maritim malaysia – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 30 Sep 2026 03:51:45 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png maritim malaysia – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Maritim Malaysia tahan vesel nelayan Filipina, 65 kru disyaki ceroboh perairan negara https://sabahmedia.com/2026/09/30/maritim-malaysia-tahan-vesel-nelayan-filipina-65-kru-disyaki-ceroboh-perairan-negara/ https://sabahmedia.com/2026/09/30/maritim-malaysia-tahan-vesel-nelayan-filipina-65-kru-disyaki-ceroboh-perairan-negara/#respond Wed, 30 Sep 2026 03:51:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=104449
Read Time:1 Minute, 30 Second

KOTA KINABALU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan menahan sebuah vesel nelayan asing (VNA) Filipina bersama 65 kru yang disyaki menjalankan aktiviti penangkapan ikan tanpa kebenaran di perairan negara, pada 27 September lalu.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali, berkata vesel berkenaan dikesan kira-kira jam 1.30 petang pada kedudukan lebih kurang 18 batu nautika barat Pulau Mantanani ketika aset Maritim Malaysia sedang melaksanakan rondaan rutin.

Menurutnya, hasil pemeriksaan awal mendapati kru vesel berkenaan sedang memunggah kira-kira empat tan hasil laut ke dalam vesel tersebut.

“Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat 65 kru termasuk tekong berada di atas vesel tersebut.

“Kesemua mereka disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri atau permit kerja yang sah, selain disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan,” katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.

Beliau berkata, vesel terbabit bersama tekong, kesemua kru dan hasil laut kemudiannya ditahan dan dibawa ke jeti Maritim Malaysia untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat bagi tindakan lanjut.

Katanya, nilai keseluruhan rampasan membabitkan vesel dan hasil laut dianggarkan berjumlah RM350,000.

Mohd Khairulanuar berkata Maritim Malaysia tidak akan berkompromi terhadap mana-mana vesel nelayan asing yang menceroboh perairan negara atau menjalankan aktiviti perikanan tanpa kebenaran.

“Penguatkuasaan akan terus dipertingkatkan selaras dengan peruntukan undang-undang bagi memastikan kedaulatan perairan, kepentingan sumber perikanan serta keselamatan maritim negara sentiasa terpelihara,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai khususnya komuniti nelayan yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti mencurigakan atau kecemasan di laut diminta menyalurkannya kepada pihak berkuasa untuk tindakan segera.

Maklumat boleh disalurkan kepada Pusat Operasi Ibu Pejabat Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan di talian 088-387 774 atau talian kecemasan 999.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/09/30/maritim-malaysia-tahan-vesel-nelayan-filipina-65-kru-disyaki-ceroboh-perairan-negara/feed/ 0 104449
Maritim Malaysia rampas 10,000 liter diesel, tahan bot tunda di perairan Sandakan https://sabahmedia.com/2026/09/28/maritim-malaysia-rampas-10000-liter-diesel-tahan-bot-tunda-di-perairan-sandakan/ https://sabahmedia.com/2026/09/28/maritim-malaysia-rampas-10000-liter-diesel-tahan-bot-tunda-di-perairan-sandakan/#respond Mon, 28 Sep 2026 09:02:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=104359
Read Time:1 Minute, 16 Second

SANDAKAN : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Maritim Zon Sandakan menahan sebuah bot tunda yang membawa minyak diesel tanpa dokumen yang sah di perairan Sandakan pada awal pagi semalam.

Pengarah Maritim Zon Sandakan, Kepten Maritim Muhamad Suhairy Hussain berkata, bot tunda berkenaan dikesan oleh pasukan operasi ketika sedang bergerak di perairan Sandakan sebelum diberhentikan untuk pemeriksaan.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan mendapati bot tunda berkenaan membawa kira-kira 10,000 liter minyak diesel yang dipercayai tidak mempunyai dokumen atau kebenaran yang sah.

“Dua lelaki tempatan berusia 36 dan 39 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan, di sini.

Beliau berkata, keseluruhan 10,000 liter minyak diesel bersama bot tunda berkenaan yang dianggarkan bernilai RM552,000 telah ditahan untuk siasatan lanjut.

Kes berkenaan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki atau menyimpan barangan kawalan berjadual, iaitu kira-kira 10,000 liter minyak diesel tanpa kebenaran.

Selain itu, kes turut disiasat mengikut Akta Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 (MSO) kerana gagal mengemukakan insurans Perlindungan dan Indemniti (P&I Insurance), selain jumlah kru yang didapati tidak mencukupi seperti ditetapkan dalam lesen.

Muhamad Suhairy berkata, Maritim Malaysia akan terus mempergiatkan operasi penguatkuasaan di perairan negara bagi membanteras kegiatan penyeludupan dan penyelewengan barangan kawalan, khususnya minyak diesel bersubsidi.

Katanya, langkah itu penting bagi memastikan kepentingan serta bekalan barangan berkenaan kepada masyarakat terus terpelihara.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan aktiviti jenayah atau kecemasan di laut diminta menghubungi Pusat Operasi Maritim Zon Sandakan di talian 089-229504 atau talian kecemasan 999 untuk tindakan segera,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/09/28/maritim-malaysia-rampas-10000-liter-diesel-tahan-bot-tunda-di-perairan-sandakan/feed/ 0 104359
Maritim Malaysia periksa feri laluan Karakit-Kudat https://sabahmedia.com/2026/08/24/maritim-malaysia-periksa-feri-laluan-karakit-kudat/ https://sabahmedia.com/2026/08/24/maritim-malaysia-periksa-feri-laluan-karakit-kudat/#respond Sun, 23 Aug 2026 23:54:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=102171
Read Time:1 Minute, 31 Second

KUDAT: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah menjalankan pemeriksaan terhadap sebuah feri yang beroperasi di laluan Karakit-Kudat, semalam, susulan maklumat yang tular di media sosial berkaitan aspek keselamatan dan keselesaan penumpang.

Pemeriksaan itu dijalankan bagi memastikan pengoperasian feri berkenaan mematuhi peraturan ditetapkan, selain menjamin tahap keselamatan penumpang yang menggunakan perkhidmatan berkenaan.

Hasil pemeriksaan mendapati tiada sebarang kesalahan atau pelanggaran peraturan dikesan terhadap feri terbabit.

Pemeriksaan turut mendapati jumlah penumpang ketika pemeriksaan dijalankan berada dalam had yang dibenarkan dan tidak melebihi kapasiti ditetapkan.

Pengarah Maritim Malaysia Zon Kudat, Komander Maritim Hasbullah Omar, berkata pihaknya mengambil serius setiap maklumat yang diterima, terutama yang melibatkan keselamatan penumpang dan pengoperasian vesel di perairan Kudat.

Katanya, pemeriksaan yang dilaksanakan adalah sebahagian daripada usaha berterusan pihak berkuasa bagi memastikan pengusaha pengangkutan laut sentiasa mematuhi peraturan dan mengutamakan keselamatan.

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan hari ini mendapati tiada sebarang kesalahan atau pelanggaran peraturan dilakukan oleh pihak pengusaha feri.

“Jumlah penumpang juga didapati berada dalam kapasiti yang dibenarkan dan operasi feri berjalan dalam keadaan terkawal ketika pemeriksaan dilaksanakan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Hasbullah berkata, Maritim Malaysia Zon Kudat akan meneruskan pemantauan dan pemeriksaan dari semasa ke semasa terhadap pengusaha pengangkutan laut bagi memastikan aspek keselamatan serta pematuhan peraturan sentiasa diberi keutamaan.

Beliau berkata, pihaknya juga sentiasa mengambil serius setiap aduan dan maklumat daripada orang awam, khususnya perkara yang boleh menjejaskan keselamatan penumpang atau kelancaran operasi vesel di perairan Kudat.

Dalam pada itu, Maritim Malaysia Zon Kudat menasihatkan orang ramai supaya mendapatkan maklumat yang sahih daripada pihak berkuasa sebelum membuat sebarang kesimpulan berhubung isu yang tular di media sosial.

Orang awam juga disaran menyalurkan sebarang maklumat berkaitan keselamatan maritim atau aktiviti mencurigakan di laut kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

Sebarang kecemasan boleh dilaporkan menerusi talian 999, manakala maklumat berkaitan boleh disalurkan kepada Pusat Operasi Zon Maritim Kudat di talian 088-611858.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/08/24/maritim-malaysia-periksa-feri-laluan-karakit-kudat/feed/ 0 102171
Maritim Malaysia tahan 10 Kru warga asing, VNT tamat tempoh lesen https://sabahmedia.com/2026/08/06/maritim-malaysia-tahan-10-kru-warga-asing-vnt-tamat-tempoh-lesen/ https://sabahmedia.com/2026/08/06/maritim-malaysia-tahan-10-kru-warga-asing-vnt-tamat-tempoh-lesen/#respond Wed, 05 Aug 2026 22:17:16 +0000 https://sabahmedia.com/?p=101029
Read Time:1 Minute, 47 Second

KOTA KINABALU : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan menahan sebuah Vesel Nelayan Tempatan (VNT) di perairan Pulau Tiga, semalam, selepas disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Perikanan 1985.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd. Majid @ Razali berkata, penahanan dilakukan kira-kira jam 5.36 petang ketika rondaan penguatkuasaan dijalankan di kedudukan lebih kurang dua batu nautika di tenggara Pulau Tiga.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan mendapati vesel berkenaan dikendalikan oleh 10 kru termasuk nakhoda, terdiri daripada sembilan warga Filipina dan seorang warga Indonesia berusia antara 23 hingga 53 tahun.

“Pemeriksaan lanjut mendapati kesemua kru gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah sebagaimana dikehendaki di bawah Akta Imigresen 1959/63. 

“Selain itu, vesel tersebut turut disyaki beroperasi menggunakan lesen perikanan yang telah tamat tempoh, sekali gus melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, kesemua kru bersama vesel berkenaan telah ditahan dan diiring ke Jeti Maritim Malaysia bagi tujuan siasatan lanjut.

“Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM300,000,” katanya.

Mohd Khairulanuar berkata, Maritim Malaysia memandang serius setiap pelanggaran undang-undang di perairan negara dan akan terus memperhebat rondaan serta operasi penguatkuasaan tanpa sebarang kompromi.

Beliau mengingatkan semua pemilik vesel, pengusaha dan kru supaya sentiasa memastikan lesen perikanan, permit operasi serta dokumen pengenalan diri adalah sah dan masih berkuat kuasa sebelum menjalankan sebarang aktiviti di laut.

“Kegagalan mematuhi syarat yang ditetapkan bukan sahaja merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang, malah boleh menyebabkan vesel ditahan serta kru ditangkap dan didakwa mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

“Jangan sesekali memandang ringan pematuhan terhadap undang-undang. Maritim Malaysia tidak akan bertolak ansur terhadap mana-mana pihak yang melanggar peraturan atau cuba mengambil kesempatan di perairan negara. 

“Tindakan tegas akan terus diambil bagi memastikan keselamatan perairan negara, melindungi sumber perikanan serta mengekalkan kedaulatan Zon Maritim Malaysia,” tegas beliau.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan jenayah atau kecemasan di laut diminta menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan di talian 088-387774 atau talian kecemasan 999 bagi tindakan segera.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/08/06/maritim-malaysia-tahan-10-kru-warga-asing-vnt-tamat-tempoh-lesen/feed/ 0 101029
Cubaan seludup rokok tanpa cukai di Perairan Sipadan digagalkan https://sabahmedia.com/2026/06/25/cubaan-seludup-rokok-tanpa-cukai-di-perairan-sipadan-digagalkan/ https://sabahmedia.com/2026/06/25/cubaan-seludup-rokok-tanpa-cukai-di-perairan-sipadan-digagalkan/#respond Thu, 25 Jun 2026 04:04:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=98833
Read Time:1 Minute, 57 Second

TAWAU : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menggagalkan satu kegiatan disyaki melibatkan penyeludupan rokok tanpa cukai menerusi rondaan Op Sejahtera dan Op Tiris di perairan selatan Pulau Sipadan, Selasa lalu.

Pengarah Ibu Pejabat Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Khairul Anuar Abd Majid @ Razali, berkata operasi itu dilaksanakan hasil maklumat risikan yang diterima berhubung aktiviti penyeludupan rokok di kawasan berkenaan.

Beliau berkata, pasukan operasi mengesan dua buah vesel dalam keadaan mencurigakan kira-kira tujuh batu nautika di selatan Pulau Sipadan sebelum mendapati berlaku aktiviti pemindahan beberapa kotak berwarna coklat dari sebuah kapal ke sebuah lagi bot kargo.

“Hasil pemeriksaan awal ke atas kedua-dua vesel menemukan sejumlah besar rokok putih yang dipercayai tidak mempunyai kelulusan serta dokumentasi yang sah.

“Pasukan operasi turut menyita pelbagai peralatan navigasi dan komunikasi termasuk sistem GPS, radar, radio komunikasi, telefon bimbit serta dokumen berkaitan kapal bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut mendapati beberapa individu di atas kapal gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri dan dokumen kapal yang sah, sekali gus disyaki melakukan kesalahan di bawah peruntukan undang-undang berkaitan perkapalan dan imigresen.

Dalam operasi itu, seramai 20 kru dan nakhoda warga asing dari beberapa negara telah ditahan bagi membantu siasatan lanjut.

Katanya, kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967 kerana disyaki menyeludup rokok tanpa cukai, selain turut melibatkan siasatan mengikut Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 dan Akta Imigresen 1959/63 berhubung kegagalan mengemukakan dokumen yang sah.

Pemeriksaan ke atas kargo menemukan sebanyak 3,014 peti rokok putih, terdiri daripada 2,956 peti rokok berjenama BOSQU, 40 peti berjenama NEW ARIS, 15 peti berjenama BERLIN dan tiga peti berjenama NEW FAR.

Nilai rampasan rokok tidak bercukai dianggarkan berjumlah RM12.196 juta, manakala nilai rokok putih bercukai dianggarkan RM24.252 juta, termasuk cukai sebanyak RM12.056 juta.

“Jumlah keseluruhan nilai tangkapan termasuk kedua-dua vesel yang ditahan dianggarkan mencecah RM65.752 juta,” katanya.

Menurut Khairul Anuar, kedua-dua kapal bersama semua barang kes telah diiring ke Jeti Ibu Pejabat Maritim Zon Tawau untuk tindakan lanjut oleh pegawai penyiasat.

Beliau menegaskan Maritim Malaysia akan terus memperkukuh penguatkuasaan bagi membanteras jenayah rentas sempadan termasuk penyeludupan barang tidak bercukai serta pelanggaran undang-undang maritim di perairan negara.

“Kerjasama orang ramai amat dihargai dan sebarang maklumat berkaitan aktiviti mencurigakan di laut boleh disalurkan kepada pihak berkuasa bagi membolehkan tindakan segera diambil,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/06/25/cubaan-seludup-rokok-tanpa-cukai-di-perairan-sipadan-digagalkan/feed/ 0 98833
Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup barangan kawalan di Semporna https://sabahmedia.com/2026/06/14/maritim-malaysia-gagalkan-cubaan-seludup-barangan-kawalan-di-semporna/ https://sabahmedia.com/2026/06/14/maritim-malaysia-gagalkan-cubaan-seludup-barangan-kawalan-di-semporna/#respond Sun, 14 Jun 2026 02:01:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=98189
Read Time:1 Minute, 37 Second

SEMPORNA : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menggagalkan satu cubaan menyeludup barangan kawalan dan runcit selepas menahan sebuah bot pam tanpa nombor pendaftaran di perairan daerah ini, awal pagi pada Jumaat.

Pengarah Maritim Zon Semporna, Komander Maritim Amir Shubli berkata, dalam kejadian kira-kira jam 4.20 pagi itu, sepasukan anggota yang melaksanakan rondaan bersepadu telah mengesan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan.

“Menyedari kehadiran pihak berkuasa, bot pam terbabit bertindak memecut laju bagi melarikan diri, namun kecekapan anggota Maritim Malaysia berjaya memintas bot berkenaan kira-kira 25 minit kemudian di kedudukan 0.1 batu nautika Timur Laut Kampung Bangau-Bangau. 

“Bagaimanapun, juragan bot terbabit nekad terjun ke dalam laut dan berjaya melarikan diri ke kawasan perumahan atas air di kampung berkenaan bagi mengelakkan diri daripada ditahan.

“Maklumat awal mendapati modus operandi sindiket ini adalah dengan bergerak aktif pada waktu awal pagi bagi mengelak daripada dikesan oleh pihak berkuasa. 

“Walau bagaimanapun, hasil kesiapsiagaan dan maklumat risikan Ibu Pejabat Maritim Zon Semporna, kita berjaya mematahkan cubaan ini,” katanya dalam kenyataan di sini.

Amir berkata, hasil pemeriksaan lanjut di dalam bot berwarna kelabu itu menemukan pelbagai barangan yang cuba diseludup antaranya tujuh tong gas, lima tong ‘jerry can’ berisi minyak petrol, 10 beg beras seberat 10 kilogram (kg) pelbagai jenama, 14 tin cat bersaiz lima liter, sembilan tin cat bersaiz satu liter, serta sebuah tong ikan berwarna merah.

Beliau menambah, kesemua barangan rampasan termasuk bot dan enjin telah ditunda ke Jeti Kem Azumi, Semporna sebelum diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Maritim Zon Semporna untuk tindakan lanjut. 

“Kes kini disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Kastam 1967.

“Maritim Malaysia tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba melanggar undang-undang negara, khususnya membabitkan penyeludupan barangan kawalan keluar dari sempadan kita.

“Kami juga memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai sebarang aktiviti jenayah di laut untuk segera menyalurkannya kepada kami di Ibu Pejabat Maritim Zon Semporna,” katanya. 

]]>
https://sabahmedia.com/2026/06/14/maritim-malaysia-gagalkan-cubaan-seludup-barangan-kawalan-di-semporna/feed/ 0 98189
Maritim Malaysia tahan vesel, pam bot di perairan Kunak https://sabahmedia.com/2026/06/01/maritim-malaysia-tahan-vesel-pam-bot-di-perairan-kunak/ https://sabahmedia.com/2026/06/01/maritim-malaysia-tahan-vesel-pam-bot-di-perairan-kunak/#respond Mon, 01 Jun 2026 02:15:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=97578
Read Time:1 Minute, 39 Second

LAHAD DATU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menahan sebuah vesel pukat jerut bilis dan sebuah pam bot dalam dua operasi berasingan di perairan Pulau Tabawan, Kunak semalam.

Pengarah Maritim Zon Lahad Datu, Komander Maritim Dzulfikhar Ali berkata, kedua- dua bot berkenaan ditahan sekitar jam 3.30 hingga 5.00 petang oleh sepasukan anggota bot ronda Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan Op Sejahtera 1/2022 dan Op Tiris 4.0.

Beliau berkata, dalam kes pertama, sebuah vesel pukat jerut bilis dikesan sedang menjalankan aktiviti menangkap ikan pada kedudukan kira-kira 0.37 batu nautika tenggara Kampung Jaya Baru, Kunak.

“Hasil pemeriksaan mendapati vesel tersebut sedang menangkap ikan dalam kawasan kurang daripada 1.5 batu nautika dari daratan terdekat.

“Turut ditahan seorang tekong warga tempatan berusia 25 tahun bersama dua kru warga asing berusia 43 dan 57 tahun. Nilai keseluruhan rampasan termasuk bot dan hasil tangkapan dianggarkan bernilai RM115,000,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Dalam operasi berasingan, anggota bot ronda Maritim Malaysia turut mengesan sebuah pam bot mencurigakan pada kedudukan kira-kira 0.23 batu nautika timur Kampung Jaya Baru, Kunak.

Menurut beliau, ketika pasukan operasi menghampiri sasaran, seorang individu yang dipercayai tekong bertindak terjun ke laut sebelum melarikan diri ke arah daratan berhampiran.

“Hasil pemeriksaan ke atas pam bot tersebut menemukan ikan campur yang disyaki ditangkap menggunakan bahan letupan. Bot yang digunakan turut dirampas untuk siasatan lanjut dengan nilai rampasan dianggarkan sekitar RM7,000,” katanya.

Katanya, kedua-dua kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana disyaki melakukan aktiviti penangkapan ikan yang menyalahi undang-undang.

“Kesemua bot, kru yang ditahan dan barang rampasan telah dibawa ke Jeti Perikanan Lahad Datu sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Ibu Pejabat Maritim Zon Lahad Datu untuk tindakan lanjut,” tambahnya.

Maritim Malaysia menyeru komuniti maritim agar sentiasa mematuhi undang-undang laut dan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti jenayah di laut kepada Pusat Operasi Maritim Malaysia Zon Lahad Datu menerusi aplikasi WhatsApp di talian 016-9305727 atau talian kecemasan 999 untuk maklum balas segera.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/06/01/maritim-malaysia-tahan-vesel-pam-bot-di-perairan-kunak/feed/ 0 97578
Dua warga Filipina ditahan, disyaki bawa 35 batang kayu bergergaji secara haram https://sabahmedia.com/2026/05/09/dua-warga-filipina-ditahan-disyaki-bawa-35-batang-kayu-bergergaji-secara-haram/ https://sabahmedia.com/2026/05/09/dua-warga-filipina-ditahan-disyaki-bawa-35-batang-kayu-bergergaji-secara-haram/#respond Sat, 09 May 2026 10:00:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=96389
Read Time:1 Minute, 9 Second

LAHAD DATU : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menahan dua warga Filipina yang disyaki membawa 35 batang kayu bergergaji di perairan Kunak awal pagi tadi.

Pengarah Maritim Zon Lahad Datu, Komander Maritim Dzulfikhar Ali berkata, penahanan dilakukan hasil maklumat risikan kira-kira jam 5 pagi di kedudukan 0.3 batu nautika barat daya Jeti Pangkalan Kunak menerusi Op Sejahtera 1/2022 dan Op Tiris 4.0.

“Vesel berwarna merah itu dikesan dalam keadaan mencurigakan apabila beberapa batang kayu terapung diikat bersama vesel tersebut.

“Hasil pemeriksaan mendapati vesel itu dikendalikan oleh dua lelaki warga Filipina masing- masing berusia 51 dan 33 tahun yang gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut menemukan 35 batang kayu bergergaji yang dipercayai dicuri dari kawasan Pulau Timbun Mata.

Menurutnya, ujian saringan air kencing turut mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine.

“Kes disiasat di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 / Enakmen Hutan 1968 Sabah kerana memiliki kayu bergergaji tanpa kebenaran yang sah, Akta Imigresen 1959/63 serta Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Dzulfikhar dalam pada itu menegaskan, Maritim Malaysia tidak akan berkompromi terhadap sebarang pencerobohan sumber hutan dan aktiviti jenayah maritim di perairan negara.

Tambahnya lagi, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti jenayah di laut diminta menyalurkannya kepada Pusat Operasi Maritim Malaysia Zon Lahad Datu menerusi WhatsApp 016-9305727 atau talian kecemasan 999 untuk tindakan segera.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/09/dua-warga-filipina-ditahan-disyaki-bawa-35-batang-kayu-bergergaji-secara-haram/feed/ 0 96389
Maritim Malaysia tahan lelaki tempatan cuba bawa dadah guna bot https://sabahmedia.com/2026/03/27/maritim-malaysia-tahan-lelaki-tempatan-cuba-bawa-dadah-guna-bot/ https://sabahmedia.com/2026/03/27/maritim-malaysia-tahan-lelaki-tempatan-cuba-bawa-dadah-guna-bot/#respond Fri, 27 Mar 2026 00:53:16 +0000 https://sabahmedia.com/?p=93835
Read Time:1 Minute, 9 Second

KUDAT : Tindakan seorang lelaki tempatan menggunakan bot tanpa nombor pendaftaran untuk membawa bahan disyaki dadah gagal apabila suspek ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dalam operasi khas, semalam.

Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Hasbullah Omar berkata, tangkapan ke atas lelaki berusia 32 tahun itu dibuat hasil risikan pihaknya sebelum bot ronda Maritim Malaysia digerakkan ke lokasi berhampiran 0.3 batu nautika barat daya Terminal Jeti Feri Kudat.

“Suspek dikesan dalam keadaan mencurigakan menaiki bot gentian kaca tanpa nombor pendaftaran.

“Pemeriksaan lanjut menemui dua bungkusan kecil berisi hablur putih yang disyaki dadah,” katanya.

Hasbullah berkata, operasi berkenaan dilaksanakan menerusi Op Sejahtera dan Op Khas Pagar Laut yang sedang giat dijalankan bagi mengekang jenayah rentas sempadan di perairan negara.

Beliau berkata, bot bersama suspek diiring masuk ke Jeti Marina Kudat kemudian diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Zon Maritim Kudat untuk tindakan lanjut dan nilai keseluruhan dianggarkan berjumlah RM1,500.

“Kes disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki bahan disyaki dadah serta Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah susulan kegagalan mempamerkan lesen bot yang sah,” katanya.

Hasbullah turut menegaskan, Maritim Malaysia tidak akan berkompromi dengan sebarang aktiviti jenayah di laut, khususnya melibatkan pengedaran dadah yang dilihat semakin membimbangkan.

Beliau turut menggesa komuniti maritim agar terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti mencurigakan melalui talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Zon Maritim Kudat di talian 088-611858 bagi membolehkan tindakan segera diambil.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/03/27/maritim-malaysia-tahan-lelaki-tempatan-cuba-bawa-dadah-guna-bot/feed/ 0 93835
Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup 60 tong gas bersubsidi https://sabahmedia.com/2026/03/09/maritim-malaysia-gagalkan-cubaan-seludup-60-tong-gas-bersubsidi/ https://sabahmedia.com/2026/03/09/maritim-malaysia-gagalkan-cubaan-seludup-60-tong-gas-bersubsidi/#respond Sun, 08 Mar 2026 23:51:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=92882
Read Time:1 Minute, 35 Second

TAWAU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya mengagalkan cubaan menyeludup keluar 60 tong gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi ke negara jiran dalam satu operasi di perairan Tawau, kelmarin.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Ariffin Ghazali berkata, kejayaan itu hasil tindakan bot peronda Maritim Malaysia yang menjalankan Op Pagar Laut dan Op Tiris selepas menerima maklumat risikan mengenai pergerakan mencurigakan sebuah bot di kawasan tersebut.

Beliau berkata, bot peronda yang diarahkan ke lokasi berjaya mengesan bot terbabit bergerak keluar dari kawasan Jeti Batu 3, Tawau menuju ke Pulau Sebatik kira-kira jam 9 malam.

“Bagaimanapun, ketika cubaan memintas dilakukan, juragan bot tersebut bertindak berpatah balik menuju ke pesisir pantai sebelum terjun meninggalkan bot bersama muatan untuk melarikan diri,” katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.

Ariffin berkata, hasil pemeriksaan ke atas bot kargo berkenaan mendapati terdapat 60 tong gas LPG berisi yang dipercayai cuba diseludup keluar tanpa sebarang permit kebenaran.

Katanya, bot bersama kesemua muatan itu kemudian dirampas dan dibawa ke Jeti Zon Maritim Tawau sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut.

Menurutnya lagi, kes tersebut disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan nilai keseluruhan rampasan termasuk bot kargo, enjin bot serta muatan dianggarkan berjumlah RM53,800.

Sementara itu, Ariffin berkata, menjelang musim perayaan biasanya berlaku peningkatan permintaan barangan dari pasaran luar, sekali gus mendorong sindiket menjalankan kegiatan penyeludupan.

“Modus operandi mereka adalah melakukan aktiviti pada waktu sunyi bagi mengelakkan dikesan oleh pihak penguat kuasa,” katanya.

Beliau menegaskan Maritim Malaysia akan terus mempertingkatkan penguatkuasaan bagi membanteras aktiviti jenayah rentas sempadan terutama menjelang musim perayaan, khususnya di perairan Tawau.

“Maritim Malaysia memandang serius sebarang aktiviti jenayah di laut dan aset rondaan sentiasa bersiap sedia untuk digerakkan pada bila-bila masa bagi menghadapi sebarang situasi,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan jenayah di laut diminta menyalurkannya kepada Pusat Operasi Zon Maritim Tawau di talian 089-750116 atau talian kecemasan 999 untuk tindakan segera.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/03/09/maritim-malaysia-gagalkan-cubaan-seludup-60-tong-gas-bersubsidi/feed/ 0 92882