 089-750116 atau MERS 999,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO MARITIM MALAYSIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/04/12/maritim-malaysia-tahan-bot-bersama-muatan-500-liter-petrol-tanpa-permit/feed/ 0 52479