maritim malaysia sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 07 Apr 2024 06:52:26 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png maritim malaysia sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Dua anggota Maritim Malaysia cedera terkena tembakan https://sabahmedia.com/2024/04/07/dua-anggota-maritim-malaysia-cedera-terkena-tembakan/ https://sabahmedia.com/2024/04/07/dua-anggota-maritim-malaysia-cedera-terkena-tembakan/#respond Sun, 07 Apr 2024 05:40:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=52316
Read Time:1 Minute, 26 Second

Lahad Datu: Dua anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) cedera ditembak ketika sedang melakukan pemeriksaan dalam rondaan Op Khas Pagar Laut di perairan Kunak kira-kira jam 8.40 pagi tadi.

Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Ts. Dr. Suzanna Razali Chan berkata, berdasarkan laporan awal, seramai tiga orang suspek bersenjatakan pistol telah melepaskan empat das tembakan ke arah Bot Banggi 48.

Peta lokasi kejadian

Katanya, bot berkenaan cuba menghampiri sebuah bot enjin sangkut berwarna biru yang dinaiki suspek untuk tindakan pemeriksaan di kedudukan 0.2 batu nautika timur laut Kampung Pangi, Kunak.

“Apabila pasukan peronda cuba menghampiri, suspek telah bertindak melepaskan tembakan bagi mengelakkan daripada anggota bot peronda Maritim Malaysia menghampiri mereka. Suspek kemudiannya berjaya melepaskan diri dengan membawa bot tersebut.

“Berikutan kejadian itu, Maritim Malaysia telah mengatur gerakkan Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat, pesawat udara dan Bahagian Perisikan Maritim ke lokasi terbabit bagi menyiasat kes ini dan mengesan kesemua suspek terlibat.

Dr. Suzanna (kiri) bersama Komander ESSCOM Datuk Victor Sanjos (tengah) ketika bertemu salah seorang anggota Bot Banggi 48 yang terlibat di Hospital Kunak

“Selain itu, Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) turut sama ke lokasi kejadian dan terlibat dalam siasatan kes ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mangsa terbabit ialah Bintara Muda Maritim Zainal Abad Komel,45, yang juga ketua bot Banggi 48 cedera di mata kiri manakala seorang lagi kru bot yang sama, Laskar Kanan Maritim Prayrie De Cuella Jimin,35, cedera di kedua-dua belah tangan ketika sedang bergelut membalas tembakan dengan pihak penjenayah.

Manakala, empat lagi anggota penguat kuasa tidak mengalami sebarang kecederaan.

Dalam pada itu, kedua-dua anggota Maritim Malaysia yang cedera telah dibawa ke Hospital Kunak bagi diberikan rawatan segera.  – SABAH MEDIA / FOTO MARITIM MALAYSIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/04/07/dua-anggota-maritim-malaysia-cedera-terkena-tembakan/feed/ 0 52316
25 individu termasuk enam positif dadah ditahan https://sabahmedia.com/2024/02/09/25-individu-termasuk-enam-positif-dadah-ditahan/ https://sabahmedia.com/2024/02/09/25-individu-termasuk-enam-positif-dadah-ditahan/#respond Fri, 09 Feb 2024 05:21:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=49245
Read Time:1 Minute, 33 Second

Kudat : Seramai 25 individu termasuk enam positif dadah ditahan dalam satu Operasi Bersepadu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kudat bersama tiga agensi sahabat di Kudat, di sini Rabu lalu.

Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Maurice Grenville Abeyeratne berkata, operasi berkenaan telah dijalankan bersama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) serta Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) berdasarkan maklumat perisikan yang telah diperolehi sebelum ini.

“Sekitar jam 8 pagi, pegawai dan anggota dari semua agensi yang terlibat telah diatur gerak ke kawasan persekitaran Jeti Nelayan Kudat dan pemeriksaan telah dilakukan oleh pasukan serbuan dari darat.

“Sementara itu, tiga aset ronda Zon Maritim Kudat turut diatur gerak bagi melakukan pengawasan serta pemantauan dan seterusnya membuat pemeriksaan di kawasan perairan berhampiran.

“Ketika pemeriksaan dijalankan, terdapat beberapa individu yang bertindak terjun ke laut dan bersembunyi di antara ruang sempit bot-bot nelayan bagi mengelak daripada diperiksa. Walau bagaimanapun, dengan kehadiran anggota yang ramai serta bantuan pengawasan dan pemantauan aset ronda di laut, individu-individu gagal melarikan diri,” katanya dalam kenyataan di sini hari in

Maurice berkata, hasil Op Bersepadu terbabit, seramai 25 individu ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan dibawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

Katanya, ini termasuk dua warga tempatan yang didapati positif dadah jenis Methamphetamine melalui saringan urin oleh pihak AADK.

“Kesemua suspek ditahan seterusnya diserahkan kepada pihak berwajib untuk tindakan lanjut. Kes disiasat dibawah Akta Imigresen 1959/63 Seksyen 6 (1) (c) kerana gagal menunjukkan dokumen perjalanan yang sah sewaktu diperiksa dan Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan), 1983 kerana disyaki penagih Dadah.

“Maritim Malaysia merakamkan penghargaan kepada semua agensi sahabat yang terlibat dalam menjayakan Operasi Bersepadu ini. Operasi seumpama ini akan diteruskan dari semasa ke semasa demi memastikan keselamatan di Zon Maritim Malaysia terutamanya  di daerah Kudat sentiasa terjamin,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO MARITIM MALAYSIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/09/25-individu-termasuk-enam-positif-dadah-ditahan/feed/ 0 49245
Maritim Malaysia perkasa rondaan banteras ketirisan jenayah rentas sempadan, penyeludupan https://sabahmedia.com/2023/12/13/maritim-malaysia-perkasa-rondaan-banteras-ketirisan-jenayah-rentas-sempadan-penyeludupan/ https://sabahmedia.com/2023/12/13/maritim-malaysia-perkasa-rondaan-banteras-ketirisan-jenayah-rentas-sempadan-penyeludupan/#respond Wed, 13 Dec 2023 01:50:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=46453
Read Time:1 Minute, 3 Second

Kota Kinabalu : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan akan terus meningkatkan kesiapsiagaan aset dan rondaan di perairan negeri Sabah.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi Che Engku Daik berkata, Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan akan terus tingkatkan kesiapsiagaan aset dan rondaan bagi membanteras ketirisan jenayah rentas sempadan dan penyeludupan barang terkawal.

“Menjelang musim perayaan Hari Natal dan Tahun Baharu tidak lama lagi, Maritim Malaysia sentiasa memastikan sempadan perairan negara khususnya perairan negeri Sabah terus dikawal ketat dengan aset-aset maritim agar kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan penyeludupan barang terkawal dapat dibanteras.

“Maritim Malaysia juga akan bekerjasama dengan agensi-agensi penguatkuasaan yang lain dalam beberapa siri operasi bersepadu diseluruh perairan negeri Sabah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Engku Suhaimi berkata, Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah merekodkan 50 kes di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961, 48 kes di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan 13 kes di bawah Akta Kastam 1967 dari Januari hingga November 2023.

Katanya, sebanyak 316 jumlah tangkapan pelbagai kesalahan di laut telah direkodkan oleh Maritim Negeri Sabah bermula Januari hingga awal Disember tahun ini dengan anggaran nilai rampasan sebanyak lebih RM7.5 juta.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/12/13/maritim-malaysia-perkasa-rondaan-banteras-ketirisan-jenayah-rentas-sempadan-penyeludupan/feed/ 0 46453
Maritim Malaysia tahan lima individu tidak miliki dokumen pengenalan diri https://sabahmedia.com/2023/12/07/maritim-malaysia-tahan-lima-individu-tidak-miliki-dokumen-pengenalan-diri/ https://sabahmedia.com/2023/12/07/maritim-malaysia-tahan-lima-individu-tidak-miliki-dokumen-pengenalan-diri/#respond Thu, 07 Dec 2023 11:07:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=46192
Read Time:1 Minute, 5 Second

Lahad Datu: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menahan sebuah bot pam berwarna hijau tanpa nombor pendaftaran yang dikendalikan oleh enam orang kru dalam keadaan mencurigakan lebih kurang 0.5 batu nautika di kawasan Timur Pulau Bohayan, Kunak semalam.

Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Nik Mohd Rizam Nik Mohd Fauzi berkata, bot peronda Maritim Malaysia telah berjaya mengesan sebuah bot pam melalui rondaan rutin lebih kurang pukul 1.45 tengahari.

“Hasil pemeriksaan mendapati bot berkenaan telah melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 iaitu tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah semasa diperiksa.

“Pemeriksaan turut mendapati, enam kru bot iaitu empat lelaki dan seorang wanita warga Filipina yang berusia antara 17 tahun hingga 20 tahun tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah manakala seorang lagi warganegara Malaysia wanita dilepaskan tanpa sebarang pendakwaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Nik Mohd Rizam berkata, pihaknya turut merampas sebuah bot pam tanpa nombor pendaftaran dan sebuah enjin pam.

“Zon Maritim Lahad Datu memohon kepada masyarakat khususnya komuniti maritim di kawasan Lahad Datu agar terus memberi kerjasama dengan melaporkan jika terdapat sebarang maklumat berkaitan salah laku atau kegiatan jenayah yang berlaku di laut kepada Maritim Malaysia di talian 089-885727 (Pusat Operasi Lahad Datu) dan talian MERS 999 yang beroperasi 24 jam,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/12/07/maritim-malaysia-tahan-lima-individu-tidak-miliki-dokumen-pengenalan-diri/feed/ 0 46192
Maritim Malaysia tahan juragan,12 PATI cuba masuk perairan negara https://sabahmedia.com/2023/10/04/maritim-malaysia-tahan-juragan12-pati-cuba-masuk-perairan-negara/ https://sabahmedia.com/2023/10/04/maritim-malaysia-tahan-juragan12-pati-cuba-masuk-perairan-negara/#respond Wed, 04 Oct 2023 10:53:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=43059
Read Time:1 Minute, 28 Second

Tawau : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menahan seorang juragan bersama 12 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) kerana dipercayai cuba memasuki perairan negara dengan menggunakan sebuah bot penumpang di kedudukan 1.2 batu nautika barat Jeti CIQ Tawau pada pukul 10.30 pagi semalam.

Pengarah Zon Maritim Tawau Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, dalam operasi yang dijalankan pihaknya berjaya mengesan sebuah bot bergerak laju dalam keadaan mencurigakan dari arah Pulau Sebatik menuju masuk ke Perairan Tawau.

“Semasa penahanan bot penumpang terbabit, secara tiba-tiba juragan bot telah bertindak nekad terjun ke laut bagi melepaskan diri daripada ditahan.

“Namun tindak balas pantas anggota Maritim Malaysia telah berjaya menahan semula juragan berkenaan. Hasil pemeriksaan, didapati juragan terbabit merupakan seorang lelaki warga Indonesia berumur 32 tahun,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Shahrizan berkara, 12 lagi lelaki masing-masing berumur awal 18 hingga 61 tahun juga dipercayai warga Indonesia tanpa sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Katanya, kesemua mereka ditahan dan dibawa ke Jeti Zon Maritim Tawau untuk pemeriksaan dan siasatan lanjut kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 iaitu tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah serta cuba memasuki negara melalui jalan yang tidak diwartakan.

“Kesemua barangan termasuk bot penumpang,enjin bot,barangan peribadi disita dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM30,000.

“Maritim Malaysia akan terus memperkasakan tugas penguatkuasaan bagi membanteras aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang di Zon Maritim Malaysia khususnya di Perairan Timur Sabah (ESSZONE). 

“Kerjasama dengan agensi-agensi lain akan terus diperkukuhkan demi memastikan undang-undang negara sentiasa dipatuhi,” katanya.

Menurutnya, orang ramai diharap akan turut membantu Maritim Malaysia dengan menyalurkan aduan salah laku jenayah di sekitar perairan Tawau ke talian Pusat Operasi Zon Maritim Tawau 089-752116 dan talian kecemasan 999. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2023/10/04/maritim-malaysia-tahan-juragan12-pati-cuba-masuk-perairan-negara/feed/ 0 43059
Maritim Malaysia tahan bot kargo bawa barang kawalan bersubsidi tanpa permit sah https://sabahmedia.com/2023/09/15/maritim-malaysia-tahan-bot-kargo-bawa-barang-kawalan-bersubsidi-tanpa-permit-sah/ https://sabahmedia.com/2023/09/15/maritim-malaysia-tahan-bot-kargo-bawa-barang-kawalan-bersubsidi-tanpa-permit-sah/#respond Fri, 15 Sep 2023 05:12:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=41859
Read Time:1 Minute, 19 Second

Kudat : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan sebuah bot kargo yang membawa muatan barang kawalan bersubsidi tanpa permit sah, lewat petang Rabu lalu.

Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Maurice Grenville Abeyeratne berkata, bot berkenaan berjaya dikesan dan diperiksa di kedudukan lebih kurang 2.7 batu nautika timur laut muara Marina Kudat sekitar jam 8.30 malam.

“Semasa diperiksa, terdapat tiga individu yang mengendalikan bot berkenaan terdiri daripada seorang warga tempatan sebagai tekong manakala dua lagi merupakan awak-awak warga Filipina.

“Seorang daripada individu terbabit didapati tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah. Ketiga-tiga individu terbabit berusia lingkungan 19 hingga 33 tahun,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Maurice berkata, pemeriksaan lanjut keatas bot kargo berkenaan menemui minyak disyaki minyak petrol yang disimpan di dalam tangki simpanan bot tersebut yang dianggarkan lebih kurang 2,000  liter dibawa tanpa permit yang sah daripada pihak berkuasa.

Susulan itu katanya, kesemua suspek bersama bot dan barang rampasan ditahan dan dibawa ke jeti untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat Zon Maritim Kudat bagi tindakan selanjutnya.

“Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan kira-kira RM232,000. Kes disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana membawa barang kawalan bersubsidi dengan niat untuk melakukan kesalahan dan Akta Imigresen 1959/1963 atas kesalahan awak-awak gagal menunjukan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya.

Tambahnya, Zon Maritim Kudat memohon kepada masyarakat khususnya komuniti maritim membantu pihak agensi dengan melaporkan sebarang salah laku atau kegiatan jenayah yang berlaku di laut kepada Maritim Malaysia di talian 088-611858 (Pusat Operasi Kudat) dan talian MERS 999 yang beroperasi 24 jam. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2023/09/15/maritim-malaysia-tahan-bot-kargo-bawa-barang-kawalan-bersubsidi-tanpa-permit-sah/feed/ 0 41859
Maritim Malaysia berjaya selamatkan empat mangsa bot karam https://sabahmedia.com/2023/08/30/maritim-malaysia-berjaya-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam/ https://sabahmedia.com/2023/08/30/maritim-malaysia-berjaya-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam/#respond Wed, 30 Aug 2023 11:31:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=41043
Read Time:1 Minute, 3 Second

Lahad Datu : Seramai empat mangsa bot karam berjaya diselamatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di sini dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 1 tengah hari semalam.

Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Nik Mohd Rizam Nik Mohd Fauzi berkata, sebuah bot pam berwarna biru yang dinaiki oleh mangsa karam berdekatan perairan Kampung Puyut Lahad Datu.

“Ketika kejadian, bot terbabit membawa empat penumpang iaitu tiga penumpang wanita bersama seorang kanak-kanak.

“Dipercayai kesemua mangsa tidak memakai jaket keselamatan.  Kejadian terbabit berjaya dikesan oleh Bot Peronda Maritim Malaysia yang berada berhampiran kawasan kejadian.

“Kerja-kerja menyelamat mangsa terus dilaksanakan dan kesemua mangsa berjaya diselamatkan tanpa sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Nik Mohd Rizam berkata, Maritim Malaysia menyeru kesemua rakyat Malaysia untuk mengutamakan pemakaian jaket keselamatan ketika di laut.

Katanya,  jaket keselamatan itu perlu disediakan di tempat-tempat yang berpotensi terjadinya bencana atau insiden yang melibatkan aktiviti air selain memastikan bot yang dinaiki mempunyai jaket keselamatan.

“Zon Maritim Lahad Datu turut memohon kepada orang ramai khususnya komuniti maritim untuk memberikan kerjasama dengan menyalurkan maklumat ataupun aduan berkaitan aktiviti yang mencurigakan di laut kepada Zon Maritim Lahad Datu yang beroperasi 24 jam di talian 089-885727 atau di talian MERS 999,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2023/08/30/maritim-malaysia-berjaya-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam/feed/ 0 41043